Sunday, October 30, 2005

Installment #15

Appendix 1 – An Abstract of Exercise (in Malay)

APPENDIX I

AN ABSTRACT OF EXERCISE IN MALAY

DI-KEMUKAKAN bahawa Hikayat Hang Tuah ada-lah salah sabuah hasil sastera Melayu/Indonesia kelasik ynag mengandongi unsora perwatakan yang menarek sa-kali. Karangan ini boleh di-golongkan ka-dalam katagori yang umum di-namakan “sastera kepahlawan” (heroic epic). Tujuan mengkajikan-nya ia-lah untok mempelajari ka’edah perwatakan-nya sa-chara kasar dan juga untok mempertimbangkan watak2 Hang Tuah dan Hang Tuah.

Kedapatan bahawa yang di-titek-beratkan ia-lah sa-bilangan yang lechil daripada para watak (HangTuah, Hang Jebat, bendahara Paduka Raja, Tun Teja, Raja melaka); ynag lain-nya (sabilangan yang berjumlah lebeh daripada sa-ratus) di-likiskan sachara samara sahaja.

Watak dan peribada di-tunjokkan sa-chara langsong. Pengarang-nya boleh di-katakan tidak pernah menchampor tangan di-dalam hal ini. Ka’eddaha yang banyak di-paksa ia-lah uchapan (speech & dialogue) dan aksi. Terlihat tandan hendak melukisakn sa-suatu sa-chara tiba2 (dramatic). Pemborontakan Hang Jebat ia-lah suatu chontoh yang terang. Pada umum-nya perkembangan peribadi dan watak di-tentukan oleh faktor2 yangluar dari diri para pelakun sendiri.

Pada keselurohan-nya penggambara watak di-dalam hikayat ini menarek danpenting dari dua sudut. Watak dan peribadi yang di-lahirkan-nya ada-lah tulen (Tuah, Jebat, Teja masing2 watak yang betul2 melayu). Dan para pelakun-nya (terutama Susltan, Bendahara dan Tuah) mewakil aliran social yang kuat pengaroh-nya pada zaman itu.

Tuah dan Jebat mendukong dua prinsip yang bertentangan. Pertikaman mereka bukan hanya merupai suatu sengketa persenderian, tetapi bahkan suatu pertikanian social yang melibatkan seluroh anggota masharakat. Oleh kerana sikapnya yang jujor dan progresip maka kita anggapkan Jebat sa-orang pahlawan yang lebeh utama daripada Tuah di-dalam cherita ini.


Installment # 16: Appendix I1 – A Synopsis of Hikayat Hang Tuah

No comments: