FITNAH JAWATANKUASA
FATWA NEGERI TERENGGANU:
PENOLAKAN DAN
JAWAPAN
Oleh: Kassim Ahmad
8 Julai, 2014
Mengikut laporan, Jawatankuasa Fatwa
Negeri Terengganu telah memutuskan pada
9 Mac, 2014 bahawa ucapan saya di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana,
Putrajaya pada 26 Februari, 2014 itu sebagai “pemikiran yang kufur dan murtad”.
Kufur bermakna kafir dan murtad terkeluar dari Islam. Ini satu fitnah dan
kesilapan besar.
Isu-isu yang ditimbulkan penolakan
saya terhadap[ syahadah yang kedua, kenyataan saya bahwa rambut wanita bukan
‘aurat, dan tuduhan lama bahawa saya anti-hadis.
Saya tidak pernah mempertikai Nabi Muhammad sebagai nabi lagi
rasul. Apa yang saya pertikai amalan
syahadah kedua. Sebab apa saya buat begitu? Kerana persis ia tidak diajar oleh
belaiu sendiri dalam Quran. Syahadah yang pertama disahkan dalam Quran dalam
Surah 3, ayat 18 yang berbunyi: “Tuhan naik saksi tiada tuhan melainkan Dia;
demikan juga para malaikat dan mereka yang berilmu, yang enegakkan keadilan.
Tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa, Bijaksana.” Perhatikan ayat ini berhenti di situ tanpa
meneruskan dengan apa yang dikatakan syahadah kedua. Malah syahadah kedua
dibatalkan dalam Surah 63, ayat 1, yang berbunyi, “Apabila orang munafik datang
kepada kau, mereka berkata, ‘Kami naik saksi kau rasul Allah.’ Allah tahu kau
rasul-Nya, dan Allah naik saksi bahawa orang munafik itu pendusta.”
Anehnya,
walau pun ayat ini wujud, masih ada orang yang melafazkan syadah kedua!
Dari segi logika, kita tidak boleh
berbuat demikian kerana rasul Allah itu ramai, bukan Muhammad seorang. Mengapa
mereka sebut Muhammad saja. Lagi pula, bagaimana Nabi Ibrahim bersyahadah?
Adakah beliau berkata, “Aku naik saksi Ibrahim rasul Allah”? Kalau beliau buat
begitu bermakna ada banyak Islam. Ini tidak benar sama sekali.
Jadi, syahadah itu satu saja.
Syahada ini diamalkan oleh semua nabi dan rasul, termasuk Nabi Muhammad.
Saya juga membantah pendewaan Nabi
Muhammad dengan menyamakan beliau dengan Allah dalam mesjid-mesjid, rumah-rumah
dan kereta-kereta. Ini sama sekali tidak bermakna saya memperkecilkan beliau.
Beliau penyudah segala nabi dan disifatkan oleh Tuhan sebagai rahmat kepada
seluruh manusia. Tetapi menyamakan beliau dengan Tuhan dengan menulis nama
beliau dan Tuhan sama besar dan separas itu salah besar.
Ada orang akan bertanya mengapa
kebanyakan umat Islam di seluruh dunia berbuat demikian. Jawabnya, kerana
mereka ikut Islam baka, Islam yang kita warisi dari nenek-moyang tanpa
usul-periksa.
Saya ingin bertanya kepada
cerdik-pandai Islam sekarang. Mengapakah umat Islam sekarang duduk di belakang
Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, China dan India.? Sepatutnya,
sebagai pengamal agama yang Tuhan Sendiri reda, kita duduk di atas sekali,
seperti mula-mula dulu. Ini bukti yang jelas sekali bahawa kebanyakan umat
Islam sekarang sudah menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar yang diajar
dalam Quran. Kalau kita kaji sejarah agama, selepas kira-kira 300 tahun, agama
itu akan dimasuki semula khurafat-khurafat dalam masyarkat itu.
Mereka tuduh saya kufur dan murtad.
Tiada siapa pun boleh menghukum seseorang itu mukmin atau kafir, kecuali Tuhan
Yang Maha Mengetahui. Ini bermakna mereka yang menuduh saya demikian bertindak
sebagai Tuhan!
Saya cabar mereka yang menuduh saya
demikian berdebat dengan saya di depan umum untuk menentukan siapa betul dan
siapa salah. Kalau mereka enggan melayan cabaran saya untuk berdebat, jangan
buat tuduhan yang tidak sanggup merkea pertahankan dalam satu debat umum.
Perkara ini sepatutnya dibuat
dialog, berbincang dengan baik, dalam semangat
keislaman. Membuat tuduhan dan fitnah seperti itu tidak akan
menyelesaikan masalah.
---------------------------------------------
KASSIM AHMAD seoraang penulis bebeas Malaysia. Laman web beliau FITNAH
12 comments:
Tuan,
Sekali lagi saya meluat dgn sikap2 perasan suci dari mereka yg kononnya bertaraf ulama.. di mana mereka bebas utk melabelkan org kufur, murtad dan lain2.. seolah2 mereka ini wakil Tuhan.. Apa bezanya paderi Islam ini dengan paderi Yahudi atau Kristian? Sama saja bagi saya..
Mereka perlu menggunakan hujah utk berdiskusi..bukan hanya sekadar label.. dan saya bersetuju dengan Tuan bahawa syahadah kedua sepatutnya tidak wujud.. kerana wujudnya dalil di dalam al quran.. Malangnya, paderi2 ini suka menerima kata2 paderi dan ketua2 pendita..
Dunia akhir zaman.. kata ikut spenuhnya al quran, tapi hakikatnya, hanya ikut kata2 manusia..
ZALLMAN ISMAIL
Selamat Sejahtera En.Ahmad kassim.
Saya amat setuju dengan Ahmad Kassim. Itu sahaja ingin saya nyatakan disini.
Saya benar2 tertarik dengan pemikiran Pak Kasim..Kekangan pemikiran yang diamalkan oleh sesetengah pihak umpama barah yang membunuh sedikit demi sedikit..InsyaAllah, umat Islam akan bangkit dari kongkongan minda dan seterusnya mencapai arat tujuan sebenar kehidupan..
Well said Cik Kassim - concise and to the point. Sahul Hameed.
Salam Tuan Kassim,
Jika dilihat dari sejarah falsafah Islam, sememangnya ramai ahli falsafah Islam yang dihukum dan dikecam oleh masyarakat Islam konservatif akibat menyuarakan falsafah dan pendapat mereka di khalayak ramai.
Seperti yang Tuan katakan dalam esei di atas, bukanlah hak mereka untuk menyatakan tingkat iman seseorang melainkan sudah terang ia murtad. Tuan tidak juga mengambil inisiatif seperti Al-Hallaj yang mengaku dirinya sekutu dengan Allah.
Teori Tuan hampir sama dengan Rabiatul Adawiyah, seorang hamba yang tidak tahu membaca tetapi mempunyai pemikiran yang cerdas.
"Rabiah was asked by someone if she loved Muhammad and she replied that with the deepest respect to him, she had only one beloved". Jika pendewaan Nabi Muhammad SAW berlaku, bukankah ia sama dengan ajaran Kristian sendiri?
Jujurnya, akhirnya saya jumpa seorang ahli falsafah yang betul2 cintakan ilmu di Malaysia. Semoga Allah melindungi Tuan, dan teruskan usaha anda.
Salam pak kassim, apa pandangan pak kassin tentang sengketa palestin dan israel yg tak pernah selesai.
Assalamualaikum W.B.T
Tuan Kassim Ahmad,
Saya mengikuti penulisan saudara dan bersetuju dengan pendapat saudara. Memang saya dapat rasakan ada yang tidak kena dengan ajaran Islam sekarang. Islam sekarang disusahkan dengan banyak perkara yang berkaitan dengan halal haram sehingga semua jadi ragu2! Saya bersetuju dengan saudara yang kita terlalu mendewakan Nabi Muhammad S.A.W padahal setiap Rasul adalah sama di sisi Allah seperti ayat Al-Baqarah 2:285
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
Sepatutnya agama Islam dapat membimbing kita ke arah kejayaan.ramai sekarang menjadikan Al quran hanya untuk dilagukan tanpa mengetahui maksud yang dibaca.bagaimana hendak khusyuk jika tidak faham apa yang dibaca?berbeza dengan orang2 arab. Allah melaknat org yg lalai dalam sembahyang di dalam surah Al-maa'uun.
Isu tudung memang saya bersetuju bahawa rambut itu bukan sesuatu yang perlu ditutup. ramai juga ulama yang berpendapat sedemikian tapi tidak pula dipanggil sebagai kufur seperti Gamal El Banna. sekarang kita dapat lihat perempuan sekadar menutup kepala tetapi bahagian lain yang boleh mendatangkan ghairah terdedah sana sini.dan lelaki pula langsung tidak kisah dengan ayat rendahkan pandangan mereka.
Saya harap tuan kassim bersabar dengan kerenah ulama sekarang yang suka hati mengkufurkan orang lain seolah2 bertindak seperti Tuhan!
InsyaAllah, Allah memberi petunjuk yang lurus kepada org yang mengkaji Al quran.
Salamun 'Alaikum,
Selamat Hari Raya Tuan Kassim Ahmad.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kpd Tuan kerana memperjuangkan kebenaran.
Melalui penulisan2 Tuan, telah banyak membantu saya kembali kpd Al-Quran & kpd mentauhidkan Allah semata-mata.
Terima kasih Tuan.
Saya yakin mesej Tuan, akan sampai kpd umat Islam jua akhirnya. In Sha Allah.
Yang benar,
MIMN
Saya kurang faham maksud Pak Kassim tentang surah munafiqun ayat 1. Kenapa Pak Kassim mengatakan syahadah kedua terbatal kerana ayat ini? Bukankah ayat ini terang2 menunjukkan Allah berkata kepada Rasulullah yang mereka ini berdusta (berpura2 mengaku) yang mereka percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?
Curiga di mata org, bgi mentari rembang, bagaikan Pak Kassim berdosa pd siapa saja.
Sedangkan Tuhan ada dimana mana
Shahadah kedua di gunakan dr zaman adam lg...pendapat sy adlh muhammad rasullullah dlm syahadah kedua itu tidak di tujukn kpd nabi muhammad...ia ditujukn kpd muhammad iaitu insan/manusia atau sekelian manusia...tauhid 2 kalimah syahadah kita akan dpt dr sifat 20 allah...fahamilah...2 kalimah shahadah dh di sebut oleh manusia pertama iaitu nabi adam smpi nabi muhammad...bertanyalah pada guru2 makrifat..jawapannya akan lebih lengkap...
Rasulullah SAW bersabda, “Hampir datang suatu masa bahawa Islam hanya tinggal namanya, dan Al-Quran hanya tinggal tulisannya, masjid-masjid mereka indah tetapi kosong daripada hidayah petunjuk yang benar, para ulama mereka pula adalah seburuk-buruk makhluk yang berada di bawah naungan langit kerana daripada mereka itu keluarnya fitnah dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.”
(HR Imam Al-Baihaqi dari Ali RA).
Post a Comment