Saturday, February 19, 2011

Penyakit Politik Malaysia Akibat Penjajahan Budaya Politik Barat

Oleh: Kassim Ahmad

kassim311@yahoo.com

19 Februari, 2011




Seperti manusia, parti politik juga boleh mengidap penyakit. Penyakit UMNO politik pragmatisme. Pragmatisme itu oporcunisme, dengan kata-kata lain. Apabila berjalan, kena pandang dekat saja, lalu berlanggar dengan kereta yang dia tidak nampak datang dari jauh! UMNO belajar falsafah ini daripada ahli falsafah utilitarian dan pragmatik Barat. Untuk mengubati penyakit parti UMNO-BN ini, satu parti lagi timbul, menamakan diri mereka Pakatan Rakyat, bercita-cita untuk mengambil-alih pemerintahan Malaysia daripada UMNO-BN. Namun demikian, nampaknya, mereka pun ada penyakit juga. Nama penyakit itu Machiavellisme, yakni untuk mendapat kuasa, kaedah amoral atau pun tidak bermoral pun boleh! Kedua-dua penyakit ini memang amat berbahaya kepada Malaysia.

Bagaimana kita mengubatinya?

Sebelum kita dapat mengubati penyakit-penyakit yang parah ini, kita mesti tahu punca-puncanya. Kedua-dua penyakit ini berpunca dari penjajahan -- penjajahan budaya politik Barat.

Keperluan kita yang pertama dan yang pokok sekali sebagai manusia, khalifah Tuhan di Bumi ini, membebaskan diri kita secara total dari sistem perhambaan. Ikrar kita: "Tiada tuhan melainkan Allahâ" itu bermakna kita tunduk hanya kepada Kuasa Yang Sebenar yang mentadbir Alam ini. Dengan ikrar dan penjiwaan ikrar ini kita jadi bebas: kita tidak tunduk kepada kuasa-kuasa palsu, Maharaja atau Paus, kecuali kepada Kuasa yang Benar itu.

Kita rakyat Malaysia suatu keluarga besar, yang terdiri daripada beberapa sub-keluarga, Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jadi, sistem politik kita seharusnya tidak berpecah dua: Kerajaan dan Pembangkang. Tidak bolehkah kita menyusun sebuah sistem politik yang selaras dengan cita-cita nasional kita untuk keselamatan dan kebahagiaan 28 juta rakyat kita sekarang? Apabila sebuah keluarga hendak mengadakan perkahwinan anak perempuannya, keluarga itu berunding tentang tarikh, bilangan jemputan, hidangan makanan, penyambut tetamu dan sebagainya. Semua pendapat ahli keluarga didengar dan dibincang, kemudian diambil satu keputusan berdasarkan perundingan itu.

Demikianlah patut dibuat oleh keluarga besar Malaysia tentang falsafah politik dan dasar negara -- satu kerjasama yang baik berdasarkan kecintaan kita kepada bangsa dan negara (patriotisme Malaysia). Kita boleh ada banyak parti mewakili pelbagai jalur ideologi atau sub-keluarga, tetapi disatukan dalam satu kesatuan Ke-Malaysiaan yang harmonis.

Sistem dwi-parti (yakni Kerajaan/Pembangkang) menggunakan kaedah menyanggah yang satu oleh yang lain, "Checks and balances," kata Mat salleh. Asalnya dari ahli falsafah politik Inggeris Thomas Hobbs (1588-1679) yang mengajar bahawa masyarakat itu medan perang satu melawan semua. Ini merujuk kepada kejiwaan kebinatangan manusia primitif yang disebut dalam Surah al-Baqarah, ayat 36. Kita sudah harus berpindah dari kejiwaan primitif ini kepada kejiwaan bertamadun bekerjasama untuk kebaikan.

Tidak adakah ahli-ahli teori kita sendiri yang sanggup menggubal sebuah sistem politik baru mengikut garis ini? Tentu ada. Jangan perhambakan diri kita kepada sistem yang kita tiru dari Barat. Sejarah Barat sejarah menjajah dunia (walupun ada segi humanismenya, tetapi ini perkara lain); sejarah kita sejarah kena jajah. Mana boleh sama?

Lihat apa yang telah berlaku di negara kita. Percobaan kita untuk mengadakan sistem dwi-parti sudah gagal. Sebab itu suatu kuasa politik ketiga telah timbul. Pada jangka pendek, ia akan memecahkan kita kepada tiga puak. Lagi pun, contoh-contoh di Barat pun sudah menampakkan kegagalan sistem ini, bukan saja dalam negara masing-masing, tetapi juga dalam sistem antarabangsa. Masalah Palestin, masalah pembolotan senjata nuklier oleh sebuah kelab elit, masalah ancaman perang nuklier, masalah ketimpangan pembangunan, masalah kebelurun dan kemiskinan yang meluas di dunia, dan banyak lagi yang berpunca dari penyakit-penyakit yang telah saya sebut di atas.

Saya bukan menganjur sistem tunggal parti seperti dalam teori Komunisme. Saya menganjurkan sebuah sistem politik permuafakatan besar jamak parti berdasarkan patriotisme. Ini lebih sesuai dengan kejiwaan bertamadun. Kita ada dua tangan. Mengapa gunakan satu untuk merosakkan kerja yang satu lagi? Bukankah lebih baik kedua-duanya saling membantu melakukan kerja yang sama?

Lihat revolusi Mesir yang hebat itu, dan sekarang merebak ke seluruh rantau Arab. Mengapa? Kerana manusia sebagai khalifah Tuhan di Bumi, sebagai makhluk bebas dan berdaulat yang telah begitu lama diperbudakkan oleh pelbagai sistem perhambaan, mahukan taraf bebas dan berdaulat itu. Bukan kerana mereka tiru "demokrasi" di Barat, walaupun sistem demokrasi liberal itu lebih baik daripada sistem feudal atau autokrasi. Mereka insan yang baru bangkit dari tidur yang lama dengan kesedaran yang baru. Mereka mahukan kebebasan untuk menentukan nasib dan destini mereka dan anak-cucu mereka. Mereka tidak mahu diperhambakan lagi!

Demikian di Mesir; demikian juga di negara kita. Demikian juga di mana-mana. Kebangkitan rakyat menuntut sebuah dunia baru yang adil sedang berlaku. Hendaklah kita bersedia untuk membuat perubahan ini secara sukarela. Jangan kita dibakar api dulu sebelum kita mahu melakukan perubahan ini!



Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmaad.blogspot.com dan www.stormloader.com/qsmjam

Wednesday, February 16, 2011

PELAJARAN DARI REVOLUSI MESIR UNTUK MALAYSIA

Oleh: Kassim Ahmad

kassim311@yahoo.com

14 Februari, 2011



Manusia itu khalifah Tuhan di Bumi. Ertinya dia pemerintah. Dia pun menerima tawaranTuhan untuh memerintah dunia. Dari segi ini, ia berbeza dari binatang yang tidak diberi taraf pemerintah ini. Dengan itu, tiap-tiap manusia berhak dilayani dengan terhormat. Taraf ini telah disytiharkan dalam Perisytiharan Universal hak Asasi Manusia PBB (1945). Dengan itu, tiap-tiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk dihormati. Oleh kerana itulah maka Kerjaan kita mestilah mewujudkan sebuah sistem sosio-ekonomi yang boleh memenuhi tuntutan itu.

Kita baru saja menyaksikan kebangkitan rakyat Mesir menuntut hak mereka yang sepenuhnya setelah dibelenggu oleh pemerintahnya yang bersifat oligarki selama 30 tahun. Mengapakah Kerajaan Mubarak menjadi begitu? Kerana ia telah memilih sistem yang menyeleweng daripada “Jalan Lurus” yang diperintah oleh Tuhan kepada manusia. Akibatnya, rakyat Mesir hidup dalam sistem penindasan selama 30 tahun. Kemarahan yang terpendam di dada 80 juta rakyat Mesir selama tiga puluh tahun ini tercetus menjadi Api yang membakar Mubarak dan sistem penindasan itu!

Tuhan menyuruh kita memerintah dengan adil. Jalan keadilan itulah juga Jalan yang Lurus. Jalan yang Lurus itu jalan yang direstui oleh Tuhan daripada dua jalan menyeleweng. Itulah sebabnya kita perlu mencari Jalan yang Lurus untuk kita ikuti supaya kita selamat dan bahagia.

Kita semua tahu bahawa dunia telah melalui tiga sistem besar yang gagal, kerana penyelwengannya dari sistem Jalan yang Lurus itu. Sistem-sistem ini: Teokrasi, yakni sistem yang mendakwa mengikut ajaran Tuhan, tetapi sebenarnya diwujudkan untu kepentingan satu kasta paderi, sedangkan rakyat ramai menderita; Liberalisme, yakni sistem yang mendakwa memberi kebebasan kepada individu untuk mecapai cita-citanya yang akhirnya, konon, membawa kepada kebajikan umum juga, tetapi sebenarnya berakhir dengan wujudnya sistem perhambaan untuk kebanyakan rakyat; dan sistem Komunisme, yakni sistem yang mendakwa mengutamakan kehendak kolektif dan dalam masa yang sama juga merealisasi cita-cita individu, tetapi sebenarnya berakhir dengan wujudnya satu golongan elitis tuan dengan kebanykan rakyat menjadi hamba. Tiap-tiap sistem besar itu ada kepelbagaian bentuk, tetapi kepelbagaian ini tidak boleh menutup sifat intinya yang menindas.

Oleh kerana ketiga-tiga sistem besar ini menyeleweng daripada Jalan Lurus yang Tuhan perintahkan kepada kita, maka mereka telah runtuh atau sedang runtuh. Kita di Malaysia telah memilih sistem Liberalisme. Dalam masa lima puluh tahun ini, kita telah meminda sistem ini beberapa kali. Namun demikian, kita tidak boleh mengelak daripada aneka krisis yang telah atau sedang melanda sistem ini di Barat dan di Timur. Maka itu kita tidak boleh menangguh lagi keperluan kita untuk berpindah dari sistem ini ke sistem Jalan Lurus. Jangan sampai kemarahan rakyat kita kepada sistem ini tidak dapat dibendung lagi serta membuak menjadi Revolusi Rakyat, seperti yang telah kita lihat di Mesir.

Jalan Lurus (Quran, 1: 6-7), jalan yang direstui oleh Tuhan, daripada dua jalan yang menyeleweng, iaitu jalan mereka yang ditimpa kemurkaan Tuhan, dan mereka yang sesat. Apakah maksud “mereka yang ditimpa kemurkaan Tuhan”? Kalau saya tidak silap, maknanya mereka yang tahu, tetapi sengaja melakukan penyelewengan. Dari perspektif sejarah agama tauhid, mereka orang-orang Yahudi dan Kristian. Mereka menerima kitab suci daripada Tuhan dan tahu seorang nabi dan rasul lain akan turun untuk mengganti dan menyempurnakan kitab-kitab mereka yang telah mereka selewengkan. Nabi dan rasul itu tidak lain daripada Nabi Muhammad dengan kitab suci Tuhan yang terakhir, al-Quran.

Orang Yahudi dan Kristian menolak Nabi Muhammad, kerana dengki dan cemburu seorang nabi dan rasul dari bangsa lain telah dipilih oleh Tuhan. Daripada merekalah telah timbul dua sistem besar yang menyeleweng itu: Liberalisme dan Komunisme. Manakala Mesir moden memeluk sistem Komunis (satu daripada pelbagai bentuk sistem ini), Malaysia memeluk sistem Liberalisme (satu jenis daripada kepelbagaian sistem ini). Oleh kerana pemimpin-pemimpin kita pandai membuat penyesuaian, maka sistem Liberalisme kita dapat bertahan agak lama. Soalnya berapa lama lagi kita boleh bertahan dalam keadaan sistem ini dilanda krisis di tempat lahirnya sendiri, Eropah. Jawabnya, tidak lama, setahun, tiga tahun, lima tahun?

Oleh itu kita harus segera membuat persediaan untuk berpindah ke sistem Jalan Lurus.

Apakah sistem Jalan Lurus? Di sinilah panduan kitab suci al-Quran itu penting. Sistem ini sistem jalan pertengahan tempat individu dan kolektif mendapat perlindungan dan pembelaan. Di sini yang paling lemah di antara kita boleh berteduh; yang paling kuat boleh meningkat, di samping yang kuat turut melindungi dan membela yang lemah. Inilah sistem yang kita cari. Inilah rumah kita yang sebenar – Rumah Keselamatan dan Kebahagiaan.

Rumah ini mesti kita dirikan sendiri melalui pengorbanan dan perjuangan kita, dari generasi ke generasi. Tidak ada Ratu Adil, atau Imam Mahdi atau Nabi Isa Turun Kembali yang boleh menolong kita. Itu semua cerita dogeng. Hidup satu perjuangan. Tidak ada hidup, kalau tidak ada perjuangan.

Walaupun kita telah merdeka selama 53 tahun, tv kita masih menunjukkan kisah-kisah kedaifan rakyat kita, dari semua kaum, yang masih hidup dalam kemiskinan. Ini bukan kebetulan. Ini akibat sistem Liberalisme kita. Kita bertanya: Mana pejuang-pejuang kita dari pelbagai parti politik? Mana pegawai-pegawai daerah? Mana Jabatan Kebajikan Masyarakat? Mana wakil-wakil rakyat? Mana pak-pak menteri? Tidak bolehkah negara kita menghapuskan kemiskinan?

Cici-ciri sistem politik Jalan Lurus itu: keadilan, kebijaksanaan, pemerintahan melalui perundingan, ketelusan dan pertangung-jawaban. Pemimpin harus dipilih dari mereka yang layak – layak dari segi kebolehan, pengalaman dan moral. Penyelewengan-penyelewengan yang harus dielak: rasuah dan pembaziran. Budaya “seru kepada kebaikan, larang kejahatan” harus ditanam dan dipupuk di kalangan rakyat. Dalam sistem ekonomi dan kewangan, penipuan dan riba tidak diperboleh sama sekali, dan galakan dan ganjaran secukupnya diberi kepada mereka yang produktif.

Saya ingin membawa suatu contoh kecil kesilapan pemerintahan kaum oligarki kita. Tiap menteri atau ketua jabatan mempunyai dua tiga orang setiausaha. Setiap surat daripada orang ramai boleh dijawab dalam masa seminggu, ditangtangani oleh menteri atau ketua jabatan itu sendiri. Setiap balasan surat daripada orang ramai hendaklah ditulis “Tuan/Puan” atau “Encik/Cik”. Ini tidak berlaku, menunjukkan menteri atau ketua jabatan tidak membuat kerja dengan tekun dan teliti. Perkara kecil seperti inilah -- diulang sejuta kali, ditambah dengan berpuluh kesilapan lain yang lebih besar -- yang membuat rakyat menjadi api membakar sistem itu!

Sebuah pemerintahan Jalan Lurus harus menggalakan pembangunan tamadun bangsa – pembangunan dalam semua bidang: material, moral dan spiritual. Dalam era moden ini, dari tahun 1500 hingga Perang Dunia Pertama, Eropa menjadi kawasan budaya yang mendahului dan memimpin dunia. Peperangan dunia itu menandakan kejatuhan kawasan budaya tersebut. Sejak itu hingga sekarang, dunia mengalami krisis yang diberi nama “Kacau-bilau Agung di Bumi”. Untuk keluar dari kacau-bilau agung inilah maka kita perlu mencari sistem Jalan Lurus.



Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com dan www.stormloader.com/qsmjam

Saturday, February 12, 2011

A Day of a Million Days: Victory in the Land of the Ancients!
Kassim Ahmad

kassim311@yahoo.com
12 February, 2011


On that day, We shall fold the heaven, like the folding of a book. Just as We initiated the first creation, We shall repeat it. This is Our Promise; We shall certainly carry it out.
(Surah The Prophets, Koran 21: 104)

Bliss was it in that dawn to be alive,
But to be young was very Heaven!

Wordsworth.


Almost everyone expected it to come when the demonstrations started in Liberation Square in the ancient city of Cairo on 25th February. Today (12th February in Malaysia; 11th in Egypt) the millions of Egyptians demonstrating across all Egypt in Cairo, Alexandria and Suez, against Hosni Mobarak’s authoritarian regime of 30 years erupted into joyous ecstasy, celebrating their victory. As the English poet put it, “Bliss was it in that dawn to be alive. But to be young was very Heaven!”

After two false steps of refusing to accept reality and step down, on the 18th day of mass demonstrations, Mubarak relinquished his power and handed it over to the Egyptian Military, which, since modern times, has consistently acted as protector of the people. The Military Supreme Council, which has accepted all the demands of the now awakened and revolutionized Egyptian people, promised to prepare a quick and smooth transition of power back to the people.

Those were the most remarkable 18 days in the history of Egypt and of the world! Millions demonstrating spontaneously and peacefully; what a feat of human heroism and determination! The 300 or so who died, killed in clashes with 30-year old entrenched Pharaonic authority, did not do so in vain. They died as martyrs. The Military saluted them as such. President Obama said, “Egypt will never be the same again.”

As the Egyptians, and indeed the world, celebrated their glorious victory, it has to be remembered that it is only the first step, albeit a great big step, on the road to a better future for that country and for the world. Egypt is a great civilization, the oldest, extending to over 5,000 years of history. It is in the region where the three great monotheistic religions of the world, Judaism, Christianity and Islam began. Needless to say, this great revolution will have a lasting impact on the Middle East and on the world.

For one, Egypt is a strategic ally and partner of the United States and Israel, two leading powers in the region. How will the new-emergent Egypt affect this relationship? A new free Egypt will no longer be a surrogate of U.S. power in the Middle East and will not readily bow to Israeli interests. This is what worries Israel and the U.S. But all that is to the good. Both cannot continue to play a bullying role in a new emerging just world.

Will the new Egypt be secular or Muslim fundamentalist of the brand of Muslim Brotherhood? From what we can gauge from the views of the millions of the demonstrators, said to be mainly young, this is what I can conclude. They are Muslims all right, praying in the Liberation Square and shouting “God is great!” after their victory; but they do not seem to be extremists. Mind you, these days of the so-called “born-again Muslims,” these youths can be extremists! These demonstrators hungering for freedom must know that Islam does not stipulate a so-called “Islamic state” of the variety that our own Islamic Party (PAS) wants to set up. As I wrote many times elsewhere, Islam favours a secular state; the famous Medina Charter of Prophet Muhammad proves that.

The transition period has to be managed carefully. The Military Supreme Council is duty-bound to honor its commitments to the Egyptian people’s deep aspirations for genuine freedom. As the first and immediate step, those unjustly-detained political prisoners must be freed; then the various emergency laws be removed and full freedom of conscience and expression be granted. Next would be to uproot corruption and rewrite the Constitution to give full expression to the Egyptian people’s political, economic and social rights. These must include the rights to full employment and fair distribution of income to all members of Egyptian society.

Egypt can then play a leading role and be a power for the good, not only in the Middle East, but also in today’s world of “Great Disorder under Heaven.” This would also befit Egypt’s ancient character as the centre of a great culture and civilization.

Kassim Ahmad is a Malaysian free-lance writer. His websites are: www.kassimahmad.blogspot.com and www.stormloader.com/qsmjam