JAWAPAN KEPADA KOMEN
Oleh: Kassim Ahmad
28 Mei, 2014.
Oleh kerana tiga bulan lebih saya
tidak memasuki blog saya, terperanjat saya melihat hampir 2,000 komen, 1,943
persisnya. Dua jam saya baca pun tidak habis! Oleh itu, saya akan jawab
komen-komen itu di sini.
Kira-kira 70% daripada komen itu
membantah fikiran saya. Sesetengah menyalahkan saya sebagai seorang yang
menganut ideologi sosialis; sesetengah mendakwa saya tidak tahu tentang Islam;
dan sesetengah lagi mencerca saya. Kira-kira 20% memberi pujian dan menyokong
saya.
Pertama, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
mereka yang menyokong saya. Sokongan anda menggalakkan saya.Segala yang baik itu daripada Tuhan. Oleh itu segala puji bagi Allah.
Kedua, apabila kita bertukar-tukar fikiran atau berbahas,
jangan mencerca atau menghukum. Ini perbuatan orang jahil.
Ketiga, pandangan kiri saya persis kerana Islam yang sebenar
itu (yakni yang diajar dalam Quran) suatu pandangan hidup yang revolusioner.
Pandangan hidup yang revolutionar itu bersifat humanis, republikan dan
demokratik. Pandang hidup yang terkandung dalam Quran itu lebih revolusioner
dari Menifesto Komunis yang dikarang oleh Marx dan Engels. Cara hidup yang
dianjurkan oleh Islam itu MANUSIA YANG BEBAS DAN BERDAULAT, tidak tunduk kepada
kuasa-kuasa palsu, yakni patung-patung; dan MANUSIA YANG MAHU SEBUAH DUNIA YANG ADIL
(tiada penindasan, tiada kejahilan, tiada kemiskinan).
(Saya berasal dari sebuah keluarga miskin. Maka itu saya
memuliakan orang miskin.)
Keempat, mana anda tahu bahawa saya
tidak tahu Islam? Kerana saya bukan kelulusan al-Azhar? Alasan ini cetek
sekali! Kerana saya tidak ikut ajaran “ulama” (“ular dalam semak”, kata
budak-budak nakal). Alasan ini juga tidak boleh dipakai. Jadi, sebelum
bercakap, siasat dulu.
Kelima, ada yang bertanya bagaimana boleh berjumpa dengan saya. Telefon saya di 04-4031871 atau 012-4291152.
Kelima, ada yang bertanya bagaimana boleh berjumpa dengan saya. Telefon saya di 04-4031871 atau 012-4291152.