Sunday, March 13, 2016

GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, PELANDUK MATI DI TENGAH-TENGAH



GAJAH DENGAN GAJAH BERJUANG,
PELANDUK MATI DI TENGAH-TENGAH
Oleh: Kassim Ahmad
14 Mac, 2016
                Saya tidak pasti sama ada pepatah itu sesuai untuk menggambarkan pertelagahan di antara bekas perdana menteri Malayisa, Tun Dr. Mahathir dengan perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Abd. Razak. Dr. Mahathir berhak untuk meminta Najib berundur dari jawatannya kerana skandal-skandal kewanganpentadbiran Najib. Hakikat bahawa kedua-kedua skandal ini belum diselesaikan dengan memuaskan menyulubunyi integriti pentadbiran beliau.
                Ini belum termasuk pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dikaitkan dengan isteri Najib.
                Ini semua seolah-olah tali yang melengkongi leher Najib. Kelanjutan pentadbiran beliau bergantung kepada pembersihan kes-kes yang berat ini. Dalam masa itu, rakyat menderita dengan korapsi yang berleluasa, kenaikan harga barang-barang dan kejatuhan matawang kita.
                Sepatutnya, jika beliau jujur, beliau berundur seketika dalam masa penyesiatan bebas dilakukan. Jika beliau dibersihkan, bersihlah beliau, dan beliau boleh terus menjadi perdana menteri. Atau MajlisTertinggi UMNO patut memanggil satu Perhimpunan Agung Khas untuk menentukan sama ada Najib benar atau tidak. Atau Mahathir patut mencabar Najib melakukan sumpah laknat  (Lihat Quran, 3: 61). Ini satu sumpah yang berat. Kemungkinan kedua-dua pihak tidak berani melakukananya. Saya tidak tahu. Mungkin Mahathir berani.
                Langkah yang terbaik memanggil satu Perhimpunan Agung Khas Umno. Di sana Mahathir Muhiyuddin Yassin, Shafi’e Afdal dan pegawai-pegawai tinggi yang dibuang oleh Najib boleh bercakap. Saya fikir Najib tidak akan bersetuju. Ini bermakna beliau bersalah, dan perlu menerima hukuman.
                Namun demikian, saya fikir inilah jalan keluar yang terbaik untuk Najib. Lebih baik dia berjujur daripada menanggung beban ini lebih lama. Lama-kelamaan kebenaran akan zahir. Kalau salah, lebih mengaku dan memohon ma’af daripada berdegil.


KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com    

2 comments:

Anonymous said...

Pak Kassim yang saya hormati,.....bahasa dan tindak tanduk Najib bersama penyokongnya,berserta bukti nyata jelas menunjukkan mereka melakukan kesalahan.Najib dan kuncu-kuncunya adalah di pihak yang tidak benar.Malang untuk Malaysia,bila tidak ada daripada kalangan agamawan yang berani berkata benar.Ini jelas membuktikan kepalsuan mereka.Semoga Pak Kassim sekeluarga sihat sejahtera hendaknya.

duting surasan said...

Najib ambil duit tu untuk survival rakyat Malaysia selepas perang dunia ketiga.