Wednesday, July 01, 2015

PAS KENA BERUBAH MENJADI PROGRESIF




PAS HENDAKLAH KEMBALI MENJADI
LEBIH TERBUKA DAN PROGRESIF
Oleh: Kassim Ahmad
30 Jun, 2015

            Muktamar PAS baru-baru ini memilih apa yang dipanggil pimpinan ulama dan menolak kumpulan professional dan progresif. Nampaknya, PAS lupa apa itu pandangan hidup Islam sebenarnya dan lupa kepada pemimpin mereka yang progresip, seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Dr. Burhanuddin menjadi pemimpin PAS  dari 1956 hingga 1969. Beliau juga menang kerusi Parlimen di Besut dalam pilihanraya umum pada 1959.
            Namun demikian, Islami kiri yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin tidak dapat bertahan dan mengalah kepada UMNO yang dikatakan oleh pemimpin mereka yang awal sebagai parti pragmatik tanpa ideologi yang jelas selain nasionalisme yang longgar untuk mengimbangkan tarikan daripada pelbagai golongan, dari feudalme raja-raja Melayu, rakyat ramai yang kiri dan kanan, sementara tidak bersifat terlalu anti-kolonial. Di sinilah letaknya keulungan UMNO yang membawa kejayaan kepadanya  untuk memperoleh kemerdekaan bagi Malaya dalam 1957.
            Fahaman agama mazhab Shafi’e yang kuat di Malaysia menjadikan PAS satu alternatif kepada UMNO. Tetapi bolehkah PAS menjadi lebih progresif daripada UMNO? Masalah UMNO sekarang korapsi yang meluas. PAS pula terperang dalam ideologi mereka yang kolot dan reaksioner, seperti yang zahir dalam pegangan mereka tentang hudud. Selagi UMNO dibelenggu korapsi yang tidak terhapuskan, ia dan BN akan lemah. Tetapi Pakatan Rakyat juga akan lemah selagi PAS tidak boleh membuang ideologi hududnya.
Di lokasi lain saya telah menayatakan bahawa frasa  tilka hudud’ul-Lah dalam Quran  tidak bermakna hukuman. Ia bermakna dalam sesuatu perbuatan manusia wujud satu sempadan yang tidak boleh mereka lampaui. Frasi ini sudah disalah-tafsir oleh sesetengah sarjana Islam. Kesilapan mereka kerana wujudnya arahan yang jelas dalam Quran supaya manusia bertindk adil, sedangkan apa yang dikatakan hukum hudud itu tidak lain daripada hukuman rimba yang amat zalim dan bercanggah dengan ajaran Quran. Malangnya, Imam Shafi’e telah memberi laluan kepada Hadis. Jadi, sarjana dalam PAS kena buat kritikan terhadap Imam Shafi’e  dan bebaskan diri PAS dari ajaran palsu ini.
Seruan saya ini telah mendaopat pembelaan yang kuat. Tiga atau empat hari sudah seorang sarjana Islam di Arab Saudi, Sheikh Hassan Farhan Al-Maliki,  telah mengkritik budaya Hadis sebagai mengkorapsi Islam.
            Saya cadang kepada PAS supaya mereka tolak hukum hudud. Dengan ini, gabungan Pakatan Rakyat akan menjadi lebih  kuat dan boleh mengambil-alaih dari BN. Dengan PAS menolak hudud, tidak bermakna mereka menolak prinsip dan menjadi Mikevalian atau oportunis.
 Saya harap mereka akan memberi perhatian serius kepada cadangan saya.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya www.kassimahmad.blogspot.com      

No comments: