Wednesday, May 28, 2014

JAWAPAN KEPADA KOMEN





JAWAPAN KEPADA KOMEN 

Oleh: Kassim Ahmad
28 Mei, 2014.

            Oleh kerana tiga bulan lebih saya tidak memasuki blog saya, terperanjat saya melihat hampir 2,000 komen, 1,943 persisnya. Dua jam saya baca pun tidak habis! Oleh itu, saya akan jawab komen-komen itu di sini.
            Kira-kira 70% daripada komen itu membantah fikiran saya. Sesetengah menyalahkan saya sebagai seorang yang menganut ideologi sosialis; sesetengah mendakwa saya tidak tahu tentang Islam; dan sesetengah lagi mencerca saya. Kira-kira 20% memberi pujian dan menyokong saya.
Pertama, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang menyokong saya. Sokongan anda menggalakkan saya.Segala yang baik itu daripada Tuhan. Oleh itu segala puji bagi Allah.
Kedua, apabila kita bertukar-tukar fikiran atau berbahas, jangan mencerca atau menghukum. Ini perbuatan orang jahil.
Ketiga, pandangan kiri saya persis kerana Islam yang sebenar itu (yakni yang diajar dalam Quran) suatu pandangan hidup yang revolusioner. Pandangan hidup yang revolutionar itu bersifat humanis, republikan dan demokratik. Pandang hidup yang terkandung dalam Quran itu lebih revolusioner dari Menifesto Komunis yang dikarang oleh Marx dan Engels. Cara hidup yang dianjurkan oleh Islam itu MANUSIA YANG BEBAS DAN BERDAULAT, tidak tunduk kepada kuasa-kuasa palsu, yakni patung-patung;  dan MANUSIA YANG MAHU SEBUAH DUNIA YANG ADIL (tiada penindasan, tiada kejahilan, tiada kemiskinan).
(Saya berasal dari sebuah keluarga miskin. Maka itu saya memuliakan orang miskin.)
Keempat, mana anda tahu bahawa saya tidak tahu Islam? Kerana saya bukan kelulusan al-Azhar? Alasan ini cetek sekali! Kerana saya tidak ikut ajaran “ulama” (“ular dalam semak”, kata budak-budak nakal). Alasan ini juga tidak boleh dipakai. Jadi, sebelum bercakap, siasat dulu.  
Kelima, ada yang bertanya bagaimana boleh berjumpa dengan saya. Telefon saya di 04-4031871 atau 012-4291152.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Blognya www.kassimahmad.blogspot.com 
 

4 comments:

_frumos_ said...

islam sekarang dah diselewengkan oleh pihak2 yg mengaku diri sebagai ulama.menyedihkan. mentafsir ikut acuan mereka dan apabila berbeza sikit terus dituduh sesat.

mekyam said...

salam pak kassim! bagus sekali pak kassim menjawab secara am begini.

saya ada juga membaca komen yg menghukum dan mengutuk pak kassim itu. selepas beberapa tak larat. malangnya ramai orang yg minda tertutup mulutnya tidak tertutup sama.

submissiontoallah said...

terima kasih kerana menyatakan kebenaran.memang susah hidup dengan org-org hipokrit disekliling.Konon Islam dari pakaian ..cara hidup,cara bercakap tidak mengikut Quran.Kadang-kadang saya rasa sungguh takut dengan mereka yang kononnya nak memperjuangkan Islam.Tetapi..saya hanya menyerah diri pada Allah.

Anonymous said...

Karya Pak Kassim nampak telus, tiada keuntungan duniawi, atau material yang jelas, lebih kepada kepuasan peribadi berkongsi intelek Pak Kassim . Semoga perjuangan Pak Kassim dilindungi Allah dan mencapai matlamat. Semoga Diizinkan Allah. :)