Wednesday, July 30, 2008

Perpaduan UMNO-PAS: Syarat-Syarat Kejayaan

Kassim Ahmad

22 Julai, 2008

Pada waktu ini, sebahagian besar rakyat kita, termasuk orang Melayu, tidak mahu PAS dan UMNO bersatu atas apa alasan pun. Namun demikian, tidak dapat dinafikan lebih ramai orang Melayu mahu melihat perkara itu berlaku. Alasan puak yang kedua ialah untuk memelihara dan mempertahankan hak ketuanan orang Melayu ke atas negara ini dan memelihara dan mempertahankan martabat Islam sebagai agama rasmi. Orang Melayu dalam puak pertama telah menukarkan slogan “ketuanan Melayu” kepada “ketuanan rakyat”. Kita tidak tahu apakah pendirian mereka tentang Islam. Barangkali mereka akan menerima apa yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tidak syak lagi, para prinsipnya, hanya orang Melayu yang boleh mempertahankan hak-hak mereka yang sah dalam negara-bangsa Malaysia yang sedang kita bangunkan. Demikian juga, hanya orang Islam yang boleh mempertahankan agama Islam di Malaysia. Namun demikian, kita juga tidak boleh lupa kepada soal falsafah atau pandangan hidup: orang Melayu yang berfikiran yang macam mana, dan orang Melayu yang ikut ‘Islam’ yang macam mana?

Dari awal dalam sejarah Malaya/Malaysia Baru, wujud dua konsep negera-bangsa yang bertentangan. Pertama, konsep negara-bangsa yang dibawa oleh UMNO-MCA-MIC yang kemudian menjadi Barisan Nasional, yang, pada dasarnya, pro-kolonial dan kapitalis. Kedua, konsep negara-bangsa yang dibawa oleh gabungan parti-parti progresif pada ketika itu, iaitu PUTERA-AMCJA, dengan “Sepuluh Prinsip Rakyat” yang terkenal itu.[1] Seperti kita semua tahu, tekanan dari pihak penjajah Inggeris menyebabkan gabungan UMNO-MCA-MIC menerima kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos, 1957 dan memegang tampuk pemerintahan. Gabungan progresif pula menerima tekanan yang dahsyat bukan saja dari pihak penjajah Inggeris, tetapi juga dari pihak Kerajaan Perikatan/Barisan Nasional kemudian hingga sekarang. “Pakatan Rakyat” yang baru muncul dari kerjasama antara PKR, PAS dan DAP dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu seolah-olah mahu mengganti gabungan parti-parti progresif yang dulu itu.

Sekarang dua kemungkinan boleh berlaku. Pertama, UMNO dan B.N. yang ia pimpin, boleh membuat perubahan-perubahan yang diperlukan dari segi falsafah politik mereka dan dari segi dasar pemerintahan mereka untuk melayakkan diri mereka mendapat balik kepercayaan rakyat kepada mereka. Kedua, Pakatan Rakyat, dalam masa yang tidak begitu lama, boleh memperkukuh dan memantapkan kerjasama di antara mereka serta menjalankan dasar “nasionalis, progresif, demokratik dan humanis”, dengan lain perkatan dasar, dasar pro-rakyat dalam pentadbiran mereka. Jika yang pertama berlaku, UMNO/B.N. akan menang balik dalam pilihanraya umum yang ke-13, dan Pakatan Rakyat akan kalah. Sebaliknya, jika yang kedua berlaku, Pakatan Rakyat akan menang dan UMNO/B.N. akan kalah.

Harus diingat bahawa salah satu dari dua kemungkinan ini saja yang akan berlaku; kedua-duanya tidak boleh berlaku serentak.

Ini suatu perlawanan atau rebutan kuasa yang sengit – di antara UMNO/Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Sebab itu kita melihat pelbagai peristiwa berlaku – peristiwa-peristiwa yang mencelarukan keadaan politik di negara kita sekarang.

Kita harus ingat bahawa perbezaan ideologilah yang memecah-belahkan masyarakat Malaya/Malaysia Baru yang ingin kita bangunkan. Pada asalnya, UMNO menyatukan semua parti dan kumpulan Melayu, termasuk PAS dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang kemudian menjadi Parti Rakyat Malaya/Malaysia). Oleh kerana PAS hendak “memperjuangkan Islam” dan PKMM hendak memperjuangkan sosialisme, maka puak agama dalam UMNO keluar untuk menubuhkan PAS dan PKMM keluar dari UMNO untuk berjuang di bawah bendera parti mereka sendiri.

Sejak dua atau tiga dekat yang lalu, dunia kita yang berpecah mengikut ideologi sudah tidak ada lagi. Perang Dingin antara Blok Barat (yang dipimpin oleh Inggeris-A.S.) dan Blok Timur (yang dipimpin oleh Rusia) sudah berakhir. Blok Timur sudah pecah dan Rusia dan China sudah mengamalkan sistem “pasaran bebas” Inggeris-Amerika Syarikat. Sistem “pasaran bebas” neo-liberal ini sendiri sedang runtuh di depan mata kita. Suatu sistem baru yang lebih adil – gabungan yang harmonis di antara sistem liberal-kapitalis dan sistem sosialis-komunis – sedang muncul. Perubahan ini juga yang sedang berlaku di negara kita.

Perundingan antara UMNO dan PAS sekarang, selain menggambarkan rebutan kuasa yang sengit antara UMNO/ B.N dengan Pakatan Rakyat, juga menggambarkan kegelisahan orang Melayu tentang kedudukan kuasa mereka. Seperti yang telah saya katakana, soal yang pokok bukan “perpaduan Melayu”, tetapi dasar UMNO dan dasar PAS itu sendiri – adakah darar-dasar mereka “nasionalis, progresif, demokratik dan humanis”. Dasar yang akhir inilah yang menggambarkan ciri dunia yang sedang muncul.

Suatu kesilapan falsafah PAS harus dibetulkan. Konsep Melayu itu suatu konsep kebangsaan, kerana Melayu itu suatu bangsa. Ia fitrah yang selaras dengan sunnatullah, natural law, dan tidak harus dinafikan oleh PAS. Manakalah Islam itu suatu falsafah, suatu pandangan hidup, yang kita kenal dengan pandangan hidup tauhid. Salah satu ciri yang terpenting dalam pandangan hidup in dalam pemerintahan ialah keadilan. Apabila sesuatu masyarakat itu memerintah dengan adil, masyarakt itu sebenarnya memerintah mengikut Islam. Contoh Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri untuk mentadbirkan, mula-mula negara-kota Madinah dan kemudian seluruh negara-bangsa Arab di Semenanjung Arab, menjadi contah yang baik untuk kita ikut. Tidak pun disebut “negara Islam” dalam perlembagaan ini – kebetulan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia!

Di atas saya menimbulkan masalah “Islam yang mana”. Islam yang berpaksikan falsafah tauhid ialah Islam yang dibawa oleh semua nabi, dari Nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad, nabi yang terakhir. Islam ini dilengkap dan disempurnakan dalam Quran. Ayat yang berbunyi: “Pada hari ini Kami lengkapkan agama kamu dan sempurnakan nikmat Kami kepada kamu, dan Kami reda Islam sebagai agama kamu.” (Quran, 5: 3) menjadi bukti. Tetapi dua ratus lima puluh tahun kemudian, Hadis/Sunnah telah ditambah kepada Quran oleh ulama mereka untuk menjadi pegangan umat Islam yang wajib. Sesetengah pemimpin kita telah bercakap tentang Islam yang sebebar. Islam yang sebenar ialah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, melalui para nabi yang awal, dan yang termaktub dalam Quran – sebuah kitab suci yang dijaminkan kesahihan-Nya oleh Tuhan Sendiri. Kepada Islam inilah yang patut kita kembali. Islam ini akan membawa kita kepada kebenaran, keadilan dan keehsanan. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat kita dan rakyat seluruh dunia sekarang.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di alamat kassim03@streamyx.com Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com


[1] Lihat Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaya, Bangi , 2004; hal. 204-216.

12 comments:

moloyue said...

Saya nampak perbincangan sdra Kassim mengenai muzakarah/muqabalah PAS/UMNO akhirnya membawa kpd kesimpulan bahawa org Melayu harus membuang hadis dan hanya berpandukan kpd Quran.
Persoalan yg dibangkitkan oleh sdra ialah “islam yg mana satu” kerana kedua-dua parti , PAS dan UMNO menuntut hendak memertabat/mempertahankan Islam.
Sebenarnya perbincangan PAS-UMNO adalah lebih dipersekitaran politik sahaja walaupun ada elemen Islam didlmnya. UMNO, pd satu masa dahulu boleh berdiri dng sendirinya kerana mempunyai majority dlm parlimen. Tetapi, apabila sebahagian org Melayu telah menolak UMNO maka UMNO terpaksa bergantung kpd kerusi-kerusi parti bukan Melayu. Ini menyebabkan UMNO jadi goyah.
Oleh yg demikian, UMNO perlukan gabungan PAS untuk menjamin kesinambungan kuasanya. Kepentingan ketuanan Melayu dan Islam adalah alasan sahaja. Selama lebih 50 tahun UMNO memerintah ia telah GAGAL memertabatkan bangsa melayu dan Islam. Terutamanya sejak pemerintahan Dr. Mahathir Mohammad pemimpin-pemimpin UMNO telah leka dan hanyut dengan godaan-godaan duniawi mereka.
Pertemuan PAS-UMNO tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali pemimpin UMNO benar-benar ikhlas demi kepentingan bangsa melayu dan Islam. Drpd perkembangan-perkembangan yg sedang berlaku di negara ini sekarang menunjukkan pemimpin UMNO belum bersedia untuk membuat sebarang pembaharuan. Oleh itu, UMNO tidak akan berkompromi dng tuntutan-tuntutan PAS. PAS pula tidak akan berganjak drpd tuntutan-tuntutan mereka berdasarkan pengalaman-pengalaman pahit mereka semasa bersama-sama dgn UMNO.
‘Islam yang mana satu” bukanlah isu pokok atau utama dlm perbincangan PAS-UMNO. Islam hanya satu, bukan hadhari, bukan orthodox, bukan liberal atau moderat : iaitu Islam yg bertunjangkan Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalau kedua-dua pihak duduk dan membawa nas-nas Quran dan Hadis mereka akan bermuafakat dan bersepakat . Itulah dua peninggalan Nabi yg mana jika kita berpegang kpdnya kita tidak akan sesat. Sekian.

Burung Hantu said...

PAS tak abis-abis obssess dgn hukum hudud. Dalam hati dan pandangan puak-puak ni tak nampak benda lain dah dalam Islam, kecuali hukum hudud.

Kassim Ahmad said...

Salam.
1. Membutakan mata kita kepada realiti perpecahan umat Islam tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita. Jika kita semua kembali kepada ajaran Quran, tanpa menolak ajaran-ajaran lain yang selaras dengan ajaran Quran, tidak akan timbul masalah sekularisme dan hukum hudud yang ditonjolkan oleh PAS.
2. Manusia bebas memilih untuk melakukan apa yang mereka mahu. Betapa pahit pun pengalaman masing-masing dengan satu sama lain, PAS dan UMNO boleh membuka lembaran baru dalam hubungan mereka demi masa depan orang Melayu, termasuk orang bukan-Melayu, dan agama Islam, dengan syarat mereka jujur.
Yang mana kita mahu? Membuka lembaran baru untuk kebaikan anak-cucu kita, atau terus merodong dalam gelap hingga hancur sama sekali?
Wassalam.

kab56 said...

Salam, Pak Kassim

“Jika kita semua kembali kepada ajaran Quran, tanpa menolak ajaran-ajaran lain yang selaras dengan ajaran Quran, tidak akan timbul masalah sekularisme dan hukum hudud yang ditonjolkan oleh PAS.”

Ajaran lain yang dimaksudkan oleh Pak Kassim boleh termasok Hadith kan? Pandangan untuk mengetepikan Hadith oleh kerana ada Hadith yang tidak masuk akal adalah ibarat membakar kelambu untuk membunoh nyamok.

Adakah perlu bentuk sesuatu Negara itu perlu dilabelkan Negara Islam atau Negara sekularisme. Wal-hal, kata Pak Kassim sendiri, “Apabila sesuatu masyarakat itu memerintah dengan adil, masyarakat itu sebenarnya memerintah mengikut Islam”. Pandangan ini miris dengan pandangan Dr Mahathir dalam proklamasinya yang Malaysia sudahpun Negara Islam. Ini telah mencetuskan berbagai protes dari politikus kafir seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Sebaleknya, Nik Aziz pernah berkata, “Tidak ada yang salah dengan Mahathir, kecuali dia secular”. Tidak kah terang yang masaalah kita ada sekarang adalah kerana kita menilai sesuatu itu setakat labelnya sahaja. Maksud saya, ada kah arak akan menjadi halal kalau ada cop halal? (Seperti Perbankan Islam). Dan, adakah perlu, semua yang halal, termasuk perlembagaan kita, diberi label Islam?

Kassim Ahmad said...

Salam Sdr Kab56,

1. Kiasan kelambu dengan nyamuk tidak kena. Kalau kelambu itu dikiaskan kepada Quran, nyamuk mestilah perosak. Kita perlu hapuskan nyamuk. Masalah Hadis ialah kerana sebagian besar dari hadis bercanggah dengan ajaran Quran, seperti hukum murtad dan zina, yang diciplak dari kitab Taurat.
2. Perlembagaan Madinah memisahkan ibadah agama dari dasar negara, selaras dengan ajaran Quran (22: 67)dan langsung tidak menyembut hukum hudud atau negara Islam. Negara Malaysia, seperti negara-kota Madinah, berbilang agama dan kita tidak boleh membezakan rakyat dari segi bangsa dan agama.
3. Bagi Karpal Singh, konsep "Negara Islam" itu ialah kosnep yang dibawa oleh PAS. Sebab itu dia bantah. Mahathir tidak perlu mengisytihar Malaysia "negara Islam". Kita diperintah oleh Tuhan supaya memerintah dengan adil. Undan-undang yang adil itu ialah undang-undang yang direda oleh Tuhan, mengikut ajaran Quran.
Saya harap Sdr Kab56 faham dengan penjelasan saya yang ringkas ini.

kab56 said...

Salam Pak Kassim

1. Saya kiaskan kelambu dengan Hadith, bukan al-Quran. Memang ada Hadith yang boleh di-ibaratkan nyamok. Tapi ada juga hadith yang boleh di pakai. Pada pendapat saya, untuk ketepikan hadith secara langsung oleh kerana segelintir nyamok adalah keterlaluan. Lagipun ia mengacau bilaukan masyarakat yang “naturally” akan bertindak defensif apabila sesuatu tradisional yang di turunkan dari nenek moyang diserang. Ini cuma pendapat saya. Sudah pasti hujjah sebegini Pak Kassim sudah dengar dan ketepikan.
2. Izinkan saya tukar bahasa.
Agree that the Medina Charter accommodated the fact that there were ‘non-believers” among their citizens and they were treated fairly. While you imply that it was secularistic, one can equally argue it was theocractic because the prophet s.a.w. was the head of state and one can’t imagine him being Muslim only part of the time, only when dealing with personal matters but not when dealing with matters of the state. But my real point is that it is the labels that get in the way of the meeting of minds because labels mean different things to different people, sometimes even according to what’s convenient to them. For example, it’s politically convenient for Karpal to only understand PAS’s notion of an Islamic state. And, Mahathir proclaimed Malaysia to be an Islamic state according to a notion even you subscribe.
Personally, it was the vehemence of the arguments for secularism that made me uncomfortable because to me secularism implies being anti-religion as examplified in Turkey.

Perhaps more of us should look beyond labels and evaluate the underlying actions/substance.

Kassim Ahmad said...

Dear Kab56,

1. Jika Sdr kiaskan kelambu kepada Hadis, tentulah pijat atau nyamuk yang perlu dihapuskan. Jangan kita beri alasan tradisi untuk tidak mahu buang adat-adat yang jahat. Adat-adat yang jahat ini akan merosakkan kita. Tiap-tiap hari sebenarnya, masyarakat manusia memperbaharukan hidupnya -- buang yang negatif dan perkenalkan yang positif.
2. Masyarakat Madinah terdiri dari empat kumpulan: mukmin, kafir, Yahudi dan Kristen. Selars dengan perintah Tuhan, Nabi Muhammad mengasingkan ibadah agama (yang diletakkan di bawah tadbiran masing-masing kumpulan) dari dasar negara.
3. Bukan saja pemimpin-pemimpin Islam ortodoks tidak faham perkara ini, mereka, sebaliknya, meletakan Hadis mengatasi Quran -- satu perbuatan yang tersilap besar!
4. Nabi Muhammad memang seorang mukmin dan muslim, tetapi beliau tidak fanatik, seperti kebanyakan pemimpin Islam hari ini. Sikap fanatik itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenarnya.
Saya harap Sdr Kab56 faham penjelasan saya.
Wassalam.

kab56 said...

Maaf, Pak Kassim, but just to be clear, is it your belief that Hadith should be done away with completely?
Salam.

zubin said...

salam masuk blog, ok warna hijau, tapi kat bawah nama, ada slogan malaysia's formost thinker, philosopher, heheheehh ye ke, jangan cepat riak, kembali kepada quran dan hadith! atau siapa yang tulis blog ni!

Burung Hantu said...

kab56,

Hadis atau apa-apa shj yang tidak bercanggah dgn Quran bg saya tidak ada masalah.

Islam senang diserap dalam pelbagai budaya sbb itu cepat tersebar, asalkan budaya sesuatu bangsa atau etnik itu tidak bercanggah dgn Quran. Dan saya rasa kerana Quran itu kebanyakan nilai-nilainya universal dan tidak terlalu strict dan spesifik jadi senang diserap.

zubin,

Dulu yg setup blog ni Bakri Musa, go to www.bakrimusa.com

Pak Kassim tak pandai sgt bab2 internet ni, post ngan approve comments pandai la dia kot.

Kassim Ahmad said...

1. Hadis yang selaras dengan ajaran Quran diterima. Quran mensahkan ajaran-ajaran yang betul, sebelum dan selepasnya. Tidak logik menolak hadis-hadis yang betul-betul sahih, yakni mutawatir.
2. Blok ini dibuat oleh sahabat saya, Dr Bakri Musa, dan pengenalan terhadap saya dibuat oleh beliau.

kab56 said...

Salam Pak Kassim
Kalau macam tu tak bakar kelambu laa. Nyamok je di bunoh. Tak kena la orang panggil Pak Kassim anti-hadis.