Friday, June 20, 2014

HAIRAN BIN AJAIB



HAIRAN BIN AJAIB:
APABILA SABJEKTIVITI BERTEMUA
DENGAN OBJEKTIVITI …

Oleh: Kassim Ahmad
16 Jun, 2014

            Saya menulis esei ini untuk memaparkan suatu perkara yang ajaib berhubunug dengan rambut wanita. Kebanykan rakyat  kita, lelaki dan wanita, menganggap rambut wanita itu ‘aurat, yakni kebogelan, yang perlu ditutup. Saya telah menyatakan bahawa Quran memberitahu  kita bahawa rambut wanita bukan ‘aurat. Saya juga telah mendedahkan bahawa ajaran yang menyuruh wanita menutup kepala mereka datang dari kitab Taurat. Kita juga tahu bahawa kitab Taurat telah diatasi oleh Quran, kitab suci terakhir untuk orang yang beriman.
            Butki bahawa rambut wanita bukan ‘aurat terdapat dalam Quran. Biar saya petik ayat itu sepenuhnya. “Katakan kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan mata mereka dan memelihara kehormatan mereka. Ini lebih suci bagi mereka. Tuhan mengetahui segala apa yang mereka lakukan. Dan katakana kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menundukkan mata mereka dan memelihara kesucian mereka. Mereka tidak harus mendedahkan anggota badan mereka kecuali apa yang perlu. Mereka harus menutup dada mereka dan mereka tidak harus melonggarkan kod pakaian ini kecuali di hadapan suami-suami mereka … Mereka tidak harus menhentak kaki mereka apabila mereka berjalan untuk mengoyang dan mendedahkan sesetenagh anggota badan mereka. Semua kamu hendaklah bertaubat kepada Tuhan, wahai kamu yang beriman, agar kamu berjaya.” (Quran, 24: 30-31)
            Bagi kaum wanita, yang perlu ditutup: dada hingga ke bawah lutut. Inilah ‘aurat mereka. Ia tidak termasuk kepala. Satu lagi bukti bahawa kepada wanita bukan ‘aurat apabila mereka mengambil wuduk, mereka disuruh sapu kepala. Ini menunjukkan bahawa di kepala mereka ada habuk yang perlu dibuang.   
Tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu yang beragama Islam sekarang tidak berasal dari ajaran Quran. Dalam ajaran Quran, seperti yang telah saya katakan, rambut wanita bukan ‘aurat. Ayat ini telah saya petik di atas.
Tudung ini  berasal dari kitab Taurat, Perjanjian Baru, Bab Korintus I, 11: 5-9 yang berbunyai, “Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa dan bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung menghina kepala-nya sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab lelaki tidak perlu menudungi kepalanya; ia menyinar-kan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki. Sebab lelaki tidak berasal daripada perempuan, tetapi perempuan berasal daripada lelaki. Dan lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana lelaki.”[1]    (Tekanan ditambah.)
Tidak banyak orang Islam mengetahui bahawa tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita mereka sekarang berasal dari kitab Taurat. Seperti yang kita tahu, Quran mensahkan dan mengatasi. (Quran, 5: 48) Maknanya, Quran mensahkan ajaran-ajaran yang betul dalam kitab-kitab suci dulu, dan, di samping itu, Quran memberi ajaran yang lebih daripada yang diberi dalam kitab-kitab dulu.
Jadi, tudung yang dipakai itu tidak diajar dalam Quran. Apakah hukumnya jika kita melanggar ajaran Tuhan? Berdosa. Berdosa bererti ia mendatangkan mudarat kepada kita. Mereka yang memakai tudung menghalang udara bersih dari kepala mereka. Ini akan mendatangkan akibat buruk kepada kepala mereka.
Ambil contoh apa yang dikatakan hukum hudud. Perkataan ‘hudud’ (bermakna ‘sempadan’) digunakan 14 kali dalam Quran. Tidak satu pun merujuk kepada hukuman. Mari  kita petik daripada seorang sarjana: “’Sempadan yang diletakkan oleh Tuhan’ meliputi semua perkara, dan istilah itu merujuk dalam Quran kepada pelbagai undang-undang, bukan saja kepada undang-undang keseksaan. Quran menggunkan ‘hudud’ berhubung dengan berpuasa, undang-undang keluarga, dan fara’id … di samping menggunakan istilah itu dalam makna yang umum dan luas yang mengndungi semua ajaran Tuhan dan undang-undang. Tidaklah adil bagi Syari’ah diwakili dalam sesetengah pendapat hanya dengan hukuman.” [2]
Seorang lagi sarjana yang yang menyetujui apa yang dipanggil hukum hudud mengaku hukum ini dari zaman gasar dan tidak wajar dilaksanakan sekarang. Beliau menyatakan selepas beberapa tahun selepas Nabi Muhammad wafat, hukum ini tidak dilaksanakan lagi! Malah buku ini mengandung banyak kontradiksi: yang mengaku ada konsep had, ada yang tidak. [3]
Banyak  penyelewengan lain yang telah berlaku dalam praktik umat Islam sekarang.[4]
Bahawa apa yang dipanggil hukum hudud itu satu salah faham besar dibuktikan oleh  ketiadaan ia disebut dalam dokumen bersejarah Nabi Muhammad, Piagam Madinah.
Mengapakah penyelewengan-penyelewengan ini berlaku? Mereka berlaku kerana biasanya setelah berlalu kira-kira 300 tahun, semua ajaran baik akan dimasuki balik khurafat-khurafat yang wujud yang hendak dihapuskan oleh ajaran itu. Begitu yang berlaku kepada agama-agama atau fahaman-fahaman  Hinduisme, Konfusianisme, Judaisme dan juga Islam. Apabila sabjektivi, yakni fikiran kita, bertembung dengan objektiviti, yakni dunia luar, sabjektiviti kita akan mengubah objektiviti, mengikut apa yang ia mahu.
Namun demikian, dalam hal Islam, obejektivi deen itu senantiasa terdapat dalam Quran, kitab suci Tuhan yang terakhir yang Tuhan Sendiri pelihara. [5] Oleh seb itu Nabi Muhammad disifatkan sebagai suatu rahmat kepada semua bangsa.[6]
--------------------------------------
KASSIM AHMAD  seorang penulis bebas Malaysia. Blognya www.kassimahmad.blogspot.com 




[1] Dipetik dari Al-Kitab, Lembaga Alkitab Indonesia, Jakarta, 1984; hlm. 218.
[2] Mohammad Hashim Kamali, Punishment in Islamic Law : n Enquiry into the Hudud Bill of Kelantan, (Malaysia: 1955); pp. iv-v.
[3] Mohamed S. Al-Awa, Punishment in Islamic Law: A Comparative Study, (American Trust Publication Indianapolis: 1982),   
[4] Lihat teks ucapan saya kepada Konferensi Politik Nasional di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana pada 16 Februari, 2014. Tajuknya, “Halatuju Politik Negara Malaysia untuk Tiga Puluh Tahun Akandatang.” Teks ucapan ini telah disiarkan dalam blog saya www.kassimahmad.blogspot.com
[5] Lihat Quran, 15: 9..
[6] Quran, 21: 107.

Friday, June 06, 2014

ADUANKU KEPADA TUHAN




ADUANKU KEPADA TUHAN

Oleh: Kassim Ahmad
3 Jun, 2014

            Ingat Nabi Muhammad telah mengadu kepada Tuhan demikian, “Rasul berkata, ‘Tuanku, kaumku telah mengabaikan Quran ini.’” [1] Nyatalah ini satu aduan yang amat dahsyat – orang Islam telah mengabaikan Quran!
            Begitu aduan Muahammad; begitu juga aduanku. Muhammad telah bercakap bagi pihak orang Islam.
            Ingat ayat Tuhan yang berbunyi, “Agama di sisi Tuhan itu Islam.” [2] Apa sudah jadi kepada ayat ini?
            Firman Tuhan dalam Quran, “Berilah tahniah kepada hamba-hamba-Ku yang mendengar semua pandangan, dan  ikut yang paling baik.” [3] Anehnya, pihak berkuasa agama di negara kita, memaksa orang ramai mengikut pendapat mereka saja. Yang ingkar didera hatta dibunuh. Ingat  peristiwa Galilio dan Bruno, yang menunjukkan perangai buruk pihak berkuasa agama Kristian dalam Zaman Pertengahan Eropah dulu. Dua nama yang masyhur, kedua-duanya tokoh matematik dan failasuf berbangsa Itali didera oleh Gereja Kristian, Galileo Galili (1564-1642) dan Giordano Bruno (1558-1600) kerana mengajar sains yang berlawanan dengan kepercayaan gereja. Galileo ditahan di rumah, sementara Bruno dibakar.  
            Aduan Nabi Muhammad membuktikan satu hakikat sejarah: bahawa semua ajaran Tuhan kepada semua masyarakat melalui rasul-rasul-Nya merosot dan menyeleweng dalam masa antara 200 hingga 300 tahun setelah rasul-rasul itu mati. Jika benar agama Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad dalam Quran itu agama yang Tuhan reda dan restu, mengapa penganut-penganutnya hari ini duduk di bawah daripada umat-umat Kristian, Buddhist, dan Hindu? Sejarah juga membuktikan bahawa enam puluh tahun setelah Nabi Muhammad wafat, dalam pemerintahan Uthman Ibni Affan, bangsa Arab di Smenanjung Arab yang tidak terkenal melonjak naik mengalahkan bala tentera Empayar Parsi dan Empayar Romawi, dua kuasa besar pada waktu itu, untuk menjadi kuasa besar selama 800 tahun? Apabila Empayar Osmaniah Turki berpecah menjadi pelbagai negara bangsa yang ditunjangi faham nasionalisme pada awal abad ke-20, umat Islam  di seluruh dunia terus menjadi umat yang terkebawah daripada umat-umat Kristian, Buddhist dan Hindu, seperti yang telah kita sebutkan. Soalannya, mengapa?
            Jawapan kita: mereka telah menyeleweng daripada ajaran Nabi Muhammad yang asal. Faktor utama yang menyebabkan kejatuhan dan kemunduran ini apa yang dikatakan Hadis. Hadis, satu perkembangan baru dalam ajaran Islam yang diberi kuasa oleh Imam Shafi’e (150/767-204/820). Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin baru  bahawa  Hadis menjadi pegangan utama bersama Quran. [4] 
            Apabila doktrin baru ini diterima, barulah timbul Imam Bukhari (810-870), Imam Muslim (815-875) dan lain-lain untuk mengumpul hadis.Mengapa Imam Shafi’e tidak dikritik? Soalan ini membawa kita kepada satu lagi masalah besar;  kita telah mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin kita. Pendewaan kepada pemimpin, termasuk kepada Nabi Muhammad, satu dosa besar, dosa syirik! (Saya teringat apabila saya diajak berdebat oleh ABIM pada 1986 mengenai buku saya, Hadis – Satu Penilaian Semula, Uthman Mumhammady telah menegur saya dalam bahasa Inggeris, demikian: “Kassim, you have gargantuan courage.”) Ini kerana saya berani mengkritik seorang to’kong mereka!
            Apabila saya teringat ini semua, saya merasa amat sedih. Bolehkah saya membetulkan penyelewengan ini semua? Jawapannya nyata. Jadi, saya mengambil kesimpulan dan berkata kepada diri saya, “Kassim, ini bukan tanggunjawab kamu. Memberi hidayah itu kerja Tuhan. Nabi Muhammad pun tidak boleh. Oleh itu, jangan kamu bersedih. Ketawa saja!”
            Apabila saya membuat ucapan pada 16 Februari, 2014 di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana, saya berkata saya akan meluah isi hati saya tanpa sekatan … saya berckap ini langsung kepada kepimpinan politik dan intelektual negara. Apa jadi? Saya didakwa  sebagai melakukan jenayah syari’ah! Lihat bagaimana jauh kita sudah menyeleweng dari ajaran Nabi Muhammad yang sebebnar dalam Quran. Kata sebuah hadis sahih, “Semahyang tiang agama.” Perhatikan apa kata Tuhan dalam Surah Al-Maa’un (107), “…Malanglah mereka yang bersembahyang, yang alpa dalam sembahyangnya. Mereka hanya hendak menunjuk-nunjuk. Mereka melarang memberi bantuan.” [5]
            Mengapakah perbuatan orang kafir itu batal? Kerana mereka menduakan Tuhan Yang Esa. Mereka tidak ada pegangan tauhid. Apabila kita tidak ada pegangan tauhid, maka kita  jadi hamba kepada patung-patung, yakni kuasa palsu.  Kita tidak bebas. Apabila kita tidak bebas, bagaimana kita hendak memilih kebaikan daripada kejahatan? Hanya pilihan kebaikan yang bebas akan membawa kita kepada kesejahteraan, yakni syurga.
            Jadi, pandangan dunia tauhid itu penting sekali. Semua perbuatan yang lain tunduk kepada pandangan dunia tauhid ini. Tiada pegangan tauhid, kita sesat. Bgaimana kita hendak sampai ke matlamat hidup kita jika kita tiada kompas tauhid itu? Dari aras ketinggian tauhid ini segala soalan lain menjadi tidak begitu penting. Tetapi lihat bagaimana saban hari di negara kita masalah-masalah kecik, seperti masalah lemak babi dalam coklat Cadbury, masalah nama ‘Allah’ dan sebagainya, menjadi masalah besar yang menimbulkan keresahan masyarakat.
            Cerdik pandai agama mestilah membawa ajaran-ajaran  yang betul kepada masyarakat. Jangan keluarkan ajaran-ajaran yang boleh mengelirukan masyarakat!

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya www.kassimahmad.blogspot.com 


[1] Lihat Quran, 25: 30.
[2] Quran, 3: 19.
[3] 39: 17-18.
[4] Lihat bukunya, Islamic Jurisprudence Shafi’e’s Risala (trans. Majid Khaduiri), (John Hopkins Press: London, 1961); hlm. 4-6.
[5] Lihat Quran, 107: 4-7.