Sunday, January 20, 2013

WAWANCARA DENGAN MINGGUAN MALAYSIA

Jawapan saya (J) di bawah soalan Tuan (S). -- K.A.



From: Mingguan Malaysia
To: darul_hikmah33@yahoo.com.my
Sent: Thursday, 17 January 2013 7:08 PM
Subject: soalan wawancara uuntuk tuan Kassim Ahmad
Di bawah disiarkan wawancara di atas. Ia tidak disiarkan dalam MM 19 Feb., 2-013. -- K.A.


Soalan wawancara untuk keluaran 2 Januari 2013

1. Bagaimana tuan melihat isu perpaduan Melayu sekarang apakah sudah sampai ke tahap 'bahaya' atau masih boleh diselamatkan?
J1. Perpaduan Melayu/Cina/India (UMNO/MCA/MIC) mencapat tahap maksimum pada pilihanraya umum pertamapada1955. Ini berlanjutan hingga timbul Pakatan Rakyat dan dalam PRU12, mereka menguasai lima buah negeri.

2. Persoalan utama kenapa soal perpaduan Melayu menjadi persoalan hangat adalah disebabkan politik semata-mata. Adakah orang Melayu ini terlalu ghairah berpolitik sehingga sanggup memperjudikan soal masa depan dan perpaduan atau mungkin ada sebab lain?
J2. Ini kerana kita terpengaruh dengan sitem dwi-parti Barat yang memecahkan masyarakat kepada sistem dwi parti (Kerjaan/Pembangkang). Kita patut susun sistem nasional kita sendiri, berdasarkan permuafakatan besar patriotisme Malaysia, seperti yang telah diperkenalkan oleh Tun Razak. (Waktu itu saya presiden PSRM dan beliau menjemut parti saya memasuli BN. Malangnya, kebanyakan Anggota Jawatankuasa Pusat parti saya taksub kepada ideologi dan tidak setuju.)

3. Sejarah telah membuktikan bahawa hampir dalam setiap tamadun akan ada seorang yang berwatak seperti si kitul yang sanggup mengorbankan segalanya termasuk bangsa, agama dan tanah air hanya untuk kepentingan peribadi. Apakah masyarakat sekarang sudah alpa atau mahu terus melupakan pengajaran dari sejarah?
J3. Dalam semua masyarkat ada pengkhianatnya, yang sanggup mengorbankan masa depam bangsa kerana kepentinga peribadi. Pengkhianant ini perlu dikenalpasti dan disingkirkan.

4. Terdapat parti politik yang semakin berani mengubah nilai sama ada dari sudut perlembagaan mahupun budaya. Ini termasuklah hak kebebasan beragama, mencerca Islam sewenang-wenangnya, memberi ruang kepada pengamal LGBT dan sebagainya. Bagaimana tuan melihat perkara ini apakah ini sebahagian dari tuntutan dunia atau politik moden atau hanya satu perkara yang sengaja diperbesarkan?
J4. Yang baik itu tetap baik; yang jahat tetap jahat. Bukan semua yang moden (berasal dari Barat) itu baik); begitu juga, bukan semua yang tradisional itu baik. Kita tentukan baik-buruk dengan Al-Furqan (Quran) dan akal rasional..

5. Tuan berpendirian agak kritikal terhadap pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah menyelar beliau sebagai proksi AS dalam melakukan regime change di negara ini. Ada yang berpandangan tuan mempunyai dendam peribadi dengan beliau kerana Anwar telah mengharamkan buku 'Hadis, satu penilaian semula. Boleh tuan jelaskan tentang hal ini?

J5. Saya tidak ada dendam peribadi terhadap si Anwar ini. Terlepas dari pembohongannya yang banyak, cita-cita saya lain, dan cita-cita beliau lain. Saya bercakap berdasarkan fakta dan kebenaran. Tidak lebih dari itu.

6. Bagaimana tuan melihat isu kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Pas pula tersilap langkah dan kini mengubah pendirian dari menyokong pendirian rakan-rakannya dalam pakatan setelah mendapat bantahan dari masyarakat.

J6. Demikanlah orang yang bermain politik dengan agama! Perkataan "Allah" itu dari bahasa Arab "Al-illah" bermakna "Tuhan itu". Tuhan sebenarnya tidak ada nama. Dia bukan manusia, bukan lelaki, bukan perempaun. Dia Ruh Tulen. Surah 17, Ayat 110 mengisytiharn bahawa segala nama yang baik itu milik Dia.

7. Dalam isu kalimah Allah terserlah satu lagi kepincangan pembangkang dalam mencari titik persefahaman antara mereka. Bagaimana tuan menilai persefahaman antara parti-parti dalam pakatan rakyat. Dalam kebanyakan hal ternyata kerjasama mereka masih terlalu 'kabur' dan lemah dan pastinya akan timbul masalah jika mereka berpeluang memerintah negara?
J7. Telah saya nytakan di atas, sistem dwi-parti ini kita tiru dari Eropah. Sejarah Eropah itu penjajah, menjajahi Asia-Afrika. Kita kena susus sistem nasional kita sendiri. Janga jadi pak turut Eropah!

8. Pihak pembangkang kini semakin membudayakan perhimpunan dan pergerakan massa seperti yang berlaku di Mesir dan Libya. Namun keadaan negara ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan dua negara itu dalam segenap segi. Apakah kesannya kepada negara jika budaya ini tetap diteruskan pada pandangan tuan?
J8. Hentikan dia!

9. Amanat Haji Hadi ternyata telah menimbulkan polemik kepada orang Islam di negara ini sejak sekian lama. Apa pandangan tuan tentang hal ini dan apakah perlu untuk beliau menarik balik amanat itu?
J9. "Amanat" itu timbul dari kejahilan Hadi tentang Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum kita merdeka. Di antara anggotanya termasuk dua orang tokoh undang-undang yang beragama Islam dari India dan Pakistan. Hadi tidak patut buat kesilapan ini. Beliau patut berjiwa besar dan tarik balik "Amanat" ini..

10. Masyarakat kini digembar gemburkan supaya memikirkan kemungkinan sistem dua parti menjadi amalan dalam politik Malaysia. Apa pandangan tuan dalam hal ini apakah ia releven atau sebaliknya?
J10. Soalan ini telah saya jawab.

11. Bagaimana tuan melihat langkah-langkah perubahan yang dilakukan UMNO/BN, adakah ia sudah mencukupi atau masih banyak yang perlu dilakukan?
J11. UMNO sebuah parti massa yang telah banyak berjasa. Namun, ramainya bilangan anggota UMNO telah membawa dia menjadi merosot. Ia perlu direkayasa, disuntikkan semangat baru. Ini boleh dilakukan. Saya telah menulis kepada Presiden UMNO denga Daftar A.R. Dalam surat itu, saya nyatakan dua perkara. Pertama, perlu ada sistem kurusu untuk bakal ahli dan bakal kader dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi. Kedua, Perhimpunan Agung Tahunan UMNO perlu dijadikan wahana untuk koreksi dari dalam, untuk menyuntik semangan baru, dan untuk maju ke depan untuk 1,000 tahun lagi!

12. Pandangan tuan tentang pilihan raya yang bakal menjelma. Apakah UMNO/BN berpeluang untuk menang besar dalam pilihan raya ini atau pun tuan mempunyai pandangan lain?
J12. UMNO-BN boleh menang besar dengan syarat pucuk pimpinan UMNO-BN menentukan tidak ada rebutan kuasa di antara mereka.

-------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau

2 comments:

Anonymous said...

salam pak kassim,
saya membaca ruangan Mingguan Malaysia 27/1/2013 Ahad, ada wawancara bersama Pak Kassim.

tetapi apa yg ditulis dgn apa yg Pak Kassim paparkan di blog seolah berlainan versinya.

yg mana satu yg versi yang betul yakni komen asal Pak Kassim?

Salam,
Maximus

Kassim Ahmad said...

1. Dalam blog saya, saya jawab soalan-soalan yang dikirim oleh Mingguan Malaysia melalui e-mel.
2. Yang disiarkan dalam MM 27 Januari itu laporan wakil-wakil mereka yang mewawancarai saya di rumah saya.
K.A.