tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post113341794246288370..comments2023-11-02T06:55:33.598-07:00Comments on Kassim Ahmad: Kassim Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-1166868153534337862006-12-23T02:02:00.000-08:002006-12-23T02:02:00.000-08:00Menyentuh tentang materialisme, kaum materialis ti...Menyentuh tentang materialisme, kaum materialis tidak mempercayai bahawa ruangmasa bersifat dinamik dan sentiasa di dalam keadaan berubah-ubah. Bahkan bagi mereka, ruangmasa bersifat statik dan wujud sediakala, iaitu wujud tanpa didahului dengan ketiadaan, bukannya wujud ex nihilo.

Implikasi fahaman materialis ini amat menjijikkan bagi setiap orang yang beriman. Kerana jika alam wujud sediakala, maka ia tidak dicipta. Jelas sekali bahawa materialisme tidak memerlukan kehadiran Sang Pencipta dalam membicarakan kewujudan ruangmasa (dan kehidupan yang terkandung didalamnya).

Materialisme tidak didasarkan kepada hasil penemuan saintifik, sebaliknya berdasarkan sangkaan semata-mata, atau dalam kata-kata yang lebih enak didengar, berdasarkan premis yang rapuh dalam argumennya. Ironisnya, ia melabelkan kepercayaan terhadap Tuhan sebagai karut!

Abad ke-20 menjadi malapetaka terhadap materialisme, bilamana para kosmologis membongkar kepalsuanya samada secara sengaja atau tidak.

Redshift

Salah satu daripada hasil-hasil cerapan yang signifikan dalam perkembangan sejarah kosmologi dan kemerosotan sejarah materialisme adalah berkenaan fenomena redshift. Redshift berlaku bilamana sesuatu objek langit yang bercahaya bergerak menjauhi seseorang pencerap. Objek-objek langit ini bolehlah diklasifikasikan secara kasarnya sebagai bintang, galaksi terdekat, galaksi jarak sederhana dan galaksi terjauh. Spektrum cahaya yang mereka pancarkan ke bumi tampaknya berbeza daripada spektrum daripada objek yang statik - sinar cahaya yang dicerap ini memiliki panjang gelombang yang lebih besar. Bahkan semakin jauh sesuatu objek langit (yang bercahaya) daripada pencerap, semakin besar pula panjang gelombang cahayanya. Ini bermakna panjang gelombang tersebut menghampiri panjang gelombang cahaya merah, kerana cahaya merah mempunyai panjang gelombang terpanjang di antara sinar-sinar cahaya nampak.

Kajian terhadap spektrum ini menunjukkan bahawa, bukan sahaja galaksi-galaksi bergerak menjauhi bumi, tetapi juga menjauhi antara satu sama lain! Dengan lain perkataan, semakin jauh kedudukan sesebuah galaksi daripada kita, semakin tinggi pula kelajuannya. Bukti cosmological redshift ini ditemui oleh Edwin Hubble, seorang berbangsa Amerika pada tahun 1929. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli-ahli astronomi moden terkemuka yang merintis asas kosmologi fizikal hari ini(Encarta Encyclopedia).

Cosmological redshift membawa manusia kepada kesimpulan bahawa alam semesta mengalami proses pecutan dalam pengembangan saiznya. Natijahnya, para kosmologis telah mula menjejaki sejarah alam. Jika alam ini sifatnya mengembang dan membesar, tentulah ia memiliki saiz yang lebih kecil di masa lampau. Ini bermakna, semakin jauh kita menelusuri dimensi masa ke belakang, semakin kecil kelihatan alam maya ini, sehingga ia kembali menjadi suatu titik, berbilion-bilion tahun yang lalu! Bumi dan segala objek langit seperti bintang, buruj, sistem suria, galaksi dan gugusan galaksi serta langit yang kita tatap hari ini adalah bermula daripada titik ini.

Dan tidakkah orang-orang kafir itu melihat bahawasanya langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai
benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? (21:30)

Oleh kerana alam semesta terdiri daripada materi, maka apabila seluruh materi berkumpul, titik singulariti ini mencapai suhu dan ketumpatan tak terhingga, di mana hukum fizik tidak lagi dipatuhi.

Big Bang dan Tentangan Materialisme

Melampaui idea dominan di atas, ahli-ahli fizik Amerika George gamow (anak kelahiran Rusia) bersama-sama para pelajarnya Ralph Alpher dan Robert Herman mengusulkan idea yang mencabar teori sedia ada. Dalam tahun-tahun 1940-an, mereka mengembangkan idea tentang ledakan materi dan tenaga yang maha dahsyat pada detik di mana alam muncul. Teori ini dinamakan big bang oleh seorang materialis, Fred Hoyle, ahli astronomi berbangsa British pada tahun 1950. Ironisnya, Fred Hoyle sendiri menentang teori ini.

Maka teori-teori evolusi dan nasib alam semesta pun terus-menerus berjalan dan mengalami evolusi yang tersendiri pula dalam memahamkan manusia tentang alam yang telah dan masih membesar dan menyejuk sejak ledakan big bang. Persoalan-persoalan baru timbul di sini. Apakah alam jagat akan terus mengembang selama-lamanya? Mungkinkah ia akan kembali kepada keadaannya yang asal - suatu titik berketumpatan tak terhingga yang mengandungkan seluruh materi dan tenaga di alam maya ini?

Sekarang ini, pencapaian penyelidikan dalam fizik zarah membolehkan kita menjejaki detik-detik awal (kurang daripada satu saat) selepas peristiwa big bang. Ahli-ahli kosmologi mempercayai bahawa suatu model boleh diperolehi bagi alam semesta yang berusia 1x10-43 saat(0.0000000000000000000000000000000000000000001 saat) selepas big bang. Untuk menjelaskan ‘tingkah laku’ alam lebih awal daripada usia ini, memerlukan suatu teori yang mempersenyawakan teori-teori kerelatifan umum dan mekanik kuantum, dan ini hampir mustahil dilakukan. Oleh yang demikian, para saintis sebenarnya tidak mengkaji big bang itu sendiri, sebaliknya merumuskan kewujudannya daripada fenomena pengembangan alam semesta.

Teori big bang membawa Gamow dan pelajar-pelajarnya kepada suatu hipotesis bahawa pada masa sekarang, masih kedapatan radiasi yang tersebar dalam alam semesta dengan sekata, hasil daripada ledakan big bang bilionan tahun yang lalu. Malangnya, idea hebat ini dilupakan untuk beberapa lama.

Pada pertengahan abad ke-20, bilamana teori big bang diperkenalkan, sebilangan kosmologis mendakwa bahawa idea creatio ex nihilo atau sudden beginning untuk alam semesta tidak boleh diterima oleh falsafah. Golongan ini didominasi oleh pandangan ahli-ahli astronomi materialis Hermann Bondi (Austria-British), Thomas Gold (Austria-Amerika) dan Fred Hoyle. Bondi, Gold dan Hoyle cuba menimbulkan semula suatu teori yang menjadi lawan kepada big bang, iaitu steady-state. Teori steady-state menyatakan bahawa pada suatu ketika dahulu, alam ini kelihatan sama dengan keadaannya sekarang, dan tidak berubah terhadap masa. Dengan lain perkataan, alam semesta ini tidak mengalami evolusi.

Prinsip Kosmologi vs Prinsip Kosmologi Sempurna

Teori big bang diasaskan di atas suatu prinsip yang dipanggil prinsip kosmologi. Prinsip ini menyatakan bahawa dalam skala yang besar, alam semesta ini sama sahaja di antara suatu bahagian dengan suatu bahagian yang lain (homogen) dan juga kelihatan sama dalam semua arah (isotropik) pada satu-satu masa.

Jika anda memandang ke hadapan, belakang, kanan dan kiri, anda tidak dapat membezakan bahagian-bahagian alam ini, di antara satu sama lain. Bahagian kanan kelihatan sama sahaja dengan bahagian kiri dan begitulah seterusnya, tidak kira di mana kedudukan anda di alam ini (bumi, bulan, bintang dan sebagainya). Akan tetapi, konsep persamaan bahagian-bahagian alam dalam semua arah ini adalah benar pada skala yang besar. Bahagian-bahagian tersebut mestilah terdiri daripada gugusan galaksi yang banyak, dan untuk mencerapnya pula memerlukan penggunaan teleskop sofistikated. Dengan ini, anda akan melihat bahawa taburan galaksi-galaksi tersebut kelihatan sama sahaja di antara mana-mana bahagian alam. Ini adalah salah satu gambaran yang diberikan oleh prinsip kosmologi.

Satu lagi fenomena alam yang signifikan dalam menyokong prinsip kosmologi ialah latarbelakang gelombangmikro kosmos (CMB). Data-data pencerapan menunjukkan pada saat ini, alam maya dipenuhi oleh suatu tenaga yang amat rendah dan radiasi yang amat sekata (CMB), sebagai kesan terma daripada ledakan big bang. Beza di antara dua nilai pengukuran (pada titik-titik arbitrari di angkasa lepas) yang dibuat terhadap CMB adalah terlampau kecil, dengan suhu purata kira-kira 4K (-269 darjah Celcius).

Jika teori big bang diasaskan di atas prinsip kosmologi, teori steady-state pula disokong oleh prinsip kosmologi sempurna sebagaimana yang dicadangkan oleh Bondi, Gold dan Hoyle (BGH). Prinsip kosmologi sempurna menyatakan bahawa alam semesta bukan sahaja bersifat homogen dan isotropik, tetapi juga juga kelihatan sama setiap masa. Jika prinsip kosmologi bersifat time-dependent, prinsip kosmologi sempurna pula bersifat time-independent. BGH menyarankan, materi tercipta secara berterusan - pada kadar yang terlalu rendah untuk dicerap secara fizikal - untuk mengekalkan ukuran ketumpatan alam semesta sepanjang masa, dan dengan ini, alam semesta menjadi tidak dinamik. Jika ini berlaku, maka benarlah teori steady state yang menyatakan bahawa alam ini sentiasa kelihatan sama, dulu, kini dan selamanya.

Akan tetapi, saranan BGH ini nampaknya tidak bersalahan dengan konsep pengembangan alam semesta. Alam semesta mengembang, tetapi pada masa yang sama, ketumpatannya tidak berubah. Konsep ketumpatan alam yang malar ini membawa kepada penafian tentang wujudnya titik singulariti (punca ledakan big bang) kerana titik ini sebenarnya memiliki ketumpatan yang tak terhingga (sedangkan ketumpatan alam adalah terhingga pada masa sekarang). Jika titik singulariti tidak wujud, maka alam ini tidak wujud daripada ketiadaan, bahkan wujudnya itu bersifat sediakala (sejak azali?). Inilah asas teori steady state.

Begitu kedegilan kaum materialis dalam mempertahankan materialisme. Namun apakah ertinya kedegilan ini, bila manusia sudah terdedah dengan fakta-fakta pencerapan kosmologi yang menyokong kedinamikan ruangmasa dan membawa mereka kepada Kebenaran.

Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan benar… (45:22)

Selamat jalan materialisme, selamat tinggal ateisme!..Anonymousnoreply@blogger.com