PERKARA BIASA YANG
TIDAK BIASA:
KESESAKAN LALULINTAS
Oleh: Kassim Ahmad
Kali ini saya akan menulis tentang
kesesakan lalulintas di negara kita, khasnya di kota-kota besar, seperti Kuala
Lumpur. Kali akhir saya pergi ke sana untuk sesuatu urusan tiga bulan lalu, iaitu
Mei, 2014. Saya melihat tidak kurang
dari 12 lorong untuk melalui tol. Saya berfikir di mana hujungnya, jika kereta
persendirian kian bertambah? Tidak ada! Jawapannya jelas: kita mesti kurangkan
kereta persendirian dan baiki kenderaan awam, seperti keretapi laju, dan
perkhimatan bas yang baik.
Ini akan menelan belanja yang
banyak. Sanggupkah Kerajaan kita melakukannya? Sanggup atau tidak bukan pilihan
lagi. Kita mesti lalkukannya! Kerajaan mesti
melabur dalam projek atau infrastruktur besar ini.
Ini memerlukan keberanian di pihak
Kerajaan. Pemimpin mana yang berani untuk membuat pilihan yang tidak ‘popular’
ini?
UMNO sebagai sebuah parti yang ulung
dan besar mesti panggil satu Perhimpuan Agung Khas. Luluskan usul ini,
dikutinya dengan usul sedemikan dalam parti-parti lain. Inilah mandat yang diperlukan
Tarik keluar separuh kereta
persendirian dari jalanraya. Buat
keretapi laju dari utara ke selata dan balik. Begitu juga dari Kualu Lumpur ke
Pantai Timur dan balik. Adakan perkhidmatan bas yang baik dalam semua kota
supaya orang ramai boleh pergi kerja dan balik, ke pasar dan balik, ke bank dan
balik, dan semua tempat yang dilawati awam dan balik. Lakukan ini dalam masa
lima tahun. Boleh atau tidak? Tentu boleh, kerana mandat sudah diperoleh.
Dari mana Kerajaan akan memperoleh
wang untuk ini semua. Dari cukailah, dari mana lagi? Saya yakin rakyat akan
bayar cukai itu dengan rela hati. Rakyat di mana-mana pun mahu sebuah Kerajaan
yang baik dan adil, yang boleh memberi pekerjaan kepada semua yang boleh
bekerja, termasuk memberi bantuan kepada yang tidak mampu melalukan pekerjaan
untuk menyara keluarganya. Dalam negara yang ditadbirkan seperti ini, tidak aka
ada orang yang miskin. Lihat peritah Tuhan dalan Quran tentang kutipan zakat
serta penerima-penerimanya. (Lihat Quran, 9: 60) Perhatikan penerima-pemerima
cukai pendapatan ini (zakat tidak lain dari cukai pendapatan) termasuk
fakir-miskin, para sarjana, pembebasan hamba-abdi, dan mereka yang jatuh
terhutang di jalan Allah. Perhatikan luasnya definisi penerima-penerima zakat.
Diriwayatkan dalam zaman Khalifah Omar, beliau sendiri pergi ke gudang kerjaaan
untuk mengambil gandum untuk diberi kepada sebuah keluarga miskin! Nyatalah
dalam system Islam tidak akan wujud orang miskin.
Soalannya mengapakah di negara-negara
Islam sekarang ada ramai orang miskin, dan negara-negara Islam mundur.
Jawapannya nyata.
Jadi, kita
bukan saja boleh mengatasi kesesakan lalulintas. Kita boleh menjadi lebih maju
dari negara-negara Barat.
KASSIM AHMAD
seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya www.kassimahmad.blogspot.com
6 comments:
Kalau buat infrastruktur keretapi pantas bagi menghubung semua negeri yang pasti beruntung bukan rakyat jelata melainkan kroni-kroni tua UMNO yang terlibat dalam projek sedemikian. Alasan agama, zakat dan kerajaan yang bertanggungjawab tidak tepat untuk cadangan ini. Bagi kroni tua UMNO projek keretapi macam dapat rezeki buta daripada Allah mereka. Mereka pasti sokong cadangan Pak Kassim 100%.
Salam, Mr.Kassim, do you have an email address, how may I be in contact with you?
Salam and Selamat Hari Raya.
I hope you are well. I'm sorry for the recent conflict which has befallen you a while back. I'm a believer of the Quran, which means, I've abandoned the Hadiths a long time ago and never felt happier. Were you aware of the deceased, Mr.Othman Ali of eBacaan website? I'm one of the viewers and I've written a few articles, similar to fellow supporters and writers. I received an email 2 weeks ago from his daughter, acknowledging me of her father's passing in last September. My deepest condolences.
Please, Sir, I really would like to see you in person, this is my last wish before my time runs out. For whatever reasons, work or other possibilities. Please contact me at arch.emerith@gmail.com
Thank you & God bless you!
orang miskin itu tetaplah kekal akan ada selagi mana asnaf "masaakin" ada. di zaman Rasulullah, di zaman Umar al Khattab, di zaman Umar Abdul Aziz, di zaman Harun Ar Rasyid, di Zaman Sulaiman, semuanya tetap ada orang miskin. termasuk juga di zaman ketika Al Mahdi menghambur hamburkan harta yang banyak sehingga cukup lah semua orang, tetap ada orang miskin. Miskin tak mesti tak cukup. ada miskin yang cukup.
Sebab mereka merasakan bahawasanya mereka telah Islam sdg kan mereka kafir
Salam
I really don't mind paying more taxes but this regime has repeatedly shown that it is not capable of managing finances prudently. Inflated and padded contracts are given out, lopsided agreements are signed,compensation paid out willy nilly, money used for personal pleasure and a whole list of other shenanigans that this corrupt regime has indulged for decades.
So pray tell me why should I throw good money after bad. Now with GST being forced down our throats, do you seriously believe that the money collected will be spent wisely or most likely will be recklessly spent.
You asked why Muslims countries are poor. Well, CORRUPTION is the main reason. How is it possible that in the most god fearing countries i.e Muslim countries, corruption in all levels is rampant but in the most ungodly countries like Norway, Sweden etc , their people are cared for from cradle to grave. It appears that the most ungodly countries are the most Islamic! Salam
Post a Comment