tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post8596085914584666832..comments2023-11-02T06:55:33.598-07:00Comments on Kassim Ahmad: SIAPA AHLI SUNNAH WALJAMA'AHKassim Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-44039370507280307052015-01-29T06:49:17.967-08:002015-01-29T06:49:17.967-08:00apakah peranan yang boleh kita lakukan?apakah peranan yang boleh kita lakukan?Politicalamity9noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-33401490240313909672015-01-28T18:05:53.171-08:002015-01-28T18:05:53.171-08:001) Dalam buku Ulum al-Quran karangan Ahmad von Den...1) Dalam buku Ulum al-Quran karangan Ahmad von Denffer, dinyatakan semasa Zaid ibn Thabit mahu membuat suatu salinan Quran yang baru selepas deperintah Uthman, beliau mengumpul semua catatan yang disimpan oleh para sahabat dengan membawa 2 saksi yang mengetahui Quran untuk menentukan kesahihan ayat-ayat yang dibawa.

2) Saya lihat cara sahabat mengumpulkan Quran ini sebenarnya diperintah oleh ayat Quran sendiri. Ayat Quran yang saya maksudkan itu ialah 2:282.

3)Berdasarkan ayat itu ada 5 syarat penting yang harus ada dalam mengkontrakkan ad-dayn i) orang yang berhak haruslah mengarah hutang itu dicatat, ii) catatan hutang itu harus lengkap tanpa meningalkan apa-apa, iii) Disaksikan oleh 2 lelaki, atau seorang lelaki 2 wanita, iv) Apabila saksi2 terhadap maklumat itu dipanggil, mereka harus tampil, v) hutang itu sama ada kecil atau besar hutangnya, ia tetap harus dicatat bersama tempohnya.

4)Perkataan yang membuat cara catatan dan kesaksian ini relevan langsung kepada pengumpulan Quran ialah "dayn" yang bermaksud hutang. Saya kata demikian kerana Quran ialah sumber maklumat untuk 'deen'. Deen dan dayn berasal dari kata dasar sama, d-y-n dan sudah tentunya ada persamaan maksud. Saya tak fasih bahasa Arab tapi kalau saya betul maksud harafiah deen itu macam tanggungan/hutang yang berterusan yang akan dibalas balik oleh Tuhan.

5) Kalau kita lihat dalam kes pengumpulan Quran oleh Zaid ibn Thabit, kita dapat lihat beliau dan para sahabat secara amnya memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam ayat 2:282. Unsur2 penting yang kita dapat lihat ialah ada catatan ayat-ayat Quran dibawa oleh para sahabat dan setiap ayat dalam salinan Zaid itu disahkan oleh 2 orang saksi menghafal Quran. Aplikasi kaedah ini menunjukkan para sahabat menganggap Quran itu harus dicatat seperti diarah ayat 2:282. Sudah tentu ini kerana Quran dianggap sebagai sumber muktamad ad-deen, dan sebagai ad-deen ia patut dilayan sepertu dayn-dayn yang lain.

6) Ini menunjukkan setiap sumber yang patut dijadikan rujukan untuk ad-deen harus dipastikan dengan kaedah demikian. Ahlul hadis mendakwa hadis adalah sumber lain untuk mengetahui ad-deen walaupun sudah tidak perlu seperti dinyatakan Quran. Tetapi kalau mereka sekurang-kurangnya mahu mempastikan kesahihan hadis ia sepatutnya mengikuti kaedah demikian. Hakikatnya tidak. Tidak ada satu kajian oleh ahlul hadis sendiri yang menunjukkan sahabat nabi mencatat dan mengumpul hadis dengan kaedah demikian. Kalau hadis menjadi bahan rujukan ad-deen, para sahabat sudah tentu mengumpulkannya seperti diarahkan ayat 2:282. Hadis2 mutawattir pun tidak mencapai standard yang dinyatakan Quran ini.Lurus Wijayanoreply@blogger.com