Monday, July 25, 2011

SEKALI LAGI SOAL PLURALISME AGAMA
DAN ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG BENAR


Oleh: Kassim Ahmad
darul_hikmah33@yahoo.com.my

25 Julai, 2011

Semua orang tahu wujud banyak agama di negara kita sekarang. Demikian juga di kebanyakan negara lain di dunia. Di negara kita, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, dan agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut-penganutnya, terdiri dari orang-orang Buddhis, Hindu, Kristian, dan Sikh. Kebebasan beragama yang total ini diisytiharkan dalam Quran, 1431 tahun dulu, mendahului Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia oleh P.B.B. 1300 tahun lebih! (Lihat Quran, 2: 256)

Walau bagaimana pun, teologi Islam konservatif mentafsirkan ayat yang jelas ini sebagai bebas untuk masuk Islam, tetapi tidak bebas untuk keluar. Demikianlah jauhnya teologi kedua-dua puak Islam (Sunni dan Syiah) daripada Islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhamad dan yang terdapat dalam Quran.

Pada asalnya, agama itu dua saja. Pertama, agama tauhid (Islam) yang diajar oleh semua nabi lagi rasul dari Adam hingga ke Muhammad. Kedua, agama syirik (menduakan Tuhan). Ayat Quran: “Bagimu agama kamu, bagiku agamaku,” (109:6) merujuk kepada keadaan dua agama ini. Ia juga merujuk kepada keadaan pluralisme agama, yakni banyak agama wujud satu di samping yang lain dalam sebuah negara dalam keadaan toleransi agama

Dari dua agama besar ini (yakni agama tauhid Islam, dan banyak agama lain yang meduakan Tuhan), banyak agama telah timbul. Perhatikan agama tauhid Islam yang satu telah berpecah menjadi tiga: Yahudi, Kristian, dan Islam. Islam pula berpecah menjadi dua puak besar, Sunni dan Syiah. Demikianlah, dalam masa lima ribu tahun tamadun manusia, satu agama tauhid berpecah menjadi banyak (Islam, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddhist dan lain-lain), yakni plural.

Jadi, pluralism agama itu fakta dan kebenaran. Tiada siapa boleh menafikannya Yang menjadi masalah bagi umat Islam (yang membantah pluralisme agama ini) tidak lain melainkan kerana mereka keliru dan tidak boleh membezakan antara agama Islam yang sebenar dalam Quran dengan agama Islam yang telah berubah dan menyeleweng.

Jika kita berfikir mendalam sedikit dan membaca Quran dengan teliti, kita tidak dapat tidak akan mendapati dalam semua masyarakat agama (termasuk Islam) terdapat orang-orang yang baik, orang-orang yang separuh-separuh, dan orang-orang yang jahat. Orang yang baik itu dalam istilah agama kita panggil ‘mukmin’, yakni mereka percaya kepada Tuhan dan mendukung kebaikan kerana mereka tahu Tuhan melihat dan menghukum mereka. Orang yang jahat itu, dalam istilah agama, kita panggil ‘kafir’; mereka tidak percaya kepada Tuhan dan mendukung kepalsuaan, kerana mereka sangka kejahatan mereka tidak akan diketahui dan tiada siapa akan menghukum mereka. Di tengah-tengah dua kumpulan ini terdapat mereka yang mendakwa mereka mahukan kebaikan, tetapi sebenarnya melakukan kejahatan. Mereka dikenali sebagai munafik.

Cuba kita ingatkan kenyataan masyhur negarawan India, Mahatma Ghandi, tentang agamanya: “Saya Hindu; saya Yahudi; saya Kristian; dan saya juga Islam!” Tentulah beliau bermaksud: “Apa yang baik dalam semua agama ini saya pegang,” seperti dinyatakan dalam ayat suci di bawah.

“Pastilah mereka yang beriman, sama ada Yahudi, Kristian, atau Sabi’in (beragama di luar tradisi Nabi Ibrahim); barangsiapa yang beriman kepada Tuhan, kepada Hari Kemudian, dan berbuat baik akan menerima ganjaran daripada Tuan mereka. Mereka tidak perlu takut, atau bersedih.” (Quran, 2: 62). Lagi pula, kita diberitahu bahawa Tuhan mengirim rasulnya kepada semua masyarakat.

Orang-orang seperti inilah, dalam semua kumpulan agama, yang dimaksudkan dalam ayat suci di atas.

Perhatikan ayat ini pula: “Kami mewariskan kitab suci kepada sesiapa yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami. Jadi, di antara mereka ada yang membelakangkannya; ada yang berpegang separuh-separuh saja, sementara ada pula yang berkejar-kejar mendahului melakukan pekerjaan baik, dengan izin Allah. Inilah yang baik sekali.” (Quran, 35: 32)

Lagi perhatikan ayat ini: “Mereka bertindak seolah-olah mereka menolong engkau dengan memeluk Islam. Katakanlah, ‘Kamu tidak menolongiku apa-apa dengan memeluk Islam. Tuhanlah yang menolong kamu dengan memimpin kamu kepada iman, jika kamu jujur.’” (Quran, 49: 17)

Jelaslah ayat-ayat ini tidak mempedulikan dakwaan seseoranag atau sesuatu kaum. Nama ‘Islam’ nyata tidak boleh digunakan untuk mendapat ganjaran atau pujian. Praktik yang baik yang dilakukan dengan jujur – itulah yang dikehendaki. Kebaikan itu dengan sindirinya baik. Kebaikan dengan sendirinya mengundang kebaikan.

Dalam Quran, Islam disebut sebagai agama yang diredai Allah untuk manusia. (Lihat Quran, 3: 19). Di tempat-tempat lain Islam disifatkan sebagai agama kebenaran (din’ul-haq) dan agama Allah (din’ul-Lah). Dari segi ini, Islam istimewa dan unik, tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain. Agama Islam yang sebenar inilah yang mengatasi agama-agama lain, persis seperti yang disifatkan dalam Quran bahawa kitab suci Al-Quran itu “mesahkan dan mengatasi” semua kitab suci lain. Namun demikian, orang Islam dinasihatkan supaya tidak menganggap diri mereka paling baik kerana beragama Islam. Mereka patut bersyukur kepada Tuhan kerana telah memandu mereka kepada Islam. (Quran, 49: 17)

Ada tiga peringkat hubungan antara agama tauhid Islam dengan agama-agama lain. Peringkat pertama toleransi, seperti yang disebut dalam ayat 109: 6. Peringkat kedua, membuktikan kebenaran Islam melalui debat yang baik dan rasional. Sikap ini dianjurkan dalam Quran dalam ayat 16: 125. Peringkat terakhir, menjemput mereka yang tidak menerima kebenaran yang diturunkan dalam Quran bersumpah memohon laknat Tuhan menimpa mereka yang berbohong. Dalam Quran, konteks jemputan ini kepada orang-orang Kristian yang mendakwa Nabi Isa anak Tuhan.

Demikianlah pluralism agama dianjurkan oleh Islam sebagai bersikap toleransi terhadap semua agama yang wujud. Namun demikia, Islam sebagai agama yang benar harus membuktikan kebenarannya melalui debat yang baik dan rasional, dan jemputan kepada penganut-penganut agama lain supaya bersumpah memohon laknat terhadap mereka yang berdusta. Semua ini membuktikan bahawa Islam menganjukan kebebasan agama yang total, seperti yang tersebut dalam ayat 2: 256.



Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

13 comments:

Anonymous said...

Salam Dr Kassim

Saya fikir ada sikit kesilapan terjemahan ayat 2:62 iaitu "orang beriman dan Yahudi dan Nasrani dan Sabi'in..." jadi ada 4 golongan yang Allah sebutkan disitu (merangkumi semua manusia) dimana jika mereka percaya kepada Allah, Hari Akhir dan berbuat kebaikan, mereka tidak perlu takut. Syaratnya senang. Semua orang boleh lakukan jika mahu tapi kebanyakkan manusia suka engkar. Mereka tidak boleh percaya perkara ghaib iaitu Allah kecuali dengan cara menyengutukannya. Mereka mahu simbol yang boleh dilihat untuk disembah secara ritual. Begitu juga perkara ghaib yang satu lagi iaitu Hari Akhir. Mereka tidak akan percaya dan sentiasa mengajukan berbagai soalan dan mencipta berbagai alasan mengelak dari mempercayai bahawa Allah berkuasa menghidupkan mereka semula dan mengadili perbuatan mereka. Saya percaya manusia melakukan kesilapan jika ingin mencapai kepercayaan terhadap dua perkara ghaib ini dengan cara beritual. Petunjuknya boleh didapati dalam Al Quran. Itu saja petunjuk yang dicipta dan dijamin Allah. Cara lain ciptaan manusia tertakluk kepada kesilapan dan kelemahan. Selepas percaya dua perkara ini barulah manusia akan terdorong untuk berbuat kebaikan, tidak kira dia dilahirkan dikalangan bangsa apa dan diceruk manapun didunia ini.

Kassim Ahmad said...

1. Ayat itu (2:62) bermakna, semua orang yang beriman (yakni percaya kepada Tuhan, kepada Hari Kemudian dan berbuat baik)dari kalangan orang Yahudia, Kristian, (dan juga Islam) dan dari kumpulan-kumpulan di luar Tradisi Ibrahim (seperti Hindu, Buddhist, dll.)-- mereka selamat.
2. Jadi, perkataan yang umum itu "orang yang beriman". Orang yang beriman ini ada dalam semua kumpulan agama yang wujud di dunia sekarang. Mereka ini kumpulan minoriti. Oleh kerana kewujudan merekalah maka wujud kemajuan di dunia.

Puteri said...

Salam

Antara ciri orang tidak rasional ialah dia mahu dunia memihak kepadanya!

MrOpen said...

Salam Pak Kassim,

Tentu menarik apabila terjemahan Al-Quran oleh Pak Kassim diterbit nanti. Tak sabar saya nak baca terjemahan Pak Kassim yg mungkin berbeza dari segi pemahamannya.

Cuma saya bimbang jika terjemahan Pak Kassim akan diharamkan nanti akibat tekanan drpd golongan-golongan berkuasa agama kerana sejarah kontroversi dan label yg dikenakan kpd Pak Kassim. Saya juga risau jika Pak Kassim tidak menyertakan sekali 2 ayat terakhir Surah Taubah kerana mereka tentu akan mengharamkan serta merta. Moga-moga Allah menahan tangan-tangan mereka drpd mengharamkan buku terjemahan tersebut.

Anonymous said...

Salam..
Apakah yang dimaksudkan dengan KEMAJUAN..???
Bagaimana dengan KEMAKMURAN @ KESEJAHTERAAN..???
Mohon pandangan Pak Kassim..

Aslam Abdullah said...

(1) Mahatma Ghandi patut diteladani. Jika beliau pegang apa yang baik dalam semua agama, orang-orang Islam juga patut melakukan sedemikian.
(2) Bukan saja Quran, tetapi kitab-kitab agama lain (seperti Dhammapada, Bhagavad Gita, dan Injil) patut dibaca dengan kritikal.
(3) Oh Tuhan, mereka hanya tahu melafazkan 'percaya' kepada kitab-kitabMu!

Kassim Ahmad said...

1. Maju dari semua segi, material, moral, mental dan spiritual.
2. Insya Allah, tafsir saya akan terbit akhir tahun 2012 atau awal tahun 2013. Mudah-mudahan pada waktu itu, pihak berkuasa agama kita telah menjadi lebih pandai daripada mengharamkan buku yang mereka tidak boleh kritik secara ilmiah!

Unknown said...

Ayat pada perenggan ketiga akhir dalam artikel tuan itu mungkin tertinggal perkataan 'tidak'.

Namun demikian, orang Islam dinasihatkan supaya menganggap mereka paling baik kerana beragama Islam. Mereka patut bersyukur kepada Tuhan kerana telah memandu mereka kepada Islam. (Quran, 49: 17)

Anonymous said...

Salam, tiada orang patut menganggap dia paling baik kerana beragama Islam, kerana itu keangkuhan yang akan membutakan hati seseorang.

Salam Pak Kassim, I am a convert muslim but I am very dissappointed by the Malaysian Muslim community. I studied Christianity and Buddhism before I finally embraced Islam through the guidance of God and I believe it is the religion for me. But I am frustrated by the closed mind of most muslims who denied my rights to read and understand Quran through God's guidance, and insisted that I need a 'guru' to guide me. I am a scientist, and many things I heard from those religious personel just don't make sense. I believe faith is the focus of Islam and through faith I am who I am today. I read Abdullah Yusuf Ali's translation of Quran and I just downloaded The Reformist Translation of Quran and hope that it would increase my understanding of Islam. I have this thirst of religion since young and most closed-mind form of religion just couldn't satisfy my thirst of knowledge.

I just found out about your blog and I am so glad that finally I found the voice I was looking for. I know it's not an easy path but please go on writing. I always tell my fellow muslim friends that we should not condemn other religions as Allah clearly stated in the Quran that He sent rasuls to different tribes and different people, who knows that the religion you are condemning is actually from the Al-Mightly Himself?!!

If according to the majority muslims, I am now completely sesat. But I feel His grace showers upon me whenever I need Him, and I know He heard my prayers, and I am thankful that He is still guiding me and now He guided me to your blog. An I know that I am not alone.

Thank you very much for your words. Please go on writing. May peace be upon you and May God Bless you. Ramadan Al-Kareem.

Yours sincerely,
Lina

Kassim Ahmad said...

Greetings to you, Lina.
1. I am greatly impressed by you determined efforts to find the truth, and I am glad you have found it.
2. I am gald to welcome you to God's religion, the religion of Truth.
3. Do not be discouraged by "Muslims" most of whom have deviated, without their realizing it.
4. Please see my essay entitled "Tragedi Bernama Islam".

Anonymous said...

Pak Kassim,
Ayat 2:62,Agama2 tersebut terbatal dengan penurunan Agama Islam Yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Sebab itu Agama yang diredhoi
Allah ialah Agama Islam kerana Agama2 Tauhid sebelumnya telah berlaku banyak penyelewengan.
Islamlah Agama Yang sempurna yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW,Dan tidak timbul isu pluralisme agama disini.

Anonymous said...

saya ingin berjumpa dengan pak kasim.no saya 0129849930,kalau tak keberatan boleh pak kasim sms saya?

Ramlan Hamzah said...

Salam Dr Kassim,
Dari dulu hingga kini saya masih membaca dan mengikuti tulisan Dr Kassim. Mohon pandangan Dr kassim tentang laman bacaan.com. Saya juga mengikuti perkembangan laman tersebut dan saya juga berbincang di situ.