Friday, June 06, 2014

ADUANKU KEPADA TUHAN




ADUANKU KEPADA TUHAN

Oleh: Kassim Ahmad
3 Jun, 2014

            Ingat Nabi Muhammad telah mengadu kepada Tuhan demikian, “Rasul berkata, ‘Tuanku, kaumku telah mengabaikan Quran ini.’” [1] Nyatalah ini satu aduan yang amat dahsyat – orang Islam telah mengabaikan Quran!
            Begitu aduan Muahammad; begitu juga aduanku. Muhammad telah bercakap bagi pihak orang Islam.
            Ingat ayat Tuhan yang berbunyi, “Agama di sisi Tuhan itu Islam.” [2] Apa sudah jadi kepada ayat ini?
            Firman Tuhan dalam Quran, “Berilah tahniah kepada hamba-hamba-Ku yang mendengar semua pandangan, dan  ikut yang paling baik.” [3] Anehnya, pihak berkuasa agama di negara kita, memaksa orang ramai mengikut pendapat mereka saja. Yang ingkar didera hatta dibunuh. Ingat  peristiwa Galilio dan Bruno, yang menunjukkan perangai buruk pihak berkuasa agama Kristian dalam Zaman Pertengahan Eropah dulu. Dua nama yang masyhur, kedua-duanya tokoh matematik dan failasuf berbangsa Itali didera oleh Gereja Kristian, Galileo Galili (1564-1642) dan Giordano Bruno (1558-1600) kerana mengajar sains yang berlawanan dengan kepercayaan gereja. Galileo ditahan di rumah, sementara Bruno dibakar.  
            Aduan Nabi Muhammad membuktikan satu hakikat sejarah: bahawa semua ajaran Tuhan kepada semua masyarakat melalui rasul-rasul-Nya merosot dan menyeleweng dalam masa antara 200 hingga 300 tahun setelah rasul-rasul itu mati. Jika benar agama Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad dalam Quran itu agama yang Tuhan reda dan restu, mengapa penganut-penganutnya hari ini duduk di bawah daripada umat-umat Kristian, Buddhist, dan Hindu? Sejarah juga membuktikan bahawa enam puluh tahun setelah Nabi Muhammad wafat, dalam pemerintahan Uthman Ibni Affan, bangsa Arab di Smenanjung Arab yang tidak terkenal melonjak naik mengalahkan bala tentera Empayar Parsi dan Empayar Romawi, dua kuasa besar pada waktu itu, untuk menjadi kuasa besar selama 800 tahun? Apabila Empayar Osmaniah Turki berpecah menjadi pelbagai negara bangsa yang ditunjangi faham nasionalisme pada awal abad ke-20, umat Islam  di seluruh dunia terus menjadi umat yang terkebawah daripada umat-umat Kristian, Buddhist dan Hindu, seperti yang telah kita sebutkan. Soalannya, mengapa?
            Jawapan kita: mereka telah menyeleweng daripada ajaran Nabi Muhammad yang asal. Faktor utama yang menyebabkan kejatuhan dan kemunduran ini apa yang dikatakan Hadis. Hadis, satu perkembangan baru dalam ajaran Islam yang diberi kuasa oleh Imam Shafi’e (150/767-204/820). Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin baru  bahawa  Hadis menjadi pegangan utama bersama Quran. [4] 
            Apabila doktrin baru ini diterima, barulah timbul Imam Bukhari (810-870), Imam Muslim (815-875) dan lain-lain untuk mengumpul hadis.Mengapa Imam Shafi’e tidak dikritik? Soalan ini membawa kita kepada satu lagi masalah besar;  kita telah mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin kita. Pendewaan kepada pemimpin, termasuk kepada Nabi Muhammad, satu dosa besar, dosa syirik! (Saya teringat apabila saya diajak berdebat oleh ABIM pada 1986 mengenai buku saya, Hadis – Satu Penilaian Semula, Uthman Mumhammady telah menegur saya dalam bahasa Inggeris, demikian: “Kassim, you have gargantuan courage.”) Ini kerana saya berani mengkritik seorang to’kong mereka!
            Apabila saya teringat ini semua, saya merasa amat sedih. Bolehkah saya membetulkan penyelewengan ini semua? Jawapannya nyata. Jadi, saya mengambil kesimpulan dan berkata kepada diri saya, “Kassim, ini bukan tanggunjawab kamu. Memberi hidayah itu kerja Tuhan. Nabi Muhammad pun tidak boleh. Oleh itu, jangan kamu bersedih. Ketawa saja!”
            Apabila saya membuat ucapan pada 16 Februari, 2014 di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana, saya berkata saya akan meluah isi hati saya tanpa sekatan … saya berckap ini langsung kepada kepimpinan politik dan intelektual negara. Apa jadi? Saya didakwa  sebagai melakukan jenayah syari’ah! Lihat bagaimana jauh kita sudah menyeleweng dari ajaran Nabi Muhammad yang sebebnar dalam Quran. Kata sebuah hadis sahih, “Semahyang tiang agama.” Perhatikan apa kata Tuhan dalam Surah Al-Maa’un (107), “…Malanglah mereka yang bersembahyang, yang alpa dalam sembahyangnya. Mereka hanya hendak menunjuk-nunjuk. Mereka melarang memberi bantuan.” [5]
            Mengapakah perbuatan orang kafir itu batal? Kerana mereka menduakan Tuhan Yang Esa. Mereka tidak ada pegangan tauhid. Apabila kita tidak ada pegangan tauhid, maka kita  jadi hamba kepada patung-patung, yakni kuasa palsu.  Kita tidak bebas. Apabila kita tidak bebas, bagaimana kita hendak memilih kebaikan daripada kejahatan? Hanya pilihan kebaikan yang bebas akan membawa kita kepada kesejahteraan, yakni syurga.
            Jadi, pandangan dunia tauhid itu penting sekali. Semua perbuatan yang lain tunduk kepada pandangan dunia tauhid ini. Tiada pegangan tauhid, kita sesat. Bgaimana kita hendak sampai ke matlamat hidup kita jika kita tiada kompas tauhid itu? Dari aras ketinggian tauhid ini segala soalan lain menjadi tidak begitu penting. Tetapi lihat bagaimana saban hari di negara kita masalah-masalah kecik, seperti masalah lemak babi dalam coklat Cadbury, masalah nama ‘Allah’ dan sebagainya, menjadi masalah besar yang menimbulkan keresahan masyarakat.
            Cerdik pandai agama mestilah membawa ajaran-ajaran  yang betul kepada masyarakat. Jangan keluarkan ajaran-ajaran yang boleh mengelirukan masyarakat!

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya www.kassimahmad.blogspot.com 


[1] Lihat Quran, 25: 30.
[2] Quran, 3: 19.
[3] 39: 17-18.
[4] Lihat bukunya, Islamic Jurisprudence Shafi’e’s Risala (trans. Majid Khaduiri), (John Hopkins Press: London, 1961); hlm. 4-6.
[5] Lihat Quran, 107: 4-7.

6 comments:

Anonymous said...

bersabarlah hai kassim...

seperti katamu, hidayah itu kerja Tuhan. kamu rilek rilek saja macam biasa. nantinya akan ada the chosen one seperti dijanji Tuhan dalam Al Quran yang Mulia, yang dipaksakan oleh Al Qahhar bangun menghidupkan kembali Sunnah Ahmadu dan sekalian Rasulin sebelumnya, menyapu bersih segla karat karat thagut dan mengembalikan semula hukum-hukum yang HAQ. insyaAllah

Anonymous said...

Tuan kasim,

Benar seperti yang tuan sebutkan,tuhanlah yang berkuasa merubah sesuatu.saya kagum usaha yang tuan telah buat,apalagi memandang pada umur tuan sekarang ini.pandangan tuan konsisten dan telus.

Banyak sekali ustaz ustaz dan penceramah agama yang memalukan Islam.cuba tuan tuan perhatikan di mana mana saja bila ada ceramah agama,seperti pendengar semuanya bodoh bodoh belaka.

Pada saya,kenyataan tuan setidak tidaknya buat saya berfikir.

Anonymous said...

Kita lihat dan ketawa shj. sebagaimana Tuhan perintahkn kpd Musa : "aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk orang-orang yang bodoh" para penderhaka ini tidak ubah spt kambing. moga kita saling berkongsi hidangan2 yg enak!

Anonymous said...

Kebenaran hanya sampai kepada orang yang membenarkan. nikmatilah hidangan2 yang enak. kita lihat dan ketawa sahaja gelagat mereka. mereka tidak ubah seperti kambing.

Anonymous said...

teruskan Pak Kassim usaha2 memahami quran dan melakukan amalan seperti kehendak Allah...tidak lebih atau kurang.

antara kemelut fikiran melayu yang saya sendiri ikuti sebelum memahami quran;

murtad di hukum - quran kata tidak ada paksaan dalam deen

nabi buta huruf - quran kata rasul membaca suhuf suci

uztaz nampak jin - quran kata kita tak bole nampak depa

makanan banyak yang haram - quran dah tetapkan semua makanan baik2 itu elok kecuali yang di haramkanNya

sikit2 tanya uztaz, apa pon kena tanya uztaz - quran dah kata jangan ikot macam ahli kitab yang ambek paderi dan rabbi sebagai tuan besar...

tak bole belajar quran tak berguru - quran kata Allah yang ajarkan kita quran?

kita kena sanjung Nabi supaya dapat shufaat - quran kata hari pembalasan tu hari takdak shufaat kecuali dengan izin Allah

amalan kita anak2 soleh boleh tambah bagi baguih - quran kata semua amalan masing2, takdak siapa menanggung beban orang lain

kenapa uztaz kita tidak direct to the isi quran?

Anonymous said...

Syukur, alhamdulillah. Kita sedang memakmurkan masjidnya!