Monday, July 07, 2014

TUDUHAN YANG MELULU

Saturday, July 05, 2014

TUDUHAN YANG MELULU



TUDUHAN YANG MELULU 
Oleh: Kassim Ahmad
5 Julai, 2014.
            Nampaknya Prof. Madya Dr. Saodah Abd. Rahman merujuk kepasa saya dalam rencana beliau “Agenda Pemusnahan Syariah Islam” (Lihat “Utusan Malaysia”, 4 Julai, 2014). Saya fikir beliau tersasar jauh.
Saya tidak pernah mempertikai Nabi Muhammad sebagai nabi lagi rasul. Apa yang saya pertikai  amalan syahadah kedua. Sebab apa saya buat begitu? Kerana persis ia tidak diajar oleh belaiu sendiri dalam Quran. Syahadah yang pertama disahkan dalam Quran dalam Surah 3, ayat 18 yang berbunyi: “Tuhan naik saksi tiada tuhan melainkan Dia; demikan juga para malaikat dan mereka yang berilmu, yang enegakkan keadilan. Tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa, Bijaksana.”  Perhatikan ayat ini berhenti di situ tanpa meneruskan dengan apa yang dikatakan syahadah kedua. Malah syahadah kedua dibatalkan dalam Surah 63, ayat 1, yang berbunyi, “Apabila orang munafik datang kepada kau, mereka berkata, ‘Kami naik saksi kau rasul Allah.’ Allah tahu kau rasul-Nya, dan Allah naik saksi bahawa orang munafik itu pendusta.”
 Anehnya, walau pun ayat ini wujud, masih ada orang yang melafazkan syadah kedua!
            Dari segi logika, kita tidak boleh berbuat demikian kerana rasul Allah itu ramai, bukan Muhammad seorang. Mengapa mereka sebut Muhammad saja. Lagi pula, bagaimana Nabi Ibrahim bersyahadah? Adakah beliau berkata, “Aku naik saksi Ibrahim rasul Allah”? Kalau beliau buat begitu bermakna ada banyak Islam. Ini tidak benar sama sekali.
            Jadi, syahadah itu satu saja. Syahada ini diamalkan oleh semua nabi dan rasul, termasuk Nabi Muhammad.
            Saya juga membantah pendewaan Nabi Muhammad dengan menyamakan beliau dengan Allah dalam mesjid-mesjid, rumah-rumah dan kereta-kereta. Ini sama sekali tidak bermakna saya memperkecilkan beliau. Beliau penyudah segala nabi dan disifatkan oleh Tuhan sebagai rahmat kepada seluruh manusia. Tetapi menyamakan beliau dengan Tuhan dengan menulis nama beliau dan Tuhan sama besar dan separas itu salah besar.
            Ada orang akan bertanya mengapa kebanyakan umat Islam di seluruh dunia berbuat demikian. Jawabnya, kerana mereka ikut Islam baka, Islam yang kita warisi dari nenek-moyang tanpa usul-periksa.
            Saya ingin bertanya kepada cerdik-pandai Islam sekarang. Mengapakah umat Islam sekarang duduk di belakang Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, China dan India.? Sepatutnya, sebagai pengamal agama yang Tuhan Sendiri reda, kita duduk di atas sekali, seperti mula-mula dulu. Ini bukti yang jelas sekali bahawa kebanyakan umat Islam sekarang sudah menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar yang diajar dalam Quran. Kalau kita kaji sejarah agama, selepas kira-kira 300 tahun, agama itu akan dimasuki semula khurafat-khurafat dalam masyarkat itu.
            Mereka tuduh saya kufur dan murtad. Tiada siapa pun boleh menghukum seseorang itu mukmin atau kafir, kecuali Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ini bermakna mereka yang menuduh saya demikian bertindak sebagai Tuhan!
            Saya cabar mereka yang menuduh saya demikian berdebat dengan saya di depan umum untuk menentukan siapa betul dan siapa salah. Kemungkinan besar mereka tidak akan melayan cabaran saya dengan memberi alasan saya bukan “ulama” dan saya tidak tahu bahasa Arab. (walaupun saya belajar bahasa Arab di university dulu.) Kalau mereka enggan melayan cabaran saya untuk berdebat, jangan buat tuduhan yang tidak sanggup merkea pertahankan dalam satu debat umum.   
*****

4 comments:

Anonymous said...

Kebetulan bapa Prof Saodah adalah pengikut sunni, jadi dia hanya boleh berfikir secara sunni. Kalau bapa dia shiah, tentu dia juga professor shiah.

So nothing great on systematic indoctrination. The proper thought system malfunctioned.

The debate is also a problem because many believe other manmade books (sunni 6 books/shiah 4 books) are superior and can overrule the "sent down book" (anzalal kitab/alquran).

Kebenaran-Keadilan-Ketaatan said...

pak Kassim saya menyokong apa yang pak Kassim katakan. Banyak pendapat pak Kassim saya terima kerana terdapat fakta yang kukuh berbanding ulama. Tetapi ada satu soalan yang saya terfikir, kenapa dalam sembahyang kita mengucap shahadah mempunyai shahadah kedua? Saya inginkan jawapan supaya dapat saya perjelaskan kepada orang lain.

Kebenaran-Keadilan-Ketaatan said...

pak Kassim saya menyokong apa yang pak Kassim katakan. Banyak pendapat pak Kassim saya terima kerana terdapat fakta yang kukuh berbanding ulama. Tetapi ada satu soalan yang saya terfikir, kenapa dalam sembahyang kita mengucap shahadah mempunyai shahadah kedua? Saya inginkan jawapan supaya dapat saya perjelaskan kepada orang lain.

Kebenaran-Keadilan-Ketaatan said...

pak Kassim saya menyokong apa yang pak Kassim katakan. Banyak pendapat pak Kassim saya terima kerana terdapat fakta yang kukuh berbanding ulama. Tetapi ada satu soalan yang saya terfikir, kenapa dalam sembahyang kita mengucap shahadah mempunyai shahadah kedua? Saya inginkan jawapan supaya dapat saya perjelaskan kepada orang lain.