tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post3542584070894723087..comments2023-11-02T06:55:33.598-07:00Comments on Kassim Ahmad: Kassim Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comBlogger16125tag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-64441491123446223802011-01-15T12:55:16.968-08:002011-01-15T12:55:16.968-08:00Berbanyak terima kasih.Berbanyak terima kasih.Kassim Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-68552588577565245732011-01-15T08:26:24.168-08:002011-01-15T08:26:24.168-08:00Pak Kassim Yth.,
Terjemahan itu dibuat oleh orang ...Pak Kassim Yth.,
Terjemahan itu dibuat oleh orang lain dengan nama pena 'Melayu'. Ia boleh dibaca di
http://www.scribd.com/doc/18581749/Piagam-Madinah
Email penterjemah turut diberikan, iaitu malaymelayu@gmail.com
Wassalam.Pemudahttp://www.astorajabat.co.cc/noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-31584532845884901152011-01-14T15:02:04.049-08:002011-01-14T15:02:04.049-08:00Sdr Pemuda,
1. Bagus sangat Sdr terjumpa dengan t...Sdr Pemuda,
1. Bagus sangat Sdr terjumpa dengan tulisan saya "Nota Pendek Piagam Madinah". Di mana? Saya sendiri lupa saya sudah terjemahan esei itu
Wassalam.Kassim Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-512889506848416882011-01-14T01:40:28.190-08:002011-01-14T01:40:28.190-08:00Saya terjumpa terjemahan tulisan Pak Kassim bertaj...Saya terjumpa terjemahan tulisan Pak Kassim bertajuk "Nota Pendek Piagam Madinah". Tulisan asalnya "A Short Note on Medina Charter". Kandungan piagam, fasal demi fasal, dilampirkan bersama. Para pembaca boleh melihatnya di sini. Kita boleh menilai sendiri Piagam Madinah itu. Selamat membaca dengan kritikal!Pemudahttp://www.astorajabat.co.cc/noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-66855866072447347162011-01-13T02:18:30.093-08:002011-01-13T02:18:30.093-08:00Salam,
Suka saya nyatakan kepada para pembaca blog...Salam,
Suka saya nyatakan kepada para pembaca blog Pak Kassim ini, bahawa Piagam Madinah adalah dokumen yang jauh lebih sahih daripada hadis-hadis Nabi yang lain. Ini kerana ia tertulis ketika hayat Nabi (dan beliau sendiri mengesahkannya), bukannya 250 tahun selepas kewafatan beliau!

Saya tidak dapat melihat kenapa piagam ini tidak perlu dibahaskan dengan serius oleh tokoh-tokoh agama kita, kalau mereka jujur hendak mengubah bahtera pemikiran massa ke kedudukan yang terbaik. Adakah kerana di dalamnya tiada Hukum Hudud, dan tiada konsep "Negara Islam"? Memandangkan di dalamnya tiada Hukum Hudud, maka apalah gunanya mencandu masyarakat tentang keperluan melaksanakannya, kononnya bila keadaan sesuai, atas nama Sunnah sebagai piawai mutlak di samping Quran?

Berapa lama lagi masyarakat Islam di negara ini hendak ditakut-takutkan dengan kalimah 'sekular'? Inilah bahana meninggikan isi daripada bentuk; lihat nama 'sekular' saja boleh membuatkan orang marah atas nama 'iman', walhal negara sekular diiktiraf sendiri oleh Nabi Muhammad yang wajib ditaati sebagai rasul itu.
Sekian.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/08344589716572779723noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-89821842931123610762011-01-12T15:47:15.269-08:002011-01-12T15:47:15.269-08:001. Semua ini perbincangan yang sangat bagus. Tahni...1. Semua ini perbincangan yang sangat bagus. Tahniah.
2. Terlupa saya menyebut tentang Piagam Madinah. Mengapa tokoh-tokoh agama kita tidak membincang dokumen perundangan yang penting ini?
3. Nyatalah dokumen ini tidak sesuai dengan obsesi mereka dengan "Negara Islam". Dokumen ini membenarkan negara sekular. Perkataan "sekular" sudah menjadi momokan besar bagi sesetengah orang Islam!Kassim Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-89933456714582795122011-01-10T17:58:34.826-08:002011-01-10T17:58:34.826-08:00Salam,
Saya setuju dengan apa yang saudara Indera...Salam,

Saya setuju dengan apa yang saudara Indera katakan. Penilaian benar atau salah perlulah ditentukan menggunakan kayu ukur yang standard. Kalau semua orang menilai menggunakan kepercayaan tradisi masing-masing, sudah pasti mereka akan kata mereka sahaja benar dan melihat kaum lain semuanya salah. Maka berlakunya berat sebelah dan ketidakadilan.

Oleh kerana Islam itu berasaskan keadilan, maka kayu ukur yang universal perlu digunakan dalam menilai dan membezakan sesuatu perkara. Sama konsepnya kita membenarkan hukum 1+1=2 kerana ia bersifat universal. Tidak kira kaum apa sekali pun, semuanya boleh menerima hukum tersebut.Juanghttp://www.e-mindakita.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-80099704867727423912011-01-10T10:03:39.241-08:002011-01-10T10:03:39.241-08:00Salam,
Saya bersetuju, agama adalah suatu cara hid...Salam,
Saya bersetuju, agama adalah suatu cara hidup. Kandungan Quran terbahagi kepada dua kategori; yang pertama tatacara hidup beragama, dan yang kedua

prinsip-prinsip Islam yang universal. Hanya prinsip-prinsip Islam/Quran yang tidak mengalami perubahan terhadap masa. Tetapi tatacara hidup berubah-ubah

dengan masa. Dengan lain perkataan, sesuatu tatacara atau kaedah itu tidak muktamad.

Sesuatu agama itu hanyalah satu kemungkinan daripada banyak kemungkinan. Samada seseorang individu itu benar atau salah, bukan ditentukan oleh agamanya,

tetapi ditentukan berdasarkan prinsip-prinsip universal di atas. Keuniversalan prinsip-prinsip inilah yang melayakkan mereka menjadi piawai. Apa yang

diamalkan umat Islam pada zaman dahulukala, jika ia menyentuh cara hidup, maka perlu dipertimbangkan dari masa ke masa, untuk menentukan samada ia masih

sesuai atau tidak diamalkan di zaman ini.
Wassalam.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/08344589716572779723noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-83211779134962652442011-01-09T17:48:28.626-08:002011-01-09T17:48:28.626-08:00Tuhan memerintahkan menegakkan agama dan melaksana...Tuhan memerintahkan menegakkan agama dan melaksanakan keadilan. Bagaimana caranya? Sistem agama tuhan ialah melalui raja yg dilantik tuhan sebagai Mutawakil dan ini bermakna raja tersebut tidak dipengaruhi oleh perkara2 bersifat material dan mempamerkan sifat2 tuhan yg agung. Hamba akan membangkitkan semula agama tuhan iaitu ASALAMA selepas beberapa ratus tahun di seleweng dan di pecah2kan menjadi berbagai2 agama. Hanya kebenaran yg dpt membuka mata manusia memahami sejauh mana mereka telah di sesatkan. http://mahadaya-asalama.blogspot.comAl Mahadayahttps://www.blogger.com/profile/08342239127984029185noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-40244208334330641082011-01-09T00:30:50.009-08:002011-01-09T00:30:50.009-08:00Salam,
Maka kerana itu proses menyuburkan nilai b...Salam,

Maka kerana itu proses menyuburkan nilai baik-lah yang patut diutamakan daripada sibuk dengan slogan menegakkan "negara Islam" itu.

Apabila masyarakat hidup dengan nilai-nilai baik, akan lahirlah pemimpin yang baik, rakyat yang baik seterusnya negara yang baik.Juanghttp://www.e-mindakita.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-8720282948906254982011-01-08T20:43:01.450-08:002011-01-08T20:43:01.450-08:001. Sebab Tuhan tidak memerintahkan kita menubuh se...1. Sebab Tuhan tidak memerintahkan kita menubuh sebuah "negara Islam" tidak lain, melainkan kerana agama itu satu cara hidup. Cara hidup ada lebih daripada satu. Jika satu cara hidup saja dibenarkan, maka kezaliman akan berlaku dalam masyarakat itu.
2. Negara yang direda oleh Tuhan "negara baik" di bawah riayah Tuhan. Nilai baik merangkumi semua nilai lain, seperti keadilan dan kasih sayang.Kassim Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-70903797638184695542011-01-07T20:01:41.235-08:002011-01-07T20:01:41.235-08:00Salam,
Kalau kita fikirkan, jika menegakkan negar...Salam,

Kalau kita fikirkan, jika menegakkan negara Islam dan hukum hudud itu satu keutamaan di sisi Allah, pastilah setiap kisah para Nabi yang diceritakan melalui Al Quran berjuang ke arah menegakkan negara Islam dan hukum hudud. Bukankah pada zaman dahulu lagi sudah wujud kenegaraan dan undang-undang? Tetapi kenapa selepas zaman Nabi Muhammad wujudnya golongan yang beria-ia nak tengakkan negara Islam dan hukum hudud?

Keadaan negara terbentuk daripada akhlak masyarakatnya. Masyarakat yang rendah mentalitinya akan membentuk negara yang teruk. Begitulah sebaliknya. Kerana itulah para Rasul berjuang menyedarkan masyarakat mereka agar memperbetulkan diri masing-masing. Itulah keutamaannya.

Umpamakan rakyat seperti pokok-pokok di sebuah kebun. Kebun itu pula ada perumpamaan sebuah negara. Dan pagar kebun itu umpama undang-undang. Untuk mendapat kebun banyak menghasilkan buah-buahan, apakah patut pagarnya diperbaiki dahulu atau tanah dan pokok-pokok dalam kebun itu yang disuburkan dahulu?Juanghttp://www.e-mindakita.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-88427632588926594322011-01-07T03:43:40.255-08:002011-01-07T03:43:40.255-08:00Salam,
Oleh kerana orang-orang beriman itu boleh w...Salam,
Oleh kerana orang-orang beriman itu boleh wujud di kalangan muslimin, orang Kristian, Yahudi, Hindu, Budha, dan kumpulan-kumpulan agama yang lain, maka cita-cita untuk menubuhkan sebuah "Negara Islam" adalah suatu percubaan bahaya untuk memecahkan kesatuan di antara orang-orang beriman dalam pelbagai agama. Seolah-olah "Negara Islam" sahaja yang benar, dan "Negara bukan Islam" misalnya, batil, walhal dalam agama lain juga boleh ada orang beriman. Keuniversalan Islam sebenarnya menjadikan ia inklusif, bukan eksklusif. Oleh kerana sifatnya inklusif, maka sebarang cubaan untuk menjadikannya eksklusif (seperti cita-cita untuk menegakkan sebuah "Negara Islam") adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri. Begitulah, sesetengah pihak sanggup memperalatkan nama Islam untuk membutakan pandangan masyarakat terhadap keuniversalan Islam.

Pemerintahan sekular adalah penyelesaian terbaik dalam hal ini, kerana agama terselamat daripada eksploitasi dan salahguna. Pada dasarnya, dalam sesebuah pemerintahan, orang-orang beriman yang berkebolehan dalam percaturan politik - tidak kira apa latarbelakang mereka, yang dicorakkan oleh geo-/sosio-politik - dengan kemampuan akal kreatif, akan megurustadbir negara mereka dengan rasa tanggungjawab, dan dengan kesungguhan di jalan kebaikan dan kebajikan.

Manusia, pada prinsipnya, tidak memerlukan sebuah "Negara Islam". Mereka hanya memerlukan sebuah negara sekular yang dipimpin oleh orang-orang yang berakhlak dan berkebolehan. Jika mahu bicara soal Islam yang sebenar, maka cerminnya bukan pada nama sesebuah pemerintahan, tetapi pada sari pemerintahan yang inklusif dan sejagat, dan berteraskan kebenaran, keadilan, dan kasih-sayang. Quran memanggil negara dengan pemerintahan sebegini sebagai sebuah "negara yang baik".
Wassalam.Pemudahttp://www.astorajabat.co.cc/noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-90912636867544606032011-01-06T02:01:56.540-08:002011-01-06T02:01:56.540-08:00MEMANG benar. Tiada Hukum Hudud dalam Quran, bahka...MEMANG benar. Tiada Hukum Hudud dalam Quran, bahkan ia menyalahi semangat Quran sama sekali. Amat malang bila pihak yang berkepentingan - yang selalunya popular - sanggup mencandu massa dengan kewajipan melaksanakan hukum ini.

Dakwaan bahawa mekanisme Hukum Hudud boleh diselaraskan dalam keadaan yang sesuai sungguh mengelirukan. Orang ramai khususnya umat Islam harus disedarkan tentang bahaya pandangan yang tampak bijak tetapi menyeleweng dan beracun ini.Nirnamanoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-31294725688602731262011-01-05T16:36:02.263-08:002011-01-05T16:36:02.263-08:001. Hukum Hudud tidak wujud dalam Quran. Ia satu sa...1. Hukum Hudud tidak wujud dalam Quran. Ia satu salah faham yang besar.
2. Lihat risalah saya "Kontroversi Hukum Hudud".Kassim Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/08059909735396467315noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-13734046.post-51914413924285590582011-01-05T01:59:40.979-08:002011-01-05T01:59:40.979-08:00ADA yang sanggup bermain tarik tali dalam isu huku...ADA yang sanggup bermain tarik tali dalam isu hukum hudud ini. Mula-mula ditegaskan kewajiban menegakkan hukum ini. Kemudian, dinyatakan bahawa dalam suasana sekarang ia belum sesuai dijalankan di negara ini; seolah-olah bila tiba masanya nanti, ia kembali sesuai ditegakkan. Biarlah kita katakan, hukum ini tidak lagi wajib dijalankan memandangkan kita sekarang berada di zaman yang memerlukan kaedah baru dalam pelaksanaan prinsip-prinsip Quran.

Kesilapan tanggapan di atas, kerapkali dibuat oleh pemimpin-pemimpin agama, samada dari dalam atau di luar parti tertentu. Massa pun mula menaruh impian 'suci' untuk melihat tertegaknya hukum hudud di Malaysia, 'bila tiba masanya nanti'. Apa sudah jadi?... Usahlah menunggu kucing bertanduk!

Pemimpin-pemimpin agama ini, samada yang 'tajdid' atau bukan, 'salafi' atau tidak, 'sunni' atau sebaliknya, 'syafi'ie' atau di luar mazhab, patutlah memperbetulkan semula pandangan pengikut-pengikut mereka yang taat setia itu. Jangan hanya tahu bercakap tentang tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat. Kena juga tahu bertanggungjawab dalam mengupas isu agama, khususnya isu hukum hudud ini.Nirnamanoreply@blogger.com