TUDUNG: PENEMUAN
BARU
Oleh: Kassim Ahmad
28 Mei, 2014
Tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu yang beragama
Islam sekarang tidak berasal dari ajaran Quran. Dalam ajaran Quran, rambut
wanita bukan ‘aurat. Buktinya terdapat dalam ayat-ayat berhubung dengan wuduk
(Quran, 5: 6) dan dengan pakaian (Quran, 24: 30-31).
Tudung ini berasal dari kitab Taurat, Perjanjian Baru,
Bab Korintus I, 11: 5-9 yang berbunyai, “Tetapi
tiap-tiap perempuan yang berdoa dan bernubuat dengan kepala yang tidak
bertudung menghina kepala-nya sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur
rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya maka haruslah ia
juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa
rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab
lelaki tidak perlu menudungi kepalanya; ia menyinar-kan gambaran dan kemuliaan
Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki. Sebab lelaki tidak
berasal daripada perempuan, tetapi perempuan berasal daripada lelaki. Dan
lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana
lelaki.” (1)TUDUNG: PENEMUAN bARU. (Tekanan ditambah.)
Tidak banyak orang Islam mengetahui
bahawa tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita mereka sekarang berasal dari
kitab Taurat.
KASSIM
AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Blognya
www.kassimahmad.blogspot.com
29 comments:
ketika seorang berhujah tanpa berguru, inilah jadinya.... banyakkan kaji quran hadis lagi, semoga Allah menyayangimu
En.Kassim, terima kasih kerana berani bersuara dan menegak kan yang benar. Sejak dulu saya sudah merasa, ada sesuatu yang tidak betul dgn ajaran Islam. Islam sekarang makin menyimpang jauh dari Al-Quran. Perempuan2 Islam di Malaysia sedikit demi sedikit bakal melalui nasih yang sama dgn wanita Arab Saudi, Yemen, Pakistan dan Afghanistan. Just a matter of time.
astaghfirullah..sdah jelas dlm alquran,,,islam mewajibkan mnutup aurat..dlm hadith pon ade..aurat llaki:atas pusat hngge bwah lutut..aurat prempuan:sluruh anggote bdan kcuali muka n tapak tngn....jdi rmbut itu AURAT la...
Syabas.Pak Kassim.
ketika seseorang berhujah dgn berguru dan gurunya pun tidak betul.. maka jadi la spt org islam sekarang ini. dari mufti dan bekas mufti, dari imam besar mekkah hingga ke graduan india di serambi mekah. ulamak menjatuh kan fatwa sesuka hati utk populariti dan jaga perut sendiri.
terimakasih atas panduan dan buah fikiran mu, tuan kassim. semoga tuhan menyayangi mu dan semoga kamu menyayangi diri mu.
guru kassim Ahmad adalah Al quran iaitu ayat2 Allah dan bukan ayat2 dari manusia.
jawapan tipikal orang tidak ada ilmu..... suruh orang lain kaji lagi konon..... ngok..
Anon 6.02,
En Kassim berhujah berdasarkan ayat Al-Quran. Mana pula hujah darimu yang berguru? Cubalah tepis hujah En Kassim dengan hujah mu dan hujah gurumu berdasarkan Al-Quran.. atau kamu dan gurumu itu tidak percaya dengan Al-Quran?
-Lara-
Salam,
Anon di atas menyeru kita agar berguru, tapi jika guru yang diikuti itu juga terpesong bagaimana? jadi sebaiknya kita mengikuti Al quran yang turun dari Allah melalui Rasulullah..Rasulullah menyampaikan apa yang terkandung di dalam Al quran, pemberi amaran.Al quran tidak akan pernah salah tapi hadis yg perawinya manusia akan ada kesalahan terutamanya selepas beratus tahun disebut dari mulut ke mulut. Berita dalam masa sehari pun boleh berubah walaupun di zaman moden..inikan pula zaman dahulu. Kembalilah kepada Al quran jika kita ragu2 kerana itulah tujuan utama Allah turunkan Al quran..sebagai panduan dan rujukan umat manusia yg beriman
Wassalam..
Cuba baca dan faham betul2. Dlm quran x sebut pun rambut tu aurat. Zaman teknologi maklumat jawapan di hujung jari
Anonymous, 3:01 AM.
Aurat ialah perkataan bahasa Arab yg bermaksud KEBOGELAN / BAHAGIAN KEMALUAN dalam bahasa Melayu. Dalam AL QURAN , tak ada pun yg mengatakan bahawa "aurat" wanita semua kecuali muka dan tangan. Tak ada. Kesian orang Islam sekarang yg terima bahawa semua anggota badan wanita kecuali muka dan tapak tangan tu ialah aurat / kebogelan sebab mereka menerima PENGHINAAN terhadap wanita.
Quran kata suruh wanita tutup kemaluan dan dada dan bahagian yg tak normal untuk ditunjuk / dilihat. Adakah rambut tu tak elok untuk ditunjuk? Kenapa rambut, leher, telinga, kaki, kepala dan lengan wanita juga perlu disamakan dengan kemaluan dan dada wanita?
Betapa hinanya ajaran "Islam" yg telah seleweng daripada Quran dan Islam yg asal ni terhadap kaum wanita.
Dalam surah anNur ayat 31, yadhribna bikhumurihinna 'ala juyubihinna tu bukan bermaksud pakai tudung kepala yg labuhnya sampai ke dada. Tapi ia bermaksud TUTUP DADA DENGAN PAKAIAN/PENUTUP/COVERING. Tak ada kepala atau rambut pun dalam ayat tu. Rambut dan kepala adalah anggota manusia yg paling zahir selain dari muka.
1. Siapa kata saya tidak berguru? Guru-guru saya ibu-bapa saya, guru-guru pelbagai peringkat sekolah, dan para sarjana yang saya baca.
2. Tetapi guru saya yang pertama dan terakhir Tuhan. ("Dialah yang mengajar mereka apa yang mereka tidak tahu.") Ini termasuklah Quran.
Kenapa setarafkan Quran dan hadis.Sungguh sedih.Bukankah Quran itu lengkap dan sempurna,kenapa mesti ada hadis untuk 'menyokong' baru hendak terima?
Hadis itu ibarat cerita saja-ada yang boleh jadi teladan tetapi banyak yang menyesatkan.Tapi di M'sia ni hadis tu dah macam setaraf dgn Quran.
Pertama kali saya sampai di blog ni...byk bahan menarik.untuk dibaca...alhamdullilah ....segalanya adalah dari Allah...Allah adalah Maha segala2nya...manusia hanyalah bergerak mengikut acuan dan jalan cerita yang telah ditetapkan Allah termasuklah kemampuan dan penerimaan logic akal terhadap ilmu dan pemahaman baru.. Semoga Allah sentiasa merahmati mu..yang baik dan buruk segalanya adalah bukti kekuasaan Allah...mengikut pemahaman logic akal saya,setiap makhluk taat dan menurut sahaja perintah Allah..termasuklah iblis yang sememangnye telah ditetapkan Allah supaya jalan cerita si iblis adalah untuk menyesatkan manusia...dalam erti kata lain...mengingkari arahan Allah itu sendiri adalah sesuatu yg telah ditetapkan oleh Nya..kerana hamba tidak berkuasa..hanya Allah yang maha berkuasa dan maha segala- galanya....
Tak pnh aku dgr org pakai dalil Taurat. Al-Quran tu dah merangkumi seluruh zaman. Baca sendiri dalil aqli dan naqli berkenaan aurat wanita.
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)
Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.
Ibnu Jarir At Thobari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami' Al Bayan fi Tafsir Al Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang dimaksudkan “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami' li Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” - HR Abi Dawud
Islam zaman sekarang jadi makin kompleks & sarat..bertentangan dengan Islam itu mudah.Umat makin ketinggalan,berperang berbunuhan sesama sendiri,negara Islam mana yg boleh menjadi contoh..
Study tu mesti ta betul...
Belaja je tinggi tp bangang hahhaa
Islam dtg dri allah bukan dtg dari manusia..
Hish sebelum nak tulis tanya ulama dulu kalau ta sure
Bahasa Al-Quran tu tinggi. Saudara jgn samakan bahasa Quran ni sama mcm saudara tafsirkan sastera melayu.
Fahami Quran ikut kefahaman sendiri beginilah jadinya. Bilamana hadis dikhabarkn hanya sekadar cerita sahaja, maka segala perbuatan & tingkah laku Rasulullah itu boleh dipandang sebelah mata kah?
Mengapa, adakah Rasulullah itu tidak lebih drp seorang gelandangan sahaja sehinggakan segala perbuatan yakni sunnah baginda dianggap cerita dongeng rakyat?
Adakah panel2 semasa perbincangan dan pengumpulan hadis itu orgnya seperti kalian semua imannya? Jauh panggang drp api. Namun, msh lg mempertikaikan mereka semua yakni periwayat hadis bahawa mereka semua tidak cukup khatam lg mengenal iman, quran & hadis?
Hebatkah ilmu kamu sehingga sanggup menolak hadis? Hebatkah iman kamu sehingga menidakkan perawi, periwayat hadis?
Tuan. Kena pegang dua-dua hadith,Quran Dan sunnah. Contohnya DLM Quran cuma state dirikan solat tp tak Ada detail macamana Cara nak buat solat tu. JD kita refer hadith Dan sunah nabi saw.
Komen2 yg sokong pak kassim msti tak pakai tdung kn?ok kalau macam tu korang takyah pakai telekung la ek time solat..biar togel je kepala tuh...
Another idiot talking through his nose
saudara hazim cakap Islam datang dari Allah tetapi bersandarkan ulama semata2..bukan ke kita perlu bersandarkan Al quran?buat apa Allah turunkan Al quran kalau kita hanya bersandarkan pendapat ulama semata2?
Saya kagum dengan kajian pak kassim..tetapi para ulamak di msia terus menerus menghukum beliau..pemikir ilmuan yang mengkaji al quran selama 38 tahun bukan satu usaha yang mudah..mengapa kita mengagungkan teori darwin dan memandang rendah kajian alquran?..terima kasih pak kassim atas kajian anda.
And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed. 24:31
O you who have believed, when you rise to [perform] prayer, wash your faces and your forearms to the elbows and wipe over your heads and wash your feet to the ankles. And if you are in a state of janabah, then purify yourselves. But if you are ill or on a journey or one of you comes from the place of relieving himself or you have contacted women and do not find water, then seek clean earth and wipe over your faces and hands with it. Allah does not intend to make difficulty for you, but He intends to purify you and complete His favor upon you that you may be grateful. 5:6
"Tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu yang beragama Islam sekarang tidak berasal dari ajaran Quran. Dalam ajaran Quran, rambut wanita bukan ‘aurat. Buktinya terdapat dalam ayat-ayat berhubung dengan wuduk (Quran, 5: 6) dan dengan pakaian (Quran, 24: 30-31)."(Kassim Ahmad)
which part said of both 5:6 and 30:31 mentioned no need to cover the hair? none of your "bukti" said so. Are you lying?
Ya Allah, ampunilah ummat Muhammad SAW
Ya Allah, perkasakanlah ummat Muhammad SAW
Ya Allah berilah petunjuk (jalan yang Engkau redhai)kepada ummat Muhammad SAW
Tiada 'segala' melainkan Engkau, dan Muhammad itu 'jalan' kepada Mu
Assalam Yusuf Ismail,
30:31 revelation was sent down during that time when women pratice wearing their headcover by exposing their chest, ear and neck. So the revelation was sent down commanding women to extend their headcover to cover their chest. Ilogical to cover only ear and neck during that time as arabic women covered their head.
The word khimar doesnt necessarily mean head covering,
3:3-4
Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil, sebelum (Al Quran), menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Al Furqaan. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh siksa yang berat; dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (siksa).
Pak Kassim sentiasalah berdoa agar Allah buka kan hati pakcik dan guide u to the right path. Sesungguhnya Allah maha pengampun.
Post a Comment