(Disemak semula pada 11 Februari, 2013)
Bayangkan jika
hari ini Nabi Muhammad turun balik ke Malaysia (tentunya tiada siapa yang
mengenal beliau), apa akan jadi? Beliau akan melihat orang Islam mendakwa nama
"Allah" itu milik mereka saja; orang Islam tidak mahu berdebat
tentang agama dengan orang bukan-Islam kerana takut; orang Islam bergaduh sama
sendiri kerana berbeza mazhab; orang Islam mahu bergaduh dengan orang bukan
Islam kerana azan; orang Islam melarang orang bukan-Islam memberi salam; orang
Islam ada kasta paderi, seperti orang Hindu dan Kristian; perkataan “Muhammad”
diletakkan bersama perkataan “Allah” sama besar dan sama paras di rumah-rumah
dan di mesjid-mesjid; orang Islam berselawat kepada beliau dengan menyalah-tafsirkan
ayat 33: 56, dan banyak lagi ajaran baru
yang tidak diajar oleh beliau tetapi yang diamalkan oleh orang Islam. Beliau
akan menitiskan air-mata, dan akan menegur mereka. Lalu orang Islam akan
menghalau beliau keluar dari Malaysia, kerana beliau bahaya kepada ketenteraman
awam!
Inilah "Islam" setelah ia berada di Malaysia selama 600 tahun lebih! Saya akan merumuskan penyelewengan-penyelewengan besar kepada tiga saja supaya kita tidak terjebak dalam perkara-perkara kecil.
Inilah "Islam" setelah ia berada di Malaysia selama 600 tahun lebih! Saya akan merumuskan penyelewengan-penyelewengan besar kepada tiga saja supaya kita tidak terjebak dalam perkara-perkara kecil.
Tiga penyelewenga
besar itu: (i) Mendewa-dewakan tokoh agama (contoh Imam Shafi’e yang menyalah-tafsirkan
ayat 4: 59 untuk menghalalkan Hadis dan bertanggungjawab
mewujudkan doktrin dua sumber utama), (ii) Mengadakan kasta padera untuk
mendiktatkan agama kepada rakyat, seperti dalam agama-agama Hindu, Yahudi dan
Kristian, (iii) Memecahkan ilmu kepada ilmu agama dan ilmu sekular.
Esei ini saya namakan
"Tragedi Bernama Islam" , kerana
agama Islam yang direadi Allah bertukar menjadi agama yang tiada bezanya
daripada agama-agama lain yang telah menyeleweng. Orang Islam sendiri tidak
menyedari penyelewengan mereka.
Ini bermakna
orang Islam sendiri keliru. Umat Islam di seluruh dunia sudah jatuh sejak kejatuhan
kota Baghdad di Timur pada 1258 dan kejatuhan kota Toledo di Barat pada 1429.
Mengapa? Ingat
kembali bahawa Islam yang sampai ke Dunia Melayu dalam abad-abad ke-14 dan
ke-15 itu Islam yang telah jatuh, selepas kejatuhan kota Baghdad. Yakni, “Islam”
yang telah dimasuki penyelewengan-penyelewengan besar yang saya sebut di atas.
Mengapakah penyelewengan-penyelewengan ini berlaku? Salah siapa? Jawapan-jawapannya, pada
asasnya, mesti kita cari dalam Quran sendiri, kerana Tuhan tidak lupa menyebut dalam
Quran perkara-perkara yang perlu kita tahu.
Ingat kembali amaran Tuhan yang jelas dalam Quran. "Rasul akan berkata: "Tuanku, umatku telah membelakangkan Quran ini. Demikianlah Kami wujudkan bagi setiap nabi musuh dari kalangan mereka yang berdosa. Tuanmu cukup sebagai pembimbing dan penolong." (25: 30-31). Amaran yang dahsyat ini nyata telah berlaku, tetapi mengapakah cerdik-pandai kita gagal menghuraikan perkara ini. Tetapi sebelum kita mendalami ayat itu, saya ingin mengajak semua memerhatikan dua ayat suci yang memberitahu kepada kita bahawa kebanykan orang tidak akan beriman, walau bagaimana kita menggalakkan mereka untuk beriman. (Quran, 12: 103). Di samping itu, kebanyakan mereka yang beriman, tidak beriman, kecuali menyengutukn Tuhan. (Quran, 12: 106)

Saya telah
menulis buku, risalah dan banyak esei tentang kejatuhan Islam dan penyelewengan
umat Islam. Tentu ramai orang telah membaca tulisan-tulisan ini. Di antara
orang-orang yang telah membacanya tentulah termasuk sarjana dan pemimpin politik dan agama.
Mengapa mereka tidak bertindak dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasinya? Mungkin kerana, dalam masa, katalah 100 tahun yang lalu, bermula
dengan Jamaluddin al-Afghani (m. 1897) dan Muhammad Abduh (m. 1905), beberapa
rumusan penyelesaian yang berbeza telah dikemukakan oleh berpuluh, mungkin beratus,
orang sarjana dan cerdik-pandai yang telah mengkaji perkara ini. Mengapa belum
diketemui jawapannya?
Dua ayat yang
dahsyat yang kita petik di atas wujud dalam Quran dari awal. Bermakna Tuhan
Maha Mengetahui nampak kemungkinan umat Islam (zaman Nabi Muhammad, kerana
nabi-nabi lain mengajar Islam pada tahap masing-masing) akan melakukan
kesilapan yang sama, seperti umat-umat lain dulu, lalu, melalui mulut nabi
terakhir, Muhammad, mengeluarkan amaran besar ini. Mengapa tokoh-tokoh agama
kita tidak memberi perhatian kepada amaran ini? Umpamanya, adat kita, di
seluruh dunia Islam, melagukan Quran tanpa faham (bagi mereka yang bahasa Arab
bukan bahasa ibunda) jelas melanggar peringatan ini. Bagi mereka yang bahasa
Arab bahasa ibunda, mereka diajar supaya merujuk makna ayat-ayat Quran kepada
golongan ulama (dengan bahasa lain, kasta paderi!). Kononnya, huraian para
paderi ini cukup dan muktamad (istlahnya, ijmak)!
Saya menulis
dalam memoir saya, Mencari Jalan Pulang:
“Tidak ada kaedah yang lebih pintar daripada ini untuk menyembunyikan Quran
daripada umat Islam.” Seperti yang
diungkapkan oleh pegawai-pegawai raja dalam zaman feudal Melayu dulu apabila
sesorang itu hendak dihukum: "Sudah sampailah takdir Tuhan kepada
anda!" (Yakni untuk disembeleh!) Demikianlah umat Islam sudah disembeleh
kerana membuat kesilapan-kesilapan yang sama seperti masyarakat-masyarakat
agama lain.
Dalam
penyelidikan saya, apa yang dipanggil Hadith atau Sunnah itulah punca utama
penyelewengan umat Islam. Quran dibuat buku nyanyian; Hadith dibuat buku
pegangan! Selepas itu, umat Islam mewujudkan suatu kasta paderi (disebut ulama),
yang tiada dalam ajaran Islam yang asal)) untuk mentafsirkan agama bagi mereka,
seperti orang Yahudi, Kristian dan Hindu. Kemudian mereka pisahkan ilmu kepada
dua kelompok yang berlainan: ilmu agama dan ilmu dunia.
Ketiga-tiga faktor ini menjaminkan mereka akan kekal terperangkap dalam penjara yang mereka bina sendiri! Malang seribua kali malang! Mereka anggap penjara itu istana yang cantik! Mereka bangga duduk di dalamnya!
Kalau saya hendak menceritakan ini semua dengan terperinci, saya kena tulis sepuluh jilid. Malangnya, saya tidak ada masa. Kita semua pun tidak ada masa. Kita perlu keluar dari penjara ini dengan segera. Nasib baik Quran, satu-satunya buku yang dijamin oleh Tuhan terpelihara daripada korupsi, masih ada pada kita. Quran akan datang balik kepada kita dan kepada seluruh dunia. Inilah yang akan mengeluarkan kita dari penjara dan akan menyelamatkan kita daripada kemusnahan besar yang menanti.
-----------------------

KASSIM AHMAD seorang penulis
bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com dan
www.stormloader.com/qsm/jam
[1]
Esei ini ditulis dalam tahun
2011, tetapi tidak disiarkan di mana-mana, kecuali dalam blog saya.