PELAJARAN DARI REVOLUSI MESIR UNTUK MALAYSIA
Oleh: Kassim Ahmad
kassim311@yahoo.com
14 Februari, 2011
Manusia itu khalifah Tuhan di Bumi. Ertinya dia pemerintah. Dia pun menerima tawaranTuhan untuh memerintah dunia. Dari segi ini, ia berbeza dari binatang yang tidak diberi taraf pemerintah ini. Dengan itu, tiap-tiap manusia berhak dilayani dengan terhormat. Taraf ini telah disytiharkan dalam Perisytiharan Universal hak Asasi Manusia PBB (1945). Dengan itu, tiap-tiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk dihormati. Oleh kerana itulah maka Kerjaan kita mestilah mewujudkan sebuah sistem sosio-ekonomi yang boleh memenuhi tuntutan itu.
Kita baru saja menyaksikan kebangkitan rakyat Mesir menuntut hak mereka yang sepenuhnya setelah dibelenggu oleh pemerintahnya yang bersifat oligarki selama 30 tahun. Mengapakah Kerajaan Mubarak menjadi begitu? Kerana ia telah memilih sistem yang menyeleweng daripada “Jalan Lurus†yang diperintah oleh Tuhan kepada manusia. Akibatnya, rakyat Mesir hidup dalam sistem penindasan selama 30 tahun. Kemarahan yang terpendam di dada 80 juta rakyat Mesir selama tiga puluh tahun ini tercetus menjadi Api yang membakar Mubarak dan sistem penindasan itu!
Tuhan menyuruh kita memerintah dengan adil. Jalan keadilan itulah juga Jalan yang Lurus. Jalan yang Lurus itu jalan yang direstui oleh Tuhan daripada dua jalan menyeleweng. Itulah sebabnya kita perlu mencari Jalan yang Lurus untuk kita ikuti supaya kita selamat dan bahagia.
Kita semua tahu bahawa dunia telah melalui tiga sistem besar yang gagal, kerana penyelwengannya dari sistem Jalan yang Lurus itu. Sistem-sistem ini: Teokrasi, yakni sistem yang mendakwa mengikut ajaran Tuhan, tetapi sebenarnya diwujudkan untu kepentingan satu kasta paderi, sedangkan rakyat ramai menderita; Liberalisme, yakni sistem yang mendakwa memberi kebebasan kepada individu untuk mecapai cita-citanya yang akhirnya, konon, membawa kepada kebajikan umum juga, tetapi sebenarnya berakhir dengan wujudnya sistem perhambaan untuk kebanyakan rakyat; dan sistem Komunisme, yakni sistem yang mendakwa mengutamakan kehendak kolektif dan dalam masa yang sama juga merealisasi cita-cita individu, tetapi sebenarnya berakhir dengan wujudnya satu golongan elitis tuan dengan kebanykan rakyat menjadi hamba. Tiap-tiap sistem besar itu ada kepelbagaian bentuk, tetapi kepelbagaian ini tidak boleh menutup sifat intinya yang menindas.
Oleh kerana ketiga-tiga sistem besar ini menyeleweng daripada Jalan Lurus yang Tuhan perintahkan kepada kita, maka mereka telah runtuh atau sedang runtuh. Kita di Malaysia telah memilih sistem Liberalisme. Dalam masa lima puluh tahun ini, kita telah meminda sistem ini beberapa kali. Namun demikian, kita tidak boleh mengelak daripada aneka krisis yang telah atau sedang melanda sistem ini di Barat dan di Timur. Maka itu kita tidak boleh menangguh lagi keperluan kita untuk berpindah dari sistem ini ke sistem Jalan Lurus. Jangan sampai kemarahan rakyat kita kepada sistem ini tidak dapat dibendung lagi serta membuak menjadi Revolusi Rakyat, seperti yang telah kita lihat di Mesir.
Jalan Lurus (Quran, 1: 6-7), jalan yang direstui oleh Tuhan, daripada dua jalan yang menyeleweng, iaitu jalan mereka yang ditimpa kemurkaan Tuhan, dan mereka yang sesat. Apakah maksud “mereka yang ditimpa kemurkaan Tuhan� Kalau saya tidak silap, maknanya mereka yang tahu, tetapi sengaja melakukan penyelewengan. Dari perspektif sejarah agama tauhid, mereka orang-orang Yahudi dan Kristian. Mereka menerima kitab suci daripada Tuhan dan tahu seorang nabi dan rasul lain akan turun untuk mengganti dan menyempurnakan kitab-kitab mereka yang telah mereka selewengkan. Nabi dan rasul itu tidak lain daripada Nabi Muhammad dengan kitab suci Tuhan yang terakhir, al-Quran.
Orang Yahudi dan Kristian menolak Nabi Muhammad, kerana dengki dan cemburu seorang nabi dan rasul dari bangsa lain telah dipilih oleh Tuhan. Daripada merekalah telah timbul dua sistem besar yang menyeleweng itu: Liberalisme dan Komunisme. Manakala Mesir moden memeluk sistem Komunis (satu daripada pelbagai bentuk sistem ini), Malaysia memeluk sistem Liberalisme (satu jenis daripada kepelbagaian sistem ini). Oleh kerana pemimpin-pemimpin kita pandai membuat penyesuaian, maka sistem Liberalisme kita dapat bertahan agak lama. Soalnya berapa lama lagi kita boleh bertahan dalam keadaan sistem ini dilanda krisis di tempat lahirnya sendiri, Eropah. Jawabnya, tidak lama, setahun, tiga tahun, lima tahun?
Oleh itu kita harus segera membuat persediaan untuk berpindah ke sistem Jalan Lurus.
Apakah sistem Jalan Lurus? Di sinilah panduan kitab suci al-Quran itu penting. Sistem ini sistem jalan pertengahan tempat individu dan kolektif mendapat perlindungan dan pembelaan. Di sini yang paling lemah di antara kita boleh berteduh; yang paling kuat boleh meningkat, di samping yang kuat turut melindungi dan membela yang lemah. Inilah sistem yang kita cari. Inilah rumah kita yang sebenar – Rumah Keselamatan dan Kebahagiaan.
Rumah ini mesti kita dirikan sendiri melalui pengorbanan dan perjuangan kita, dari generasi ke generasi. Tidak ada Ratu Adil, atau Imam Mahdi atau Nabi Isa Turun Kembali yang boleh menolong kita. Itu semua cerita dogeng. Hidup satu perjuangan. Tidak ada hidup, kalau tidak ada perjuangan.
Walaupun kita telah merdeka selama 53 tahun, tv kita masih menunjukkan kisah-kisah kedaifan rakyat kita, dari semua kaum, yang masih hidup dalam kemiskinan. Ini bukan kebetulan. Ini akibat sistem Liberalisme kita. Kita bertanya: Mana pejuang-pejuang kita dari pelbagai parti politik? Mana pegawai-pegawai daerah? Mana Jabatan Kebajikan Masyarakat? Mana wakil-wakil rakyat? Mana pak-pak menteri? Tidak bolehkah negara kita menghapuskan kemiskinan?
Cici-ciri sistem politik Jalan Lurus itu: keadilan, kebijaksanaan, pemerintahan melalui perundingan, ketelusan dan pertangung-jawaban. Pemimpin harus dipilih dari mereka yang layak – layak dari segi kebolehan, pengalaman dan moral. Penyelewengan-penyelewengan yang harus dielak: rasuah dan pembaziran. Budaya “seru kepada kebaikan, larang kejahatan†harus ditanam dan dipupuk di kalangan rakyat. Dalam sistem ekonomi dan kewangan, penipuan dan riba tidak diperboleh sama sekali, dan galakan dan ganjaran secukupnya diberi kepada mereka yang produktif.
Saya ingin membawa suatu contoh kecil kesilapan pemerintahan kaum oligarki kita. Tiap menteri atau ketua jabatan mempunyai dua tiga orang setiausaha. Setiap surat daripada orang ramai boleh dijawab dalam masa seminggu, ditangtangani oleh menteri atau ketua jabatan itu sendiri. Setiap balasan surat daripada orang ramai hendaklah ditulis “Tuan/Puan†atau “Encik/Cikâ€. Ini tidak berlaku, menunjukkan menteri atau ketua jabatan tidak membuat kerja dengan tekun dan teliti. Perkara kecil seperti inilah -- diulang sejuta kali, ditambah dengan berpuluh kesilapan lain yang lebih besar -- yang membuat rakyat menjadi api membakar sistem itu!
Sebuah pemerintahan Jalan Lurus harus menggalakan pembangunan tamadun bangsa – pembangunan dalam semua bidang: material, moral dan spiritual. Dalam era moden ini, dari tahun 1500 hingga Perang Dunia Pertama, Eropa menjadi kawasan budaya yang mendahului dan memimpin dunia. Peperangan dunia itu menandakan kejatuhan kawasan budaya tersebut. Sejak itu hingga sekarang, dunia mengalami krisis yang diberi nama “Kacau-bilau Agung di Bumiâ€. Untuk keluar dari kacau-bilau agung inilah maka kita perlu mencari sistem Jalan Lurus.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com dan www.stormloader.com/qsmjam
7 comments:
Salam
10 negara paling makmur di dunia ialah CYPRUS, DENMARK, ICELAND, IRELAND, JEPUN, LUXEMBOURG, NEW ZEALAND, NORWAY, SINGAPURA dan SWITZERLAND. 10 negara ini makmur dari segi kadar jenayah=0, kekuatan ekonomi, kestabilan politik, kebajikan rakyat dan juga indeks rasuah yg sangat rendah.
http://www.tourism-review.com/top-10-safest-countries-in-the-world-news2185
Tp negara2 'Islam' seperti Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Mesir, Tunisa, Algeria, Yaman, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia antara negara yg paling tinggi kadar rasuah, pencabulan hak asasi manusia, penyelewengan kuasa pemerintah, dan byk lagi masalah.
Kenapa jadi begini?? Fikirkanlah sendiri...
"Jalan yang lurus, jalan yang engkau restu atau makbul dan bukan jalan yang sesat"- begitulah lebih kurang berbunyi ayat dalam al-fatihah. Ayat ini tidak diulangi lagi, jika tidak silap dalam 6,666 ayat yang lain. Soalnya tunjuk dengan nyata atau konkrik sebuah contoh pentadbiran yang mengikut 'jalan yang lurus?' dari kalangan orang yang beragama, kalu ada pun contoh itu akan memalukan kita, supaya dapat diikuti atau ayat ini hanya satu anjuran atau satu motivasi saja dan masih di alam abstrak. Secara unggulnya memang tak mungkin ada jalan yang lurus melainkan jalan berliku-liku penuh onar dan perit-pahit, semasa proses itu perlu membuat adaptasi, keluwesan namun tidak lari dari intinya yakni memberi keadilan,kebahagian/ketamadunan dunia dan kesejahteraan hidup di duniawi ini sebelum seseorang itu mati.
Secara mudahnya mana-mana masyarakat di dunia baik yang primitif dan moden (beragama atau tidak beragam) wujudnya satu struktur pemerintah dan diperintah, selalunya pemerintah akan menindas golongan yang diperintah dengan pelbagai cara dan tidak mengikut 'jalan yang lurus'. Jadi di sini mungkin jalan yang lurus bermaksud mendongkel golongan yang menindas seperti yang berlaku di negara Arab/Eropah Timur/Indonesia/Filipina tetapi belum lagi di Malaysia, yang kebanyakannya tidak membawa isu tauhid/keesahan dalam perjuangan mereka menuntut keadilan. Mereka sekurang-kurangnya mahu lolos daripada sistem penindasan( hisap darah rakyat) yang melelahkan itu. Mereka yang akan bangkit adalah golongan yang miskin, tanpa kerja, orang yang sedar kewujudan jaringan penindasan pemerintah dan mereka biasanya bukan dari golongan yang beerpandu pada kitab-kitab yang bahasanya amat 'arcane'
Allah sudah tentukan bahawa manusia membiak berdasarkan kepada hubungan jenis antara lelaki dan perempuan.Terkecuali Nabi Adam, isterinya Siti Hawa, Nabi Isa dan bayi Tabung Uji.Tiada bayi yang berhak untuk memilih ibu dan bapa, lahir di mana, bangsa apa, rupa dan warna,di terima sahaja nasib yang sedia ada.
Namun setelah dilahirkan setiap bayi berhak untuk untuk mendapat makanan, berhak untuk diselimutkan dengan pakaian, dan berhak untuk berlindung dalam sebuah tempat tinggal.Tanpa diberikan hak tersebut setiap bayi tak akan hidup lama.Tanpa bayi yang membesar dunia ini akan kepupusan manusia.
Perasaan kasih sayang dalam diri manusia dan kegerunan terhadap hukuman daripada Allah tidak akan membenarkan berlakunya kematian awal bayi-bayi.
Dari bertaraf bayi sampailah kepada taraf manusia sudah lanjut umur semuanya tetap bergantung kepada makanan, pakaian dan tempat tinggal.Seorang ibu atau bapa bertanggungjawab untuk memberikan anak dan tanggungannya makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Seorang Perdana Menteri perlukan makanan, pakaian dan tempat tinggal.Kedudukannya yang tinggi mempertanggungjawabkanya bukan sahaja kapada dirinya, anak-anak dan kaum keluarganya ,
tetapi kepada suluruh tanggungannya
kalau di Malaysia berjumlah lebih kurang 28 juta.
Itulah tanggungjawab utama pucuk pimpinan yang diberikan kuasa oleh rakyat.Kalau tidak rakyat akan memberontak.
Untuk memastikan makanan, pakaian dan tempat tinggal sentiasa mencukupi, tidak semestinya tumpuan hanya diberikan kepada bidang pertanian.Wang yang didapatkan melalui kegiatan sukan, hiburan, pertahanan, kebudayaan, kesenian,kesihatan, sains dan teknologi dll, akhirnya akan sampai juga ke tangan mereka yang menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Intipatinya, kehidupan kita berkisar kepada usaha mendapatkan makanan, pakaian dan tempat tinggal kalau kita ingin terus bernyawa. Elakkan kelaparan, penyakit,ancaman cuaca,serangan berbagai jenis musuh.
Bayangkan apa reaksi kita jika pada hari esok beras kehabisan di pasaran, kedai pakaian tiada stok baru, dan rumah terlalu mahal untuk disewa apa lagi untuk dibeli.
Seorang jutawan juga perlukan makan, berpakaian dan mendiami rumah. Bezanya dengan orang yang tidak mempunyai wang yang banyak adalah mutu makanan, pakaian dan
rumah tempat tinggal. Mereka berhibur, bersukan dan memenuhkan masa dengan berbagai jenis hobi,
dan wang perbelanjaan mereka sampai kepada orang lain yang akan mempergunakannya untuk membayar makanan, pakaian dan tempat tinggal. Mereka berhak berbelanja mewah. Soalnya adakah wang yang mereka dapatkan adalah bersih dan halal?
Kalau mereka berpegang kepada ajaran Allah tentulah mereka akan disanjung dan dihormati.
Pada saya jalan yang lurus yang diperkatakan oleh Pak Kasim
ialah pihak yang berkuasa tidak membiarkan rakyat tidak berwang untuk membeli makanan (bermakna pekerjaan mesti disediakan dan bekalan makanan sentiasa mencukupi).Rakyat tidak dibiarkan tidak berwang untuk membeli pakaian untuk menjaga maruah dan kesihatan,(bermakna pakaian mudah didapti dan tidak terlalu mahal)
dan rakyat tidak dibiarkan tidak berwang untuk menyewa atau membeli rumah tempat tinggal( bermakna rumah yang mampu disewa atau dibeli oleh rakyat bawahan mesti dibina mencukupi).
1. Saya mohon kepada mereka yang ingin membuat komen, buatlah komen yang ringkas, maksimum 100 perkataan.
2. Saya hargai semua komen.
Sdr Kassim
Saya kira tidak perlu menyarankan komen harus dimaksimumkan sebanyak 100 perkataan kerana yang penting bukannya jumlah perkataan melainkan hujah ayat komen yang bernas. Tetapi jika komen asyik mencari tafsiran al-Quran yang terbaik yang diulang-ulang tetapi tidak yang menyaran permintaan universal manusia yakni reformasi demokrasi, keadilan, menghapuskan kemiskinan, hak bersuara yang bertanggungjawab, menghapuskan penindasan dan peningkatan kesejahteaan hidup, maka komen sedemikian harus tidak digalakkan.
Kita mesti ada banyak ulasan seperti yang didapati dari siaran Aljazeera dan bukan dari mereka( baik akademik, profesor kangkung, naib canselor, ulama, mufti,sejarawan atau NGO upahan ) yang membodek sama ada sepenuh atau separa bodek terhadap rejim korap.
Orang Malaysia kena ambil iktibar dari peristiwa di negara Arab kini yang sedang melalui satu proses sejarah yang mana proses meminta perubahan tidak lagi disusuli dengan ajaran agama mereka. Agama seperti kata Karl Marx adalah bagai candu pada minda rakyat. Mereka akan berdengung dengan bahasa arken agama yang dikupas oleh ustaz atau motivasi agama tanpa nanlisis dan kritis. Rakyat Arab bangkit mahu menumbangkan kebatilan ( false consiousness) secara sekular.
Jadi galakan sesiapa yang mahu berkongsi menyumbang komen dan hujahan. Nanti ada orang kata mesti menyekatkan sekurang-kurangnya 2 cm lebar senyum wanita terhadap bukan muhrimnya, atau kena pakai seluar sekurang-kurangnya menutup 4 cm dari lutut dan banyak lagi bentuk 'censorship' halus dan tak ketara.
Salam,
1) Jika masuk rumah orang, hormatilah saranan tuan rumah itu.
2) Kuantiti tidak menjamin kualiti.
3) Biar pendek asalkan padat dengan mesej.
Hidup manusia ini adalah perjuangan. Hidup manusia ini adalah perjuangan kelas. Perjuangan - kelas yang ditindas melawan kelas yang menindas. Perjuangan menentang kezaliman dan kebatilan. Perjuangan untuk menegak keadilan dan menumpas penipuan. Jangan sesekali kau lupa akan hakikat ini wahai kawan ku.
Kalau nak faham perjuangan sekular yang mencakup sosiobudayaekonomipolitik kena baca analisis sosiologi/ekonomi/antropologi yang prorakyat, jangan baca kitab injil atau ulamak kerana mereka tiada analisis melainkan mengguna bahasa yang bukan membuka mata awam melainkan asyik menyerah kepada Tuhan untuk segala-galanya. Lihat revolusi moden di mana-mana mana mana guna azimat atau tangkal agama melainkan menyedarkan rakyat daripada lena tidur atau yang sedang berdengung dengan 'divine help'
Post a Comment