tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post2631540577474385192..comments2023-11-02T06:55:33.598-07:00Comments on Kassim Ahmad: Kassim Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-82256052663098298062009-05-09T08:27:00.000-07:002009-05-09T08:27:00.000-07:00Pak Dr Kassim,
Pada dasarnya kita tidak lupa untuk...Pak Dr Kassim,
Pada dasarnya kita tidak lupa untuk kembali ke pada jalan yang benar dan lurus untuk menuju kepada yang Haq.Sdra menulis untuk perubahan dalam parti UMNO dan melibatkan satu jalan ke arah kembali kepada kebenaran.Saya tidak fikir dalam hal itu UMNO tidak lengkap,walhal UMNO sudahpun bergerak lebih awal dalam memartabat agama dan mempertahankannya baik serangan dari depan dan belakang.Saya tidak yakin benar "apa perlunya kursus politik dalam kepartian diadakan lagi",sedangkan politik itu sendiri datang dengan kehendak rakyatjelata,apa perlunya kefahaman sedemikian lagi.Nampak semacam teori sahaja.Banyak masa kita buang dalam hal ini.Memahami perjuangan parti nampak macam keterbelakangan pulak,walhal kita sudah bejuang 50 tahun yang lalu.
Sekian.
ku dee.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-47113841188350757082009-04-18T04:58:00.000-07:002009-04-18T04:58:00.000-07:00Setiap jiwa yang beriman perlu berevolusi. Suka ak...Setiap jiwa yang beriman perlu berevolusi. Suka akan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik daripada semalam.

Perubahan bermula dengan meningkatkan tahap intelektual dan spiritual. Kerana itu para Rasul (revolusioner) memiliki intelektual dan spiritual yang tinggi. Dalam usia yang menjangkau 50an, Nabi Muhammad mampu memimpin tentera perang. Dengan 200 orang tertera yang bersemangat tinggi dan strategi yang bijak, mampu mengalahkan musuh (orang kafir) lebih 1000 orang.

Asas pembangunan tamadun bermula pada intelektual. Runtuh intelektual, lahirlah masyarakat yang fanatik dan jumud. Intelektual yang terpenting adalah bijak mengawal diri sendiri. Bijak mengawal diri daripada penyakit-penyakit hati. Kemudian bijak memimpin keluarga sebelum bijak dalam bermasyarakat.

Dengan menyedarkan masyarakat untuk bijak mengawal diri masing-masing, masih ada lagikah penyakit-penyakit sosial yang meruntuhkan ketamadunan sesuatu bangsa?

Al Quran sudah lengkap menggariskan cara-cara asas untuk meningkatkan tahap intelektual dan spiritual seseorang manusia. Manusia yang bijaksana dan berhikmah, secara fitrahnya dia akan tahu melakukan kebaikan untuk dirinya dan masyarakat.

Selain daripada yang digariskan oleh Al Quran, terpulanglah kepada manusia itu untuk bereksperimen pada dirinya sendiri untuk menambah tahap intelektual dan spritualnya, kerana hanya tuan empunya diri yang mengenal siapa dirinya sendiri. Dan ini bertujuan supaya agama tidak disempitkan mengikut hukum-hukum atas nama amalan nenek moyang.Kerasmahttp://www.shahdila.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-30789511282325440692009-04-14T12:30:00.000-07:002009-04-14T12:30:00.000-07:00Sdr Melayu yang budiman,
Artikel itu sudah dit...Sdr Melayu yang budiman,

Artikel itu sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh seorang hamba Allah; saya lupa namanya.Kassim Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-34499767047021983922009-04-13T19:15:00.000-07:002009-04-13T19:15:00.000-07:00Sumbangan Dana Untuk Album ‘Dari Rakyat Untuk Raky...Sumbangan Dana Untuk Album ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’ dendangan Meor

Nama Meor bukan lagi asing bagi penikmat muzikal jalanan (busker) terutama di Central Market. Sang penulis lagu dan pelantun suara ini juga telah berjaya menyiapkan 6 album sepanjang beliau digelar seniman jalanan. Tergerak daripada cuit-muit, sepak terajang dunia elitas dan sensitiviti beliau terhadap golongan marhaen maka tercetuslah ilham bagi merakamkan album yang diberi judul ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’. Sesuatu perkara yang menarik tentang album yang bakal terbit ini ialah kerana kesemua lirik disumbangkan oleh mereka yang komited dalam perjuangan dengan cara masing-masing seperti Black (Amin Iskandar) , Rahmat Haron, Ubi Lepih, Abdullah Jones, Hishamuddin Rais, Amer Hamzah Arshad dan Pyan Habib. Merujuk kepada judul album yang merakyat maka Meor mengajak semua sosok yang bergelar rakyat untuk sama-sama menggalang dana menerbitkan album yang memberahikan kejujuran sejurus sebagai satu tatapan generasi esok…

http://www.pestajiwa.net/
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/04/sumbangan-dana-untuk-album-dari-rakyat.htmllanterajiwahttps://www.blogger.com/profile/01515413837185994571noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-85516862198842894032009-04-02T07:04:00.000-07:002009-04-02T07:04:00.000-07:00Assalamualaikum.Pak Kassim Yth.,Saya rasa teruja m...Assalamualaikum.

Pak Kassim Yth.,
Saya rasa teruja membaca tulisan Pak Kassim berkenaan Piagam Madinah, A short note on the Medina Charter. Di dalamnya ada menyentuh konsep nasionalisme, pemerintahan yang adil, ijtihad, ketidakwujudan konsep 'negara Islam' dan 'hukum hudud', dan lain-lain. Saya kira nota-nota sebegini amat berguna dan boleh membantu sesiapa saja yang ingin menyelami falsafah perjuangan parti yang revolusioner.

Boleh saya tahu samada nota itu ada diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Jika ada, boleh Pak Kassim berikan pautannya. Jika tiada, izinkan saya menterjemah, dan menyebarkannya.

Wassalam.Melayunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-26806557264919969782009-03-31T17:59:00.000-07:002009-03-31T17:59:00.000-07:00Coincidence,.. saya sedang membaca buku-buku berb...Coincidence,.. saya sedang membaca buku-buku berbentuk 'Introduction to/Beginners Guide to..' Einstein, Hawking, Newton, The Universe etc. Tidak mengharap untuk memahami sepenuhnya Theory of Relativity, History of the Universe, etc...kerana limitation saya yang kurang dalam bidang physics. Namun begitu, segala insight atau serpihan yang saya dapat mampu memberi saya kepuasan tentang kehebatan Allah. Kepuasan yang saya dapati ini adalah dari perspective science...Alhamdulliah, sudut pandangan atau kesedaran yg amat berbeza dari apa yang saya dibesarkan selami ini...ie conventional religious sermons.

Mungkin bagi saya, `conventional religious sermons' sudah sampai ke tahap tepu. Things are becoming clearer now, perspective saya tentang KEAGUNGAN TUHAN menjadi semakin terang. I never had doubts about the ONENESS of Allah...but now, saya mendapat moments of`a high'/rush of adrenalin dan juga extreme humility apabila memikirkan tentang Islam/Allah.

Saya dengan rendah diri tidak menabik dada mengatakan apa yang saya alami ini ialah `the best way' to understand my Creator...but it sure works for me.

Berbalik kepada comment `menjadikan sains sebagai suatu budaya, mengkaji dan memahami undang-undang alam, kemudian mempergunakan sumber-sumber alam berdasarkan...' saya amat setuju sekali.

Mungkin ramai lebih selesa dgn `conventional religious sermons'...tapi bagi mereka yang masih mencari2 atau masih kurang puas, saya syorkan `approach' dari bidang science. Satu lagi cabang ilmu yg mungkin dapat membantu ialah Sejarah.

Insyallah, Conventional Sermons + Science + History dapat memperkayakan lagi diri kita...akhirnya dapat memahami/mendekatkan diri dgn Quran dan Allah.

Mungkin juga akhirnya dapat kita membersihkan diri dari ajaran2 yang kononya berbentuk agama tapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Wallahualam.LazerJuanhttps://www.blogger.com/profile/15421192137207162050noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-25814235189130262052009-03-30T10:34:00.000-07:002009-03-30T10:34:00.000-07:00Pembangunan materialUntuk sesebuah masyarakat memi...Pembangunan material
Untuk sesebuah masyarakat memiliki kekayaan material yang sebenar, mereka harus menjadikan sains sebagai suatu budaya, mengkaji dan memahami undang-undang alam, kemudian mempergunakan sumber-sumber alam berdasarkan undang-undang ini, dengan tujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat itu sendiri serta untuk meningkatkan taraf hidup mereka, dari masa ke masa. Kekayaan material seperti inilah yang dipanggil ekonomi fizikal.

Pembangunan moral dan spiritual
Manusia yang datangnya daripada Tuhan, dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci bersih pada asalnya, kerana pengakuan tauhid mereka terhadap Tuhan (7:172). Ritual-ritual agama, seperti solat dan puasa yang berkesan adalah bertujuan untuk memastikan manusia sentiasa mentauhidkan Tuhan. Inilah mu'min sejati, pemilik hati nurani yang bersih daripada sifat-sifat kebinatangan, dan terisi dengan sifat-sifat ketuhanan. Bukankah manusia itu daripada Tuhan, dan jasad Adam, bapa manusia itu ditiupkan dengan ruhNya (38:72)? Berdasarkan hadis, hati yang bersih/baik melahirkan perbuatan yang baik. Maka dalam melahirkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama, proses-proses sosialisasi dan pendidikan yang digunakan mestilah sosialisasi dan pendidikan yang berlandaskan tauhid.

Ketidakseimbangan pembangunan
Perkembangan masyarakat yang tidak seimbang bukan sahaja membawa kepada perkembangan rasuah dan jenayah, tetapi juga boleh membawa kepada kelumpuhan daya kreativiti dan dinamika masyarakat itu. Maka harus dipastikan supaya wujudnya kesaksamaan dalam sistem ganjaran, dan pada masa yang sama wujudnya budaya saintifik dalam sesebuah komuniti bangsa.Melayunoreply@blogger.com