Sunday, March 11, 2007

PEMBERITAHUAN TENTANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

YANG KE-6 FORUM IQRA’ PADA 15 APRIL, 2007

DI BAYAN BARU, PULAU PINANG


Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-6 (Pemilihan) Forum Iqra’ Berhad akan di adakan seperti berikut:-

Tarikh: 15 April, 2007

Tempat: Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang. No. 7, Jalan Mayang

Pasir 2, Bayan Baru (Bilik Pulau Mutiara)

Masa: 9.30 pagi – 1.0 tgh.

Aturcaranya seperti berikut:-

8.30 – 9.30 Pendaftaran;

9.30 - 12.30 tgh. : Mesyuarat Agung

1. Bacaan Quran dan Doa;

2. Memilih seorang Pengerusi Mesyuarat;

3. Ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden Forum Iqra’

4. Meluluskan minti MAT Foriq ke-5;

5. Menerima Laporan Pegawai Pentadbir 2006-07;

6. Menerima Penyata Kewangan 2006-07;

7. Menerima ucapan dasar Presiden;

8. Memilih Pegawai & Anggota Jawatankuasa Kerja

untuk 2 penggal 2007-09 (seorang presiden; seorang naib-presiden, seorang pegawai pentadbir, seorang bendahari dan lima orang anggota jawatankuasa lain);

9. Ucapan penangguhan.

1.0 tgh. Makan tengahari.

Di sebelah petangnya, dari pukul 2.30 hingga 5.0 petang sebuah forum

di atas tajuk “Islam dalam Abad Kedua Puluh Satu” akan diadakan. Ahli-ahli penal yang telah diundang dan dijangka akan hadir ialah Yang Berbahagia2 Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Hj Zakaria, Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dan Sdr Kassim Ahmad, Presiden Forum Iqra’.

Satu jamuan teh akan diadakan selepas majlis forum itu.

Dikeluarkan oleh Sekretariat Foriq,

d/a 1504, Jalan Kulim Height 3,

Persiaran Kulim Golf,

09000 Kulim, Kedah.

E-mel: kasmad172@yahoo.com.my

12 Mac, 2007.

TEL. 604-4031871

016-4711779 (Warsa Mohamad)

012-5836483 (Ahmad Shauqi)

1 comment:

Unknown said...

Salam munalaikum,

Tuan saya nak satu perkara al-Quran itu cukup atau tak cukup untuk kita jadikan panduan hidup berkeluarga bernegara dan berhubung antarabangsa. Kenapa kita masih perlu pembantu-pembantu lain seperti hadis untuk membantu al-Quran. Adakah tuan terpaksa berkompromi semata-mata tuan ingin mencari pengikut.
Tuan sendiri memanggil diri sendiri sebagai thinker dan ahli falsafah tapi tuan cuma boleh hantar berita falsafah tuan dalam satu BLOG yang tidak perlu mengeluarkan sebarang kos. Saya mempunyai cadangan supaya disalurkan tulisan tuan dalam satu web site yang teratur kemas. Bukan berapa duit sangat dan bukan susah sangat. Blog macam ini digunakan untuk budak-budak ia boleh merosakkan status tuan sebagai ahli falsafah. Lagi satu, orang mula kembali kepada al-Quran bukan fasal buku tuan yang banyak keliru tetapi sebelum itu sudah ramai orang yang baca al-Quran dan faham al-Quran. Cari la webmanager yang ada pengetahuan IT.

uitm shah alam.