Kassim Ahmad
Essays and commentaries from Malaysia's foremost thinker and philosopher
Saturday, July 05, 2014
TUDUHAN YANG MELULU
TUDUHAN YANG MELULU
Oleh: Kassim Ahmad
5 Julai, 2014.
Nampaknya
Prof. Madya Dr. Saodah Abd. Rahman merujuk kepasa saya dalam rencana beliau
“Agenda Pemusnahan Syariah Islam” (Lihat “Utusan Malaysia”, 4 Julai, 2014).
Saya fikir beliau tersasar jauh.
Saya tidak pernah mempertikai Nabi
Muhammad sebagai nabi lagi rasul. Apa yang saya pertikai amalan syahadah kedua. Sebab apa saya buat
begitu? Kerana persis ia tidak diajar oleh belaiu sendiri dalam Quran. Syahadah
yang pertama disahkan dalam Quran dalam Surah 3, ayat 18 yang berbunyi: “Tuhan
naik saksi tiada tuhan melainkan Dia; demikan juga para malaikat dan mereka
yang berilmu, yang enegakkan keadilan. Tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha
Perkasa, Bijaksana.” Perhatikan ayat ini
berhenti di situ tanpa meneruskan dengan apa yang dikatakan syahadah kedua.
Malah syahadah kedua dibatalkan dalam Surah 63, ayat 1, yang berbunyi, “Apabila
orang munafik datang kepada kau, mereka berkata, ‘Kami naik saksi kau rasul
Allah.’ Allah tahu kau rasul-Nya, dan Allah naik saksi bahawa orang munafik itu
pendusta.”
Anehnya, walau pun ayat ini wujud, masih ada
orang yang melafazkan syadah kedua!
Dari segi
logika, kita tidak boleh berbuat demikian kerana rasul Allah itu ramai, bukan
Muhammad seorang. Mengapa mereka sebut Muhammad saja. Lagi pula, bagaimana Nabi
Ibrahim bersyahadah? Adakah beliau berkata, “Aku naik saksi Ibrahim rasul
Allah”? Kalau beliau buat begitu bermakna ada banyak Islam. Ini tidak benar
sama sekali.
Jadi, syahadah
itu satu saja. Syahada ini diamalkan oleh semua nabi dan rasul, termasuk Nabi
Muhammad.
Saya juga
membantah pendewaan Nabi Muhammad dengan menyamakan beliau dengan Allah dalam mesjid-mesjid,
rumah-rumah dan kereta-kereta. Ini sama sekali tidak bermakna saya
memperkecilkan beliau. Beliau penyudah segala nabi dan disifatkan oleh Tuhan
sebagai rahmat kepada seluruh manusia. Tetapi menyamakan beliau dengan Tuhan
dengan menulis nama beliau dan Tuhan sama besar dan separas itu salah besar.
Ada orang
akan bertanya mengapa kebanyakan umat Islam di seluruh dunia berbuat demikian.
Jawabnya, kerana mereka ikut Islam baka, Islam yang kita warisi dari
nenek-moyang tanpa usul-periksa.
Saya ingin
bertanya kepada cerdik-pandai Islam sekarang. Mengapakah umat Islam sekarang
duduk di belakang Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, China dan India.?
Sepatutnya, sebagai pengamal agama yang Tuhan Sendiri reda, kita duduk di atas
sekali, seperti mula-mula dulu. Ini bukti yang jelas sekali bahawa kebanyakan
umat Islam sekarang sudah menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar yang
diajar dalam Quran. Kalau kita kaji sejarah agama, selepas kira-kira 300 tahun,
agama itu akan dimasuki semula khurafat-khurafat dalam masyarkat itu.
Mereka tuduh
saya kufur dan murtad. Tiada siapa pun boleh menghukum seseorang itu mukmin
atau kafir, kecuali Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ini bermakna mereka yang
menuduh saya demikian bertindak sebagai Tuhan!
Saya cabar
mereka yang menuduh saya demikian berdebat dengan saya di depan umum untuk
menentukan siapa betul dan siapa salah. Kemungkinan besar mereka tidak akan
melayan cabaran saya dengan memberi alasan saya bukan “ulama” dan saya tidak
tahu bahasa Arab. (walaupun saya belajar bahasa Arab di university dulu.) Kalau
mereka enggan melayan cabaran saya untuk berdebat, jangan buat tuduhan yang
tidak sanggup merkea pertahankan dalam satu debat umum.
*****
4 comments:
Kebetulan bapa Prof Saodah adalah pengikut sunni, jadi dia hanya boleh berfikir secara sunni. Kalau bapa dia shiah, tentu dia juga professor shiah.
So nothing great on systematic indoctrination. The proper thought system malfunctioned.
The debate is also a problem because many believe other manmade books (sunni 6 books/shiah 4 books) are superior and can overrule the "sent down book" (anzalal kitab/alquran).
pak Kassim saya menyokong apa yang pak Kassim katakan. Banyak pendapat pak Kassim saya terima kerana terdapat fakta yang kukuh berbanding ulama. Tetapi ada satu soalan yang saya terfikir, kenapa dalam sembahyang kita mengucap shahadah mempunyai shahadah kedua? Saya inginkan jawapan supaya dapat saya perjelaskan kepada orang lain.
pak Kassim saya menyokong apa yang pak Kassim katakan. Banyak pendapat pak Kassim saya terima kerana terdapat fakta yang kukuh berbanding ulama. Tetapi ada satu soalan yang saya terfikir, kenapa dalam sembahyang kita mengucap shahadah mempunyai shahadah kedua? Saya inginkan jawapan supaya dapat saya perjelaskan kepada orang lain.
pak Kassim saya menyokong apa yang pak Kassim katakan. Banyak pendapat pak Kassim saya terima kerana terdapat fakta yang kukuh berbanding ulama. Tetapi ada satu soalan yang saya terfikir, kenapa dalam sembahyang kita mengucap shahadah mempunyai shahadah kedua? Saya inginkan jawapan supaya dapat saya perjelaskan kepada orang lain.
Post a Comment