SIAPA SEBENARNYA AHLI SUNNAH WAL-JAMA’AH?
Oleh: Kassim Ahmad
28 Januari, 2015.
Ahli
Sunnah Wal-Jama’ah (ASWJ) telah diajukan sebagai apa yang telah dibawa oleh
nabi besar kita, Nabi Muhammad, dan para sahabat yang empat (khalifah
rasyidun). Ini tidak benar. Nabi Muhammad tidak membawa apa yang dipanggil
Hadis/Sunnah. Beliau menerima wahyu (Quran) daripada Tuhan untuk disampaikan
kepada manusia. Itu saja misi beliau dan
tidak lebih daripada itu. Misi ini disempurnakan oleh beliau dalam masa 23
tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 di Madinah.
Hadis/Sunnah yang kemudian dikaitkan dengan beliau direka oleh
pereka-pereka yang mempunyai kepentingan masing-masing. Kepentingan-kepentingan
ini mula-mula bersifat politik dan kemudian berkembang menjadi teologi.
Buktinya
Quran sendiri. Banyak ayat Quran menegaskan Hadis itulah Quran, kerana ia keluar
dari mulut Muhammad. Contohnya, “Inilah wahyu-wahyu Tuhan yang kami bacakan
kepadamu; hadis yang manakah selain wahyu ini yang mereka percayai? (45: 6).
Ada dua ayat yang berbunyi, “Bahawasanya, inilah perkataan rasul yang mulia.” (69:
40; 81: 19)
Ada
juga hadis yang direka itu selaras dengan ajaran Quran. Umpamanya, “Jangan kamu
tulis apa-apa daripadaku selain Quran. Barangsiapa menulis sesuatu daripadaku
selain Quran hendaklah memadamnya.” (Riwayat Muslim) Sejarah mencatat bahawa Khalifah Abu Bakar
membakar koleksi hadisnya (500) dan Khalifah Umar Ibn Khattab membatalkan
rancangannya hendak mengumpul Hadis.[1]
Di
Malaysia, pihak berkuasa agama memang mengaku mereka kaum Sunni.[2]
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib sendiri pernah berkata ia akan pinda Perlembagaan untuk memasukkan iktikad Ahli Sunnah WalJama’ah
ke dalamnya. Saya segera menulis surat berdaftar A.R. memohon supaya beliau
tidak berbuat demikian. Alhamdulillah, beliau tidak lagi menyebut perkara itu.
Tuhan
melarang kita membuat puak dalam agama. Kaum Sunni itu satu puak, puak majoriti
dan puak ortodok. Lagi satu puak, puak Syi’ah, puak minoriti. Nabi Muhammad
tidak membuat puak, selaras denga
perintah Tuhan kepadanya. Kaum Sunni timbul
setelah Imam Shafi’e (m. 204/820) memperkenalkan doktrin baru dua sumber utama,
Quran dan Hadis. Selepas doktrin ini
diterima ramai maka timbul enam pengumpul Hadis ‘Sahih’, Bukhari, Muslim,
Tirmidhi, Abu Daud, Ibn Majah dan al-Nasa’i.
Kaum Sunni mendakwa mereka
mengamalkan Islam yang sebenar. Jika dakwaan ini benar, mengapakah mereka
menegakkan Hadis/Sunnah, sedangkan Nabi hanya membawa dan berpegang kepada
Quran, seperti yang telah saya tunjukkan?
Kita
harus sedar bahawa agama Islam, seperti yang diajar oleh Tuhan kepada Nabi
Muhammad hanya terdapat dalam Quran. Ramai sarjana telah menulis buku-buku
untuk menghuraikan Quran dari dulu hingga sekarang. Kita bernasib baik dan
berterima kasih kepada mereka kerana dapat manfaatkan usaha-usaha mereka,
tetapi kita tidak boleh taksub kepada ajaran-ajaran mereka. Sikap kita seharusnya
kritikal, ambil yang baik dan buang yang buruk.
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Blog beliau