tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post1226059739155714502..comments2023-11-02T06:55:33.598-07:00Comments on Kassim Ahmad: Kassim Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-65771981431166573282007-11-22T05:38:00.000-08:002007-11-22T05:38:00.000-08:00Masih ramai di kalangan umat Islam yang hanya tahu...Masih ramai di kalangan umat Islam yang hanya tahu melafazkan ayat-ayat Al-Quran yang suci, tapi tidak mengendahkan makna-makna setiap ayat dan falsafah yang terkandung di dalamnya. ‘Lafaz’ itu berbeza sekali dengan ‘baca’. Tetapi mereka sudah berpuas hati dengan menganggap bahawa dengan melafazkan ayat-ayat Al-Quran itu sudah cukup untuk menjadikan mereka insan soleh dan solehah. Bagi mereka, biarlah tafsiran Al-Quran itu dibuat oleh golongan tertentu yang mereka taksub saja. Cukuplah mereka bertaklid tanpa menggunakan akal fikiran sendiri. Dan biarlah akal fikiran itu ditumpukan kepada memikirkan sains dan teknologi saja. Sikap dan pandangan hidup sebegini, menggambarkan bahawa mereka berpegang dengan fahaman ‘ala sekular’, kerana memisah-misahkan agama dan sains – akal fikiran itu terkhas untuk memahami sains dan teknologi saja, sedang ajaran Al-Quran harus berpandukan golongan tertentu saja. Walhal di dalam Al-Quran, terkandung sains dan agama – tapi bagaimana ajaran sains ini dapat difahami jika mereka hanya tahu melafazkan ayat-ayatnya saja?

Al-Quran kerap kali merangsang minda untuk lebih mendalami sains. Kerana manusia itu makhluk berakal, dan dengan akallah mereka sepatutnya hidup sebagai khalifah Tuhan. Ciri-ciri kekhalifahan ini sudah terumus di dalam iktikad takdir, di mana takdir ke atas manusia itu tidak lari daripada 3 perkara [1];

(1) Memperlakukan sesama manusia dengan adil dan saksama.
(2) Memerintah dan menakluk segala benda kejadian dalam alam ini.
(3) Berserah diri, tunduk dan patuh hanya pada yang Esa – Tuhan, Tuan sekutah buana ini.
Daripada ketiga-tiga perkara di atas, (1) dan (3) mengandungi unsur agama, dan (2) pula mengandungi unsur sains dan teknologi. Kedua-dua unsur ini pada hakikatnya adalah satu. Mereka wujud secara harmonis, dan dalam keserasian. Martabat khalifah adalah untuk manusia yang menepati ketiga-tiga perkara ini.

Mustahil manusia dapat memerintah dan menakluk segala benda kejadian, melainkan dengan perantaraan ilmu sains. Ilmu sains, dalam bicaranya tentang undang-undang dan peraturan alam, mendedahkan manusia terhadap konsep sebab dan akibat. Sehingga seorang manusia itu mampu melihat kejadian-kejadian di sebalik tabir masa - mampu membuat ramalan secara rasional yang boleh dibuktikan secara eksperimental. Kemampuan inilah yang melayakkan manusia untuk memerintah-menakluk segala benda berdasarkan undang-undang dan peraturan Tuhan untuk manfaat sesama manusia dan sesama makhluk yang lain juga. Pendek kata, manusia tidak akan mampu memerintah-menakluk dunia ini melainkan dengan perantaraan sains. Kerana itulah Auguste Comte [2], ahli falsafah positivisme Perancis abad ke-19 berkata;
daripada sains, lahirlah telahan; daripada telahan, lahirlah tindakan.. [3]
Apabila alam ini diperintah dan ditakluk berdasarkan kehendak Tuhan, maka itulah kejayaan yang agung.

Agama dan sains adalah seruan Islam. Maka budaya saintifik, moral dan spiritual harus dipupuk bersama-sama sebagai unsur-unsur yang serasi.

[1] Zainal Abidin Ahmad, Falsafah Takdir
[2] Nama penuhnya Isidore Marie Auguste François Xavier Comte.
[3] from science comes prediction; from prediction comes action..Anonymousnoreply@blogger.com