Wednesday, August 29, 2012

RANCANGAN MENGHAPUSKAN KEMISKINAN



Bolehkah kemiskinan dihapuskan? Sesetengah cerdik-pandai menyatakan, ‘Tidak’. Sebab itu, hujah mereka, dalam  sistem sosio-ekonomi Islam, cukai zakat dikenakan sekian peratus ke atas kelebihan pendapatan untuk dipulangkan kepada fakir-miskin. Saya tidak beresetuju dengan pendapat ini. Sistem Islam bertujuan mencipatkan sebuah dunia adil.
Di bawah disiarkan surat saya kepada Perdana Menteri Malaysia tentang tajuk
ini – K.A.  

1504 Jalan Kulim Height 3,Kulim Golf & Country Resort,
09000 Kulim, Kedah, Malaysia. TEL. 604-4031871. FAKS. 604-4080035
TB 012-4291152

Dafar A. R
17 Ogos, 2012.

Yang Amat Berhormat

Dato’  Sri Najib  Abdul Razak,

Perdana Menteri Malayisa,

Blok Utama, Bangunan Perdana Putera,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502  Putrajaya.

Tuan Perdana Menteri,
Menghapuskan Kemiskinan di Malaysia

            Dengan hormatnya, saya ingin mengemukakan rancangan untuk menghapuskan kemiskinanan di negara kita.
            Kemiskinan satu daripada tiga malang besar, diikuti dengan kejahilan dan kebodohan, yang dideritai oleh masyarakat manusia, termasuk masyarakat kita. Selepas 55 tahun merdeka, malang besar ini masih berada di tengah-tengah kita, tiap minggu ditunjuk dalam t.v. kita. Kita mesti menghapuskannya dengan segera.
            Saya harap Tuan akan memberi perhatian berat kepadaanya. Rancangan diperturunkan di bawah.

Rancangan Menghapuskan Kemiskinan di Malaysia
Dalam Masa  Setahun 

Nota:  Warganegara Malaysia sekarang 26 juta. Berdasarkan lima orang sekeluarga, kita ada 5.2 juta keluaraga. Jika hetong panjang kita ada  3,000 keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan, dan kita memperuntukkan RM 7,000 [1] untuk sebuah keluarga miskin, kita memerlukan RM 7,000x3,000x13 buah negeri untuk menghapuskan kemiskinan di negara kita. Jumlah peruntukan ini hanya RM 273 juta. Jumlah ini, berbanding dengan peruntukan kepada  perkhidmatan sosial (5.9%) dalam Bajet 2012 (RM 230.8 bilion) berjumlah RM 13.8 bilion.  Angka ini jauh lebih besar daripada angka yang kami unjurkan. Oleh yang demikian,  mengapakah  kita belum berjaya menghapuskan kemiskinan?
            Jika kita gandakan unjuran ini, jumlahnya (RM 546 juta) masih rendah.
            Di bawah bajet kami untuk menghapuskan kemiskinan:- 
A.      Perbelanjaan                                      RM 273,000,000.00

1.      3000xRM7,000x13: RM 273,000,000
2.      Lain-lain:                         000,000,000
---------------------
JUMLAH                                                                                             273,000,000.00
                                                                                                          ===============

B.      Pendapatan                                            273,000,000.00

1.      Daripada Kerajaan Pusat:  RM 136,500,000
2.      Daripada  Kerajaan Negeri:      136,500,000
3.      Daripada lain-lain                     000,000,000
               ---------------------
            JUMLAH                                                                                 273,000,000.00
                                                                                                             ===============

*****
            Sekian dimaklumkan.
            Selamat Hari Raya
          Dengan salam takzim,
         Tt ……………………
             (Kassim Ahmad)


[1] Jumlah ini untuk membiayai keluarga miskin itu menyewa tapak rumah, membuat sebuah rumah kayu dan tiga bulan sara hidup. Pemberian ini mesti dikelolakan dan dipantau oleh pihak berkuasa, termasuk pekerjaan yang boleh dilakukan oleh keluarga miskin untuk keluar dari kemiskinan.

Wednesday, August 22, 2012

KEDANGKALAN DAN FITNAH




KEDANGKALAN DAN FITNAH:
KEKELIRUAN UMAT MELAYU-ISLAM

Oleh: Kassim Ahmad
23    gos, 2012-08-23
           
        
            Saya terkejut membaca apa yang dinyatakan oleh Mufi Perlis, Dr. Juanda Jaya, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan juga Haji Ahmad Naka’ie bahawa saya pengikut mendiang Dr. Rashad Khalifa dan menolak semua Hadis. Saya juga dikaitkan dengan Osman Ali yang menghasilkan tafsir “Bacaan”.
            Hairannya mereka merujuk kepada semua buku saya, termasuk buku terbaru, Islamic Renaissance” (2012: Amerika Syarikat), yang, insya Allah, akan diterbitkan di Malaysia dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu dengan satu kata pengantar oleh Dr. Chandra Muzaffar.
            Namun demikian, rujukan mereka terhadap buku-buku itu, nampaknya, tidak bermakna mereka telah membaca buku-buku itu. Buku-buku itu dengan jelas menunjukkan saya bukan pengikut taksub Dr. Rashad Khalifa dan saya bukan “anti-Hadis”, seperti yang mereka cop saya. Itulah sebabnya saya menjudulkan esei ini “Kedangkalan dan Fitnah: Kekeliruan Uman Melayu-Islam”
            Kalau hal ini dinyatakan oleh orang biasa, yang boleh kita sifatkan sebagai pak turut, saya tidak hairan. Tetapi ini dinyatakan oleh tokok-tokoh agamawan yang tahu dan patut tahu.
Apa sudah jadi? Sudahlah pemahaman dangkal, buat fitnah lagi! Satu kekeliruan dan tragedi yang  besar!
            Ini membuktikan kebanyakan orang tidak membaca dengan teliti apa yang tertulis. Apa yang mereka baca itu prasangka mereka. Lihat apa yang terjadi dalam sejarah umat Islam. Kumpulan-kumpulan rasmi Hadis (Bukhari, Muslim dan lain-lain) tidak muncul sehingga 200-250 tahun setelah Nabi wafat! Di antara kewafatan Nabi dan kemunculan buku-buku rasmi Hadis, apa yang berlaku? Tiada apa. Nol. Kosong. Nabi Muhammad tidak tahu-menahui dan tidak bertanggungjawab terhadaap kemunculan Hadis. Lalu pereka-pereka Hadis berdusta mengatakan beliau menginggalkan dua perkara, “ Kitab Allah dan Hadisku”.
            Apabila kita mengkaji dengan lebih teliti, kita dapati tokok perundangan Islam, Imam Besar Shafi’e, menafsirkan ayat 4: 59 secara sabjektif dengan mendakwa bahawa “taat kepada Allah” bermakna berpegang kepada Quran dam “taat kepada rasul” bermakna berpegang kepada Hadis! Setelah beliau membuat doktrin baru ini, barulah pengumpul-pengumpul Hadis muncul.  Hari ini kita dapati daki Hadis ini sudah terlalu tebal; tidak dapat dikikis dalam masa sehari, malah sedekad pun!
            Hadis sudah membayangi pemahaman kita terhadap Quran. Bolehlah kita katakan Quran tertutup bagi kita. Lalu kita menjadi keliru. Kita berbalah tentang negara Islam, tentang hukum hudud (tidak ada hukum hudud dalam Quran), dan tentang berbagai hal lagi.  
            Bolehkah kita mengatasi kekeliruan ini? Jawabnya, boleh! “Dengar semua pendapat. Ikut yang paling baik.” (Quran, 39: 18) Dengan kita mendengar dan menganalisis semua pendapat dalam masyarakat kita, kita akan tahu yang mana satu pendapat yang paling baik. Sejak munculnya kasta paderi dalam masyarakat Islam (“ulama”, yang kita tiru dari agama-agama Kristian dan Hindu) mereka (“ulama” ini: budak-budak nakal menggelar mereka  “ular dalam semak”!) jadi diktator, mentafsirkan agama bagi rakyat.
            Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan, kata pepatah Melayu. Pangkal jalan kita Nabi Muhammad dan empat kahlifan rasyidun. Mereka berpegang kepada Quran dan contoh-contoh Nabi yang sahih, seperti Perjanjian Hudaibiyah, Piagam Madinah dan beberapa dokumen lain. Mereka letakkan Quran di atas sekali  (tiada kitab suci yang boleh disamakan dengan atau mengatasi Quran) dan sumber-sumber lain, termasuk falsafah, teologi, sejarah dan  sains, terletak pada kedudukan kedua.
-------------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com





  

Saturday, July 28, 2012

MISI BESAR DUNIA MELAYU



MISI BESAR DUNIA MELAYU

Oleh: Kassim Ahmad
24 Julai, 2012

            Dua minggu yang lalu saya dan beberapa orang kawan mengadakan satu majlis dialog dengan kumpulan Shah Waliullah di Kota Bharu membincang sebuah kertas yang baru saya tulis. Kertas ini bertajuk “Kiamat dan Akhirat: Penggunaan Kiasan dan Metafora dalam Quran – Sebuah Nota Ringkas.”
            Harus diingat bahawa kumpulan ini telah wujud lama di Bandar Serambi Mekah ini. Shah Waliullah seorang failasuf Islam India moden (1703-1762 ) yang besar dan progresif. Kumpulan ini ditubuhkan oleh beberapa orang peminat untuk mengkaji idea-idea falsafah beliau.
            Saya juga seorang pengagum Shah Waliullah dan telah membaca buku-buku dan tulisan-tulisan tentang ajaran beliau. Oleh kerana itu seorang sahabat saya dari  kumpulan ini telah menjemput saya untuk berdialog dengan mereka banyak tahun dulu. Kedatangan saya kali ini untuk dialog yang kedua mengenai kertas saya sendiri.  
            Namun demikian, dialog ini meleset. Kebanyakan orang bukan membaca apa yang ada di dalam teks, tetapi membaca prasangka mereka ke dalam teks!  Ini perbezaan antara apa yang benar-benar wujud dengan apa yang disangka wujud, atau antara keobjektifan dan persepsi.
            Walaupun dialog meleset kerana sebab-sebab yang saya sebut di atas, satu gaasan besar timbul dari majlis ini, iaitu misi besar Dunia Melayu untuk kembali menghidupkan Islam yang asal seperti yang terdapat dalam kitab suci al-Quran dan dilaksanakan oleh Nabi Muhammad dan empat Khalifah Rasyidun.
  Mengingat akan penyelewengan-penyelewengan  yang telah berlaku dalam Islam, dan menyedari pelbagai krisis yang sedang melanda sistem Liberal Barat sekarang, saya bertanya kepada diri saya apakah Dunia Melayu (khasnya Malaysia dan Indonesia) tidak boleh merancang dan mengusahakan kebangkitan semula Islam untuk menyelamatkan manusia dari kehancuran total.
Dunia Melayu mempunyai penduduk keempat terbesar di dunia. Dunia Melayu mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. Dunia Melayu memiliki dua ciri penting untuk membolehkan mereka melakukan misi besar ini. Mereka berbangsa Melayu, menuturi bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Mereka beragama Islam dengan kitab suci yang sama, Quran. Dua ciri ini membolehkan mereka bersatu untuk melaksanakan misi besar ini.
            “Dialah yang mengirim Rasul-Nya dengan bimbingan dan agama yang benar supaya ia boleh mengatasi agama-agama lain, walaupun ia tidak disukai oleh orang musyrikin.” [1]
            Nyatlah kaum musyrikin dan sekutu mereka dari kalangan orang munafik dari kalangan semua bangsa akan mengadakan pelbagai muslihat dan komplot untuk menggagalkan misi besar ini. Ini termasuklah rasuah dan peperangan yang besar, seperti yang dilakukan dalam dua Perang Teluk. [2]
Tetapi, seperti yang dinyatkan dalam Quran, musuh-musuh Tuhan membuat komplot, tetapi Tuhan pembuat komplot yang terbaik. [3] Lihat apa yang telah jadi dalam sejarah. Baik dalam zaman purba mahupun dalam zaman moden, pernahkan musuh-musuh Tuhan menang pada akhirnya? Apa jadi kepada Maharaja-maharaja Mesir Tua dan Maharaja-maharaja Romawi yang bengis,  ganas dan zalim? Apa jadi kepada Hitler dan Mussolini, Marx, Lenin, Stalin  dan Mao Zedong?  Jawabnya, kuasa dan pengaruh mereka akhirnya lenyap dari muka bumi!
            Setelah keruntuhan ideologi Marxisme-Komunisme pada 1998-2001, dunia, termasuk Dunia Islam, berlayar dalam Tongkang Besar Liberalisme. Di antara ciri-ciri Liberalism: kebebasan indidividu (dan dengan itu pelanggaran terhadap hak kolektif (ketiadaan keadilan ekonomi dan sosial), garis yang tidak jelas antara baik dan jahat (dan dengan itu riba yang zalim itu dibenarkan, membawa kepada kepapaan rakyat bawahan dan kekayaan melampau sebilangan kecil kelas atasan (tidak sampai 1%). Spain, Portugal, Ireland sekarang muflis dengan kadar pengganguran yang amat tinggi. Kesatuan Eropah (zon matawang Euro) sedang mengalami krisis kewangan dan ekonomi yang tenat. Ini termasuklah Great Britain dan A.S.
            Krisis kewangan dan ekonomi di Eropah dan A.S., lambat-laun, akan merebak ke seluruh dunia, termasuk ke China.
Persis, seperti yang telah saya katakan di atas, Tongkang Besar Liberalisme akan karam.
            Krisis Liberalisme bukan saja sebagai satu doktrin ekonomi, tetapi juga sebagai falsafah. Sepertimana, falsafah Marxisme telah runtuh, kerana asas materialismenya palsu, demikian juga Liberalisme akan runtuh.
            Apa yang perlu mengganti dua falsafah menyeleweng ini falsafah pertengahan yang boleh menggabungkan hak individu dengan hak kolektif dalam satu kesatuan yang harmonis. Inilah Islam, Jalan yang lurus, di antara dua jalan yang menyeleweng. [4]
            Sesetengah orang Islam sendiri sudah menjadi kaum peragu (skeptik): mereka tidak yakin ada obat untuk mengubati penyakit-penyakit manusia, iaitu kemiskinan, kejahilan dan kebodohan. Sebenarnya,  mereka bukan mukmin lagi. Orang mukmin tidak pernah ragu akan keadilan dan kerahiman Tuhan. Kaum peragu itu tidak berbeza dari kaum musyrikin dan kaum munafikin.  Rancangan Agung Tuhan untuk merealisasi Dunia yang Adil tetap akan berjaya. Tuhan Maha Berkuasa. Dia tidak pernah gagal. [5]
            Perjuangan besar ini mestilah dirancang dengan teliti di Malaysia dan di Indonesia. Perundingan, konferensi, strategi dan taktik, termasuk mengenalpasti Islam yang sebenar, seperti yang terdapat dalam kitab suci al-Quran dan dilaksanakan oleh Nabi Muhammad dan empat Khalifah al-Rasyidun.
Proses in akan mengambil sedikit masa, katalah satu atau dua dekad, selebih-lebihnya satu generasi (30 tahun; ingat Nabi Muhammad menyelesaikan misi besarnya dalam masa 23 tahun).
            Ingat misi besar ini tanggunjawab orang mukmin semuanya, di kalangan semua bangsa yang ada di dunia hari ini. Inilah perjanjian mereka dengan Tuhan. [6]

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia.Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

           
             


[1]  Quran, 9: 33)
[2]  Arab Sa’udi, sekutu A.S. menumbuk rusuk Rusia dengan cek berharga DAS 6 bilion supaya Rusia tidak menghalang serangan A.S. terhadap Iraq.
[3] Quran, 3: 54.
[4]  “Tunjujilak kami jalan yang lurus, jalan mereya yang Engkau restui, bukan mereka yang ditimpa kemurkaan, atau yang sesat.”” (Quran, 1: 6-7).(
[5][5][5]  “Tuhan telah memperundang-undangkan: ‘ Aku dan dan  rasul-rasul-Ku pasti menang ’” (Quran, 58: 21)  
[6]  “Tuhan telah membeli daripada orang mukmin jiwa dan harata mereka sebagai pertukan untuk Firdaus. Maka mereka berjuang di jalan Allah, sanggup membunuh dan dibunuh. Demikinalh janji benar Tuhan dalam kitab-kitab Taurat dan Injil dan Quran – dan siapakh yang menunaikan janji-Nya lebih daripada Tuhan? Hendaklah kamu bergembira dengan pertukaran ini. Inilah kemenangan yang terbesar.” (Quran, 9: 111)

Sunday, July 22, 2012

SEKALI LAGI TT 'AURAT WANITA

Sekali lagi soal 'aurat wanita

1. 90% daripada komen tt esei saya yang bertaujuk "Rambut Wanita Bukan 'Aurat" membantah. Sesetengah bantahan ini datang dari kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa sesetengah kaum lelaki bersikap menekan terhadap kaum wanita seolah-olah kaum wanita itu hak-milik mereka! Sikap tiranikal ini tidak selaras dengan ajaran Quran bahawa lelaki dan wanita itu pada prinsipnya sama. (Quran, 4: 1)
2. Tiga ayat Quran (24: 30-31; 33: 59; dan 7: 26) menjelaskan sepenuhnya perkara ini. Pertama, mereka harus menutp dada dan melabuhkan pakaian mereka. Kedua, mereka tidak harus memperlihatkan kecantikan mereka. (Perhatikan ramai wanita yang bertudung, tetapi memperlihat bentuk badan mereka yang ramping denagn buad dada yang menonjol! Ketiga, ayat 7:26 merumuskan kegunaan pakaian dengan cantik, iaitu (i) menutup badan, (ii) untuk perhiasan, dan (iii) pakaian takwa, yakni sopan.
3. Ayat 5: 6 tt wuduk membuktikan bahawa rambut wanita tidak ditutup, kerana kita (lelaki dan wanita) disuruh sapu kepala. Tujuan menyapa kepala itu membersihkan kepala kita daripada habuk yang telah menghinggap di kepala kita.
4. Dengan huraian yang lengkap ini, perbahasan tt perkara ini ditutup. -- Kassim Ahmad

ADAKAH QURAN SEBUAH BUKU SAINTIFIK?



ADAKAH QURAN SEBUAH BUKU SAINTIFIK?

Oleh: Kassim Ahmad
21 Julai, 2012

            Esei ini ditulis untuk membuktikan bahawa Quran bukan sebuah buku sains. Seorang sahabat akrab lama merujuk kepada sebuah artikel dalam majalah Scientific American yang, mengikut beliau,  menyatakan Quran sebuah buku saintifik.
Sesetengah orang Islam, yang semangat keislamannya begitu tinggi dan ingin membuktikan kebenaran Islam, mungkin gembira melihat artikel yang demikian. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa Quran bukan sebuah buku sains.
Sains berkembang dari satu tahap rendah ke tahan yang lebih tinggi. Sains dalam zaman Yunani dan rantau-rantau budaya yang sezaman dengannya atau malah sebelum, seperti di Babylon, Mesopotamia dan Mesir Tua, dikira sebagai sains pra-Zaman Saintifik. Seperti yang diceritakan dalam buku sejarawan Robert Briffault dalam buku agungnya, The Making of Humanity (1919: England).
 Sains dalam zaman Newton (1642-1727) berbeza dengan sains dalam zaman Einstein (1879-1955). Seterusnya sains akan berkembang sehingga ketiga-tiga cabang pengetahuan  besar, agama, falsafah dan sains, bertemu dalam satu kesatuan dan keharmonian, seperti yang dinytakan oleh  sejarawan falsafah, Errol E. Harris, dalam bukunya, Nature, Mind and Modern Science (1954: Great Britain).
Seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Robert Briffault,  sains dan kaedah saintifik itu sumbangan terbesar tamadun Islam pertama (saya kata ‘tamadun Islam pertama’ kerana tamadun Islam ke-2 akan muncul setelah kejatuhanya pada abad ke-13 di Timur (Baghdad) dan pada abad ke-15 di Barat (Kordova) kepada dunia. (Fakta ini cuba disembunyikan oleh kebanyakan sejarawan Barat dalam apa yang saya panggil Pembohong Agung Eropah terhadap sumbangan Islam kepada Kebangkitan Eropah.)
Quran itu kitab suci Tuhan yang terakhir kepada manusia, diturunkan kepada Nabi Muhammad (penyudah segala nabi) melalui agen-Nya Malaikat Jibrail – sebuah kitab suci yang dipelihara olehTuhan Sendiri. (Tiada sebuah buku dalam dunia ini yang dijamin kesahihannya dan penjagaannya demikian.)
“Kitab suci ini kebal, bimbingan bagi orang yang bertakwa.” (Quran, Surah Al-Baqarah (2): 2.)  ‘Kebal’ di sini bermakna ‘benar’ dan tiada kepalsuan  boleh memasukinya dari mana-mana arah sekali pun (kiri atau kanan, atas atau bawah, yakni dari dulu atau kemudian).  Hal ini dinyatakan dalam Quran sendiri. (Lihat Quran, 42: 24; 41 42).  
            Manusia, tentunya yang mahu, memerlukan petunjuk yang tidak kunjung  mungkir. Sebab itu ayat itu merujuk kepada mereka yang bertakwa. ‘Takwa’ tidak harus diertikan sebagai ‘takut’, kerana Tuhan itu sifat-Nya “Maha Pemurah” dan “Maha Penyayang.” Malah Tuhan memperundang-undangkan ke atas Diri-Nya  ‘rahmah’, atau ‘kesayangan’.  (Lihat Quran, 6: 12). Kita tidak perlu takut kepada Tuhan. Kita perlu menghormati-Nya dengan penghormatan yang wajar, kerana hukuman-Nya pantas dan dahsyat, sekiranya kita melanggar perintah-Nya.
            Petunjuk ini pula lengkap dan sempurna. Apa saja masalah yang dihadapi manusia, dari sekecil-kecil ke sebesar-besarnya, terdapat petunjuk penyelesaiannya dalam kitab suci ini. Tuhan tidak lupa barang satu pun. Kitab-kitab suci dulu (Taurat, Zabur Injil, dll) disahkan dan diatasi olehnya. Demikianlah hebatnya Quran.
            Dalam esei terdulu bertajuk “Islam Sebagai Satu Sistem Kehidupan”, saya telah menyebut dua kumpulan yang menyeleweng. Satu kumpulan yang menderhaka kepada Tuhan, yakni yang menafikan dimensi spiritual dalam kehidupan manusia dan menafikan kewujudan Tuhan. Ini kaum materialis. Dalam zaman moden, mereka kaum Marxis-Komunis. Sistem hidup mereka runtuh di depan mata kita di Rusia, Eropah Timur dan di China pada tahun-tahun 1998-2001. Ini persis satu Keruntuhan yang Agung.
            Telah saya katakan dalam esei itu, kumpulan penyeleweng yang kedua bukan mereka yang derhaka kepada Tuhan, tetapi, dalam perjalanan mereka dalam kehidupan, mereka telah sesat jalan, yakni  sesat dari “Jalan yang Lurus”.  Mereka terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam.  Seperti kata pepatah, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Persis inilah yang harus mereka lakukan untuk selamat. Semua orang yang ada mata boleh melihat bahawa Tongkang Besar Liberal yang sedang dilayari sekarang oleh semua manusia sedang karam, bermula dari Eropah dan Amerika Syarikat di Barat membawa ke China di Timur.  Tiada siapa yang akan selamat kecuali manusia mencari dan mengikut  “Jalan yang Lurus”.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliu www.kassimahmad.blogspot.com