Kassim Ahmad

Essays and commentaries from Malaysia's foremost thinker and philosopher

Wednesday, January 25, 2012

SEMBAHYANG, TUJUAN & WAKTU-WAKTUNYA

Oleh: Kassim Ahmad
26 Januari, 2012

Seorang hamba Allah bertanya saya tentang waktu-waktu sembahyang (sejak kita dilanda “kebangkitan semula Islam”, istilah Arab salat digunakan), saya mula-mula mahu menjawab, “Jangan tanya tentang perkara-perkara kecil!” Tetapi, saya jawab: “Lima.”
Sebenarnya sembahyang itu bukan tianga agama, seperti yang diktakan dalam sebuah hadis. Buktinya Quran, surah 107; di sini Tuhan mengutuk mereka yang bersembayang tungging-terbalik, tetapi tidak ikhlas. Mereka kasar kepada anak yatim. Mereka tidak memberi makan kepada fakir-miskin. Mereka melarang bersedekah. Mereka sembahyang untuk menunjuk-nunjuk.
Tiang agama itu tauhid. Tauhid itu beriman kepada Tuhan Yang Esa semata-mata dan memohan pertolongan kepada Tuhan yang Esa semata-mata. Tiada pegangan tauhid, segala amalan batal!
Namun demikian, tujuan sembahyang itu menjauhkan diri seseorang daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. (Quran, 29: 45) Juga sembahyang dilakukan pada waktu-waktu tertentu (Quran, 4: 103), iaitu pada lima waktu yanag akan kita tunjukkan.
Diperturunkan di sini ayat-ayat yang menunjuk kepada waktu-waktu sembahyang. Surah 17, ayat 78, di antara surah yang diturunkan awal di Mekah, menyebut kelima-lima waktu itu. Zuhur, ‘asar, maghrib, ‘aisya dan subuh. Surah 2, ayat 238 menyuruh kita menjaga sembaynag kita, khasnya sembahyang pertengahan (wusta), yakni ‘asar. Surah 11, ayat 114 menyebut “pada dua hujung siang (iaitu subuh, zuhur dan ‘asar) dan pada awal malam (iaitu maghrib dan ‘aisya.
Selanjutnya, perkataan ‘Arab salat(sembahyang), zikr (ingatan kepada Tuhan) dan sabbih (puja Tuhan) mempunyai makna yang sama dengan sembahyang. Oleh yang demikian, sembahyang, mengingati Tuhan dan memuja-Nya itu bentuk-bentuk penyembahan kepada Tuhan Yang Esa.
------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

7 Comments:

At 6:13 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam

Posting kali ini menyampaikan sedikit erti sembahyang/solat, tujan dan waktu-waktunya, tidak pula dikisahkan bagaimana hendak hendak melaksanakan iaitu prosedur, tatacara dan 'ISO'nya bagi mendapatkan keafdalannya melainkan kita terpaksa merujuk kepada hadis atau ketetapan yang sudah dibentukan oleh para ulama 200-300 tahun selepas pemergian Rasul Muhammad saw.
Satu persoalan, bagaimana seseorang itu baik yang terpelajar mahupun orang biasa dalam tempoh 5 minit melakukan ritual solat, pengucapan dalam bahasa Arab (yang mungkin dia sendiri tidak tahu maknanya melainkan mentiung) pula boleh memperolehi penghayatan yang dia memang sudah bertauhid/bertaqwa/beriman?
Jika mereka yang solat tetapi tiada mengetahui erti apa yang dikumat-kamitkan semasa bersolat itu tetapi cuma berniat tulus aje mungkin ritual solat akan menjurus kepada mereka 'yang bersembayang tungging-terbalik, tetapi tidak ikhlas'. Bagi mereka yang faham bahasa Arab pula, mereka mungkin faham tetapi tidak dapat menghayatinya kerana bagaimana seseorang itu boleh kyusuk dalam tempoh 5 minit dan meraih kefahaman solat sewajarnya melainkan mereka cuma yakin aje dan mungkin berpura-pura sudah dapat nikmat kyusuk sedangkan dia belum mempunyai latar belakang pengertian tauhid sebenarnya.Maka itu solat itu bukan tiang agama?

 
At 5:13 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam,
Sejak celik mata sehingga remaja, kita mempelajari cara beribadat melalui penghayatan, keluarga & guru. Kita yg peka akan mengulangi penghayatan ini menjadi suatu praktis yg biasa dlm hidup kita setelah baligh. "Sembahyang itu tiang ugama", kerapkali kita diingatkan oleh mereka yg berupaya. Tanpa tiang, sebarang struktur akan runtuh bersama-sama bebanannya.
Hampir kesemua kita yg mengaku Islam menunaikan sembahyang/solat lima waktu sehari,setiap hari bertahun tahun lamanya. Umumnya, umat Islam merupakan umat yg paling ramai bilangan penganutnya & jika diambilkira 90% daripada mereka ini menunaikan solat (tiang ugama), umat Islam sepatutnya berada pada tahap tertinggi atau termulia dalam kehidupan di dunia ini.
Anehnya, keadaan sebenarnya adalah sebaliknya. Di seluruh pelusuk dunia kita tahu umat Islam tidak bebas atau bergantung hidup kepada kuasa selain Islam (kuasa kafir/atheis/munafiq).
Di mana silapnya?
Kalau kita benar-benar sayangkan umat kita, kita harus menggembelingkan segala kekuatan & kepakaran yg ada demi mengatasi kemunduran kita sebagaimana dicapai oleh nabi kita yang akhir, Muhammad. Beliau membawa umat Islam keluar dari kegelapan dlm masa lebih kurang 40 tahun! Islam menguasai dunia seketika & 3 abad selepas kematiannya, umat Islam jatuh jauh ke belakang berbanding yang lain sehingga kini.
Bagaimana ini boleh berlaku kepada suatu umat yg patuh pada ugamanya? Adakah Tuhan itu zalim? Adakah ini suatu ujian Tuhan kpd umat Islam? Ujian pada peringkat akhir? Umat Muhammad merupakan umat akhir zaman kerana tiada lagi nabi yg bakal diutuskan kpd manusia selepas Muhammad. Quran merupakan penutup kpd semua kitab Tuhan sebelum Muhamad, dan perintah ibadat diturunkan pada zaman nabi Ibrahim.
Kehidupan adalah ulangan kejadian Tuhan kepada makhlukNya, terutamanya manusia.
Kita jahil semasa dilahirkan. Bebas dari segala tanggungjawab selama lebihkurang 10 tahun. Kemudian kita belajar tatasusila hidup am & ibadah solat/puasa. Kemudian kita mendalami ilmu di peringkat menengah sebelum ke tahap akhir, universiti.
Zaman Muhammad adalah ibarat peringkat universiti. Kita tidak diajar cara mengerjakan ibadah di tahap ini lagi kerana kita sudah mempelajarinya semasa di sekolah rendah.
Kita dilarang Tuhan bertengkar tentang perkara kecil seperti cara/bagaimana. Yang penting adalah prinsip mesti betul. Keimanan & kejujuran kita mencari penyelesaian demi kebaikan umat Islam khasnya & manusia, umumnya.

 
At 8:38 AM, Anonymous arya said...

Saya amat bersetuju dgn Pak Kasim tentang sembahyang itu bukan tiang Agama.Apakah zakat, puasa, naik haji tidak juga menjadi tiang agama?
Kalau sembahyang itu tunggang terbalik itu bukan sembahyang namanya.
Sembahyang mencegah kemungkaran.
Sudah pasti sembahyang kita tidak menjadi lembaga ghaib yg akan menahan kita drpd membuat kemungkaran.
Pada saya sembahyang mencegah kemungkaran bermakna,kita sendiri yg menahan diri drpd membuat kemungkaran dgn menyedari kita baru saja sembahyang tak kan kita
nak buat maksiat dan jahat.Semasa berpuasa kita sanggup menahan diri drpd berbuat kemungkaran tetapi tak sanggup menahannya antara dua waktu sembahyang semasa tidak berpuasa.
Selalunya kita nampak kemungkaran orang lain dan mahu mencegahnya tetapi tidak peduli kemungkaran diri sendiri.

 
At 8:21 PM, Anonymous wan ahmadi jalil said...

Salam Pak Kassim,
Solat yang sedia maklum diketahui dan diamalkan adalah sepertimana dikatakan bersandar riwayatnya dalam kitab-kitab hadis dari rasulullah saw.
Sejak dahulu ribuan tahun lamanya sejak diperintahkan ibadah solat kepada Rasulullah saw dilakukan oleh baginda serta diwariskan bentuk (pergerakkan) seperti juga disebut dalam ayat al quran berdiri,rukuk,sujud dan lain-lain hingga selesai bersama bacaan (dari ayat al quran),zikir,tasbih tertentu.Semua ini hampir sepakat seluruh ulama selepas wafat nabi hingga kini tidak berubah secara umumnya.Petunjuk ini umumnya untuk mereka yang normal dan sihat kecuali ada kelonggaran bagi yang uzur,sakit dan seumpamanya.
Jadi,sekiranya ibadah solat ini menurut Pak Kassim diambil daripada nabi Ibrahim tetapi tidak boleh diambil caranya mengikut nabi Muhammad?.
Jika Pak Kassim boleh menerima khabar yang ada dalam sejarah kenapa sistem periwayatan hadis nabi Muhammad saw ini tidak boleh diterima pakai!..Dimanakah kita dapat mengetahui bagaimana rupa solat yang diamalkan oleh nabi Ibrahim?.
Logiknya,rasul yang menerima al quran (wahyu Allah)dan mengamalkan ibadah untuk menyembah Tuhan,dia tentulah lebih mengetahui maksud dan tujuan ayat-ayat peribadahan itu!.Jika kita beramal mengikut fahaman masing-masing atau orang lain selain rasul, tentulah rasul itu lebih terpelihara,dipercayai dan dipandu oleh Tuhan.
Apakah manusia ini hanya menerima ajaran agama yang disebutkan dalam kitab Allah itu tanpa perlu merujuk kepada siapa pun selain rasullullah?.
Minta Pak Kassim membuat suatu penerangan yang jelas bagi persoalan ini?.
Terimakasih banyak dan wassalam.

 
At 1:29 AM, Blogger Kassim Ahmad said...

Sdr Wan Ahmad Jalil,
1. Memang salat diperturunkan kepada kita daripada Nabi Ibrahim. Ini dinyatakan dalam Quran.
2. Kita tidak perlukan Hadis untuk salat. Amalan yang orang mukmin lakukan tiap hari tidak boleh luput, seperti adat orang Melayu makan dengan tangan, duduk bersila, makan gulai, ulam dan sambal.
3. Walaupun salat itu ada waktu-waktunya dan bentuknya, yang penting itu keikhlasan. Salat tanpa keikhlasan itu sesia!

 
At 7:30 PM, Blogger jimmie said...

tuan masih tidak menjawab soalan pembaca! selama ini bagaimana cara solat tuan? adalah cara yg diterangkn oleh hadis Rasulullah SAW atau cara Nabi Ibrahim AS? jika yg akhir bagaimanakah caranya?

 
At 7:38 PM, Blogger jimmie said...

Salat 'tiang agama' tuan kata ini tidak benar TAUHID adalah yg sebenarnya tetapi tidak kah apabila kita menunaikn salat itu secara langsung atau tidak kita menTAUHIDkan ALLAH SWT??Minda + hati kita hanya pd tuhan yg ESA pd ketika itu

 

Post a Comment

<< Home