Monday, June 08, 2015

ANCAMAN KEPADA BANGSA





Kertas Draf untuk Komen

ANCAMAN KEPADA NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA KINI

             Kertas ini ditulis untuk menarik perhatian patriot Malaysia dari pelbagai kaum tentang ancaman yang mereka hadapi sekarang serta mengambil tindakan-tindakan untuk mengatasinya.
            Sejak kemerdekan negara kita ditadbirkan berdasar perkongsian kuasa oleh pelbagai kaum, khasnya Melayu, Cina dan India. Oleh kerana Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) berasal dari Kesultanan Melayu Melaka, maka kita hari ini merdeka sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen beraja. Dalam sistem ini UMNO, MCA dan MIC menubuhkan Kerajaan Pusat. Sistem Prikatan ini kemudian dilebarkan menjadi Barisan Nasional yang terdiri dari banyak buah parti, dengan parti UMNO menjadi tulang belakang.
            Pada waktu UMNO ditubuhkan pada 1946, ia penuh dengan idealisme. Setelah ia berkuasa serta merasai nikmat kuasa, seperti biasa dengan semua entiti yang hidup, ia merosot dan menjadi korup. Kata-kata arif Tun Mutahir, Bendahara Melaka,  tidak harus dilupakan, “Wahai emas, Tuhan bukannya engaku, tetapi segala kehendakmu berlaku!” Korupsi menjadi Tuhan!
Inilah bahaya pertama yang kita hadapi. Parti tulang belakang pemerintahan Malaysia sudah menjadi korup, dan korupsi ini di perinkat yang amat teruk sekarang. Retorik transformasi yang dilaungkan oleh presiden UMNO dan perdana menteri tidak boleh membersihkan korupsi yang parah ini. Pembersihan UMNO sekarang memerlukan seorang Herkulis, satu pimpinan yang berani dan tegas.
            Bolehkah UMNO melakukan ini sekarang? Tentu boleh. Kata pepatah, hendak seribu daya; tak hendak seribu dalih. UMNO boleh melakukan perubahan ini dengan syarat semua patriot dalam dan di luar UMNO tampil dalam satu barisan untuk melakukan kerja besar ini. Ini boleh dibuat dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO atau dalam satu Perhimpunan Agung Khas.
Dari luar UMNO, patriot dari semua kaum, tua dan muda, lelaki dan wanita mesti memanggil satu satu persidangan politik nasional untuk tujuan ini.
            Bahaya besar yang kedua timbul dari fahaman agama  yang sempit, jumud dan fanatik. Mengambil kesempatan dari peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam sebagai agama Persekutuan dan perishtiharan UMNO bahawa Malaysia sebuah negara Islam (sebagai satu strategi untuk melawan PAS), banyak institusi “Islam” telah muncul dan dianggotai oleh petugas-petugas yang sempit dan jumud pemikirannya. Di sinilah bahaya yang kedua.
            Bagaimana kita hendak mengatasi bahaya ini? Seperti dalam kes bahaya pertama tadi, begitu dalam kes bahaya ini. UMNO mesti membangunkan fahamam Islam yang luas, terbuka dan humanis dalam dirinya. Demikian juga patriot dari agama-agama lain. Mereka harus memanggil satu persidangan  nasional untuk menimbulkan kefahaman keagamaan  yang luas, humanis dan progresif.
            Inilah analisis kita tentang ancaman terhadap negara dan masyarakat Malaysia sekarang. Kami minta satu perbincangan yang ikhlas dari para patriot  bangsa kita.


KASSIM AHMAD
26 Mei, 2015,
Kulim, Kedah, D.A.,
012-4291152.
KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau

            Ke

Thursday, June 04, 2015

MYTH AND REALITY





MYTH AND REALITY

By: Kassim Ahmad
3 Jun, 2015

            I am writing on this topic in response to Prof. Khoo Kay Kim’s belated findings on Hang Tuah and his four comrades of the famed 15th century  Malay Malacca Sultanate and my friend Mr. Din Merican’s slighty cynical article, “Hang Tuan dan Hang Apa Lagi” in his blog.  The good professor’s findings were that Hang Tuah and his four comrades were not real, but merely myths.
What surprised me is that the story of Hang Tuah (Hikayat Hang Tuah) has been there for more than 300 years, and my two friends just discovered that it was a mythology. Therefore, generation of Malays have been fooled. For a moment we looked stupid.
            I said, “For a moment,” on purpose. Because I quickly realized that what we call this real world is also a myth.  There have been many myths, and they are as old as the world.  Mythologies abound  in the ancient world, in Babylon, Mesopotamia,  In Egypt, India, China, even in ancient Greece where the rationalism of Socrates and Aristotle first took root.
            We are told that all the prophets brought the religion of monotheism at their different phases, culminating with the last Prophet Muhammad. Yet we know that every time, 300 years after each prophet, the strict monotheism of Abraham, Moses and Jesus, and even Muhammad, become soiled by elements of polytheism. The monotheism of Moses became the religion of Judaism, of Jesus the religion of Christianity, and of Muhammad the religions of “the People of the Tradition” (Ahli Sunnah Wal-Jama’ah).
            That was during the pre-scientific pre-modern era. With the advent of Muhammad, the human species entered the modern scientific era.
            The Malay Malacca Sultanate of the 15th century with its Hang Tuah and his comtades emerged in the modern era. Whether Hang Tuah and his comrades did real exist or not is not really a relevant question to raise. What is relevant and important is to note is that they and their exploits have entered into the lives of generations of Malays in the wider Malay World. This fact is manifested in many forms: road names, names of warships and in many literary and cultural forms. They live in the psyche of the Malay people. This is not a myth. It is a reality.
----------------------------------------------------
KASSIM AHMAD is a Malaysian freelance writer. His website is www.kassimahmad.blogspot.com     

Sunday, May 31, 2015

MENGAPA SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD?



MENGAPA SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD?

Oleh: Kassim Ahmad
31 Mei, 2015

            Kebanyakan orang Islam di seluruh dunia, tiap kali nama Nabi Muhammad disebut, menyebut “salla’l-Lahu’alaih-i-wasallam” (SAW). Mengapa? Apabila nama Nabi Ibrahim atau nabi-nabi lain, disebut, mereka menyebut “’aliai-hi-salam” (AS) saja.
            Hal ini melanggar dua perintah Tuhan dalam Quran. Perkataan Arab salla/ yusalli ada tiga makna: sembahyang, restu atau bantu, dan tempat bersembahyang. Dalam surah Al-Ahzab (33), perkataan ini digunakan dua kali dalam acuan yang sama. Pertama, ayat 43, yang berbunyi, “Dialah yang membantu kamu, bersama dengan para malaikat-Nya untuk memimpin kamu keluar dari kegelapan kepada terang. Dia Maha Penyayang terhadap orang yang beriman.”  Perkataan ‘kamu’ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang beriman. Ayat 56, iaitu 12 ayat selepas ayat tadi, ayat yang sama bentuknya berbunyi, “Tuhan dan para malaikat-Nya bantu Nabi. Hai orang yang beriman, hendaklah kamu tolong dan bantu beliau, seperti yang sewajarnya.”
            Jadi, perkataan ‘selawat’ di sini pertama dituju kepada orang mukmin, dan kemudian baru kepada Nabi. Mengapakah kita berselawat kepada Nabi Muhammad saja? Inilah kesilapan yang pertama.
Kesilapan kedua, mengapa kita tidak berselawat kepada nabi-nabi lain?  Tuhan melarang kita membezakan antara nabi-nabi-Nya. (Quran, 2: 136) Kesilapan ketiga, kita boleh berselawat atau membantu orang yang hidup saja, bukan yang telah mati.
            Jadi, selawat kepada Nabi Muhammad itu salah dari tiga sudut. Soalnya, mengapakah kebanyakan orang Islam melakukannya? Mengapakah guru-guru agama kita tidak melarangnya? Ini menunjukkan kegagalan kita menggunakan akal, sedangkan iman dan akal itu harus selaras. (Lihat Quran, 10: 100)
Ini satu lagi contoh fahaman taqlid dan Islam baka. Apabila Tuhan memerintah kita membaca dengan nama Tuan yang menjadikan (Quran, 96: 1), apakah maknanya? Inilah ayat yang pertama yang diturun kepada Nabi Muhammad. Jadi, perintah baca itu mestilah membaca semua bahan bacaan yang wujud, termasuk kitab-kitan suci yang lain. Bolehkah kita mempercayai semua kitab suci yang lain? Tentu tidak. Di tempat lain Tuhan menyatakan Quran itu “mengesahkan dan mengatasi” (5: 48), yakni ia mengesahkan apa yang benar, dan di samping itu, ia mengatasi yang lain. Jadi, makna arahan baca itu, pada praktiknya, hendaklah kita baca dengan kritis. Kita boleh baca semua bahan bacaan, tetapi hendak kita baca dengan kritis, ambil yang baik, buang yang buruk.          
Selanjutnya, bukti kita telah mendewa-dewakan Nabi Muhammad: lihat di kebanyaka masjid dan rumah orang Islam, nama  Allah dan Muhammad ditulis separas dan sama besar. Sepatutnya, nama Muhammad ditulis di bawah. Lebih baik, jangan ditulis langsung. Semua nabi membawa ajaran monoteisme; Nabi Muhammad  penyudah segala nabi dan melengkap dan menyempurnakan agama monoteisme atau agama tauhid itu.
Perhatikan ada dua ayat dalam Quran yang menyatakan jangan kata dua tuhan, Tuhan hanya satu (Lihat Quran, 16: 51 & 16: 96). Ini satu rujukan yang halus kepada orang Islam, kerana yang mengadakan banyak tuhan itu orang Hindu dan yang mengadakan tiga tuhan itu orang Kristian.
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

Saturday, May 23, 2015

BETULKAH HADITH KATA2 NABI MUHAMMAD



BETULKAH HADIS KATA-KATA NABI MUHAMMAD? 

Oleh: Kassim Ahmad
10 Mei, 2015

            Telah saya nyatakan di tempat-tempat lain bahawa dalam sejarahnya manusia melakukan banyak kesilapan, sesetengahnya besar. Hudud sebagai hukum kesiksaan, seperti yang ditafsirkan oleh sesetengan ahli hukum, satu daripanya. Itulah sebabnya wajar benar warisan yang kita terima dari generasi dulu kita nilai semula sama ada betul atau tidak. Yang betul kita teruskan; yang salah kita tinggalkan. Dengan demikian, kemajuan kita akan senantiasa meningkat. Jadi, pemikiran kritis amat penting. Kita mesti baca untuk mengetahui dan membuat, tetapi baca kita itu mesti selalu dengan kritis. Sikap taksub kepada pemimpin atau sarjana itu satu kesalahan besar. 

            Sejak saya tulis buku Hadis: Satu Penilaian Semula dalam 1986, Raja Fahd di Arabia,  Jabatan Agama Kerajaan Turki dan seorang penysarah Universiti Islam Antarabangsa telah mengiyakan seruan itu. Malah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri baru-baru ini menyatakan kemahuan mereka untuk menyemak semula Hadis, kerana kemunculan kumpulan IS.  Ini menunjukkan anjuran saya itu tepat pada masanya dan relevan.

            Harus diingat bahawa Nabi Muhammad tidak bertanggungjawab terhadap kemunculan Hadis. Misi beliau semata-mata menyampaikan Quran, dan tidak lebih dari Quran.[1]  Hadis muncul kemudia kerana beberapa sebab; ada sebab yang ‘baik’ untuk memasukkan ajaran yang baik dari tamadaun-tamadun lain, seperti Yunani.(Tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan ini menafikan sempurna dan lengkapnya ajaran Quran?) Walaupun demikian, pada dasarnya, Hadis telah menjadi saluran ajaran yang bertujuan untuk melemahkan orang Islam. Banyak hadis mengandung ajaran-ajaran dari kitab Taurat, yang kita tahu sudah dipinda. Umpamanya, hukuman bunuh bagi orang murtad, dan rejam hingga mati untuk penzina, dan banyak lagi.[2]

            Guru Agung yang memperkenalkan doktrin baru dua sumber utama (Quran dan Hadis) tidak lain daripada pengasas ilmu perundangan Islam, Iman Shafi’e (767-820), yang lahir 136 tahun setelah nabi wafat. Sebelum ini sediki hadis sudah wujud, direka oleh pereka-pereka Hadis dengan sebab-sebab tertentu.[3]  Apabila Guru Agung ini memperkenalkan doktrin baru dua sumber utama, barulah timbul pengumpul-pengumpul Hadis bagi puak Sunni dan juga bagi puak Syi’ah kira-kira 200 hingga 250 tahun selepas nabi wafat, yakni di antara 6.6 dan 8.3 generasi kemudian. Jarak yang amat jauh ini menampakkan kelemahan Hadis dari kedua-dua  segi sanad dan matannya. Ada orang sudah membuat suatu ujian saintifik meletakan beberapa orang di sekeliling sebuah meja bundar, dibisikan satu ayat kepada orang pertama dan disuruh dia bisikan kepada orang kedua seterusnya hingga orang yang terakhir: didapati ayat itu tidak sama lagi dan sudah berubah!

            Jika kelemahan ini begitu ketara, mengapakah Hadis dipegang oleh kebanyakan umat Islam selama 1,400 tahun lebih? Ini menunjukkan kebanyakan umat Islam tidak membaca dengan kritis, seperti yang diperintah oleh Tuhan dalam Quran. Mereka taksub kepada pemimpin, padahal pendewaan kepada pemimpin ini satu punca syirik. Saya ingat waktu saya berdialog dengan ABIM pada tahun 1986, salah seorang daripada jurucakap mereka Uthman Muhammady berkata kepada saya (dalam bahasa Inggeris), “Kassim, you have gargantuan courage!” (“Kassim, awak terlalu berani!”). Saya berfikir lama selepas dialog itu mengapa beliau berkata demikian kepada saya. Akhirnya, saya membuat kesimpulan kerana saya berani mengkritik tokongnya, Imam Shafi’e! 

            Biar saya membuat satu pengkuan di sini. Saya lahir di pedalaman di kalangan orang miskin. Maka itu saya memberontak terhadap keadaan status quo. Perhatikan sajak saya “Dialong” yang bait akhirnya berbunyi:-
/ada besok maka pasti ada suria/aku akan pergi/dengan seribu Jebat si anak tani/kian lama kita mati dalam setia/ kali ini kita hidup dalam durhaka/. (Tekanan ditambah)

            Jadi, saya kritis terhadap apa yang saya warisi dari nenek moyang – apa yang saya panggil “Islam baka”. Saya mencari Islam yang sebenar. Maka itu kaum Haman, puak birokrasi agama di zaman kita sekarang, munuduh saya kufur (Majlis Fatwa Terengganu) dan JAKIM menuduh saya “menghina Islam”.  Birokrat agama juga mengharamkan buku saya Hadis: Satu Penilaian Semula. Sekarang sampailah masanya mereka memohon ma’af kepada saya. Saya akan meminta Kerajaan mengarahkan institusi-institusi mereka yang terbabit supaya menarik balik semua tuduhan palsu mereka terhadap saya.  

            Maha Suci Allah! Segala puji bagi Dia!

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia, Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
           
           



[1] Aduan Muhammad kepada Tuhan yang masyhur itu berbunyi, “Tuanku, kaumku telah membelakangkan Quran ini.” (Quran, 25: 30)  Ini menunjukkan bahawa kitab yang beliau bawa itu Quran, bukan Quran dan Hadis. Banyak ayat Quran menyebut misi Nabi Muhammad hanya menyampaikan Quran, umapanya 3: 20; 5: 92, 99, dll. Quran disebut sebagai ‘hadis’ (7: 185; 12: 111, dll.).  Mereka yang mengadakan sebuah buku lain, selain Quran (68: 35: 38).
[2] Lihat Kassim Ahmad, Dilema Umat Islam – Antara Hadis dan Quran (Forum Iqra’ Pulau Pinang: 2002).
[3] Lihat Kassim Ahmad, Lihat Kassim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula (Media Intelek, Petaling Jaya: 1986).