Sunday, July 08, 2012

DUNIA, KIAMAT DAN AKHIRAT





DUNIA, KIAMAT DAN AKHIRAT:

PENGGUNAAN KIASAN DAN METAFORA   

DALAM QURAN --

SEBUAH NOTA RINGKAS




Oleh: Kassim Ahmad
9 Mei, 2012


                              Dua jenis ayat  
         Quran sebuah buku yang unik. Ia mengandungi prinsip-prinsip tafsirannya sendiri. Prinsip-prinsip ini boleh kita sebut sebagai kaedah tafsir yang saintifik. Tanpa satu kaedah tafsir yang saintifik, kita tidak boleh memahami isi kitab ini dengan betul [1] Ambil contoh perkataan ‘salat’. Pada lahirnya, ia merujuk kepada suatu bentuk ibadah yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu. [2] Pada praktiknya, maknanya lebih daripada itu, kerana ia merujuk kepada sistem kehidupan yang mencakupi bidang-bidang ekonomi, politik dan sosial. [3]   
         Pertama sekali, Quran menerangkan kepada kita tentang  dua jenis ayatnya dalam Surah 3 (Ali-‘Imran), ayat 7, iaitu Ayat Muhkamat, yang terang dengan sendirinya dan yang menjadi asas kepada kandungan Quran, dan Ayat Mutasyabihat, yang bersifat kiasan atau simbolik. Ayat mutasyabihat tidak harus ditafsirkan secara sewenang-wenang atau secara sabjektif, kerana ini boleh membawa kepada kekeliruan dan kekacauan. Tidak siapa yang mengetahui tafsiran ayat-ayat ini, kecuali Tuhan dan mereka yang asas ilmunya kukuh.  Biar saya perturnkan ayat ini sepenuhnya: “Dialah yang menurunkan  kepadamu kitab suci ini, mengandungi sebagian daripadanya ayat-ayat muhkamat – yang menjadi asas kitab suci ini – dan selainnya ayat-ayat mutasyabiyat. Mereka yang menyimpan keraguan di dalam hatinya menggunakan ayat-ayat mutasyabihat untuk menanam keraguan dengan memberikan tafsiran yang sabjektif. Tiada siapa mengetahui tafsirannya, kecuali Tuhan dan mereka yang mendalami ilmu. Mereka berkata, ‘Kami beriman dengannya. Semuanya datang daripada Tuan kami.’ Hanya mereka yang mengerti akan mempedulikan.”    
         Ini suatu ayat yang sangat penting dalam usaha kita memahami isi kandungan Quran.   Kedua-dua jenis ayat ini harus dilihat dan diertikan selaras di antara satu dengan lain, seperti yang dijelaskan dalam ayat ini:-  
         Tuhan telah menurunkan laporan yang paling baik, sebuah buku yang selaras yang menunjuk kepada kedua-dua jalan. [4]         
         Ini bermakna di antara kedua-dua jenis ayat ini tidak terdapat kontradiksi. Malah Quran menegaskan tidak terdapat kontradiksi di antara ayat-ayatnya. [5] Jika Quran itu karangan Muhammad atau karangan manusia lain, nescaya terdapat banyak kontadiksi di dalamnya. Bukan itu saja. Mengingatkan bahawa Quran turun kepada Muhammad dalam abad ketujuh apabila ilmu sains yang mantap belum lagi lahir di dunia, kenyataan-kenyataan yang terdapat tentang alam raya, seperti putaran dan peredaran bumi, langit dan planet-planet, yang sekarang telah terbukti kebenarannya, amat menakjubkan. [6] 
2.                      Penggunaan metafora dan kiasan
         Kita boleh kenal ayat-ayat muhkamat dengan mudah, kerana ayat-ayat itu jelas dengan sendirinya. Tetapi bagaimana kita hendak mengenal ayat-ayat mutasyabihat? Belum ada kajian yang lengkap tentang tajuk ini, kecuali secara tidak langsung dalam beberapa tafsir [7]. Namun demikian, kita boleh mengatakan dengan pasti bahawa Quran menggunkan bahasa kiasan atau metafora untuk menceritakan tentang alam-alam ghaib, seperti Tuhan, Hari Kiamat, Akhirat, Syurga dan Neraka. 
         Quran banyak menggunakan metafora untuk menyatakan kuasa dan kehebatan Tuhan. Cuba lihat ayat-ayat berikut:-  
         Sekiranya Kami wahyukan Quran ini kepada gunung, kamu akan melihatnya gementar dan runtuh, kerana takutnya kepada Tuhan. [8]  
          Mereka berkata, “Yang Maha Pemurah telah melahirkan seorang putera!”Kamu telah melafazkan suatu kenistaan yang dahsyat. Lelangit seperti akan runtuh, Bumi seperti akan terbelah dan gunung-ganang hancur, kerana mereka mendakwa Yang Maha Pemurah telah mengambil seorang putera! Tiada pantas bagi Yang  Maha Pemurah melahirkan seorang putera. Tiap seorang di langit dan bumi itu hamba kepada Yang Maha Pemurah. [9]   
          Nyatalah ayat-ayat itu bersifat metafora atau simbolik dan tidak boleh diertikan secara harfiah.  
3.                          Makna kiamat dan akhirat
Saya ingin mengambil konsep-konsep Kiamat dan Akhirat untuk kita kaji. Kiamat itu hari manusia dibangkitkan dari kubur untuk diadili oleh Tuhan. Akhirat itu alam yang akan dimasuki manusia setelah pengadilan itu.  
Nyatalah perkataan ‘hari’ dalam ungkapan ‘Hari Akhirat’ tidak boleh diertikan sebagai suatu hari yang kita maksudkan, tetapi suatu tempoh yang memakan masa yang panjang, mungkin berdekad-dekad, malah berabad-abad, atau beribu atau berjuta tahun, lamanya. Penciptaan alam pula dinyatakan dalam Quran dilakukan dalam tempuh enam hari, atau enam era.[10] Satu era memakan masa berjuta, malah berbilion, tahun. [11]   

Tiga tahap dunia
Akhirat pula tidak boleh dipisahkan dari dunia ini, kerana manusia akan dibangkitkan di dunia ini.[12] Konsep keesaan Tuhan membawa makna kesatuan alam, yang terdiri dari pelbagai peringkat. Tidak ada akhirat jika tidak ada dunia ini. Apa yang boleh kita nyatakan konsep “kehidupan dunia” yang kadang-kadang dikritik dalam Quran itu kehidupan peringkat rendah atau kehidupan haiwan.[13] Tetapi terdapat juga ayat-ayat yang menggabungkan kedua-dua alam ini, seperti dalam ayat yang masyhur: “Tuanku, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksaan neraka.” [14]  Dalam pada itu, Tuhan menganjurkan kita mencari kediaman Akhirat tanpa mengesampingkan habuan kita di dunia. (Quran, 28: 77) 
Dengan demikian, dunia ada tiga tahap: tahap yang dikutuk, tahap yang sama dengan Akhirat, dan tahap yang sah dicari tetapi Akhirat lebih baik.

4.                            Proses semula jadi atau bukan?
Apakah Kiamat? Adakah ia sesuatu kejadian di luar undang-undang semula jadi, atau di dalamnya juga ? Dari banyak ayat Quran, kita mendapat fahaman bahawa ia berlaku sebagai suatu proses semula jadi. Perhatikan ayat-ayat ini:- 
Dia mewujudkan  yang hidup daripada yang mati dan mewujudkan yang mati daripada yang hidup. Dia menghidupkan kembali tanah setelah ia mati. Demikianlah kebangkitan kamu.[15]    
Tidakkah mereka melihat bagaimana Tuhan memulakan penciptaan, kemudian mengulanginya?Itu mudah bagi Tuhan. [16]  
Dialah yang menjadikan malam sebagai tirai bagimu untuk tidur dan  rehat. Dia  menjadikan siang suatu kebangkitan. [17] 
Tuhan mengambil nyawa seseorang waktu matinya dan waktu tidurnya. [18]  
Dari ayat-ayat di atas, jelaslah bahawa Kiamat suatau proses kehidupan yang semula jadi, dan Akhirat pula suatu peringkat yang lebih tinggi dalam proses kehidupan ini. Ini merujuk kepada evolusi hayat [19], dari peringkat terendah kepada peringkat tertinggi, dari tanah dan logam yang dianggap tidak bernyawa, kepada makhluk-makhluk bernyawa tumbuh-tumbuhan, haiwan dan akhirnya manusia, Homo sapiens atau khalifah. Pada peringkat manusia, yang diberi taraf khalifah atau raja itu, yang boleh menentukan nasibnya sendiri, kita sampai kepada akal yang kreatif yang boleh membangunkan tamadun dan mengubah dunia dan alam ini. Inilah yang menyebabkan tarikh Kiamat itu tidak diketahui, kecuali oleh Tuhan. Aktiviti bebas manusia masuk ke dalam proses perubahan dunia. Perhatikan ayat-ayat ini:- 
Tuhanlah yang menurunkan kitab untuk menyampaikan kebenaran dan undang-undang. Boleh jadi Saat itu sudah hampir. [20] 
Orang ramai bertanya kepada kamu tentang Saat itu. Katakanlah, ‘Pengetahuan  tentangnya hanya pada Allah. Sepanjang yang kamu tahu, mungkin Saat itu sudah hampir.’  [21]   
Katakanlah, ‘Saya tidak tahu jika apa yang telah dijanjikan kepadamu akan  berlaku sebentar lagi, atau Tuanmu akan melambatkannya.’ [22]  
Jadi, Kiamat itu suatu metafora bagi perubahan besar dalam evolusi kehidupan manusia. Pelbagai perubahan telah berlaku dalam sistem hidup manusia dari sistem hidup dalam gua dengan memburu, sistem hidup bercucuk-tanam atau pertanian, (rendah, tengah dan tinggi) kepada sistem hidup industri sejak Revolusi Industri di Britain pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Zaman industri juga terbahagi kepada rendah, tengah dan tinggi. Peringkat industri tinggi ini sedang kita lalui sekarang. Jadi, akhirat itu dunia yang telah melalui suatu perubahan global yang besar. Proses ini memakan masa yang lama. Tiada siapa boleh meramalkan berapa lama, kerana ia suatu proses yang amat kompleks dan mengagumkan. [23]  “Harinya akan tiba apabila bumi ini akan digantikan dengan suatu bumi baru, dan langit juga, dan tiap-tiap orang akan dibawa mengadap Tuhan, Yang Esa, Yang Tertinggi.” [24]  Pada akhir proses ini sebuah dunia baru akan lahir, sebuah dunia yang adil, [25] dan manusia sendiri akan menghukum dirinya.[26]  
5    

T               Tempoh Kerasulan Nabi Muhammad
Walaupun alam Akhirat akan wujud di dunia ini juga, ia tidak akan berlaku kecuali setelah tempoh kerasulan Nabi Muhammad berakhir. Mengikut petunjuk dari Quran dan berdasarkan kaedah Kod 19, tempoh itu akan berakhir pada  1710 T.H. bersamaan dengan 2280 T.M., iaitu 277 tahun T.H. , atau 268 tahun T.M. dari sekarang (2012).
Pada masa ini misi Nabi Muhammad lengkap disempurnakan dan dengan itu berakhir. Ini bermakna kitab suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad, Quran, tidak diperlukan lagi sebagai petunjuk bagi manusia. Manusia memasuki sebuah dunia yang sepenuhnya adil, kerana Tuhan Maha Berkuasa mengambil-alih kuasa sepenuhnya. Maknanya, manusia telah sampai ke tahap evolusi apabila mereka sendiri boleh berlaku adil kepada diri mereka. Pada waktu ini, dunia ini menjadi syurga kepada orang mukmin – orang yang meningkat dari segi evolusi -- dan neraka kepada orang kafir, yakni orang yang merosot dari segi evolusi. [27] (Syurga dan neraka bukan tempat, tetapi keadaan mental, emosi dan kejiwaan, yang  berlaku di dunia ini juga.) 
6    

                  Kemunculan sebuah dunia yang adil
Jika kita mengingatkan bahawa manusia telah melalui pelbagai sistem dalam sejarahnya, sistem-sistem yang jahat dan sistem-sistem yang baik, termasuk kapitalisme, komunisme dan teokrasi (Barat dan Timur), kita akan lebih mudah menampak kelahiran sebuah dunia yang adil dalam masa terdekat, antara satu hinggi tiga dekad lagi. Penubuhan PBB pada 1945 itu sendiri suatu pertanda kemunculan sebuah Masyarakat Dunia. Dalam satu Sidang Khasnya di Kolombo pada 1974  PBB telah meluluskan sebuah resolusi yang bersejarah untuk melahirkan sebuah Order Ekonomi Baru. Halangan terhadap pelaksanaan resolusi ini tidak lain kecuali neo-imperialisme Inggeris-A.S., yang menguasai Majlis Keselamatan PBB, dan yang menjadi musuh semua manusia.   
7.                            Kebangkitan dari kubur
Adakah tiap-tiap seorang yang pernah hidup akan dibangkitkan dengan jasadnya dari kubur? Apabila seseorang mati, jasadnya rosak dan musnah, tetapi nyawanya (Ar. nafs) atau kesedaran kembali ke tempat asalnya (iaitu Tuhan), seperti dalam tidur. [28] Nyawa ini dengan jasadnya yang baru akan dibangkitkan dan hidup semula, sepertimana tanah yang mati dalam musim kemarau hidup semula apabila hujan  turun.  
Mengikut Quran, manusia dijadikan dari satu diri atau nyawa (nafsun wahidah) [29] Apabila seseorang mati, jasadnya menjadi bangkai dan reput, tetapi nyawanya (kadang-kadang disebut ruh) kembali kepada Tuhan. Adakah diri ini dihidupkan semula dalam generasi yang mendatang, dan, dengan itu, dia dikata dibangkitkan semula? Pengertian ini nampak sesuai dengan proses semula jagi yang berlaku kepada Bumi, seperi malam dan siang dan pergantian musim,  yang dinyatakan dalam ayat-ayat yang telah kita petik di atas.  
Quran menyatakan bahawa penciptaan dan kebangkitan manusia berlaku sebagai suatu diri atau nafs. [30]  Ini bermakana semua manusia yang pernah hidup akan dilahirkan semula di akhirat. (‘Akhirat’ bermakna dunia akan datang. Dunia akan datang dunia ini juga, atau dunia yang akan diciptakan lagi sebagai sambungan dari dunia yang ada.) Ini membawa makna tiap-tiap manusia yang mati akan dilahrikan semula dalam generasi-generasi mendatang, dan, dengan itu, menjadikan manusia kolektif  hidup kekal selagi Alam Raya in ada.    
Jika kita tafsirkan kebangkitan sebagai bangkit dari kubur, kita menghadapi beberapa perkara yang tidak menasabah. Pada waktu kita dikatakan bangkit dari kubur, adakah bangkit itu seperti keadaan kita mati dulu? Sesetengahnya  mati kena tembak dalam perang, atau dalam sesuatu kemalangan;  atau mati sakit tua, atau sakit tenat; sesetengahnya mati ketika bayi. Hanya sesetengah berada dalam keadaan fizikal yang biasa. Juga pada waktu itu, ramai manusia yang sedang bepergian ke sana ke mari dalam urusan kehidupan masing-masing: adakah mereka semuanya akan dimatikan dulu melalui suatu mala-petaka yang besar dan kemudian dibangkitkan dari sebuah dunia yang tiada penghuni langsung, seperti sebuah padang jarak padang  tekukur? Semua hal ini membuat kita cenderong untuk mengatakan bahawa kebangkitan itu tidak berlaku begini. Ia tidak menasabah. Kerana ini, kita harus mentafsirkan kebangkitan secara simbolik atau kiasan.  
     

                  Generasi-generasi yang dimusnahkan
Ada beberapa ayat lagi yang harus kita berikan perhatian tentang perkara ini. Mereka merujuk kepada kemusnahan total sesebuah generasi kerana penyelewengan mereka. Perhatikan:- 
Demikianlah sebuah masyarakat dari zaman dulu. Mereka bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan, dan kamu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu lakukan. Kamu tidak akan ditanya tenatng apapun yang mereka lakukan. (2: 134)  
Banyak generasi yang telah Kami musnahkan sebelum kamu apabila mereka melampaui batasan. Rasul-rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang nyata, tetapi mereka enggan percaya. Demikianlah kami membalas kaum yang berdosa. (10: 13)  
Banyak generasi dulu yang telah Kami musnahkan selepas Nuh. (17: 17) 
Tidakkah Kami musnahkan generasi-generasi dulu? Kemudian Kami
jadikan yang lain selepas mereka. (77: 16-17)  
Dialah yang menjadikan kamu pewaris bumi ini. (6: 165) 
Kami membenarkan rakyat tertindas mewarisi bumi,Timur dan Barat, dan Kami merestuinya ... dan Kami musnahkan kerja-kerja Fir’aun dan kaumnya dan segala sesuatu yang mereka bangunkan. (7: 137)  
Ayat-ayat di atas boleh ditafsirkan sebagai menunjuk bahawa kehidupan manusia individu berakhir dengan generasinya. Tetapi manusia sebagai keluarga besar kemanusiaan kekal bersambung dari generasi ke generasi hingga Alam Raya musnah dan tiada lagi. [31]   
9.     Konsep evolusi
Pada tahap ini, mari kita lihat konsep evolusi dalam kehidupan. Konsep evolusi disebut dalam Quran. [32]  Ia pertma kali disebut oleh orang-orang Yunani, tetapi dikembangkan oleh orang-orang Islam yang awal. Para sarjana dan saintis Islam yang besar, seperti Jahiz (m. 868/869) Ibni Maskawaih (m. 1030), Al-Kindi (m. 873), Ibn Rushd (m. 1198), Ibn Tufayl (m. 1184), Ibn Arabi (m. 1240),  dan  Ibn Khaldun (m. 1406) semuanya menulis dan mempelopori konsep evolusi. Sebelum 1800, Teori Evolusi terkenal di Eropah sebagai Teori Penciptaan kaum Muhammad dan diterangkan dalam kebanyakan buku perubatan dan sains Islam. Ia juga merupakan sebagian dari mata pelajaran normal di sekolah-sekolah dan universiti-universiti Islam. [33]   
Evolusi tidak harus difahami sebagai ketiadaan seorang Tuhan Pencipta. Tuhan bukan saja mencipta; Dia juga memupuk, memberi makan, membesar dan menentukan perkembangan benda-benda dari keadaan yang paling kasar kepada keadaan yang paling sempurna, menjadikan mereka meningkat dari suatu keadaan kepada suatu keadaan sehingga mereka mencapai matlamat kesempurnaan, yang boleh disifatkan sebagai Manusia-Tuhan. [34]  
Syurga dan Neraka bermula dari sekarang. Mereka bukan tempat, tetapi keadaan mental. Penceritaan tentang syurga dan neraka dalam Quran bersifat kiasan. [35] Ia mengkiaskan keadaan mental yang meningkat atau merosot dari segi evolusi. [36] Yang meningkat memasuki mental  jannah (syurga); yang merosot memasuki mental jahannam (neraka). [37]      
Akhirat pula disifatkan dalam Quran sebagai sebuah dunia yang tempohnya lama dan kekal.[38] Ia mempunyai tahap-tahapnya pula [39] yang  tidak kita ketahui, sehingga rancangan agung Tuhan tercapai, [40] dan rancangan Syaitan dipatahkan sepenuhnya. Pada waktu ini, berbilion tahun dari sekarang, Alam Raya dan segala isinya, termasuk manusia, akan kembali kepada Tuhan dan akan lenyap dari alam nyata. Yang tinggal hanya Wajah Tuhan. [41]
 
1                         Penutup 
                 Hanya dengan pemahaman yang demikian terhadap Kiamat dan Akhirat, dapat kita lihat makna dan kelogikan kehidupan manusia di dunia. Tentunya kebanyakan kita tidak berminat atau sanggup memikir dan mengakji soalan ini. Kita beriman saja kepada ayat-ayat ini. [42]  Kita korbankan kehidupan bahagia di dunia untuk mendapat  kehidupan bahagia di Akhirat melalui pengaruh ajaran mistik (Quran, 57: 27)  yang tidak diajar dalam Quran. Quran menganjurkan suatu kehidupan yang aktif, bebas, dinamik dan revolusioner (contohnya kehidupan Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim), sedangkan mistisme menganjurkan pelarian dari dunia.  
  Nyatalah, dari huraian ringkas ini, jika kita mengerti matlamat kehidupan manusia,  kita tentu boleh mencapai matlamat kehidupan kita (kebahagian) dengan lebih cepat dan mudah tanpa melalui kesengsaraan yang berkepanjangan, seperti yang telah kita lalui hingga kini.  


[1] Lihat kassim Ahmad, Hadis – Jawapan kepada Pengkritik (2004), Bab 7. Di sini saya kemukakan satu kaedah tafsir yang saintifik. Lihat komen terhadap saranan saya oleh Dr. Robert D. Crane dan jawapan saya dalam laman web saya www.kassimahmad.blogspot.com
[2] Quran, 4: 103.
[3] “Tahukah kamu siapa yang membohongi agama? Inilah dia yang mengkasari anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makanan kepada orang miskin. Celakalah mereka yang sembahyang, yang tidak langsung pedulikan sembahyang mereka. Mereka hanya ingin menunjuk-nunjuk, dan mereka melarang bersedekah.” (Quran, 107: 1-7) “Salat mencegah seseorang daripada perbuatan yang keji dan jahat.” (Quran, 29: 45). Di samping itu, perkataan-perkataan Arab zikr, mengingati (2: 239) ) dan sabbah, ra’ikan, puja (20: 130)) juga digunakan dalam ertikata ‘salat’. 
[4] Quran, 39: 23. Dua jalan bermanka jalan yang lurus dengan jalan yang menyeleweng.
[5] “Mengapakah mereka tidak mengkaji Quran dengan teliti? Jika ia selain daripadaTuhan, mereka akan mendapati di dalamnya banyak kontradiksi.” (Quran, 4: 82). 
[6] Lihat Maurice Buccaille, Quran, Bible and Science,  (tiada tarikh).
[7] Lihat khasnya Muhammad Asad, The Meaning of the Quran (1980), Maulana Muhammad Ali, The Holy Quran, (edisi ke-4, 1951) dan  Mirza Tahir Ahmad, The Holy Quran (edisi pertama, 1988).  
[8] Quran, 59: 21.
[9] Quran, 19: 88-92.
[10] “Tuanmu Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari dan kemudian bertakhta di atas ‘arasy.” (Quran, 7: 54)  
[11] Mengikut perkiraan ahli-ahli sains, umur alam raya 20 bilion tahun, tatasuria 10 bilion tahun, bumi antara 5-6 bilion tahun, hayat yang paling awal 3-4 bilion tahun, tumbuh-tumbuhan 400 juta tahun, mamalia 100 juta tahun, primat 4 juta tahun, dan manusia 1 juta tahun. Alam Raya akan bertahan selama 100 bilion tahun lagi. (Lihat J.D. Bernal, The Origin of Life (1967) dan Frank Tipler, The Physics of Immortality (1994). 
[12] “Kata-Nya, ‘Di sana kamu akan hidup, di sana kamu akan mati, dan dari sana kamu akan dibangkitkan.’ ” (Quran, 7: 25) 
[13] “Kamu mahukan barang-barang rapuh dunia, sedangkan Tuhan menganjurkan akhirat.” (Quran, 8: 67)
[14] Quran, 2: 201.
[15] Quran, 30: 19. Lihat juga Quran, 30: 50; 50: 9-11; 21: 104; 35: 9. 
[16] Quran, 29: 19-20. Lihat juga Quran, 2: 28; 10: 4; 14: 48; 21: 104.
[17] Quran, 25: 47.
[18] Quran, 39: 42.
[19] “ … supaya Kami menukar keadaan kamu dan membuat kamu berkembang menjadi apa yang kamu tidak tahu.” (Quran, 56: 61). “Pasti Dia telah menciptakan kamu melalui pelbagai peringkat.” (Quran, 71: 14)  Perkembangan idea saintifik tentang evolusi bermula dengan Jahiz (mati 868-9) Dialah yang mula-mula memerhatikan perubahan-perubahan dalam kehidupan burung kerana migrasi. Kemudian Ibni Maskwaih (mati 1030), seorang yang semasa dengan Al-Beruni, merumuskan idea-idea ini menjadi berbentuk teori yang lebih mantap serta memasukkannya ke dalam karyanya, Al-Fauz-ul-Asghar. (Lihat Muhammad Iqbal, The Reconstruction of Religious Though in Islam, hal. 133-34.)  Tafsiran bahawa Akhirat itu merujuk kepada kehidupan di dunia yang akan datang dibayangkan oleh ayat 3, Surah 93, yang berbunyi: “Dan masa depan   lebih baik bagi kamu daripada masa awal.” [20] Quran, 42: 17.
[21] Quran, 33: 63.
[22] Quran, 72: 25.
[23] “Mereka bertanya kepadamu mengenai Kiamat bilakah ia akan berlaku. Katakanlah, ‘Pengetahuan mengenainya di sisi Tuhan semata-mata.  Tiada siapa, kecuali Dia, yang akan menzahirkannya pada waktunya. Berat sungguh kejadian itu di langit dan di bumi. Tiada ia datang kepada kamu kecuali dengan tiba-tiba.” (Quran, 7: 187)
[24] Quran, 14: 48.
[25] “Paha hari itu, tiap-tiap orang akan mendapat apa yang diusahakannya. Tiada kezaliman pada hari itu.” (Quran, 40: 17)
[26] “Telah Kami rakamkan nasib tiap-tiap seorang, ditambat pada lehernya. Pada Hari Kiamat Kami akan keluarkan rakaman itu terdedah kepadanya. ‘Bacalah buku kamu. Diri kamu sendiri cukup sebagai penghisab terhadapmu.’” (Quran, 17: 13-14) 
[27] “Nafs dan Dia yang menciptakannya. Kemudian Dia menunjukkan apa yang jahat dan apa yang baik. Berjayalah dia yang meningkatkannya. Gagallah dia yang memerosotkannya.” (Quran, 91: 7-10) “Tidakkah telah Kami tunjuk kepadanya kedua-dua jalan? Dia patut pilih jalan yang sukar. Apakah jalan yang sukar? Membebaskan hamba-abdi. Memberi makan kepada anak-anak yang yatim yang bersaudara pada waktu yang susah, atau kepada si miskin yang memerlukan. Dan menjadi seorang mukmin yang menyeru satu sama lain supaya tekun dan sabar, dan menyeru satu sama lain supaya menjadi pemurah.” (Quran, 90: 10-17)
[28] Quran, 39: 42.
[29] “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuanmu, Yang menjadikan kamu dari suatu diri, dan menjadikan pasangannya dari diri itu dan kemudian menebarkan dari kedua itu ramai lelaki dan perempuan.” (Quran, 4: 1)
[30] “Penciptaan dan kebangkitan kamu semua sama seperti suatu nafs. Tuhan Pendengar, Pelihat” (Quran, 31: 28)
[31] “Semuanya musnah, kecuai Wajah-Nya.” (Quran, 28: 88)
[32] “Supaya Kami mengubah keadaan kamu dan menjadikan kamu tumbuh kepada sesuatu yang kamu tidak tahu.” (Quran, 6: 61) “Dan Allah telah menyebabkan kamu tumbuh dari bumi sebagai suatu tumbuhan. Kemudian Dia mengembalikan kamu kepadanya, kemudian Dia akan mengeluarkan kamu sebagai suatu tumbuhan baru.” (Quran, 71: 17-18) “Supaya kamu pasti akan meningkat dari suatu keadaan kepada suatu keadaan.” (Quran, 84: 9)
[33] Lihat T. O. Shanavas, Creation and/or Evolution (2005)
[34] Quran merujuk kepada hakikat ini dalam banyak ayat, seperti ayat para malaikat sujud kepada Adam (simbol kepada manusia), ayat Tuhan ada dalam diri manusia  apabila Dia meniup secebis ruh-Nya ke dalam diri manusia (15: 29); dan ayat Tuhan yang  melakukan perbuatan orang mukmin dalam Perang Badar (8: 17).
[35] “Kamu tidak boleh membayangkan keseronokan dan kebahagiaan yang menanti kamu sebagai balasan kepada kerja-kerja kamu.” (Quran, 32: 17) “Kiasan Syurga , yang telah dijanjikan bagi mereka yang bertakwa …” (Quran, 13: 35)
[36] “Berjayalah ia yang meningkatkannya, dan gagallah ia yang mengabaikannya.” (Quran, 91: 9-10)
[37] Lihat Arnold Yasin Mol, Quranic Cosmology – A Modern Introduction, hlm. 24, nota 34 dan 35.
[38] Penghuni Akhirat terdiri dari dua golongan, penghuni syurga dan penghuni neraka. Penghuni syurga tinggal di sana selama-lamanya selagi langit dan bumi bertahan. (Lihat Quran, 11: 108) Demikian juga penghuni neraka, tetapi akhirnya mereka juga akan diselamatkan. (Lihat Quran 11: 107 dan Maulana Muhammad Ali, The Holy Quran, nota 1201.
[39] Lihat Quran, 39: 20 dan 66: 8.
[40] Rancangan agung Tuhan bagi manusia supaya mereka mencapai kesempurnaan. (6: 162-63) Matlamat ini dinyatakan berbagai-bagai, iaitu (a) menegakkan kebenaran (21: 16-18), (b) mencapai kebahagian (2: 257; 9: 111), (c) mencapai kebaikan (67: 2; 2: 201); dan (d) mencapai keadilan (57:25)
[41] “Semuanya musnah, kecuali Wajah-Nya.” (Quran, 28: 88) “Tuhan tidak menciptakan langit dan bumi dan segala sesuatu di anataranya, kecuali dengan tujuan tertentu dan tempoh tertentu.” (Quran, 30: 8)
[42] “Mereka berkata, ‘Kami beriman kepada semua ini – semuanya datang dari Tuan kami.’” (Quran, 3: 7)
(SELESAI)

Monday, June 25, 2012

40 PRINSIP HIDUP



40 PRINSIP HIDUP 

[Saya telah merumuskan perintah-perintah Tuhan kepada 40 prinsip dan menyusunnya mengikut tertib keutamaan yang ditunjukkan oelh Tuhan Sendiri. Tujuan saya untuk membolehkan orang muslim dengan mudah mengatur kehidupan mereka mengikut acuan ini. Nombor-nombor dalam kurungan merujuk kepada Surah dan ayat dalam Quran. – K.A.]

1. Berimanlah kepada Tuhan Yang Esa, lakukan kebaikan dan bertawaklah kepada-Nya. (2: 62, 112; 11: 123);
2. Sembah Tuhan saja dan jangan sekutukan Dia dengan sesiapa atau apa-apa pun. (17: 22-23);
3. Hormatilah dan muliakan kedua-dua ibu-bapa. (17: 23-24);
4. Serukan kebaikan dan larang kejahatan. (3:104);
5. Cintailah Tuhan lebih daripada segala-galanya dan berjuanglah di jalan-Nya, yakni di jalan keadilan dan kebenaran, dengan harta-benda dan  jiwa-raga, dan jangan takut kepada manusia, tetapi takutilah Dia. (4: 75; 9: 111; 5: 44; 33: 37, 39);
6. Lakukan sembahyang dan ibadah-ibadah lain tanpa bertengkar tentang kaedah, keluarkan zakat dan ingatlah Tuhan selalu. (98: 5; 22: 67; 29: 45);  
7. Bertindal adil, jangan lakukan kejahatan, dan hukumlah mengikut undang-undang Ilahi, yakni berdasarkan keadilan dan kerahiman. (4: 58, 135; 5: 8; 7: 28-29; 5: 44);
8. Ta'atilah pemimpin yang adil, hormati, muliakan, tetapi jangan dewa-dewakan mereka. Pemimpin mesti menjaga kebajikan pengikut, serta memberi semangat kepada mereka. (4: 59; 33: 56; 9: 30-31: 9: 103);
9. Jadilah insan yang aktif, dinamik, kreatif dan berani. (2: 30-34; 4: 75-77; 15: 28-30);
10. Amalkan sikap rendah diri, jangan besarkan diri dan angan sombong. (2: 54; 25: 43; 17: 37).
11. Beri salam kepada semua orang, layani semua dengan baik, dan jangan gunakana bahasa kesat. (4: 86; 2: 83; 4:148);
12. Pegang teguh kepada prinsip, jangan taksub kepada kaedah. (2: 67-71, 142; 3: 103; 5: 54; 22: 67);
13. Utamakan perhitungan moral, tetapi jangan abaikan kepentingan material yang sah. (28: 77);
14. Selamatkan nyawa, jangan bunuh kecuali pada jalan keadilan. (17: 33);
15. Jangan bunuh kerana takukan kemiskinan. (17: 31);
16. Jangan amalkan riba, amalkan sedekah. (2: 275-80)
17. Handaklah kamu berlaku jujur dan saksama dalam semua urusan kewangan dan ekonomi. (6: 152);
18. Amalkan kaedah perundingan untuk menyelesaikan semua masalah. (3: 159; 42: 38);
19. Jangan terima maklumat yang tidak sahih. (17: 36);
20. Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik. (39: 18);
21. Bacalah untuk mengetahui, tetapi bacalah dengan kritikal. (96: 1-5)
22. Bersatu dan jangan berpecah-belah. (3: 103)
23. Tunaikan janji. (17: 34);
24. Jangan tumbuk rusuk. (2; 188);
25. Jangan makan harta anak-yatim. (17: 34);
26. Jangan boros dan bazir, tetapi jangan bakhil. (17: 26-29);
27. Bersedekahlah kepada kaum-keluarga, fakir-miskin, dan di jalan kebaikan. (9: 60; 17: 26);
28. Jangan ceroboh, dan pertahankan diri dari pencerobohan. (7: 33; 42: 39);
29. Perdamaikan saudara semukmin yang bersengketa, elak daripada syak-wasangka, intip-mengintip dan kata-mengata antara satu sama lain. (49: 9-10, 12);
30. Tekun melakukan pekerjaan yang baik dan jangan takut menghadapi kesulitan dan kesusahan. Kejayan datang selepas kesusahan. (2: 45, 177; 94: 5-8);
31. Gunakan akal dan ambil iktibar dari sejarah untuk melaksanakan perintah-perintah Tuhan. (7: 179; 8: 22; 10: 100; 12: 111; 3: 137);
32. Bercakap benar, jangan bohong, walaupun muslihat dibenarkan terhadap musuh. (8: 7-8; 25: 72; 33: 70; 12: 70-81);
33. Kahwini orang mukmin, jangan kahwini orang kafir, dan jangan berzina. (5: 5; 30: 21; 17: 32);
34. Bekerjasama di jalan kebaikan, jangan bekerjasam di jalan kejahatan. (5: 2);
35. Makanlah dan minumlah dengan sederhana. (7: 31);
36. Jangan minum arak atau berjudi. (2: 219);
37. Pakailah pakaian yang sopan. (24: 30-31);
38. Jadilah seorang pengampun dan pema'af. (42: 40, 43);
39. Jangan persenda dan perolok-olok satu sama lain. (49: 11);
40. Jangan tanya tentang perkara-perkara kecil dan tidak berfaedah. (2: 67-71; 5: 101-2; 22-67).
 
                                                                    *****




Friday, June 22, 2012

FORUM IQRA’ BERHAD,
1504 JALAN KULIM HEIGHT 3,
KULIM GOLF & COUNTRY RESORT,
09000 KULIM, KEDAH, MALAYSIA
TEL. 604-4031871
31 March, 2008 

The Right Honourable Minister,
Department of Religious Affairs,
Government of the Republic of Turkey,
Ankara,
Turkey.
Dear Respected and Honoured Minister,
Assalamu ‘alaikum.
Project for the Revision of the Hadith  


We write to congratulate and salute you for the above project which you have undertaken to do. We received this great news from a BBC report by Robert Piggott, dated 26th February, 2008.
I am President of the above organization in Malaysia, dedicated to calling Muslims back to the Quran, the true teachings brought by Prophet Muhammad from God, the All-Merciful. The so-called Hadith, officially enunciated and approved between 250-300 years his death, after Imam Shafi’e’s successful introduction of a new doctrine that makes it compulsory for Muslims believe that Hadith are on par with the Quran.
Imam Shafi’e was as a great jurist, but he was absolutely wrong on this. Nothing can compare with the Quran. It stands alone and above everything else as a divine guide for Muslims and for all mankind.
In 1986 I published a book in Malay where I argued for the re-evaluation of the Hadith. The book has been translated into English and can be downloaded from several websites. I have instructed my publisher at Masjid Tucson, Arizona, U.S.A. to send two complimentary copies to you. I hope you have received them.
We wish you a speedy and successful completion of this project. We are sure that it will bring the needed transformation of Islamic theology and bring Islam in line with the modern world. It would also contribute greatly to the solutions of the many intractable problems of the modern world.
Wassalam.

Yours sincerely,
(Kassim Ahmad)
President Forum Iqra’ Bhd. Malaysia
H/P 012-4291152

SEMBAHYANG: TUJUAN & WAKTU-WAKTUNYA

Esei ini telah saya semak dan perpanjang sedikit. -- K.A.

SEMBAHYANG: TUJUAN & WAKTU-WAKTUNYA

Oleh: Kassim Ahmad
26 Januari, 2012

            Seorang hamba Allah bertanya saya tentang waktu-waktu sembahyang (sejak kita dilanda “kebangkitan semula Islam”, istilah Arab salat digunakan), saya mula-mula mahu menjawab, “Jangan tanya tentang perkara-perkara kecil!” Tetapi, saya jawab: “Lima.”
            Sebenarnya sembahyang itu bukan tiang agama, seperti yang diktakan dalam sebuah hadis. Buktinya Quran, Surah 107; di sini Tuhan mengutuk mereka yang bersembayang, tetapi tidak ikhlas. Mereka  kasar kepada anak yatim. Mereka tidak memberi makan kepada fakir-miskin. Mereka melarang bersedekah. Mereka sembahyang untuk menunjuk-nunjuk.
            Tiang agama itu tauhid. Tauhid itu beriman kepada Tuhan Yang Esa semata-mata dan memohan pertolongan kepada Tuhan yang Esa semata-mata. Tiada pegangan tauhid, segala amal-ibadah  batal!
            Namun demikian, tujuan sembahyang itu menjauhkan diri seseorang daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. (Quran, 29: 45) Juga sembahyang dilakukan  pada waktu-waktu tertentu (Quran, 4: 103), iaitu pada lima waktu yang akan kita tunjukkan.
            Diperturunkan di sini ayat-ayat  yang menunjuk kepada waktu-waktu sembahyang. Surah 17, ayat 78, di antara surah yang diturunkan awal di Mekah, menyebut kelima-lima waktu itu. Zuhur, ‘asar, maghrib, ‘aisya dan subuh. Surah 2, ayat 238 menyuruh kita menjaga sembaynag kita, khasnya sembahyang pertengahan  (Ar. wusta), yakni ‘asar. Surah 11, ayat 114 menyebut “pada dua hujung siang” (iaitu subuh, zuhur dan ‘asar) dan pada awal malam (iaitu maghrib dan ‘aisya.  

            Selanjutnya, perkataan ‘Arab salat (sembahyang), zikr (ingatan kepada Tuhan) dan sabbaha  (puja Tuhan) mempunyai makna yang sama dengan sembahyang. Oleh yang demikian, sembahyang, mengingati Tuhan dan memuja-Nya itu bentuk-bentuk penyembahan kepada Tuhan Yang Esa.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com 

              

Monday, May 28, 2012

Perpaduan Melayu-Islam



PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM –
SEKALI LAGI!

Oleh: Kassim Ahmad
28 Mei, 2012.

            Baru-baru ini Pas, melalui Musyidul ‘Amya, sekali lagi melontarkan idea dialog dengan UMNO untuk mencari perpadua Melayu dan Islam. Idea ini boleh kita katakan sudah basi, kerana terlalu banyak kali dikemukakan dan sekian banyak tidak tercapai, kecuali waktu PAS di bawah pimpinan Datuk Mohd. Asri Muda, menaggotai B.N. dari 1973 hingga 1977.
            Di dalam Pas sendiri idea ini tidak dipersetuji. Ini membuktikan bahawa Pas tidak ditadbirkan secara demokratik. Akibatnya, Mutsyidul ‘Amnya meletakkan syarat untuk dialog itu, sehingga, mengikut laporan, beliau mahu UMNO menerima parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai rakan kongsi dalam pertadbiran.
            Idea yang akhir ini menarik, kerana jika semua parti politik dibawa masuk ke dalam Kerajaan, sistem dwi-party yang kita warisi dari Barat akan bertukar. Saya akan sentuh i perkara ini kemudian.
            Perkara pertama yang harus diingat dalam ideologi Pas sekarang: penolakan nasionalisme. Bagi mereka, nasionalisme itu assbiyah atau perkauman. Inilah asas penolakan mereka terhadap UMNO yang mengiktiraf nasionalisme.
            Harus diingat PAS sendiri berasal dari UMNO, ditubuhkan pada 1951. Ia telah melalui tiga tahap ideologi: nasionalis-Islamis kiri dibawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy; nasionalis-sederhana di bawah pimpinan Asri Muda; dan ketiga teokrasi-Islam ala-Iran di bawah pimpinan Hadi Awang sekarang.
            Hairan bin ajaiab! Tidakkah pimpinan PAS sekarang tahu bahawa manusia dijadikan Tuhan pelbagai bangsa? (Quran, 49: 13) Ini proses semula jadi. Inilah asas negara-bangsa, 129 semuanya, termasuk negara kita Malaysia, yang menjadi anggota P.B.B. sekarang.
Assabiah itu perkauman, menganggap kaum kita lebih baik dari kaum lain, dan ini memang dilarang. Tetapi mengiktiraf bangsa kita, dan hak-haknya yang sah: itu bukan perkauman. Jadi, dari segi ini UMNO dan B.N. tidak rasis, seperti yang didakwa sekarang oleh sesetengah orang yang jahil.
            Berbalik kepada soal perpaduan Melayu dan Islam, harus diingat bahwa perpaduan ini bukan dengan tujuan untuk menindas suku-kaum lain di negara kita yang berbilang bangsa. Kalau ini menjadi tujuan perpaduan itu, ia memang dilarang. Tetapi kalau ia bertujuan untuk mempertahankan hak-hak suku-bangsa Melayu dan masyarakat Islam yang sah, ini memmang dituntut. Dari segi ini, semua suku-bangsa dan semua kumpulan agama di negara kita ada hak itu dalam Perlembagaan, dan mereka ada hak untuk mempertahankannya.
            Jika demikian halnya, logiklah dan menasabahlah kalau kita susun satu sistem nasional kita sendiri, dan menolak sistem dwi-parti yang kita tiru dari Eropah. Kita diberi Tuhan dua tangan: menasabahkah kalu kita gunakan sebelah tangan untuk merosakkan kerja sebelah tangan lagi? Inilah yang berlaku dalam sistem dwi-parti Kerajaan/Pembangkang ini. Ia mengakibatkan perpecahan dan melemahkan masyarakat nasional kita. Kerajaan (sebagian dari masyarakat kita) menghabiskan banyak masa untuk menentang Pembangkang, yang juga menghabiskan banyak masa untuk menentang Kerajaan. Jadi, kita menentang sama sendiri! Ini sama sekali tidak logik. Alasan untuk menegur, mengkritik dan membetulkan penyelewengan tidak boleh dipakai, kerana ini boleh dilakukan dari dalam sistem jamak parti itu sendiri dan oleh masyarakat madani di luar.
            Sistem dwi-parti di Barat sendnri tidak berjaya menghapuskan penyelewengan, seperti penjajahan bentuk lama dan baru. Lihat Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi contoh ketidakadilan yang berlaku daam dunia sekarang. Di Barat sendiri sistem ini sedang runtuh. Mengapa kita pula yang ghairah hendak mewujudkan sistem itu di negara kita?
            Kita harus susn satu sistem pemerintah yang lebih sesuai dengan tradisi tamadun Timur, iaitu bermuafakat untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Banyak parti, mewakili pelbagai jurai etnik dan ideologi, boleh wujud, tetapi mereka harus wujud dalam suatu permuafakatan besar berdasarkan patriotisme Malaysia. Individu, kumpulan dan parti yang bertindak secara konsisten, apalagi secara perundangan yang termaktub dalam perlembangaan mereka, harus dikecam, disingkirkan dan dihukum dengan setimpal, malah diharamkan.
            Inilah sistem yang harus kita susun. Mengapa tidak boleh kita buat demikan?

KASSIM AHAMD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad. blogspot.com  
              

Sunday, May 27, 2012

Kenyataan sarjana Mesir tentang rambut wanita bukan 'aurat

Sila lihat kenyataan seorang sarjana Mesir tentang perkara ini dalam Facebook. Maaf, saya gagal untuk muat turun kenyataan itu di sini -- K.A.

Friday, May 04, 2012




Bersih 3.0 -- KAMU MAHU APA?

Oleh: Kassim Ahmad

2 Mei, 2012

            Bilangan yang besar yang hadir (dianggarkan minimum 20,000, maksimum 250,000) dalam perhimpunan aman untuk menuntut pilihanraya bersih pada 28 April lalu, seperti yang diketahui, telah berubah menjadi rusuhan yang ganas. Kebimbangan Naib-Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, yang telah menyuarakan kebimbangannya tanpa takut kepada disiplin DAP telah menjadi kenyataan.
            Kita perlukan  lebih ramai  pemimpin yang berani sepeti beliau. Tabik kepada beliau!
            Penganjur-penganjur Bersih 3.0 berkokok menyifatkannya sebagai “Kuasa Rakyat”, dengan makna tersirat boleh menjatuhkan Kerajaan yang ada, seperti yang telah berlaku di Asia Barat. Ia bertujuan untuk menakutkan UMNO dan parti-parti bersekutu dalam Barisan Nasional. 
            Soalan-soalan yang ingin saya kemukakan kepada penganjur Bersih 3.0 dan sekutunya seperti berikut:-
(1) Bolehkah kamu isytiharkan bahawa apa yang kamu lakuka itu diredai Tuhan? Bolehkah kamu isytiharkan dakwa “Kuasa Rayat” itu boleh  mengatasi kuasa Tuhan? 
(2) Kalau kamu tidak boleh, dan memang kamu tidak boleh, walapun kamu dapat sokongan kuasa-kuasa Barat, bolehkah kamu jamin bahawa kamu boleh mentadbir dengan lebih baik, jika kamu memegang tampuk pemeritahan negara?
(3) Tidakkah kamu tahu bahwa sistem “sekat dan imbang” (check and balance, kata Mat Salleh) Barat itu primitif dan membazir? Primitif, kerana ia berdasarkan psikologi kebinatangan yang menyifatkan masyarakat sebagai medan perang “semua lawan semua” failasuf Inggeris Thomas Hobbes (1588-1679) dalam karyanya, Levithan,! Membazir, kerana Tuhan beri kepada kita dua tangan lalu kita gunakan sebelah untuk merosakkan kerja sebelah lagi!
(4) Tidakkah kamu melihat di Barat sendiri sistem ini tidak boleh menjaminkan kebaikan, seperti yang didakwa.  Ia tidak menghalang kemunculan kolonialisme dan imperialism Barat. Sekarang sistem Liberalisme Barat ini sedang runtuh di depan mata kita! Kemuflisan negara dan kadar pengangguran yang tinggi sedang menjadi-jadi di negara-negara Barat. 
(5) Mengapa kamu tidak berfikir untuk membuat suatu sistem pemerintahan yang lebih baik berdasarkan permuafakatan besar semua parti politik di atas tonggak patriotism Malaysia untuk bekerjasama untuk kebaikan?  Bukankah ini yang dianjurkan oleh prinsip keadilan yang konon kamu dukung?  
Semua ini nyata sekali. Mengapa kamu jadi buta? Jangan jadi pak turut Barat. Jangan fikir kamu kuat kerana kamu telah berjaya mengumpul 250,000 rakyat Malaysia untuk berdemonstrasi.
Tidak syak lagi, 54 tahun kemerdekaan belum membolehkan kita mencapai kejayaan besar. Banyak keluarga masih hidup di bawah paras kemiskinan. Kecermelangan rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa masih amat kurang. Tamadun baru Malaysia belum menonjol. Jenayah-jenayah rasuah, pembaziran, skandal seks dan pembohongan oleh  pihak berkuasa kerap berlaku. Harga barang-barang keperluan melambung naik dalam masa dua tiga tahun ini. Ini semua menyumbang kepada kemarahan rakyat sehingga mereka sanggup melupakan kelemahan-kelemahan pihak pembangkang serta menaikkan mereka dalam pilihanraya yang ke-12.
Cerdik-pandai kita perlu tampil ke depan untuk mencetuskan idea-idea yang bernas untuk membaiki sistem  kita. Tidak ada sebab kita perlu terus mengekori Barat, yang sedang pun runtuh.
Kepimpinan UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional hendaklah memimpin dengan adil dan bijaksana. Mereka hendaklah berpegang teguh kepada prinsip. Jangan sekali-kali, kerana hendak menang pilihanraya, mengkompromikan prinsip. Tuhan bersama mereka yang memimpin dan memerintah dengan adil dan bijaksana, dan berpegang teguh kepada prinsip.  

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com  

Wednesday, April 04, 2012

Di bawah saya siarkan "Surat Terbuka kepada Bangsaku" yang saya tulis pada 16 September, 2011. Surat ini belum disiarkan di mana-mana. -- K.A.

SURAT TERBUKA KEPADA BANGSAKU

KITA SATU BANGSA YANG AGUNG,
YANG BOLEH MEMBAWA KEAMANAN,
KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAN KEPADA DUNIA

Oleh: Kassim Ahmad
Darul_hikmah33@yahoo.com.my
16 September, 2011.

(Mera’ikan Hari Malaysia Yang ke-48 dan Hari Kemerdekaan Yang ke-54)

1. Ucapan Najib Yang Paling Baik
Pada mulanya saya tidak bercadang hendak menulis esei ini, tetapi apabila saya mendengar ucapan Perdana Menteri kita, hati saya berkembang dan melafazkan: “Maha Suci Allah, Yang telah menjadikan langit dan bumi dan di antara keduanya, yang telah memberi hidayat kepada Perdana Menteri kami untuk membuat ucapan yang paling baik sejak beliau mengambil-alih tampuk negara!” Tidak ada kebencian, petualang besar Anwar Ibrahim tidak disedbut; tidak juga Mat Sabu si mulut celupar itu . Ucapan itu rinkas dan padat, dalam bahasa sastera yang indah. Saya berasa hidup dan perjuangan warga Malaysia yang baik sudah terbela. Perasaan kegembiraan inilah yang mendorong saya menulis esei ini.

2. Sumpah Seorang Anak Muda
Pada waktu saya muda, berumur 26 tahun, saya menulis:
/bersama-sama, bersama-sama, kita mara, wahai saudara-saudaraku/
seperti Tuah dan Jebat zaman dahulu/
kita telah mengangkat tanah ini tanah tumpah darah kita/
sendiri kita akan mengawal di pantai-pantainya/
oleh itu, datanglah, wahai petualang-petualang yang sibuk./
(Kemarau di Lembah, Pulau Pinang, 1967; 46)
Pada tahun 1958, waktu saya berumur 24 tahun, saya menulis:
/ada besok maka pasti ada suria/
aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani/
kian lama kita mati dalam setia/
kali ini kita hidup dalam derhaka./
(Ibid., ; 48.)
Nyatalah saya seorang pemberontak, memberontak terhadap dunia lama yang menyongkong untuk mencipta dunia baru yang bebas. Tetapi saya juga seorang patriot. Hari ini, setelah saya memasuki tahun ke-78, pada 9 September, 2011 lalu, al-hamdulillah, saya bebas. Saya telah menyatakan hasrat yang ada di lubuk hati saya. Dengan demikian, saya juga telah melafazkan cita-cita luhur Bangsa Melayu. Saya telah melaksanakan misi hidup saya.
Saya ada dua tiga rancangan penulisan yang harus saya selesaikan. Insya Allah, menjelang akhir tahun 2013 semua kerja saya akan selesai. Selepas itu, saya siap untuk mengadap Tuan saya serta mempertanggungjawabkan kehidupan saya.

3. Kejelekan Sistem Dwi-parti Barat
Beberapa hari sebelum itu, puak pembangkang dan pengikut-pengikut mereka secara terbuka mendabik dada akan menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13. Dalam kebongkakan mereka, mereka lupa bahawa sistem dwi-parti Pemerintah/Pembangkang itu satu kejelekan sejarah Eropah. Kanak-kanak pun tahu untuk menggunakan kedua-dua belah tangannya apabila memegang botol susunya, sedangkan sesetengah orang dewasa kita mahu jadi pengikut buta Barat menggunakan sebelah tangan untuk merosakkan kerja sebelah tangan lain!
Mereka sudah terpengaruh dengan ahli falsafah Liberal Inggeris Thomas Hobbes yang menyifatkan masyarakat sebagai medan perang “satu lawan yang lain” dalam karyanya Leviathan! Saya telah menulis tentang kedangkalan falsafah ini pada banyak tempat, kerana ia bersifat primitif dan membazir. Primitif, kerana itu perangai manusia pada tahap paling rendah – haiwan! Membazir, kerana satu tolak satu jadi nol. Keadaan ini sudah pun kelihatan di Eropah sendiri dengan banyak kerajaan mereka lemah dan tidak stabil.
Kita harus kembali kepada falsafah Islam: “Bekerjasama untuk kebaikan.” Arahan tetap kepada orang baik dalam Quran berbunyai: “Seru kepada kebaikan dan larang kejahatan.” Surah 3, ayat 110 berbunyi: “Kamu sebuah masyarakat yang paling baik yang telah dilahirkan di antara manusia; kamu mengajurkan kebaikan dan melarang kejahatan, dan kamu beriman keada Tuhan …” Tidak ada yang lebih jelas daripada itu.
Jadi, kita kenalah susun suatu sistem pemeritahan yang selaras dengan falsafah ini. Semua parti yang ada dalam masyarakat kita, mewakili pelbagai jalur suku-banga dan ideologi, boleh bekerjasama dalam sutau permuafakatan besar untuk kebaikan rakyat kita yang berbilang kaum dan agama. Nyatalah ini suatu sistem yang jauh lebih baik. Nasihat, teguran dan kritikan untuk mengatasi pelbagai penyelewengan (rasuah, pembaziaran dan sebagainya) boleh dibuat dari dalam, sementara masyarakat sendiri, melalui media dan pelbagai pertubuhan lain boleh juga memainkan peranan ini.

4. Kategori Bangsa Sunnatullah, Bukan Rasisme
Sesetengah rakyat kita salah sangka bahawa kelompok suku-bangsa, seperti Melayu, atau Cina, atau India, atau lain-lain suku-bangsa yang ada dalam Malaysia bercanggah dengan konsep Malaysia. Oleh itu, apabila Timbalan Perdana Menteri kita berkata dia “Melayu dulu” , orang-orang ini menuduh beliau rasis! Tidakkah mereka tahu bahawa Malaysia itu sebuah keluarga besar yang terdiri dari pelbagai suku-bangsa? Tidak ada kontradiksi di antara kedua-dua kategori ini. Pertubuhan Bangsa-bangsa Berstau (PBB) dianggotai oleh 192 bangsa – China, India, Rusia, Indonesia, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Manusia suatu keluarga besar yang terdiri dari pelbagai bangsa. Quran dalam Surah 49, ayat 13 mengisytiharkan: “Wahai manusia, telah Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu kenal satu sama lain. Yang paling baik di antara kamu di sisi Tuhan itu mereka yang bertakwa.”

5. Bangsa Melayu Satu Bangsa Yang Agung
Sudah tiba masanya kita meningkatkan jiwa kita menjadi jiwa yang besar. Bangsa Melayu yang mendiami Gugusan Pulau-pulau Melayu, khasnya Malaysia dan Indonesia, mempunyai banyak cirri yang sama. Kita satu bangsa – Melayu, yang menutur bahasa Melayu (bahasa Indonesia itu berasakan bahasa Melayu) dan yang beragama Islam. Jumlah bangsa Melayu yang beragama Islam 220 juta, keempat terbesar dalam dunia dan terbesar dalam dunia Islam.
Saya sebut perkara ini bukan kerana saya lebihkan bangsa Mealyu daripada bangsa-bangsa lain di dunia. Tidak sama sekali. Semua bangsa sama. Tiap-tiap bangsa ada kekuatannya dan kelemahannya. Dalam sejarah kita melihat tamadun Mesopotamia di Iraq, tamadun Mesir, tamadun Yunani dan tamadun Romawi naik-jatuh silih-berganti. Dalam zaman moden, tamadun Arab- Islam melalui Turki-Islam kemudian diganti oleh tamadun Eropah Yahudi-Kristian. Sekarang tamadun Liberal Eropah (Amerika Syarikat itu lanjutan Eropah) nyata sedang runtuh, setelah sistem Komunis-Marxis runtuh di akhir abad ke-20.

6. Dunia Melayu Harus Pimpin Dunia
Ini menyebabkan kita berfikir tentang sistem ganti yang pasti akan muncul dalam dua tiga dekad yang akan datang. Oleh kerana kita orang Islam, dan kita tahu Islam itu agama yang direda oleh Tuhan (Quran, 3: 19). Kita yakin hanya deen Islam atau cara hidup Islam saja yang boleh membawa kemananan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada dunia. Kita yakin kerana Islam itu “Jalan yang lurus” (Quran, 1: 6) di antara dua penyelewengan besar Liberalisme dan Komunisme. Berdasarkan keyakinan yang logik ini, maka kita ingin membuat saranan supaya Bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga untuk memimpin dunia kepada keamanan dan kesejahteraan dalam Abad Ke-21.
Sekali lagi, tanpa melebihkan bangsa Melayu daripada bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu itu satu bangsa yang agung. Mereka mempunyai raja, pentadbir, ulama dan sarjana, pengarang, ahli falsafah, pelukis, pelakun, penyanyi dan sebagainya yang ramai. Biar saya sebut beberapa nama saja: Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah , Bendahara Tun Mutahir dan Tun Perak, dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin (pentadbir), Pendeta Za’aba, Prof. Ungku Aziz, Dr. Ahmad Ibrahim, Syed Hussein al-Attas, Syed Muhammad Naguib Al-Attas, Dr. Chandra Muzaffar, Dr. Hassan Ahmad (sarjana), Prof. Ismail Hussein (budayawan), Tunku Abdul Rahman, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam (ahli politik), Hamzah Fansuri (ahli Sufi), Tun Seri Lanang, Abdullah Munsyi, Raja Haji Ali, Syed Sheikh al-Hadi, Keris Mas, Osman Awang/Tongkat Warrant, Adibah Amin, Pramoedya Ananta Toer, H. B.Jassin (pengarang), Prof. Asmah Hj Omar, Takdir Alisjahbana (ahli tatabahasa Melayu), Muhammad Yusoff Hashim (sejarawan), A. Samad Ismail (wartawan), Tun Ismail Mohamed Ali, (jurubank), Seniman Agung P. Ramlee (pelakon/penyanyi), Hetty Koes Endang (penyanyi keroncong), Syed Muhammad Naguib Al-Attas, Hamka (ahli falsafah), Syed Ahmad Jamal, Zakaria Ali (pelukis), dan Hijjas Kasturi (juruukir).
Bangsa Melayu tidak akan dan tidak boleh menolak penyertaan sahabat-sahabat kita dari suku-bangsa lain di Malaysia atau dari luar Malaysia yang secara jujur ingin menyertai perjuangan besar ini. Ini perjuangan semua bangsa yang mengiktiraf dan menjunjung perintah Tuhan untuk berjuang di jalan-Nya. Quran menerangkan bahawa semua masyarakat telah dikirimi rasul-rasul-Nya untuk mengajar intisari ajaran-ajaran-Nya kepada mereka. (10: 47). Saya percaya arus ini akan bertemu menjadi satu arus besar yang pasti akan membawa perubahan besar kepada dunia dalam Abad Ke-21.

7. Kaum Penentang
Tidak syak lagi, penentangan akan wujud dari dalam kalangan bangsa Melayu sendiri untuk menggagalkan perjuangan besar ini. Ini sunnatullah. Wujudnya undang-undang ini bertujuan untuk menguji siapa yang jujur siapa yang palsu. Kedua-dua masyarakat Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak etnik dengan pelbagai latarbelakang budaya. Namun demikian, mereka disatukan dalam satu kesatuan Bangsa Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam. Ini menyebabkan kita memilih Dunia Melayu untuk melaksanakan misi agung ini.
Kita mestilah menguruskan penentangan ini dengan bijak supaya ia dapat dibataskan kepada minimum. Tidak syak lagi, kemenangan akhir akan berada di tangan orang Islam dan mukmin, kerana mereka memperjuangkan kebenaran Ilahi. Kemenangan bukan bergantung kepada bilangan yang besar, tetapi kepada kebenaran perjuangan ini. Kebenaran itu kebal. “Katakanlah, ‘Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Kepalsuan senantiasa akan hapus.’ ” (Quran, 17: 81).
Pada waktu ini, Islam mempunyai dua musuh besar: puak Yahudi-Kristian Barat, khususnya dilambangkan oleh negara kolonial Israel di Palestin dan pelindungnya adikuasa tunggal Amerika Syarikat. (Quran, 2: 120), dan puak musyrikin di Timur dan Barat (Quran, 25: 55). Namun demikian, kita harus ingat bahawa benteng musuh Yahudi-Kristian Barat ini bukan 100% kukuh, kerana wujud kumpulan humanis di antara mereka yang menentang permusuhan ini. Umpamanya, penubuhan negara kolonial Zionis Israel di Palestin ditentang oleh tokoh-tokoh Yahudi terkenal seperti Einstein dan Martin Bauber. Ini kerana kumpulan spiritual-humanis ini terdiri daripada mereka yang berpijak kepada ajaran spiritual Ilahi agama Yahudi. Begitu juga dalam puak musyrikin.
Oleh yang demikian, pimpinan Melayu-Islam kita mestilah bijak mencari kawan yang ramai dan musuh yang sedikit berdasarkan pandangann hidup spiritual Yahudi-Kristian dan tradisi-tradisi spiritual yang lain dalam Hinduisme, Budhaisme dan agama-agama lain-lain.

8. Seruan Kepada Kuasa Yahudi-Kristian Eropah
Berdasarkan ini, Bangsa Melayu mesti menyeru kepada kuasa Yahudi-Kristian Barat supaya bersikap adil dan saksama terhadap umat Islam dan terhadap umat manusia seluruhnya. Dalam zaman pasca Perang Dunia Kedua, mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman terhadap Dunia Islam dan Dunia Ketiga. Mereka terus memingggirkan, malah mengeksploitasi kedua-dua dunia ini. Negara nasionalis-kolonial Israel di tengah-tengah Dunia Islam tetap melambangkan kezaliman total yang selama 63 tahun masih tidak terurai. Penawanan mereka terhadap Iraq, campur-tangan mereka di Afghanistan dan di Libya, dan penguasaan mereka terhadap umat Islam dan umat manusia melalui Majlis Keselamatan PBB yang anti-demokratik (membohongi laungan demokrasi Barat!). Semua ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Sesetengah umat Islam, terdesak demikian, beralih memberontak – satu pemberontakan yang bersebab!

9. Dunia Musuh Yang Gelap
Mengikut seorang sejarawan Barat, Eric Hobsbawn, dalam bukunya, The Age of Extremes – A History of the World, 1914 – 1991 (London: 1994), masa depan dunia gelap sekali. Kata beliau: “Kita tidak tahu ke mana kita hendak pergi. Kita hanya tahu bahawa sejarah telah membawa kit a sini, dan … mengapa. Walau bagaimana pun, suatu perkara jelas. Jika kemanusiaan mahu ada suatu masa depan yang boleh kita nampak, ia tidak boleh dengan memanjangkan masa lalu atau pun masa sekarang. Jika kita coba untuk membangunkan millennium yang ketiga berdasarkan itu, kita akan gagal. Dan harga kegagalan ini, yakni alternatif sebuah masyarakat yang berbeza, hanya kegelapan.” (hlm. 585)
Orang kafir itu, kata Quran, dia tidak tahu, hiup dan makan seperti binatang. (47: 12). Pesimime agung ini telah kita lihat dalam karya-karya penulis-penulis Barat dalam dalam zaman di antara dua peperangan dunia itu: dalam karya-karya Albert Camus, Jean –Paul Sartre, W.B. Yeats dan T.S. Eliot (Lihat Kassim Ahmad, Hadis – Satu Penilaian Semula, 1986; hlm. 14-16.)

10. Amaran Keras kepada Musuh, Jaminan Persahabatan kepada Sekutu
Jadi, biarlah kita beri amaran keras kepada mereka. Mansukhkan semua ketidak-adilanmu, wahai adikuasa A.S.! Kami tidak takut kepadamu. Kamu pun di ambang kehancuran. Kamu bangsa bangkrup yang hutangya sekarang sebanyak DAS 54.856 ribu trilion! Daripada 317.8 juta rakyatnya, serorang terhutang sebanyak DAS 175,800 dan DAS 666,593 per keluarga. Begitu juga dengan sekutumu di Eropah. Kamu semua bangkrup; maka itu kamu menjadi perompak! Merompak di Iraq dan di Libya!
Demikian juga kami beri amaran keras kepada bakal musuh kami dalam Malaysia. Bangsa Melayu terkenal sebagai satu bangsa yang sopan terhadap tetamu – “the gentlemen of the East”, kata seorang penulis Perancis. Kerapkali mereka mengalah kepada tetamu, bukan kerana takut, tetapi kerana kemurahan hati mereka. Tetapi apabila mereka terdesak ke tembok, mereka akan beralih dan mengamuk, seperti Hang Jebat , seperti dalam Peristiwa Mei 13 (di Malaysia), dan seperti dalam peritiwa berdarah 30 September , 1965 atau Gestapu (di Indonesia).
Sejarah membuktikan bahawa Malaysia berasal sebagai negeri-negeri Melayu, dan Cina dan India sebagai pendatang. Berkat kemurahan hati mereka, bangsa-bangsa pendatang ini telah diterima menjadi warganegara Malaysia. Bangsa Melayu akan menghormati perjanajian ini sampai bila-bila. Tetapi kami beri amaran keras kepada mereka supaya jangan melampaui batas.
Kami memberi jaminan kepada sahabat-sahabat kami dari pelbagai suku-bangsa dan agama di Malaysia dan di seluruh dunia bahawa kami hormat dan bersikap lembut kepada kamu. Kamu sekutu kami dalam perjuangan besar ini. Ayuh, mara! Kejayaan besar di pihak kita.
----------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau