HAIRAN BIN AJAIB:
APABILA SABJEKTIVITI
BERTEMUA
DENGAN OBJEKTIVITI …
Oleh: Kassim Ahmad
16 Jun, 2014
Saya menulis
esei ini untuk memaparkan suatu perkara yang ajaib berhubunug dengan rambut
wanita. Kebanykan rakyat kita, lelaki
dan wanita, menganggap rambut wanita itu ‘aurat, yakni kebogelan, yang perlu
ditutup. Saya telah menyatakan bahawa Quran memberitahu kita bahawa rambut wanita bukan ‘aurat. Saya
juga telah mendedahkan bahawa ajaran yang menyuruh wanita menutup kepala mereka
datang dari kitab Taurat. Kita juga tahu bahawa kitab Taurat telah diatasi oleh
Quran, kitab suci terakhir untuk orang yang beriman.
Butki bahawa
rambut wanita bukan ‘aurat terdapat dalam Quran. Biar saya petik ayat itu
sepenuhnya. “Katakan kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan mata
mereka dan memelihara kehormatan mereka. Ini lebih suci bagi mereka. Tuhan
mengetahui segala apa yang mereka lakukan. Dan katakana kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya mereka menundukkan mata mereka dan memelihara kesucian
mereka. Mereka tidak harus mendedahkan anggota badan mereka kecuali apa yang
perlu. Mereka harus menutup dada mereka dan mereka tidak harus melonggarkan kod
pakaian ini kecuali di hadapan suami-suami mereka … Mereka tidak harus
menhentak kaki mereka apabila mereka berjalan untuk mengoyang dan mendedahkan
sesetenagh anggota badan mereka. Semua kamu hendaklah bertaubat kepada Tuhan,
wahai kamu yang beriman, agar kamu berjaya.” (Quran, 24: 30-31)
Bagi kaum
wanita, yang perlu ditutup: dada hingga ke bawah lutut. Inilah ‘aurat mereka. Ia tidak termasuk kepala. Satu lagi
bukti bahawa kepada wanita bukan ‘aurat apabila mereka mengambil wuduk, mereka
disuruh sapu kepala. Ini menunjukkan bahawa di kepala mereka ada habuk yang
perlu dibuang.
Tudung yang dipakai oleh kebanyakan
wanita Melayu yang beragama Islam sekarang tidak berasal dari ajaran Quran.
Dalam ajaran Quran, seperti yang telah saya katakan, rambut wanita bukan
‘aurat. Ayat ini telah saya petik di atas.
Tudung ini berasal dari kitab Taurat, Perjanjian Baru,
Bab Korintus I, 11: 5-9 yang berbunyai, “Tetapi
tiap-tiap perempuan yang berdoa dan bernubuat dengan kepala yang tidak
bertudung menghina kepala-nya sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur
rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya maka haruslah ia
juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa
rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab
lelaki tidak perlu menudungi kepalanya; ia menyinar-kan gambaran dan kemuliaan
Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki. Sebab lelaki tidak
berasal daripada perempuan, tetapi perempuan berasal daripada lelaki. Dan
lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana
lelaki.”[1] (Tekanan ditambah.)
Tidak banyak orang Islam mengetahui
bahawa tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita mereka sekarang berasal dari
kitab Taurat. Seperti yang kita tahu, Quran
mensahkan dan mengatasi. (Quran, 5: 48) Maknanya, Quran mensahkan
ajaran-ajaran yang betul dalam kitab-kitab suci dulu, dan, di samping itu,
Quran memberi ajaran yang lebih daripada yang diberi dalam kitab-kitab dulu.
Jadi, tudung yang dipakai itu tidak
diajar dalam Quran. Apakah hukumnya jika kita melanggar ajaran Tuhan? Berdosa.
Berdosa bererti ia mendatangkan mudarat kepada kita. Mereka yang memakai tudung
menghalang udara bersih dari kepala mereka. Ini akan mendatangkan akibat buruk
kepada kepala mereka.
Ambil contoh apa yang dikatakan hukum
hudud. Perkataan ‘hudud’ (bermakna ‘sempadan’) digunakan 14 kali dalam Quran.
Tidak satu pun merujuk kepada hukuman. Mari
kita petik daripada seorang sarjana: “’Sempadan yang diletakkan oleh
Tuhan’ meliputi semua perkara, dan istilah itu merujuk dalam Quran kepada
pelbagai undang-undang, bukan saja kepada undang-undang keseksaan. Quran
menggunkan ‘hudud’ berhubung dengan berpuasa, undang-undang keluarga, dan
fara’id … di samping menggunakan istilah itu dalam makna yang umum dan luas
yang mengndungi semua ajaran Tuhan dan undang-undang. Tidaklah adil bagi
Syari’ah diwakili dalam sesetengah pendapat hanya dengan hukuman.” [2]
Seorang lagi sarjana yang yang
menyetujui apa yang dipanggil hukum hudud mengaku hukum ini dari zaman gasar
dan tidak wajar dilaksanakan sekarang. Beliau menyatakan selepas beberapa tahun
selepas Nabi Muhammad wafat, hukum ini tidak dilaksanakan lagi! Malah buku ini
mengandung banyak kontradiksi: yang mengaku ada konsep had, ada yang tidak. [3]
Banyak penyelewengan lain yang telah berlaku dalam
praktik umat Islam sekarang.[4]
Bahawa apa yang dipanggil hukum hudud
itu satu salah faham besar dibuktikan oleh ketiadaan ia disebut dalam dokumen bersejarah
Nabi Muhammad, Piagam Madinah.
Mengapakah penyelewengan-penyelewengan
ini berlaku? Mereka berlaku kerana biasanya setelah berlalu kira-kira 300 tahun,
semua ajaran baik akan dimasuki balik khurafat-khurafat yang wujud yang hendak
dihapuskan oleh ajaran itu. Begitu yang berlaku kepada agama-agama atau
fahaman-fahaman Hinduisme, Konfusianisme,
Judaisme dan juga Islam. Apabila sabjektivi, yakni fikiran kita, bertembung
dengan objektiviti, yakni dunia luar, sabjektiviti kita akan mengubah
objektiviti, mengikut apa yang ia mahu.
Namun demikian, dalam hal Islam,
obejektivi deen itu senantiasa terdapat
dalam Quran, kitab suci Tuhan yang terakhir yang Tuhan Sendiri pelihara. [5]
Oleh seb itu Nabi Muhammad disifatkan sebagai suatu rahmat kepada semua bangsa.[6]
--------------------------------------
[1]
Dipetik dari Al-Kitab, Lembaga Alkitab
Indonesia, Jakarta, 1984; hlm. 218.
[2]
Mohammad Hashim Kamali, Punishment in
Islamic Law : n Enquiry into the Hudud Bill of Kelantan, (Malaysia: 1955);
pp. iv-v.
[3]
Mohamed S. Al-Awa, Punishment in Islamic
Law: A Comparative Study, (American Trust Publication Indianapolis: 1982),
[4] Lihat
teks ucapan saya kepada Konferensi Politik Nasional di dewan Yayasan Kepimpinan
Perdana pada 16 Februari, 2014. Tajuknya, “Halatuju Politik Negara Malaysia
untuk Tiga Puluh Tahun Akandatang.” Teks ucapan ini telah disiarkan dalam blog
saya www.kassimahmad.blogspot.com
[5]
Lihat Quran, 15: 9..
[6] Quran,
21: 107.
19 comments:
Salam Pak Kassim,
Berkenaan dengan isu tudung ni saya ada baca satu catatan yang menarik dalam buku 'Hadith: Muhammad's Legacy in the Medieval and Modern World' karangan Jonathan AC Brown (beliau seorang sarjana tentang tradisi Islam dan juga seorang mualaf).
Menurutnya, dalam perdebatan era moden tentang sama ada memakai tudung itu suatu kewajipan, ada sesetengah pihak mendakwa bukan sahaja perkara ini tidak diarahkan dalam Quran, malah hadis-hadis yang mengarahkannya adalah tidak sahih. Sebaliknya tuntutan untuk mewajibkan memakai tudung ni dipertahankan atas sebab ijmak, yakni kerana telah dipersetujui oleh komuniti ulamak2 ahli sunnah sejak dahulu, dan menyatakan sebaliknya bermakna berpaling daripada mazhab2 ahli sunnah (m.s. 168).
Kenyataan ini menarik kerana jika benar dan dilihat dari kaca mata Islam tradisional pun(Islam yang mengambil hadith dll sebagai sumber hukum), arahan yang mewajibkan pemakaian tudung itu tiada dalam 2 sumber utama. Kalau sesuatu perkara itu tidak diarahkan oleh dua sumber utama Islam tradisional ni Muslim tradisional pun sepatutnya ada ruang untuk mempersoalkan keputusan ulamak2 untuk mewajibkannya.
Keep going.....
Tuan Kassim,
Saya anggap kajian tuan kassim dan penemuan tentang aurat dan pemakaian tudung ini sebagai hasil terhebat dalam ilmu Islam.
Selagi tiada hujah dari pihak lain yang menyangkal dengan sahih tentang perkara ini,saya mengguna pakai penemuan tuan ini.
Saya menyedari ilmu Islam sebenar masih luas lagi dan perlu pengkajian yang berterusan.
Kepada pengkritik,tidak ada satupun sumbangan tuan tuan kepada umat Islam yang aya nampak.Ibarat pengecut,tikam dari belakang.Tiada hujah bernas walau satupun untuk menyangkal kata kata tuan kassim ini.Sila rujuk komen dari suratkhabar dan lain lain media.
Kepercayaan kepada kata kata tuan kassim dikuatkan lagi dengan keadaan tuan yang tiada berpengikut atau pertubuhan dan sebagainya.Ini membuktikan tuan tidak ada sebarang kepentingan,melainkan ilmu.
Kepada sarjana sarjana Islam,sila ulangkaji pelajaran semula.Mungkin tertinggal perkara perkara kecil,tetapi besar sekali maknanya.
Moga tuan dipanjanglan umur dan sihat.Saya yang muda inipun tak mampu berbuat seperti tuan.Kebenaran akan tegak.Saya sanjung usaha gigih tuan.
Terima kasih.
Salam pak kasim. Mohon pak kassim ulas ni..
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial
Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa
itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
Encik Kassim nak suruh perempuan bogel terus ke ? Tutup rambut bagi perempuan boleh mengekang nafsu syahwat lelaki. Jawapan dari budak sekolah rendah iaitu saya.
Bila lagi orang muslim di Malaysia nak bergerak ke hadapan jika selalu terperangkap dengan isu remeh-temeh seperti rambut, aurat, baca shadat, makan zat babi sehingga tenaga intelek habis digunakan untuk menyelesaikannya. Itu satu hal kini orang Muslim berperang sesama sendiri di Timur Tengah, ada yang membunuh bak seperti dua puak tribal yang primitif, masing-masing sama ada dicaturkan oleh kuasa besar atau nak tunjuk merekalah Islam yang sejati, benar, tulen, mengikut jalan yang lurus yang yang di terima oleh Tuhan. Apa ni orang Islam punyai imej yang hodoh tapi masih mempertahankan yang kupasannya mengenai apa saja baik yang pokok mahu yang remeh temeh adalah yang sebenarnya.
pemakaian Tudung berfesyen...
bertudung tetapi berpakaian ketat seperti berbogel apa cerita..minta pencerahan
tahniah kerana anda telah grad sebagai pelajar kassim.....kena tipu hidup2 bodoh....kau tu kena belajar lg tentang islam xpayah nk suruh sarjana2 islam......memalukan...
syiah bukan islam....jgn jd bodohlah....nk bercakap tentang islam tp xtahu apa2....inilah yg dikata bodoh...
Ayat dari surah nur di atas telah diselewengkan,baca n rujuk kembali ayat alquran dimana terjemahan sebenarnya adalah "dan katakanlah kpd para perempuan y beriman, agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang terlihat.dan hendaklah mereka menutup menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka............ Harap jangan percaya bulat2 segala apa y dikata di internet dan kaji dahulu.
Al-Quran & hadis pegangan hidup. Jika Al-Quran & logik akal saja tanpa merujuk hadis inilah jadinya.
Bahasa Al-Quran sgt tinggi. Bkn sembarangan org Allah wahyukn kalamNya. Sesudah diwahyukan kpd Nabi Muhammad, baginda menyampaikn kpd para sahabat baginda. Huraian drp Rasulullah para sahabat mula memahami kandungan ayat2 tersebut.
Sekiranya saudara berasakn kenyataan2 saudara itu btul, maka saudara sedikit sebanyak telah bercanggah dengan imam2 mazhab.
Kaji dulu perihal hidup periwayat hadis & imam2 mazhab ini. Oh yer, jgn kaji seorg diri pula. Belajarlah dgn yg 'pakar' dlm bidang itu. Seperti saudara ms belajar juga, belajar sesuatu subjek itu dgn yg arif dlm subjek itu.
Hati2 bila berbicara soal hukum hakam agama. Ulama2 terdahulu lbh penat & jerih hidup mereka menimba ilmu agama berbanding saudara.
Dah engkau pun budak sekolah rendah, jadi tahap otak kau pun mmg tahap lagi bodoh dari tadika lah jawab nya. Dah lah bodoh, nak tunjuk lagi kebodohan tu. Pergi main jauh2 and jangan menyibuk kat sini.
The problem with the world is that, all the intelligent people are full of doubt, while the stupid people are full of confidence!
Dah engkau pun budak sekolah rendah, jadi tahap otak kau pun mmg tahap lagi bodoh dari tadika lah jawab nya. Dah lah bodoh, nak tunjuk lagi kebodohan tu. Pergi main jauh2 and jangan menyibuk kat sini.
The problem with the world is that, all the intelligent people are full of doubt, while the stupid people are full of confidence!
Tuan kassim dah jawab dalam pos yang lepas
Saudara Kasim telah dijatuh hukuman kufur,terpesong akidah dan sebagainya.
Perbicaraan baru nak bermula,hukuman sudah dijatuhkan awal awal lagi.
Kita pening dengan situasi di Malaysia yang dijaja sebagai negara Islam,pengamal demokrasi dan adil.
Orang orang yang berkata itu bukan orang bodoh,tetapi dikata dan dianggap ahli agama Islam.Mufti,Prof.dan orang berjawatan dan juga berkuasa pula boleh berbuat demikian.Mereka ini juga adalah pengamal undang undang syariah.
Inilah Malaysia,inilah cara sebahagian pemimpin Islam menegak syariat!hahaha...
Kepada Anon:
1. Saya menyatakan berdasarkan ajaran Quran rambut wanita bukan 'aurat.
2. Saya tidak suruh wanita berbogel. Otak fikiran apa anda pakai?
assalamualaikum pak kassim...
saya sangat tertarik dengan hujahan pak kasim mengenai shahadah kedua yang dibatalkan dalam surah 63 ayat 1 tersebut. namun sejujurnya saya masih belum faham sepenuhnya dengan maksud "dibatalkan" tersebut. menurut kefahaman saya bila saya baca ayat tersebut adalah ; orang-orang munafik berdusta mengatakan bahawa Muhammad itu rasulullah. maafkan saya jika pemahaman saya sangat tipis. saya mohon penjelasan yang lebih jelas dari pak kasim. terima kasih
sekarang perasan tak ramai yg hanya sibuk menutup kepala AKA rambut daripada menutup dada dan belahan dada. dada itu yg membangkitkan nafsu dan itu yg disarankan agar perempuan tidak dipandang serong.
Saya di hina di Facebook sebab tak pakai tudung..
Post a Comment