Sunday, September 21, 2008

Hadith: Satu Penilian Semula #26 (Sambongan Akhir)

Bab V: Kesimpulan: Kembali Kepada Ajaran Nabi Muhammad Yang Asal – Quran

Dua Penyelewengan Umat Muhammad

Walau bagaimanapun, oleh kerana kebangkitan Eropah moden disebabkan juga oleh pemberontakannya terhadap kuasa Gereja yang telah menyeleweng dan seterusnya terhadap kuasa agama, maka hubungan sah antara ilmu dan agama telah terputus. Inilah yang menyebabkan cogan kata Zaman Keserlahan Eropah yang diberi oleh Kant berbunyi: “Beranilah mengetahui!” dan tidak seperti sepatutnya: “Beranilah mengetahui di bawah bimbingan Quran!” Oleh yang demikian, tamadun moden Barat tempang, terlalu berat di sebelah keduniaan, dan menemui jalan buntu di akhir abad kedua puluh ini.

Sebaliknya, dunia Islam dalam zaman taqlid dan kejatuhannya, telah mengambil satu jalan pelampau yang lain, yang menyeleweng dari “jalan lurus” al-Quran. Jalan lurus al-Quran ialah jalan luas yang meliputi dunia material dan dunia spiritual, sedangkan dunia yang dipilih oleh umat Islam setelah itu ialah dunia ‘spiritual’ semata-mata, menjadikan kehidupan mereka tempang dan berat ke atas ‘keagamaan’ saja.

Dapat dilihat bahawa baik masyarakat Islam mahupun masyarakat Eropah telah menyeleweng dari wahyu-wahyu Tuhan, tegasnya Quran. Inilah sebabnya Quran menceritakan kepada kita bahawa di akhirat kelak Nabi Muhammad akan mengadu kepada Tuhan bahawa umatnya telah membelakangkan Quran. Dengan perkataan ‘umatku’ yang digunakan oleh Nabi nyatalah ia bermakna seluruh manusia, kerana Muhammad ialah rasul Tuhan kepada seluruh dunia. Manakala Barat moden telah membelakangkan Quran dengan menggunakan kitab-kitab liberal dan Marxis sebagai panduan asas, dunia Islam telah membelakangkan Quran dengan menggunakan kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab ulama. Untuk membetulkan penyelewengan ini, nyatakan seluruh dunia mesti kembali kepada Quran.

Dunia Sedang Kembali Kepada Quran

Tidak syak lagi, perkara ini sedang berlaku. Dalam Bab I kita telah menarik perhatian pembaca kepada keadaan “Kacau-bilau Agung” yang telah menimpa dunia abad kedua puluh di mana segala teori, falsafah dan sistem tradisional runtuh.27 Apakah yang akan muncul untuk menggantikan tempat teori, falsafah dan sistem tradisional yang telah runtuh itu? Jawapannya jelas: teori, falsafah dan sistem yang berdasarkan ajaran-ajaran Quran.

Walaupun aliran-aliran falsafah dominan di Eropah dalam masa dua ratus tahun yang lalu sama ada agnostik atau atheistik, seperti positivisme logika dan materialisme dialektika, satu aliran teisme yang kuat juga tidak pernah hapus. Aliran ini bertambah kuat dalam masa empat lima dekad yang lalu dengan penemuan-penemuan sains mutakhir mengenai jirim. Seorang profesor falsafah telah menulis: “Falsafah alam dengan demikian adalah sebahagian daripada bidang yang bertindih antara sains dan falsafah sebagai jenis-jenis ilmu. Sains moden telah maju melampaui sikap empiris dan condong ke arah falsafah. Dalam pada itu falsafah moden kian bertambah rapat hubungannya dengan sains, dan ahli-ahli falsafah kita yang terkemuka adalah juga tokoh-tokoh sains yang terkenal. Ini bukan satu keadaan baru dalam sejarah fikiran. Tetapi gerakan yang bermula dengan Renaissance, sebagai reaksi menentang kekejaman teologi Zaman Pertengahan, memecahkan sains sebagai ilmu-ilmu bebas daripada falsafah, telah kembali ke pangkal, dan sains dalam perjalanannya membuat kajian-kajian yang bebas, telah kembali mengambil pendirian falsafah yang sekaligus sepadu dengan khazanah teori saintifik.

“Demikain juga sengketa abad kesembilan belas antara sains dan agama telah berlalu … kewujudan Tuhan adalah andaian sains yang mutlak dan yang tidak dapat digantikan, dan jauh daripada adanya keterasingan sains dari agama di zaman moden, wujud secara tidak dapat tidak perhubungan semula yang paling rapat antara mereka sekiranya kedua-dua konsep sains dan agama ditafsirkan dengan betul.…”28

Seperti di Eropah moden, demikian juga di dunia Islam. Walaupun aliran fikiran yang dominan sejak abad kedua belas ialah taqlid, wujud satu aliran fikiran minoriti anti-taqlid yang kuat dari awal, khasnya di kalangan ahli-ahli falsafah dan ahli-sahli sains, seperti Ibn Rushd (m. 595/1198) dan Ibn Khaldun (m. 808/1406). Aliran fikiran ini bertambah kuat dan berpengaruh setelah munculnya gerakan islah Muhammad Abduh di akhir abad kesembilan belas. Pada pendapat saya, tidak syak lagi aliran fikiran islah anti-taqlid dalam masyarakat Islam akan bergabung dengan aliran fikiran teisme dalam masyarakat Eropah dan akan mengembalikan manusia kepada ajaran Quran dalam masa satu, dua atau tiga generasi akan datang. Inilah satu-satunya alternatif bagi umat Islam dan bagi umat manusia untuk keluar dari dilema “Kacau-bilau Agung” yang meliputi mereka sekarang. Tidak ada alternatif lain.

“Kembali kepada Quran” – inilah cogankata yang tepat sekali bagi umat Nabi Muhammad, kerana Quranlah perutusan yang dibawa oleh beliau, dan kerana inilah jawapan yang paling wajar kepada komplain beliau yang masyhur dalam Quran. Tetapi, sekali lagi kita ulang, kembali kepada Quran tidak bermakna kita perlu membakar kitab-kitan Hadis dan kitab-kitab ulama, dan kita tidak akan memakai ulama lagi. Ia hanya bermakna kita akan menggunakan Quran semata-mata sebagai sumber bimbingan dalam semua hal, dan kita akan menggunakan budibicara kita untuk menerima atau menolak tafsiran, huraian dan saranan kitab-kitab lain, sama ada kitab Hadis atau kitab ulama, sama ada kitab liberal atau kitab Marxis, mengikut sama ada tafsiran, huraian dan saranan itu sesuai dengan ajaran-ajaran Quran dan dengan keperluan-keperluan masyarakat moden kita atau tidak. Ulama kita yang selama ini hanya terdidik dan mengetahui ilmu-ilmu agama (Zaman Pertengahan) mestilah menguasai ilmu-ilmu sekular yang penting supaya kesepaduan ilmu wujud dalam diri mereka. Demikian juga harus dilakukan oleh cerdik pandai kita yang berpendidikan sekular: mereka perlu menguasai ilmu-ilmu agama yang penting.

Saranan ini mengemukakan tiga tugas besar kepada orang-orang mukmin. Pertama, menilai semula secara kritikal keseluruhan warisan tamadun Islam; kedua, mengasimilasikan secara kritikal tamadun moden Barat; dan ketiga, membina asas tamadun baru Islam yang akan menyelamatkan dunia dari kehancuran nuklear. Ketiga-tiga tugas ini kait-mengaiat antara satu dengan lain. Pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai Islam yang tulen mestilah menggabungkan tenaga dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai agama-agama lain “yang beriman kepada Tuhan dan hari kemudian dan mengerjakan kebaikan”29 untuk melaksanakan tugas-tugas besar manusia di akhir abad kedua puluh dan dalam abad kedua puluh satu. Tidak ada Imam Mahdi dan tidak ada ‘kedatangan kedua’ Nabi Isa – kedua-duanya tahyul-tahyul besar yang telah dimasukkan ke dalam Hadis – untuk menyelamatkan manusia dari mala petaka agung akibat penyelewengan-penyelewengannya sendiri.30 Berpandukan Quran, manusia mestilah mengubah dirinya, yakni jiwa, hati dan fikirannya, dan melakukan perjuangan untuk menyelamatkan dirinya.31

Jika tugas-tugas ini nampak terlalu besar, orang-orang mukmin di seluruh dunia haruslah mengambil inspirasi, galakan dan keberanian dari firman-firman Tuhan:

Telah Kujadikan tugasKu untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin. (30:47)

Dialah yang menghantar rasulNya dengan bimbingan dan agama yang benar supaya ia mengatasi semua agama. (48:28)

Dan katakanlah, “Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Kepalsuan pasti akan hapus.” (17:81)

Tuhan telah menetapkan, “Aku, dan rasul-rasulKu, senantiasa akan menang.” (58:21)

Muhammad, s.a.w., dan generasi-generasi Muslim yang awal percaya penuh kepada janji-janji Tuhan di atas, berpegang teguh kepada wahyu-wahyuNya, iaitu Quran, dan mencapai kejayaan yang gilang-gemilang. Mengikut beliau dan generasi-generasi Muslim yang awal, kita juga boleh mencapai kejayaan demikian.

Nota:

27. The Reconstruction of Religious Thought in Islam, h. 7.

28: Lihat 25:30

29: Lihat di atas, Bab I, h. 14-15.

30: Errol E. Harris, Nature, Mind and Modern Science, h. 451-52.

31: Quran, 2:62. Lihat juga 5:69 dan 2:25.

“Korupsi telah berlaku di seluruh daratan dan lautan, kerana pekerjaan rakyat. Oleh yang demikian, Dia menyebabkan mereka merasai akibat-akibat setengah pekerjaan mereka supaya mereka kembali.” (Quran, 30:41)

“Tuhan tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali mereka mengubah diri mereka.” (Quran, 13:11)

56 comments:

hafiz said...

pak kassim. saya amat meminati tulisan2 bapak.

bagi saya, agama yang diwahyu ini merupakan sebuah agama yang bersifat universal. alami. islam itu maksudnya adalah salam, damai, sejahtra, aman, selamat....hmmm bersandarkan perkara ini, mana2 ajaran yang menyeru kesejahteraan, keamanan, berpegang kepada prinsip damai merupakan inti kepada islam itu sendiri. makanya, apa yang di cop sebagai non-islamic, tetapi ianya adalah 'salam' bagi saya ia adalah islam.
Apakah pendapat bapak dalam hal ini?

Kassim Ahmad said...

Sdr Hafiz,

Benarlah pendapat Sdr itu. Quran sebuah kitab suci yang melengkap dan menyempurnakan semua ajaran yang betul, dulu dan kemudian, dalam tamadun Islam dan di luar.
Wassalam.

Anonymous said...

Kekeliruan Umat - Ketaatan kepada Rasul

Hujah ulama yang paling kuat untuk mewajibkan Hadis sebagai sumber rujukan utama sepanjang zaman disamping Quran ialah, ajaran Quran sendiri.
Wahai kaum yang beriman, hendaklah kamu taat kepada Tuhan dan hendaklah kamu taat kepada rasul dan kepada mereka yang berkuasa di antara kamu. (An-Nisa’, 4:59)
Pernyataan bahawa ketaatan kepada rasul bukan bererti ketaatan kepada Hadisnya, sebaliknya disamakan dengan ketaatan kepada Tuhan, tidak dapat diterima oleh mereka [1]. Kerana jika ketaatan kepada rasul disamakan dengan ketaatan kepada Tuhan, iaitu ketaatan dalam mengikuti ajaran Quran, maka mengapa Tuhan memisahkan perintah untuk taat kepadanya dengan perintah untuk taat kepada rasul? Dan jika mentaati Tuhan dan mentaati rasul kedua-duanya bererti mentaati ajaran Quran, maka mengapa tidak dikatakan bahawa mentaati para pemimpin, iaitu mereka yang berkuasa, juga bererti mentaati ajaran Quran? - bukankah ketiga-tiga elemen, Tuhan, rasul, dan pemimpin, dinyatakan dalam satu ayat, supaya ditaati? Maka harus ada perpisahan di antara erti ketaatan kepada Tuhan, ketaatan kepada rasul, dan ketaatan kepada pemimpin.

Untuk memahami konsep ketaatan kepada rasul, ada baiknya kita bermula dengan pelantikan seseorang rasul. Menjadi rasul bermakna dipilih dan dilantik sebagai rasul oleh Tuhan, untuk sesuatu umat, samada umat manusia ataupun jin. Seseorang yang dipilih oleh Tuhan akan melalui proses pelantikan ini, dengan jalan wahyu. Tanpa wahyu, seseorang itu tidak tahu yang dia adalah rasul. Nabi Muhammad contohnya, tidak terus menjadi rasul sebaik sahaja beliau dilahirkan, sehinggalah usianya mencecah 40 tahun, melalui penurunan wahyu pertama, yang mengandungi 19 kalimah, di gua Hira’. Wahyu ini terdiri daripada ayat 1 hingga 5 daripada surah Al-‘Alaq (96). Contoh yang lain ialah pelantikan Musa sebagai rasul dilembah suci Thuwa , sebagaimana dikisahkan dalam surah An-Naml (27), ayat 7 hingga 12, dan dalam surah Al-Qasas (28), ayat 30 hingga 35.

Setelah masalah pelantikan seseorang rasul difahami, persoalan tempoh kerasulan seseorang rasul harus dipertimbangkan. Berapa lamakah seseorang rasul harus dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugasnya? Tugas para rasul tidak lain daripada menyampaikan perutusan Tuhan - menyeru umat mereka supaya mentauhidkan Tuhan, beriman kepada hari akhirat, dan mengerjakan amal kebaikan, menyampaikan khabar kegembiraan kepada kaum yang beriman, memberi amaran kepada kaum yang kufur, mendedahkan perkara-perkara ghaib, serta mengajarkan prinsip-prinsip kehidupan. Ia melibatkan dua pihak, selain daripada Tuhan, iaitu rasul atau rasulullah dan umatnya. Ketiadaan salah satu pihak dalam proses kerasulan akan menghentikan peranan seseorang rasul. Andaikata seluruh umat telah mati, maka peranan rasul turut terkubur, kerana perutusan Tuhan yang dibawa tidak lagi dapat disampaikan kepada yang berhak.

Maka begitulah juga halnya bila seseorang rasul wafat, dia tidak lagi memegang peranan sebagai rasul, kerana perutusan telah disampaikan dengan sempurna dan jayanya, dan kerana tugas kerasulan itu hanya terhad semasa hayatnya dikandung badan. Perutusan tidak lagi dapat disampaikan bila dia sudah kembali kepada Tuhan. Setiap rasul yang telah wafat, tidak lagi bertanggungjawab untuk menyeru, menyampaikan, memberi, mendedahkan, dan mengajarkan apa saja komponen perutusan yang telah dibawanya semasa di dunia dahulu. Tetapi kita tetap memanggil para rasul yang telah wafat ini sebagai rasul, bukan kerana mereka masih menjalankan tugas-tugas kerasulan, atau lebih tepat lagi, bukan kerana mereka masih bertanggungjawab sebagai rasul, tetapi kerana suatu ketika dahulu Tuhan memilih mereka sebagai utusan-utusanNya. Dan juga kerana kita menghargai pengorbanan mereka menyampaikan perutusan langit kepada hamba-hamba Tuhan di bumi, dan kerana menghormati peribadi mereka yang terpuji. Hal ini dapat kita fahami dengan analogi berikut. Seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah selama berpuluh-puluh tahun mendidik anak-anak bangsa dengan penuh keikhlasan, tetaplah dipanggil cikgu walaupun dia telah bersara, bahkan meninggal dunia. Bukan kerana cikgu ini masih lagi seorang cikgu, tetapi kerana suatu ketika dahulu dia pernah menjadi guru sekolah, dan sebagai mengenangkan jasa-jasanya dalam membangunkan fikiran bangsa. Dengan demikian, dalam konteks tempoh kerasulan seseorang rasul, tetaplah bahawa kewafatannya merupakan titik akhir tugas-tugas kerasulan, atau dengan dengan lebih tepat lagi, titik akhir tugas kerasulan tidak harus melangkaui kewafatannya. Setiap perlantikan yang bermula pasti akan berakhir.

Kita telah sampai kepada konsep ketaatan kepada rasul. Tidak syak lagi bahawa titik permulaan ketaatan ini ialah saat di mana seseorang rasul dilantik. Selepas kewafatannya, kewajipan untuk taat kepadanya juga harus berakhir. Walaubagaimanapun, itu tidak semestinya bermakna bahawa kewafatan seseorang rasul membatalkan perutusan Tuhan kepada umat jin dan manusia.

Perutusan Tuhan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepada umat akhir zaman, tidak lain dan tidak bukan, terkandung di dalam Quran, kalamullah yang terpelihara. Walaupun beliau telah wafat sejak 14 abad yang lalu, namun kewajipan untuk mematuhi ajaran kitab suci ini tidak pernah luput, kerana ia bersumber daripada Tuhan sendiri, bukannya Nabi Muhammad. Tetapi sabdaan, perbuatan dan takrir - iaitu Hadis/Sunnah - Nabi adalah bersumber daripada peribadi beliau sendiri, walaupun, dan sememangnya beliau merujuk kepada Quran. Kita tidak boleh menyamakan ketaatan kepada Tuhan dengan ketaatan kepada rasul. Quran sebagai perutusan Tuhan tidak sama dengan Hadis/Sunnah Nabi. Quran harus menjadi ikutan sepanjang zaman, tetapi tidak dengan Hadis. Hadis harus menjadi ikutan pada zaman Muhammad sahaja, selama mana ia tidak bercanggah dengan Quran. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa Hadis yang benar ini sama sekali tidak boleh dijadikan iktibar selepas kewafatan Muhammad. Tetapi apa yang lebih penting difahami ialah, baik di zaman Muhammad mahupun selepasnya, Hadis tetap berada di bawah Quran sebagai sumber rujukan dalam semua bidang, seperti teologi, jurispruden, sistem hidup, sistem pemerintahan, sains dan sebagainya, dan Hadis tidak harus dijadikan sebagai rujukan utama seperti Quran.

Muhammad, selaku nabi dan rasul, telah mengambil tindakan rasional dalam usahanya untuk membendung ketaksuban umat terhadap kerasulan beliau. Beliau telah mengeluarkan arahan supaya hanya Quran yang dicatat, tetapi tidak dengan Hadis. Hadis dilarang keras daripada dicatat! Jika benarlah bahawa ketaatan kepada beliau harus berlaku sepanjang zaman hingga ke hari kiamat, maka arahan ini tidak akan dikeluarkan. Kerana bagaimana kita dapat mentaati beliau dengan benar, jika hanya berpandukan kepada Hadis yang dikumpulkan dan dibukukan secara rasmi hanya selepas 250 tahun kewafatan Nabi. Mustahil Nabi Muhammad yang bijaksana tersilap dalam perkiraan besar ini. Hujah bahawa Hadis dilarang daripada dicatat kerana dikhuatiri bercampur dengan ayat-ayat Quran tidak mempunyai asas, kerana Quran dicatat secara sistematik oleh beberapa orang penulis wahyu yang dilantik [2], yang diletakkan di bawah seorang ketua setiausaha, dan dibawah pengawasan Nabi sendiri. Pada waktu itu juga syair-syair Arab berkembang dengan pesatnya - dicatat di sana sini - lebih pesat dan lebih banyak daripada sabdaan Nabi sendiri. Mengambil kira situasi ini, kekhuatiran terhadap percampuran di antara ayat-ayat Quran dengan syair-syair Arab lebih patut diutamakan, tetapi Nabi hanya melarang Hadisnya daripada dicatat.

Maka jelaslah bahawa, bukan sahaja perintah mentaati rasul dalam surah An-Nisa’, 4:59 yang dipersembahkan dalam perenggan pertama merujuk ketaatan selama hidup seseorang rasul sahaja, bahkan konsep ketaatan bersyarat ini dibuktikan dengan tindakan Nabi Muhammad sendiri. Ketaatan yang mutlak hanyalah untuk Tuhan yang Esa. Mutlak dalam erti kata, hanya perintahNya sahaja yang berhak dijadikan sumber rujukan utama, hanya perintahNya yang harus dijulang sepanjang zaman, dan diberikan kedudukan eksklusif tanpa disamakan dengan perintah mana-mana makhluk, termasuklah perintah para nabi dan rasul. Ketaatan kepada seseorang rasul adalah mengikut tempoh kerasulannya, bermula daripada saat ia dilantik, sehinggalah saat kewafatannya.

Dengan mengkaji kedudukan kalimah-kalimah ‘rasul’ dalam Quran pula, kita akan dapati bahawa makna kontekstualnya merujuk kepada peribadi rasul pada zaman hidupnya sahaja, dan bukan zaman selepasnya. Makna ini adalah konsisten di dalam seluruh ayat Quran yang mengandungi kalimah ‘rasul’!

Kesimpulannya, pegangan ortodoks berkenaan ketaatan kepada Nabi Muhammad sepanjang zaman ternyata salah, kerana kekeliruan terhadap konsep kerasulan. Ini membawa kepada salah tafsiran terhadap ayat-ayat Quran yang senada dengan ayat 59 dalam Surah An-Nisa’. Begitu juga, tafsiran yang menyamakan ketaatan kepada Nabi dengan ketaatan kepada Tuhan, adalah tidak benar. Ketaatan kepada Nabi bererti ketaatan kepada Hadis/Sunnahnya, dan kewajipan ini adalah selama hidupnya sahaja.

Sekian. Wassalam.


[1] Tuhan berfirman dalam surah An-Nisa’, 4:80, Barangsiapa yang mentaati rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Oleh kerana ketaatan kepada rasul itu perintah Tuhan (sila rujuk ayat 59 dalam surah yang sama), maka mentaati rasul bererti mentaati Tuhan. Tetapi ini tidak bermakna bahawa ketaatan kepada rasul adalah sama dengan ketaatan kepada Tuhan.

[2] Di antara penulis-penulis wahyu yang terlibat ialah Zaid bin Thabit, dan Mu’awiyah Bin Abi Sufyan (pengasas kerajaan Bani Umayyah).

Anonymous said...

selamat hari raya...

penulisan en.kassim sangat relevan dengan keadaan semasa..di mana kita perlu kembali semula pd Quran utk mencari jawapan kpd persoalan2 yg timbul dan menjadikan hadis dan sunah sbgi rujukan jika perlu..

pd pendapat saya..apa yg kita perlu adalah revolusi pemikiran islam yg drastik..di mana kita perlu lebih progresif dan tidak bersifat konservatif semata-mata..

persoalannya...
bagaimana dgn golongan2 ulama yg cenderung akan pemikiran islam konservatif?mereka mungkin tidak akan bersetuju..

jika kita semua berkongsi satu aspirasi yg sama..alangkah mudahnya..

jika ada salah dan silap dr saya..sila beri tunjuk ajar..

LazerJuan said...

dah banyak kali saya cuba submit, trying again...Just want to tell you thanks a million for the footnotes. Why not footnotekan both you Hadith books which are available in PDF. I plan to print them out and bind buat buku sendiri..if you don't mind.

Thanks again Pak Kassim..keep on blogging!!

Kassim Ahmad said...

Sdr Melayu,

1. Frasa "Hendaklah kamu taat kepada Allah, dan hendaklah kamu taat kepada rasul" memang bermakna berpegang kepada Quran sebagai undang-undang dasar. Sebabnya, (a) jika kita kaji semua kes frasa ini, maksudkan ialah taat kepada Tuhan dan berpegang kepada Quran, (b) perkataan "rasul" merujuk kepada rislah yang dibawa olehnya, iaitu Quran, dan (c) Tuhan tidak datang kepada manusia secara langsung, tetapi melalui rasulnya. Maka konsep-konsep "Tuhan" dan "rasul" tidak boleh dipisahkan.
2. Ada dua peranan yang dilaksanakan oleh nabi Muhammad. Pertama, dia rasul yang menyampaikan wahyu Tuhan kepada manusia. Kedua, dia pemimpin (ulil-amri) masyarakat Arab pada waktu itu. Undang-undang tambahan (by-laws)yang beliau buat (umpamanya, Piagam Madinah yang masyhur itu)tidak boleh mengatasi undang-undang dasar Quran.
Saya harap perkara ini jelas.
Wassalam.

hafiz said...

Selamat Hari Raya Pak Kassim! Semoga perjuangan ini disambut dan sinarnya menerangi pelusuk benua! Maaf Zahir dan Batin!

Anonymous said...

Keseimbangan prinsip

Membaca tentang penyimpangan-penyimpangan umat Islam, mengingatkan saya tentang tiga prinsip hidup Quranik yang telah dikupas dan dihurai dengan panjang lebar oleh pendeta Za'aba dalam buku kontroversinya Falsafah Takdir.

Prinsip-prinsip tersebut ialah;
(1) Menakluk dan memerintah setiap benda kejadian dalam alam ini.
(2) Memperlakukan sesama manusia dengan adil dan saksama.
(3) Tunduk dan patuh hanya kepada Tuhan yang Esa, pencipta sekutah buana ini.

Liberalisme, condong kepada prinsip (1) sahaja. Marxisme pula seakan-akan mirip hanya kepada prinsip (2), tetapi gagal membezakan antara keadilan dan kesaksamaan - Ia lebih memfokuskan kepada kesaksamaan berbanding keadilan, sedangkan keadilan itu sifatnya lebih universal berbanding kesaksamaan. Kaum mistik pula mementingkan prinsip (3) sahaja.

Islam, adalah suatu cara hidup yang mengiktiraf ketiga-tiga prinsip ini secara sepadu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa prinsip (3), jika dijunjung dengan sepenuh hati, mampu melahirkan umat manusia yang mematuhi kesemua prinsip ini. Kerana tunduk dan patuh hanya kepada Tuhan yang Esa bermaksud, menuruti ajaran Quran sebagai sumber rujukan utama (baik dalam aspek teologi, jurispruden, sistem hidup, mahupun sistem pemerintahan), dan kerana Quranlah yang mengajarkan ketiga-tiga prinsip ini secara bersepadu.

Maka jalan yang lurus di antara beberapa penyimpangan adalah jalan yang membela kebenaran, dan menolak kebatilan, yang, kedua-duanya terkandung dalam penyimpangan-penyimpangan ini. Penyimpangan berlaku akibat pelaksanaan prinsip hidup yang berat sebelah, tidak seimbang. Ketidakseimbangan ini menjadi racun bagi sesebuah sistem, yang pada suatu masa akan meruntuh dan menghancurkan sistem tersebut, seperti nasib soasialis-komunisme.

Jalan yang lurus itu, ibarat penawar, buat mengubati penyakit umat yang sudah tenat. Masakan penawar kan jadi penawar bila bercampur dengan racun..

Anonymous said...

salam,
selamat hari raya..
kalau tak silap, pak ada anak pompuan, nama aida kan?kalau betul la,kirim salam kat dia,ckp bekas anak didik dia kirim salam.

Ariff Sabri said...

encik Kassim,
jika tuan mempunyai kelapangan, sila lawati blog saya, sakmongkol.blogspot.com.
saya bersalah kerana menjadi salah seorang 'pengikut buta' encik kassim, semenjak tahun 1974.
dengan salam takzim.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, diucapkan kepada Dr. Kassim Ahmad, dan para pembaca yang mendukung aspirasi yang sama dengan beliau, seperti Burung Hantu, Azazura, Mr. Belimbing, Lazerjuan, Anak Malaysia, Keris Tembaga, Hafiz, Pen@tumpul, Eugenist, Samagreen, dan lain-lain lagi, yang saya lupa nama-nama samaran mereka. Juga kepada para pembaca yang mendukung aspirasi yang berbeza.

Anonymous said...

salam pak kassim,
saya termasuk orang yang hijrah setelah membaca buku bapak, hadits re-evaluation. menurut pendapat saya, muslim yang picik dan pemarah itu akibat menuhankan hadis. terimakasih banyak pak, untuk memberi saya penglihatan yang lain.

Kassim Ahmad said...

Saudar/i yang budiman,

1. Selamat Hari Raya Idilfitri kembali.
2. Ya, Aida anak saya yang kedua. Dia guru. Sekarang di Lyon Perancis bersama suami dan anaknya.
3. Saya sudah lawati laman web Sakmongkol. Terima kasih.
Wassalam.

Anonymous said...

salam pak kasim. wak tanya.. kalau Taatkn Allah dan Taatkan Rasul perkara yg sama atau yang satu , tak lain.. cmna pula Quran boleh sebut 2 kali tu?. kaedah bahas arab mana yg pak kasim pakai?. -- wak nenas.. johor

QuranicGen said...

Salamun Alaikum Pak Kassim,

Baru terjumpa blog Pak Kassim. Memang sebelum ini (10 tahun yang lalu) pertama kali mendengar nama & berita Pak Kassim tapi yang kurang enak belaka. Tapi setelah waktu berlalu, segala yang kelihatan agak bercanggah dengan pendirian peribadi saya kian terjawab. Justeru saya berkeinginan untuk terus menelusuri karya-karya Pak Kassim. Belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya.

LazerJuan said...

Dear melayu (whoever you are)..

saya tidak menganggap diri saya mendukung aspirasi Kassim Ahmad sebab saya tidak tahu apa aspirasinya. Neither am I interested to know his aspirations as I do not know the man, never met him and do not know what is ticking inside. All I can say is his writings concerning Hadith is `worth' looking into. Also his calls for the Ulamak to think out of the conventional box is something which I feel should be done by others a long time ago.

I do not see Kassim Ahmad as a `guru' nor do I see him as an inspiration. To me he is just a man who is in the quest of self betterment....I hope I am right here (what say you Pak Kassim). On that principle, I enjoy reading articles in this blog for I am also on the same quest.

Allegations of Pak Kassim performing `contact' prayer etc...itu saya tak nak campur. Like I said, I have never met Kassim Ahmad.Saya tahu aqidah saya dah inyallah aqidah saya tak akan dipengaruhi oleh ajaran `revolutionary'.

To me, best is to "Selalu fikir dan beranggapan baik terhadap orang lain".

Anyway melayu, selamat hari raya...and the greeting also goes out to all visitors of the blog.

wasalam

Kassim Ahmad said...

Sdr Yang Tak Bernama,

1. Frasa "Taatlah kamu kepada dan taatlah kamu kepada rasul" berlaku beberapa kali dalam Quran, tetapi frasa "Taatlah kamu kepada Allah" juga ada dengan makna yang sama. Sebab itu maknanya, "pegang kepada Quran".
2. Perhatikan juga bahawa perkataan yang digunakan itu "rasul", bukan "Muhammad". Ini bermakna jawatan "rasul". Ia boleh dirujukkan kepada ajaran semua rasul, termasuk Ibrahim, Musa dan Isa.
Wassalam.

tok janggut said...

Salam,

Saya baru menyusuri laman tuan dan saya tertarik. Sudah lama saya tidak percayakan dengan apa yang dipanggil"hadis nabi". Sudah lama juga saya menghayati tafsiran dan terjemahan quran. Banyak perbezaan pendapat saya ketemu dalam kes ini.

Sebagai contoh tentang solat. Sesetengah pendapat mengatakan lima kali, pendapat yang lain pula 3 kali dan ada yang mengatakan sampai 6 kali.Semua mereka ini berpandukan Quran dan menolak "hadis nabi". So mana satu yang betul? Saya tahu kita tidak perlu mempertikaikan cara atau kaedah sesuatu itu dilakukan tetapi yang penting tujuan.

Masalahnya kalau sesama pengamal quran pun berbeza pendapat, macam mana kita nak menarik kepercayaan orang lain.

Secara jujur, saya lebih terarah kepada solat 3 kali(waktu) kerana hanya terdapat 3 nama solat dalam Quran iaitu fajar, wusta dan isyak. Apa pandangan tuan?

limpato said...

Salamun'alaikum,Bapak Kasim yang dimuliakan Allah
Akhirnya saya sampai ke blog Bapak.. Saya senang sekali. Saya ingin bertanya bentuk negara macam apa yang dikehendaki di dalam Islam?

Wassalam
Hendri (Jakarta, Indonesia)

Kassim Ahmad said...

Sdr Tok Janggut,

1. Jangan bertengkar tentang kaedah solat. Lihat Quran 22: 67. Yang penting itu kejujuran.
2. Lagi pun, solat bukan tiang agama, seperti dipropagandakan oleh Hadis. Tiang agama ialah tauhid.
Wassalam.

LazerJuan said...

Kassim Ahmad said..

Jangan bertengkar tentang kaedah solat.

...brilliant, masterclass!!....nampak such an innocent statement but if we were to analyse and selami maksudnya...sungguh dalam!

That is truly a gem!!! Tak kisah lah Pak Kassim if it was intentionally or you did not mean anything from it...but to me it was mind blowing!!

Thanks!!

tok janggut said...

Salam,

maaflah kalau tuan anggap ini satu pertengkaran. Tidak terniat untuk itu. Cuma saya confius,takut-takut dianggap melanggar perintah tuhan, jika apa yang kita lakukan tidak seperti yang disuruh.

Sekali sahaja syaitan engkar perintah tuhan, terus dia tergolong dalam golongan yang kafir.

Maaf jika bicara saya ini biadap pada pandangan tuan. Saya sangat hormati tuan.

LazerJuan said...

Kassim Ahmad said:

1. Jangan bertengkar tentang kaedah solat.


Brilliant, master class!!!..that is one of the best 5 words I have read. Extremely meaningful.

Well done Pak Kassim...tak kishlah if it was intentional or not but that simple sentence hit me like a thunderbolt!!!

Anonymous said...

Senarai Solat

Subuh dan Isyak
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu sebanyak tiga kali yaitu: sebelum solat Fajar, ketika kamu menanggalkan pakaian luar mu di tengahari dan sesudah solat Isyak. Tiga 'aurat' bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak pula atas mereka selain dari tiga waktu itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu ada keperluan kepada sebahagian yang lain. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. - An-Nur(24):58

Zuhur
Dirikanlah solat sesudah matahari tergelincir menuju gelap malam dan bacalah Quran di subuh hari. Sesungguhnya bacaan di waktu subuh itu disaksikan. - Al-Isra'(17):78

Asar
Peliharalah segala solat, dan salat Wusta. Berdirilah karena Allah dengan khusyuk. - Al-Baqarah(2):238

Maghrib dan Isyak (serta Subuh)
Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. - Hud(11):114

Maka jumlah solat yang dinyatakan dalam Quran adalah 5. Tiga daripadanya dinyatakan dengan nama sekali, iaitu solat Fajar, Wusta, dan Isyak. Dalam bahasa Arab, perkataan 'fajar'(fajr) adalah sinonim dengan perkataan 'subuh'(subh). Kalimah 'wusta' pula bererti pertengahan, merujuk kepada waktu pertengahan antara waktu zuhur dan maghrib. Kita biasa menamakan waktu ini sebagai Asar.

Solat Zuhur dan Maghrib tidak dinyatakan nama, tapi dinyatakan waktunya, iaitu sesudah matahari tergelincir, dan pada salah satu daripada tepi siang. Tepi siang yang pertama merujuk kepada waktu subuh. Tepi siang yang kedua pula adalah waktu maghrib.

Nyata sekali Quran tidak mementingkan nama-nama solat. Yang dipentingkan adalah pelaksanaan solat 5 waktu. Perhatikan, 3 nama solat yang dinyatakan dalam Quran (Fajar, Wusta, dan Isyak) itu sebenarnya bertujuan untuk memberi maklumat tentang waktu solat-solat tersebut. Dalam bahasa Arab, Fajr bererti 'pagi'. Wustha> dan Isya' pula masing-masing bererti 'pertengahan' dan 'malam'. Oleh kerana solat Zuhur dan Maghrib sudah diberikan maklumat tentang waktunya dalam Quran, maka tidak ada kepentingan untuk dinyatakan nama-nama mereka.

Kassim Ahmad said...

Saudara-saudara yang dihormati,

1. Saya tidak berniat untuk menyakti hati sesiapa pun. Frasa "Jangan bertengkar tentang kaedah solat" itu saya petik dari Quran (22: 67)
2. Kiat boleh sembahyang sambil duduk atau tidur, atau lain-lain keadaan, jika kita tidak boleh lakaukan dengan kaedah biasa.
Wassalam.

tok janggut said...

Salam,

Terima kasih Tuan kasim.

Tafsiran "melayu" pada saya kurang tepat. "Melayu" telah meng ada kan yang tidak ada. Dan "melayu" juga menyamakan yang tak sama.

Mana boleh samakan fajar dan subuh. Ini dua perkataan yang berbeza. Waktu fajar dan waktu subuh adalah dua waktu yang berbeza.

asar bermaksud masa kalau tak silap saya. Mana ada solat masa? Maghrib pula bermaksud barat kalau tak silap saya, mana ada solat barat? Zohor pula waktu tengahari untuk kita berehat bukan untuk solat(mengingati Allah tidak salah).

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114) Pada saya solat pada dua tepi siang ialah solat awal pagi dan lewat petang iaitu fajar dan wusta. Manakala solat awal malam ialah solat isyak.

2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah. Pada saya solat wusta ialah solat yang di tengah. Maksud tengah di sini pada saya ialah pembahagian waktu siang dan malam. Masanya ialah sewaktu matahari terbenam hingga kegelapan malam.Bertepatan dengan ayat," Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.” (17:78).

Ini pandangan saya.

moloyue said...

Drpd komen-komen di atas jelas menunjukkan terdapat berbagai-bagai pendapat apabila masing-masing membuat interpretasi masing-masing drpd Al-Quran. Ada yg kata solat 3 kali sahaja, ada yg kata 5 kali, ada yg kata tak penting dan bukan tiang agama tetapi yg penting kejujuran dan tiang agama adalah tauhid.

Ada pula yg kata taat kpd rasul dan yg dimaksudkan rasul adalah semua rasul bukan sahaja Nabi Muhammad s.a.w. Jadi taat kpd Isa sahaja (dan jagi Kristian?) pun ok.

Begitulah celarunya jika membuat tafsiran masing-masing. Dan itu baru 3-4 punya pendapat.

Pengetahuan dan amalan Islam itu telah lengkap berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Sebagai contoh, kita boleh pergi ke mana-mana masjid seluruh dunia dan mengikut solat jemaah di situ. Bayangkan kalau semua org Islam tidak mengikut solat sebagaimana solat Nabi spt dlm hadith.

Apa masalahnya sekarang? Masalahnya ialah bila "orang Islam" tidak menghayati Islam: tidak mempelajari dan tidak mengamalkan. Ada pula yg mempelajarinya dgn cara yg salah iaitu DENGAN HANYA membaca tafsiran dlm bahasa Malaysia atau Inggeris lalu terus membuat tafsiran sendiri.

TIADAKAH MEREKA TAHU, BAHAWA BARANG SIAPA MENDURHAKAI ALLAH DAN RASULNYA, SESUNGGUHNYA UNTUKNYA NERAKA JAHANNAM, SERTA KEKAL DI DALAMNYA. ITULAH KEHINAAN YANG BESAR. AT TAUBAH AYAT 63.

Mudah-mudahan kita semua diberikan taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t. "Tunjukkan kami ke jalan yg lurus"

Anonymous said...

Tok janggut said :
- Ini pandangan saya

1)dalam menafsir Al-Quran kaedah 'pandangan saya' tidak dapat diterima tanpa memahami ayat secara menyeluruh
2) dengan hanya 'pandangan saya' setelah membuka tafsir Quran, dan membuat tafsiran sendiri utk melahirkan 'pandangan saya' bukan kaedah yg tepat dalam menafsir sesuatu maksud ayat dan perkataan dlm Al-Quran.
3) Ayat2 Al-Quran ada yg ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat
4) Nasihat saya, cari lah guru sebelum membuat tafsiran sendiri, jangan salah pilih guru, jangan ambil webguru spt laman ini
5) Kpd Kassim Ahmad, bertaubatlah sebelum nyawa sampai di kerongkong

Anonymous said...

Penting benar nama-nama solat bagi Tok Janggut..

Kassim Ahmad said...

Sdr Moloyue & Tuxunil,

1. Ini bukan masalah sabjektif, "pandangan saya" atau "pandangan anda". Kita mesti dapatkan "pandangan objektif" atau "pandangan ilmiah".
2. Quran mensifatkan dirinya sebagai(a)wahyu Tuhan, (b)kalimah Allah, (c) hadis yang terbaik, (d) perkataan rasul yang mulia. Ini menunjukkan Quran ada dua pola: di satu pihak, Tuhan; di pihak lain, rasul atau Muhammad. Jadi, hadis yang sebenar ialah Quran.
3. Perhatikan sejarah. Di antara kewafatan Nabi Muhammad dengan munculnya kitab-kitab rasmi Hadis (Bukhari dll.)ada jurang antara 250 hingga 300 tahun. Jadi, Hadis itu satu ajaran baru, yang tidak diajar oleh Tuhan.
4. Jangan fanatik kepada guru. Guru yang mengajar Quran ialah Tuhan.
5. Jangan buat fitnah, menuduh orang itu kafir, orang ini kafir. Jaga diri kita supaya berada di jalan yan betul.
6. Saya tidak minta sesiapa ikut saya. Mahu ikut, sila, bagus; tak mahu ikut pun boleh, tetapi bersedialah untuk menerima akibatnya.
Saya harap huraian yang ringkas ini jelas.
Wassalam.

Anonymous said...

Solat Maghrib

Maghrib memang bererti 'barat'. Solat Maghrib pula didirikan setelah matahari terbenam*. Dan matahari terbenam di ufuk barat. Sebab itulah kita memanggil solat ini sebagai 'Maghrib'. Dan begitulah salah satu daripada solat di tepi** siang mendapat namanya dalam masyarakat Islam. Kalau tidak mahu panggil solat Maghrib pun tidak mengapa. Yang penting, ia harus didirikan.


*Dalam astronomi, matahari terbenam pada sudut 90 darjah 50 minit, atau sama dengan 90.8333 darjah, dibawah garisan horizontal barat.
**Dalam surah Hud(11):114, kalimah tharafai, selain bererti 'dua tepi', juga bererti 'dua penjuru'. Kata akarnya ialah tharaf. Frasa tharaf-ul-maktab misalnya, bererti 'penjuru meja'. Maka tidak kena menganggap waktu Asar/Wusta berada di 'penjuru' siang.

tok janggut said...

Salam,

kepada moloyue,
TIADAKAH MEREKA TAHU, BAHAWA BARANG SIAPA MENDURHAKAI ALLAH DAN RASULNYA, SESUNGGUHNYA UNTUKNYA NERAKA JAHANNAM, SERTA KEKAL DI DALAMNYA. ITULAH KEHINAAN YANG BESAR. AT TAUBAH AYAT 63.Siapa yang mendurhakai Allah dan rasul? Pada saya orang yang mendurhakai Allah dan rasul ialah orang yang tidak mengikut Quran tetapi mengikut apa yang dikatakan "hadis nabi". Ingatlah nabi sendiri tak suruh orang lain menulis tentang beliau tetapi tulislah tentang Quran.

Kepada tuxunil,
Saya bukan mentafsir Quran tapi menterjemah quran.

LazerJuan said...

You are very lucky Pak Kassim, there are many out there who cares, asking you to bertaubat, kembali ke jalan benar etc.

Ada yang to the extent of labeling you murtad and kafir...the self anointed `holier than thou' agents of God.

Continue to strive for the truth, my dear Kassim Ahmad...insyallah it will prevail (maybe not in your/our lifetime).

Let us pray that none of us will go astray and remain guided by Allah...inyallah.

tok janggut said...

Salam melayu,

Bagi saya nama sangat penting. Kalau tak ada nama saya tak tahu bagaimana akan terjadi pada dunia ini. Begitu juga dalam solat, ada nama-namanya dan tuhan telah menetapka nama-nama itu. Wajarkah kita mengadakan nama lain selain apa yang diberikan Allah. Pada saya ini merupakan satu perbuatan yang paling terkutuk di sisi Allah.

Pada saya jelas, solat fajar dilakukan pada masa terbit fajar hingga terbitnya matahari, solat wusta dilakukan apabila terbenam matahari hingga gelap(malam) dan solat isyak dilakukan pada awal malam.

Anonymous said...

Solat Zuhur

Dalam surah Al-Isra'(17):78, frasa liduluki as-syams bererti 'ketika matahari condong', atau 'sesudah matahari tergelincir'. Ia tidak sekali-kali bererti 'dari terbenam matahari'.

Matahari apabila condong, masih jelas kelihatan di langit. Apabila ia terbenam, yang tinggal hanyalah mega merah di ufuk barat.

Frasa 'dari terbenam matahari' bukanlah liduluki as-syams dalam bahasa Arab, sebaliknya min ghurubi as-syams*. Tetapi ayat 17:78 menggunakan frasa liduluki as-syams, bukan min ghurubi as-syams.

Maka solat sesudah matahari tergelincir** terbukti wujud. Ada orang memanggilnya sembahyang Zuhur, atau solat Zuhur. Ada pula yang menamakannya Noon prayer. Tidak kira apa namanya sekalipun, ia tetap harus didirikan.


*Kalimah ghurub berasal dari kata akar gharaba, yang bererti 'telah terbenam'. Contoh penggunaannya adalah gharaba as-syamsu ila ghasaqi al-lail yang bererti 'telah terbenamlah matahari menuju gelap malam'.
**Dalam astronomi, matahari tergelincir sebaik sahaja melepasi waktu zawal, iaitu waktu di mana matahari berada tepat di atas kepala si pemerhati. Pada waktu zawal ini, matahari dikatakan berada pada kedudukan zenith. Maka matahari tidak akan tergelincir, atau berada dalam keadaan condong, melainkan setelah melepasi kedudukan zenith.

Anonymous said...

Nama

Sebagaimana yang telah saya tunjukkan di atas (Melayu 1:50 AM), Quran tidak mementingkan nama-nama solat. Oleh sebab itu, kita harus merelakan perbezaan nama-nama solat. Kalaupun nama solat itu penting bagi Tok Janggut, kepentingannya jangan sampai mengatasi kepentingan pelaksanaannya. Jangan kita terlalu mementingkan nama-nama solat, sehingga mengaburi pandangan terhadap kewujudan 2 solat yang dinyatakan dalam Quran tanpa nama, iaitu yang biasa kita panggil solat Zuhur dan Maghrib.

Tidaklah terkutuk orang yang memanggil solat Fajar itu dengan solat Subuh. Tidak pula Wusta dengan Asar. Tetapi yang terkutuk itu adalah orang yang tidak solat.

tok janggut said...

Salam melayu,
1-Lakukanlah solat dari tergelincir matahari hingga kegelapan malam," (17:78)
2-Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam," (17:78)
Kalau ikut terjemahan 1, lama juga waktu solat zuhur.

Petikan dari laman e-bacaan,"
Penterjemah lain mengertikan frasa duluk asysyams kepada tergelincir matahari. Lalu solat didirikan sewaktu matahari berada di atas kepala.



Frasa tersebut kami terjemah menurut erti diberi oleh Kamus Hans Wehr iaitu sunset. Concordance Hanna Kassis pun sama, di samping penterjemah al-Qur'an lain dalam bahasa Inggeris.



Demi kebenarannya, seorang rakan telah menelefon beberapa kedutaan Arab di sini bertanya tentang makna frasa tersebut. Pelbagai jawapan telah diterima seperti tidak tahu, atau ia adalah ungkapan lama dan tidak dipakai lagi. Namun ada juga yang tahu, iaitu seorang pakar, dengan memberi maksudnya kepada (the sun) crossing the line. Atau, matahari melintasi garisan.



Garisan tersebut, pada hemat kami, ialah horizon, yang jelas kelihatan. Sementara langit di atas kepala sewaktu matahari berada di situ tidak kelihatan sebarang garisan.



Lalu kami kekal menggunakan ungkapan terbenam matahari.



Hari terbahagi kepada dua, siang dan malam. Solat pada waktu siang adalah di dua tepinya (11:114). Iaitu, waktu terbit dan terbenam matahari.



Waktu matahari berada di atas kepala, pada hemat kami, adalah pertengahan siang bukan di tepinya. Waktu itu seakan waktu zuhur yang tidak disebut adanya solat atau solat zuhur. Sebaliknya pula, pada waktu tersebut Allah menyarankan supaya manusia berehat dengan menanggalkan pakaian. Firman-Nya,

"dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur" (24:58).

Justeru, setelah keterangan di atas, disimpulkan bahawa Solat Tengah Hati tidak dianjurkan Tuhan. Namun, sekiranya terdapat pihak yang menidakkannya lalu bersolat pada waktu itu maka penulis akan hanya mendiamkan diri.

Kassim Ahmad said...

Sdr Tok Janggut,

1. Mengapa mahu bahas terlalu lama tentang solat? Yang kita buat hari ini ialah lima waktu. Ayat-ayat Quran tentang waktu-waktu solat boleh ditafsirkan sebagai lima. Buatlah lima waktu itu, dengan syarat kita tidak sebut nama selain daripada Tuhan dalam soalt kita.
2. Tuhan tidak memerlukan solat kita. Dia mahu melihat kejujuran kita untuk membaiki kejiwaan kita dengan melakukan solat itu.
Wassalam.

LazerJuan said...

Assalamualaikum,

Obviously your blog needs a new posting/topic from you.

This is best to avoid further controversial comments from visitors which in the end I honestly feel is just a form of entrapment.

I have no right to ridicule other people's comment but the latest one is just too provocative for my liking. Blasphemy...more likely.

Wallahualam.

p.s. dah nak masuk 40 comments, high time lah pindah ke topic lain!!

tok janggut said...

Baiklah Tuan Kasim, saya stop di sini. maafkan kerana menggunakan laman Tuan untuk mendedahkan perkara ini. Sekian

Salam

Kassim Ahmad said...

Saudara-saudara yang dihormati,

1. Sepatutnya, mereka yang buat komen atau pertanyaan sudah membaca buku-buku saya. Nyata ini tidak selalunya berlaku.
2. Saya layan secara ringkas, kerana, saya fikir, itu merupakan penjelasan, dan perlu.
3. Untuk Sdr Limpato: Konsep "Negara Islam" tidak disebut dalam Quran atau dalam Piagam Madinah. Juga tidak ada konsep "Hukum Hudud" dalam Quran dan dalam Piagam Madinah. Yang diperintahkan kepada kita ialah menghukum mengikut undang-undang Tuhan, atau menghukum dengan adil.
Konsep "Negara Islam" sesuatu yang baru, yang ditimbulkan selepas gerakan tajdid moden Muhammmad Abduh.
Wassalam.

moloyue said...

Kassim Ahmad said...
Saudara-saudara yang dihormati,

1. Saya tidak berniat untuk menyakti hati sesiapa pun. Frasa "Jangan bertengkar tentang kaedah solat" itu saya petik dari Quran (22: 67)

Terjemahan Ayat 67 Surah 67(Al-Hajji)yg diberikan oleh sdra Kassim tersebut tidak lengkap malah tidak tepat. Drpd Tafsir Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ianya adalah spt berikut, "Untuk tiap2 umat Kami adakan suatu syariat, mereka itu mengamalkannya, sebab itu janganlah dibiarkan mereka berbantah-bantah dengan engkau tentang urusan (syariat itu) dan serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau atas petunjuk yang lurus"

Jelas ayat tersebut memperkatakan mengenai syariat sesuatu kaum (mungkin yahudi atau nasrani) dan bukan mengenai solat. Satu kesilapan atau sengaja?

Mengenai tuduhan saya mengkafirkan org yg tidak percaya hadith: Bukan saya yg mengkafirkan sesiapa. Saya sendiri tidak berani mengkafirkan sesiapa kecuali jelas seseorang itu murtad seperti menyembah berhala dan sebagainya. Semua ulama telah menghukum mereka yg menolak hadith sahih adalah kafir. Tanyalah mana-mana ulama baik di Malaysia, Indonesia, Thailand, negara-negara Arab, Amerika, UK dan sebagainya.

Tetapi sdra Kassim menganggap mereka ini semua telah terpesong dan semua org Islam yg berpandukan kpd ulama dan kitab-kitab yg ditulis oleh mereka iaitu seluruh ahlul sunnah wal jamaah sebagai fanatik.

Kalau sdra Kassim menolak semua ulama ini, mengapa perlu "ambil pusing" jika mereka menganggap org spt sdra ini kafir?

Saya menganggap sdra Kassim sebagai seorang anti-hadith yg "hardcore". Sebagai seorang yg terpelajar sdra sendiri telah memilih jln yg sesat dan terus memperkuatkan fahaman yg salah. Maka Tuhan mendorongkan sdra kpd jalan yg dipilih.

Oleh itu saya tidak cuba dan tidak upaya untuk mengubah fahaman sdra. Tetapi saya tidak mahu org lain, khususnya yg kurang pendidikan agama terpengaruh dng fahaman anti-hadith ini.

Pendapat2 yg diberi bukanlah untuk memerangkap sesiapa spt yg didakwa oleh lazerjuan. Apakah kita takut diperangkap oleh kebenaran?

Walau bagaimanapun, terima kasih kerana memberi ruang kpd saya.

Kassim Ahmad said...

Jawapan kpd Sdr Moloyeu:

1. Terjemahan kepada ayat 22: 67 yang saya beri itu (terjemahan Rashad Khalifa) sama dengan terjemahan-terjemahan oleh Pickthall dan Yusuf Ali.
2. Anda tidak membaca buku-buku saya tentangHadis. Saya menerima hadis-hadis yang selaras dengan Quran.
3. Anda tidak tahu sejarah. Khalifah-khalifah Abu Bakr, Omar, Uthman dan Ali tidak menerima hadis sebagai wajib. Kaum muktazilah juga menolak Hadis.
4. Anda boleh pilih: mahu ikut Quran, kitab Tuhan, atau ulama (paderi). Bukankah ulama Kristian yang mengajar Nabi Isa itu Anak Tuhan?
Wassalam.

Anonymous said...

Saudara Moloyue,
Walaupun fahaman kita berbeza, saya merasakan bahawa komen terakhir saudara datang dari lubuk hati yang sukakan kebenaran.

Tahniah kepada Dr. Kassim Ahmad, kerana tidak pernah gentar mengibarkan panji-panji kebebasan intelektual, walaupun terdedah dengan serangan pemikiran dari segenap penjuru.

Moga-moga kita semua ditunjukkan jalan yang lurus, yang membawa kita kepada Kebenaran.

Dan berilah khabar kegembiraan kepada hamba-hambaKu. Iaitu mereka yang mendengar perkataan-perkataan, lalu dipilih mana yang terlebih baiknya. Itulah mereka yang diberikan hidayah oleh Allah. Dan itulah mereka yang berfikiran dalam - Quran

moloyue said...

Respon kpd Sdra Kassim,

"Kassim Ahmad said...
Jawapan kpd Sdr Moloyeu:

1. Terjemahan kepada ayat 22: 67 yang saya beri itu (terjemahan Rashad Khalifa) sama dengan terjemahan-terjemahan oleh Pickthall dan Yusuf Ali.
2. Anda tidak membaca buku-buku saya tentangHadis. Saya menerima hadis-hadis yang selaras dengan Quran.
3. Anda tidak tahu sejarah. Khalifah-khalifah Abu Bakr, Omar, Uthman dan Ali tidak menerima hadis sebagai wajib. Kaum muktazilah juga menolak Hadis.
4. Anda boleh pilih: mahu ikut Quran, kitab Tuhan, atau ulama (paderi). Bukankah ulama Kristian yang mengajar Nabi Isa itu Anak Tuhan?
Wassalam."

1. Walaupun terdpt perbezaan2 dalam tafsiran/terjemahan Quran tetapi tafsiran yg sdra berikan adalah jauh lari drpd lain-lain tafsiran. Kedua, ayat asal Quran berkenaan adalah lebih panjang drpd terjemahan yg sdra berikan. Saya berikan tafsiran drpd dua lagi penterjemah:

A. Muhammad Basmeih:
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat;"

Abdullah Yusuf Ali:
"To every people did We appoint rites (of sacrifice), that they might celebrate the name of Allah over the sustenance He gave them from animals (fit for food). But your Allah is One Allah. submit then your wills to Him (in Islam): and give thou the good news to those who humble themselves,"

2. Pokok kpd semua penulisan sdra adalah menolak hadith dan hanya berpandukan kpd Quran, di sini sdra kata pula sdra menerima hadith yg selaras dgn Quran. Kalau sdra kata Quran itu lengkap (sebagai hanya satu sahaja rujukan), mengapa perlu terima hadith yg sdra katakan selaras dgn Quran? Hadith sahih sahaja ada beribu2, yg mana yg selaras dan yg mana tidak? Bergantung pula tafsiran Quran yg digunakan?

Islam (Ahl as-Sunnah wa’l-Jamā‘h) yg ada sekarang telah lengkap, teratur dan konsisten. Kalau kita nak buat agama baru spt golongan anti-hadith ini, memang bercelaru selain drpd sesat.

3. Bgmana sdra blh katakan 4 khalifah rashidun tidak menerima hadith sebagai wajib? Mereka hidup sezaman dng Nabi dan menuruti semua perintah Nabi dan mengamalkan semua amalan Nabi! Jadi, saya yg tak tahu sejarah atau sdra yg memutarbelitkan sejarah?

Sdra kata kaum Muktazilah juga menolak Hadith. Jika betul pun, mengapa kita mesti ikut? Golongan ini wujud dlm abad ke 2 Hijrah dan ciri mereka ialah hanya mengggunakan rasional akal dan bersifat liberal. Sekarang kita tak dengar lagi golongan ini walaupun ada org yg mengamalkan prinsip-prinsip mereka. Aqidah Islam berdasarkan kpd kedua2 iaitu akal dan ilmu yg diberikan Allah melalui Quran dan Hadith.

4. Mengapa sdra tetapkan pilihan agama itu antara ikut Quran atau ikut paderi? Saya ingat di sinilah sdra telah tersasar!

Sekian. Terima kasih.

moloyue said...

Sdra melayu,

Terima kasih atas komen.

Walau apa pun, bagaimanakah kita mengukur, atau memastikan, atau meyakinkan diri kita sendri yg fahaman agama kita itu betul atau salah, sebelum kita mati.

Untuk kita renung bersama. salam.

moloyue said...

tok janggut said...
Salam,

kepada moloyue,
"...Pada saya orang yang mendurhakai Allah dan rasul ialah orang yang tidak mengikut Quran tetapi mengikut apa yang dikatakan "hadis nabi". Ingatlah nabi sendiri tak suruh orang lain menulis tentang beliau tetapi tulislah tentang Quran."

Saya hairan mengapa kekeliruan spt ini boleh timbul. Aliran perdana (mainstream) umat Islam sedunia ialah menganuti aqidah Ahl Sunnah wal Jama'ah iaitu berdasarkan Quran dan Hadith (kedua-duanya). Tidak pernah pula saya dengar ada golongan yg hanya menggunakan hadith semata-mata walaupun ada golongan yg hanya menggunakan Quran sahaja spt Sdra kassim ahmad dan mereka yg sehaluan dgnnya. sekian.

LazerJuan said...

Moloyue said...

Pendapat2 yg diberi bukanlah untuk memerangkap sesiapa spt yg didakwa oleh lazerjuan. Apakah kita takut diperangkap oleh kebenaran?


Assalamualaikum Moloyue,

Maksud saya `entrapment' itu ialah sembahyang 3 waktu...bagaikan umpan untuk `mengeruhkan' lagi keadaan.

Seperti saya katakan, saya tidak berhak untuk mentertawakan/menghina komen orang lain...tetapi komen sembahyang tiga waktu amat saya tidak senangi (my personal feelings).

Each and everyone of us is searching for the truth. Insyallah it will prevail.

Saya tidak berburuk sangka pada Kassim Ahmad, Moloyue dan juga Tok Janggut. Malah saya harap that we all will be blessed by Allah.

Kassim Ahmad kata dia tidak anti- Hadith, Moloyue pula kata Kassim is anti hadith yang "hardcore".

Maybe ada `lost in translation' or different interpretation tentang perkataan anti-hadith.

Wallahualam.

P.S. as for me, saya berpegang pada posting diatas at LazerJuan 8.23am.

Kassim Ahmad said...

Saudara/i yang budiman,

Saya sudah menjawab semua soalan dan komen secara ringkas. Eloklah kita berhenti di sini tentang perkara ini.
Wassalam.

Anonymous said...

Segala persoalan tentang solat,zakat dll terjawab di http://www.submission.org/indonesia/

Unknown said...

salam saudara pak kassim,
saya mewakili abg saya, ali sifudin ingin berjumpa dgn pak kassim utk berbicara dgn lebih lanjut tentang al quran. abg ali saya amat2 teringin sekali berjumpa dgn pak kassim. bila saya berkunjung di rumahnya di pekan darat, butterworth, slalu saja dia menyatakan hasrat murninya berjumpa dgn pak kassim. saya beritahu pak kassim berada di kulim.
bagaimanakah atau di manakah saya dan abg ali saya dapat berjumpa dgn pak kassim?

salamun alaikum
amran bin ismail

Kassim Ahmad said...

Sdr Amran yang budiman,

Telefon saya di 012-4291152.
Wassalam.

Anonymous said...

Salaam,

Sila kunjungi....

http://e-bacaan.com

untuk pembicaraan lanjut..

Anonymous said...

salam pak kassim..saya ni taklah pandai sgt berbicara tentang agama.dan saya mash belum berkesempatan baca buku saudara.apa yg memuskilkan saya ialh guru2 agama saya masa blajar dulu ada bgtau, kita boleh menjadi pentafsir al-quran dgn pndpt kita..tapi byk syaratnya.antaranya dia mesti paham dan master bahasa arab meaning dr segi tatabahasanya,lughoh,dan berbagai2 lg.(ini memudahkan kita mentafsir al-quran dgn baik sbb kdg2 dlm al-quran itu mengandungi sesuatu suruhan yang terlalu general dan memerlukan elaboration dr hadith)selepas itu dia ckp bila kita belajar atau tafsir sesuatu jgn diset objektifnya dahulu..dah selidik secara mendalam barulah kita dapt konklusi dan objectivenya.dan guru saya kata belajarlah dr byk ulama2 muktabar sbb akal fikiran amt mudah dipengaruhi oleh anasir jahat jika tak dipandukan.akhirnya guru saya kata jgn berbalah ttg tauhid.kalau berbeza pun hanya dalam hal2 ibadah,muamalah dll.
bg saya setiap org mempunyai pndpt masing2.tetapi saya lbh prefer kpd pendapat yg mujtama' iaitu al-quran dan al-hadith sumber rujukan kita krn bg saya mustahil ulama2 bersepakat utuk menyesatkan umat Muhammad dgn ajarannya.ini juga bermakna al-quran masih sumber premier dan al-hadith sebagai supportive, elaborative kpd al-quran
saya mohon maaf jika bahasa saya tak nampak keintelektualnya.saya hanya rakyat marhaein dan hamba Allah yg masih berusaha meningkat iman dan akhlak yg berlandaskan islam.musuh kita mash ramai diluar sana.jgn jdkan muslim sbg musuh kita.harap pihak tuan boleh menerima pendapat saya yg ikhlas ini.

Anonymous said...

persolan solat hanya ada satu penyelesaian bagi segala kekeliruan.Sebelum munculnya periwayat hadis yang membukukan hadis, umat islam telah pun bersolat 5 waktu.jadi tak perlu pening macamana cara nak bersolat,haji,atau berpuasa sebab teladan dari rasul telah ditunjukkan sejak dari awal islam yang ditunjukkan oleh nabi muhammad yang kekal hingga ke hari ini.yang penting amalan yang dilakukan tidak lari dari ketauhidan kita kepada Allah.Masalah perbedaan kecil dalam cara melakukan solat janganlah kita perbesarkan.Dan tak beerti kita menolak hadis yang tak pasti menyebabkan kita lari dari islam.


Gibril Rafiq

muhdazmilug said...

dr,kirim salam saya kepada cikgu aida.boleh bagi email dia atau bg email sy kpd dia,(muhdazmilug@gmail.com/muhdazmilug@yahoo.com).terima kasih.