Wednesday, July 21, 2010
Tuesday, July 20, 2010
YANG MANA LEBIH PENTING, PERPADUAN ATAU KEPIMPINAN YANG LEBIH BAIK?
Kassim Ahmad
July 21, 2010
Sejak kebelakangan ini, isu perpaduan orang Melayu, khasnya penyatuan UMNO dan PAS mendapat perhatian ramai. Pemimpin-pemimpin NGO Melayu, tokoh-tokoh agama, tokoh-tokoh akademik, rencana-rencana akhbar, rencana-renaca pengarang, dan tidak ketinggalan pemimpin-pemimpin UMNO , menekan isu ini untuk mengelak malapetaka orang Melayu kehilangan kuasa. Tidak dinafikan tentang perpecahan orang Melayu, malah semua kaum, di negara kita, kerana perbezaan ideologi. Ini perkara lumrah yang berlaku di mana-mana. Namun demikian, kita patut membezakan antara kewujudan banyak parti politik dengan pertelagahan di antara mereka. Parti-parti boleh bekerjasama seperti dalam gabungan Barisan Nasional, dan sekarang dalam Pakatan Rakyat. Tetapi parti-parti boleh juga bertelagah dan tidak boleh bekerjasama. Ini harus kita elak.
Nampaknya, mereka yang menganjurkan perpaduan UMNO-PAS menonjolkan isu orang Melayu hilang kuasa dalam pilihan raya akan datang. Mereka bimbang kehilangan kuasa ini akan membawa kepada pindaan Perlembagaan negara dan perubahan dasar-dasar yang penting tentang kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera lain, dan juga kedudukan Raja-Raja Melayu.
Apa yang kita sebut dalam ayat akhir perenggan di atas memang perlu dielak. Kalau berlaku, satu lagi peristiwa berdarah 13 Mei tidak dapat dielak.
Siapa yang salah kalau ini berlaku? Tokoh-tokoh tertentu dalam pakatan pembangkang bukan manusia yang sempurna. Demikian juga dalam pakatan kerajaan. Tidak ada manusia yang sempurna. Yang sempurna hanya Tuhan pencipta sekalian alam. Namun demikian, ada pihak yang perlu kita pertanggungjawabkan. Jika tidak ada pihak yang telah melakukan kesalahan-kesalahan besar, perkara ini tidak akan timbul. Kemenangan besar yang diperoleh oleh pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tidak boleh dipersalahkan kepada rakyat, atau kepada dakyah pembangkang semata-mata. UMNO dan BN sendiri perlu mengambil tanggungjawab utama. UMNO dan BN sendiri perlu membaiki dirinya. Saya percaya, kalau Umno dan BN boleh memberi kepimpinan yang baik, dilema ini tidak akan timbul.
Sekarang UMNO sedang mengadakan mesyuarat-mensyuarat agung Bahagian. Kita boleh membaca dalam akhbar-akhbar yang melaporkan ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin tinggi UMNO yang merasmikan mesyuarat-mesyuarat ini, termasuk Presiden Umno, serta mendapat maklumat yang berguna tentang beberapa masalah dalaman Umno yang besar. Pemimpin-pemimpin ini menyeru supaya ahli-ahli UMNO jangan berbalah sesama sendiri, jangan berpuak-puak, mesti memperjuangkan kehendak dan hasrat rakyat dan mesti kembali kepada perjuangan asal UMNO.Perkara-perkara ini sudah kita dengar lama dulu. Ringkasnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Umno telah gagal menampilkan kepimpinan yang baik. Jika Umno ada kepimpinan yang baik, perkara-perkara ini tidak akan disebutkan dalam ucapan-ucapan perasmian itu.
Inilah masalahnya. Bukan penyatuan UMNO-PAS yang diperlukan, tetapi kepimpinan orang Melayu yang baik. Bukanlah UMNO tidak pernah ada kepimpinan yang baik. Ada. Tetapi sejak satu dua dekad yang lalu, sejak timbul apa yang dikatakan “politik wang”, kepimpinan itu merosot teruk. PAS pula dengan slogan-slogan Islamnya yang kosong --siapa tidak tahu tentang kegagalan kepimpinan PAS mengembangkan ekonomi Kelantan? PAS sekarang, di bawah kepimpinan ulama, langsung tidak mempunyai konsep pembangunan ekonomi. Mereka tidak belajar atau mengkaji secara serius subjek ini. Mereka mengutamakan konsep “pembangunan kehidupan akhirat”. Tahukah mereka apa “pembanganun akhirat” itu sebenarnya? Jadi, kalau PAS memimpin negara, ekonomi negara akan merosot.
Banyak rencana telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tentang pelbagai macam penyelewengan dalam Umno dan kerajaan: rasuah, keborosan, kronisme, perpecahan kepada puak dan kehilangan semangat perjuangan atau idealisme. Penyelewengan-penyelewengan ini telah menyebabkan kerugian besar kepada bangsa dan negara dari segi kewangan dan tenaga. Ini kerja besar dan berat. Najib perlu menjadi seorang Herculis, seperti dalam cerita dongeng Yunani, untuk membersihkan kandang UMNO dan kerajaan!
Kerja besar dan berat inilah yang harus difikirkan dan ditangani, bukan saja oleh kepimpinan UMNO, tetapi juga oleh kepimpinan PAS dan kepimpinan seluruh bangsa kita, termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat. Contohnya, kalau kita ada sebuah dusun, pokok-pokok seperti durian, rambutan, manggis, mempelam, langsat dan sebagainya hendaklah subur dan berbuah selalu atau dalam musim-musimnya. Buah-buahnya pula mestilah sedap. Begitulah yang kita mahu dilakukan oleh kepimpinan, baik dalam kerajaan mahupun pembangkang.
Kita bukan meminta langit. Kita harus realistik. Semua manusia, termasuk pemimpin-pemimpin ada kelemahan. Tetapi kita berhak meminta komitmen yang ikhlas dan tinggi daripada pemimpin-pemimpin kita.Kalau mereka boleh mencapai taraf kredit, itu sudah baik. Tetapi kalau mereka boleh memberi khidmat yang cemerlang, itulah yang baik sekali.
Kepimpinan UMNO dan BN mestilah memperbaharui dan memperkuat semangat perjuangan mereka serta melaksanakan transformasi (meminjam istilah Najib) UMNO dan kerajaan dalam masa sesingkat mungkin. Kalau mereka boleh melakukan ini, saya percaya kita tidak perlu bimbang tentang orang Melayu kehilangan kuasa. Tetapi kalau mereka gagal, malapetaka besar padahnya!
________________________
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di Laman web beliau

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di
Subscribe to:
Posts (Atom)