Jawapan saya (J) di bawah soalan Tuan (S). -- K.A.
From: Mingguan Malaysia
To: darul_hikmah33@yahoo.com.my
Sent: Thursday, 17 January 2013 7:08 PM
Subject: soalan wawancara uuntuk tuan Kassim Ahmad
Di bawah disiarkan wawancara di atas. Ia tidak disiarkan dalam MM 19 Feb., 2-013. -- K.A.
Soalan wawancara untuk keluaran 2 Januari 2013
1. Bagaimana tuan melihat isu perpaduan Melayu sekarang apakah sudah sampai ke tahap 'bahaya' atau masih boleh diselamatkan?
J1.
Perpaduan Melayu/Cina/India (UMNO/MCA/MIC) mencapat tahap maksimum pada
pilihanraya umum pertamapada1955. Ini berlanjutan hingga timbul Pakatan
Rakyat dan dalam PRU12, mereka menguasai lima buah negeri.
2.
Persoalan utama kenapa soal perpaduan Melayu menjadi persoalan hangat
adalah disebabkan politik semata-mata. Adakah orang Melayu ini terlalu
ghairah berpolitik sehingga sanggup memperjudikan soal masa depan dan
perpaduan atau mungkin ada sebab lain?
J2. Ini kerana kita
terpengaruh dengan sitem dwi-parti Barat yang memecahkan masyarakat
kepada sistem dwi parti (Kerjaan/Pembangkang). Kita patut susun sistem
nasional kita sendiri, berdasarkan permuafakatan besar patriotisme
Malaysia, seperti yang telah diperkenalkan oleh Tun Razak. (Waktu itu
saya presiden PSRM dan beliau menjemut parti saya memasuli BN.
Malangnya, kebanyakan Anggota Jawatankuasa Pusat parti saya taksub
kepada ideologi dan tidak setuju.)
3.
Sejarah telah membuktikan bahawa hampir dalam setiap tamadun akan ada
seorang yang berwatak seperti si kitul yang sanggup mengorbankan
segalanya termasuk bangsa, agama dan tanah air hanya untuk kepentingan
peribadi. Apakah masyarakat sekarang sudah alpa atau mahu terus
melupakan pengajaran dari sejarah?
J3. Dalam semua masyarkat ada
pengkhianatnya, yang sanggup mengorbankan masa depam bangsa kerana
kepentinga peribadi. Pengkhianant ini perlu dikenalpasti dan
disingkirkan.
4. Terdapat parti politik yang semakin berani
mengubah nilai sama ada dari
sudut perlembagaan mahupun budaya. Ini termasuklah hak kebebasan
beragama, mencerca Islam sewenang-wenangnya, memberi ruang kepada
pengamal LGBT dan sebagainya. Bagaimana tuan melihat perkara ini apakah
ini sebahagian dari tuntutan dunia atau politik moden atau hanya satu
perkara yang sengaja diperbesarkan?
J4. Yang baik itu tetap baik;
yang jahat tetap jahat. Bukan semua yang moden (berasal dari Barat) itu
baik); begitu juga, bukan semua yang tradisional itu baik. Kita tentukan
baik-buruk dengan Al-Furqan (Quran) dan akal rasional..
5. Tuan berpendirian agak
kritikal terhadap pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah
menyelar beliau sebagai proksi AS dalam melakukan regime change di
negara ini. Ada yang berpandangan tuan mempunyai dendam peribadi dengan
beliau kerana Anwar telah mengharamkan buku 'Hadis, satu penilaian
semula. Boleh tuan jelaskan tentang hal ini?
J5. Saya tidak ada
dendam peribadi terhadap si Anwar ini. Terlepas dari pembohongannya yang
banyak, cita-cita saya lain, dan cita-cita beliau lain. Saya bercakap
berdasarkan fakta dan kebenaran. Tidak lebih dari itu.
6. Bagaimana tuan melihat isu kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Pas
pula tersilap langkah dan kini mengubah pendirian dari menyokong
pendirian rakan-rakannya dalam pakatan setelah
mendapat bantahan dari masyarakat.
J6. Demikanlah orang yang
bermain politik dengan agama! Perkataan "Allah" itu dari bahasa Arab
"Al-illah" bermakna "Tuhan itu". Tuhan sebenarnya tidak ada nama. Dia
bukan manusia, bukan lelaki, bukan perempaun. Dia Ruh Tulen. Surah 17,
Ayat 110 mengisytiharn bahawa segala nama yang baik itu milik Dia.
7. Dalam isu kalimah Allah
terserlah satu lagi kepincangan pembangkang dalam mencari titik
persefahaman antara mereka. Bagaimana tuan
menilai persefahaman antara parti-parti dalam pakatan rakyat. Dalam
kebanyakan hal ternyata kerjasama mereka masih terlalu 'kabur' dan lemah
dan pastinya akan timbul masalah jika mereka berpeluang memerintah
negara?
J7. Telah saya nytakan di atas, sistem dwi-parti ini kita
tiru dari Eropah. Sejarah Eropah itu penjajah, menjajahi Asia-Afrika.
Kita kena susus sistem nasional kita sendiri. Janga jadi pak turut
Eropah!
8. Pihak pembangkang kini semakin membudayakan perhimpunan dan pergerakan
massa seperti yang berlaku di Mesir dan Libya. Namun keadaan negara ini
jauh berbeza jika dibandingkan dengan dua negara itu dalam segenap segi.
Apakah kesannya kepada negara jika budaya ini tetap
diteruskan pada pandangan tuan?
J8. Hentikan dia!
9. Amanat Haji Hadi ternyata
telah menimbulkan polemik kepada orang Islam di negara ini sejak sekian
lama. Apa pandangan tuan tentang hal ini dan apakah perlu untuk beliau
menarik balik amanat itu?
J9. "Amanat" itu timbul dari kejahilan Hadi
tentang Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu sebelum kita merdeka. Di antara anggotanya termasuk dua orang
tokoh undang-undang yang beragama Islam dari India dan Pakistan. Hadi
tidak patut buat kesilapan ini. Beliau patut berjiwa besar dan tarik
balik "Amanat" ini..
10.
Masyarakat kini digembar gemburkan supaya memikirkan kemungkinan sistem
dua parti menjadi amalan dalam politik Malaysia. Apa pandangan tuan
dalam hal ini apakah ia releven atau sebaliknya?
J10. Soalan ini telah saya jawab.
11. Bagaimana
tuan melihat langkah-langkah perubahan yang dilakukan UMNO/BN, adakah ia
sudah mencukupi atau masih banyak yang perlu dilakukan?
J11. UMNO
sebuah parti massa yang telah banyak berjasa. Namun, ramainya bilangan
anggota UMNO telah membawa dia menjadi merosot. Ia perlu direkayasa,
disuntikkan semangat baru. Ini boleh dilakukan. Saya telah menulis
kepada Presiden UMNO denga Daftar A.R. Dalam surat itu, saya nyatakan
dua perkara. Pertama, perlu ada sistem kurusu untuk bakal ahli dan bakal
kader dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi. Kedua,
Perhimpunan Agung Tahunan UMNO perlu dijadikan wahana untuk koreksi dari
dalam, untuk menyuntik semangan baru, dan untuk maju ke depan untuk
1,000 tahun lagi!
12. Pandangan tuan tentang pilihan raya yang bakal menjelma. Apakah UMNO/BN
berpeluang untuk menang besar dalam pilihan raya ini atau pun tuan mempunyai pandangan lain?
J12. UMNO-BN boleh menang besar dengan syarat pucuk pimpinan UMNO-BN menentukan tidak ada rebutan kuasa di antara mereka.
-------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau