Tuesday, January 02, 2007

JENAYAH AMERIKA SYARIKAT

DI PAGI AIDIL-ADHA DI IRAQ

Kassim Ahmad

30 Disember, 2006

Hari ini, 30 hb Disember, 2006, hari yang sedih bagi rakyat Iraq, bagi bangsa Arab, bagi umat Islam dan bagi rakyat Dunia Ketiga: seorang pahlawan mereka yang terbilang telah mereka serahkan untuk dibunuh di tali gantung oleh musuh mereka, kaum oligarki A.S.-Inggeris-Israel. Hari ini hari yang hina bagi yang rakyat tertindas yang tidak akan luput oleh dari ingatan kemanusian dan yang akan dibela oleh mereka. Hari ini hari dikeluarkan amaran keras kepada kaum penindas di mana-mana bahawa mereka akan dihapuskan dari muka bumi!

Pada Mac 20, 2003, khasnya atas hasutan kaum Zionis Israel, Amerika Syarikat dan Inggeris, dengan membelakangkan P.B.B. dan undang-undang antarabangsa, melanggar Iraq, menggulingkan pemerintahan Saddam Hussein yang sah dan menakluk negara di kawasan strategik Asia Barat itu untuk mencapai hasrat jahat mereka untuk mencipta sebuah “Tatadunia Baru”. Tiga tahun kemudian, walaupun dengan bongkaknya mereka telah mengisytiharkana kemenangan, impian ini tidak mereka capai, walaupun Saddam Hussein, yang paling mereka benci, telah mereka tangkap dan bunuh melalui suatu perbicaraan olok-olok yang haram dan keji. Mereka -- A.S. dan talibarut mereka di Baghdad dan di Tehran [1] -- membunuh beliau pada pagi umat Islam di seluruh dunia melakukan ibadah korban!

Saddam Hussein dengan tabah dan sukarela telah menyerahkan dirinya untuk dikorbankan dalam perjuangan bersejarah kemanusiaan untuk menghapuskan kaum penindas sedunia dari muka bumi!

Dari kecil lagi, Saddam Hussein menunjukkan ciri-ciri seorang pengasih, seorang pejuang dan seorang yang berani, tekun dan tabah, tegas dan pintar. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam keluarganya menanam nekad dalam dada pemuda Saddam menjadi pejuang anti-imperislis yang teguh. Pada umur 20 tahun, beliau menjadi anggota Parti Ba’ath (= kebangkitan) Arab Sosialis Iraq (PBASI) dengan visi falsafah nasionalis Arab-Islam-sosialisnya yang jelas. [2] Dari sejak itu, di antara masuk dan keluar tahanan kerana aktiviti politik revolusionernya, beliau bekerja keras untuk membangunkan parti itu dan mendapatkan kuasa baginya di Iraq, yang berlaku pada 1968. Pada tahun ini beliau dipilih oleh parti itu menjadi naib ketua Majlis Pemerintah Revolusi dan juga Naib Presiden Iraq kepada Presidennya, Ahmad Hassan al-Bakr. Melalui falsafah kebangkitan Parti Ba’ath Arab yang unik itu dan melalui kebijaksaaan dan kepintarannya, beliau berjaya membangunkan Iraq, dalam masa yang singkat, dari unsur-unsur penduduk yang sukar dipersatukan (yang sengaja diciptakan oleh penjajah Inggeris dan Perancis selepas Perang Dunia Pertama), menjadi sebuah negara Arab yang moden, maju dan kuat, bersatu di bawah suatu pimpinan nasional yang berprinsip, dihormati kawan dan lawan.

Beliau meneruskan dasar nasionalis revolusioner Arab yang dimulakan oleh Presiden Nasir di dunia Arab. Salah satu tujuan nasionalisme ini ialah sokongan teguh terhadap perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin. Parti Ba’ath Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein bukan saja memberi sokongan politik dan kewangan kepada rakyat Palestin, tetapi juga sokongan ketenteraan. Oleh kerana ini, beliau sangat ditakuti oleh Israel, yang bekerja keras untuk menghasut A.S. menggulingkan Saddam dan tuduhan bahawa beliau sedang berusaha untuk membangunkan Iraq menjadi sebuah kuasa nukliar dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan Amerika itu. Pada 1981 Israel telah menyerang pusat tenaga nuklier Iraq di Osirak.

Perang Iran-Iraq (1980-88) yang bermula dengan impian Khomeini untuk mengeksport “revolusi Islamnya” ke seluruh dunia Arab diambil kesemptan oleh A.S., Inggeris dan Israel untuk melemahkan kedua-duanya. Namun demikian, jika Khomeini menerima cadangan genjatan senjata Iraq dua minggu selepas pertempuran berlaku, perang ini tidak akan berlarutan sehingga lapan tahun. Dalam perang inilah Saddam dituduh membunuh kaum Kurdish dengan gas kimia. Tuduhan ini palsu, kerana, mengikut suatu kajian tiga orang pengkaji A.S., Iraq tidak mempunyai senjata ini. Sebaliknya, yang mempunyai senjata ini ialah Iran. [3]

Perang ini membawa kepada penaklukan Iraq pada Ogos, 1990 ke atas Kuwait (yang diciptakan oleh Inggeris dari sebuah daerah Iraq) yang dihasut oleh A.S. dan sekutunya Inggeris dan Israel untuk melancarkan perang ekonomi terhadap Iraq sebaik saja Perang Iran-Iraq tamat. Amerika dan sekutunya mengambil kesempatan ini untuk menghimpunkan suatu pakatan tentera 30-bangsa (antarabangsa) untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iraq untuk “membebaskan” Kuwait. Serangan ini dibuat pada 16 Februari, 1991, walaupun Iraq, melaui suatu perjanjian dengan Rusia bersetuju untuk mengundurkan tenteranya dari Kuwait sebelum tarikh akhir yang diberi oleh Bush Bapa yang menjadi presiden A.S. pada waktu itu. [4] Pada ketika inilah, A.S., Inggeris dan Israel menghasut rakyat Iraq kaum Syi’ah memberontak terhadap kerajaan pusat. Inilah yang menyebabkan Iraq mengalihkan tenteranya untuk menumpaskan pemberontakan ini.

Dua negara Arab, Arab Saudi dan Kuwait, terlibat dalam pakatan ini dengan membenarkan bumi mereka digunakan oleh A.S. dan Inggeris untuk menyerang Iraq.. Beberapa buah negara Arab dan juga Islam, termasuk Pakistan, Mesir dan Syria, mengirim asykar untuk mengambil bahagian dalam “Ibu Segala Perang” ini. P.B.B. sendiri subhat dan pada akhirnya Iraq dikenakan sekatan ekonomi dan zon larangan dikenakan terhadap Iraq selama 12 tahun. Boleh dikatakan tiap-tiap hari selepas itu kepalterbang-kepalterbang A.S. dan Inggeris memasuki zon-zon Iraq dan menembak sasaran-sasaran ketenteraan di Iraq. Dianggarkan sejuta juta orang awam Iraq, khasnya kanak-kanak dan orang tua, terkorban kerana sekatan ini.

Iraq inilah (yang telah melalui sekatan ekonomi P.B.B. selama 12 tahun, suatu pemberontakan oleh kaum Kurdis yang dihasut oleh Inggeris dan A.S. pada 2002 dan yang diceroboh tiap-tiap hari oleh jet-jet pejuang A.S. dan Inggeris) yang dituduh memiliki senjata pemusnah dan diceroboh oleh pakatan ketenteraan Barat pada Mac, 20, 2003.

Anehnya, pada hari ini, Saddam Hussein, presiden sebuah negara Arab dan Islam yang berdaulat dan anggota P.B.B. yang telah diceroboh oleh Bush dan Blair, atas hasutan kaum Zionis Israel, dihukum bunuh, kerana kononya seorang diktator yang zalim, sedangkan Bush dan Blair yang terang-terang melanggar undang-undang antarabangsa, menceroboh dan melakukan jenayah perang, dengan titisan darah tidak kurang dari satu setengah juta rakyat awam Iraq mengalir di tangan mereka, terlepas tanpa hukuman! Keadilan apa ini? Penceroboh dan penjenayah dikatakan penyelamat! Hendak membawa “demokrasi” ke Asia Barat, konon! Penyamun, perompak dan pengganas menyamar sebagai penyelamat! Jika tidak kerana kejahatan dan kezaliman yang dahsyat ini, kita boleh mentertawakan peristiwa ini sebagai kelakar yang paling lucu dalam sejarah dunia!

Untuk menipu rakyat dunia lagi, apabila setelah tiga tahun, mereka gagal mencapai matlamat mereka, Bush membawa dongeng baru: “untuk membawa demokrasi ke Iraq”. Ahli-ahli ekonomi politik tahu bahawa wujud banyak bentuk demokrasi, dan demokrasi ini harus selaras dengan sejarah dan tradisi bangsa itu. Demokrasi Barat hanya salah satu bentuk saja. Adakah Nabi Muhammad diktator kerana tidak dipilih oleh rakyat dan memerintah tanpa sebuah parlimen? Adakah Bush dan Blair tidak diktator kerana dipilih oleh rakyat melalui suatu sistem pemilihan, walaupun mereka terang-terang penjenayah perang? Adakah mereka tidak kejam dan zalim, walaupun telah membunuh satu setengah juta rakyat Iraq? Logik apa ini?

Sebenarnya, para pemimpin Arab sendiri, para pemimpin Islam, para pemimpin Dunia Ketiga, termasuk rakyat Amerika Syarikat dan Inggeris, telah melakukan kesalahan yang besar kerana bersubhat dalam pakatan jenayah yang dahsyat dalam sejarah manusia. Mereka sudah hilang kebolehan untuk mengetahui yang baik daripada yang buruk, yang benar daripada yang palsu.[5] Propaganda dan pembohongan A.S., Inggeris dan Zionis kita anggap sebagai kebenaran, dan kita jadi mangsa dan hamba kepada mereka!

Masanya sudah tiba untuk kita semuanya bangkit dan meruntuhkan sistem yang batil ini dan mendirikan sebuah dunia yang baru berdasarkan keadilan dan kebenaran. Jangan fikir kita tidak boleh melakukan ini. Pemberontakan terhadap sistem zalim kaum oligarki Inggeris-A.S. ini sekarang sangat besar dan meluas – dari timur ke barat, dari utara ke selatan. Kaum oligarki penindas ini sedang dikepung oleh rakyat mereka sendiri. Mereka sebenarnya tidak punya kekuatan, kerana kebenaran dan keadilan bukan di pihak mereka. Kebenaran dan keadilan di pihak rakyat tertindas. Kita harus sedar dan faham akan kebenaran agung ini. Inilah yang akan memberikan kita kemenangan muktamad pada akhirnya.

Kematian Saddam Hussein tidak sesia. Hari beliau dibunuh menandakan suatu peringkat baru dalam perjuangan rakyat tertindas untuk menghapuskan penjenayah perang Bush-Blair dan talibarut-talibarut mereka di mana juga mereka berada dan mewujudkan sebuah dunia baru yang aman dan adil.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kasmad172@yahoo.com.my Laman web beliau www.kassimahmad.blogpost.com



[1] Iran menggunakan sesetengah daripada rakyat Iraq dari puak Syi’ah melalui gerakan bawah tanah yang mereka sokong dan biayai untuk menjatuhkan kerajaan Parti Ba’ath Iraq dan menguasai Iraq secara haram. Percubaan mereka untuk membunuh pemimpin Iraq kerap berlaku dan kerajaan mesti bertindak untuk menumpaskan gerakan bawah tanah ini. Inilah yang dilakukan oleh Kerajaan Iraq dan inilah “asas” tuduhan “genosid” terhadap Saddam di Dujail pada 1982.

[2] Tidak ramai orang tahu bahawa Saddam Hussein juga seorang ahli fikir. Lihat wawancara beliau dengan penulis Fuad Matar dalam Fuad Matar, Saddam Hussei -- The Man, the Cause and the Future, Third World Centre for Research and Publishing, London, 1981. Untuk falsafah PASBI, lihat Kassim Ahmad, Bush’s New World Order or Pax Americana, Golden Books Centre, Kuala Lumpur, 1991.

[3] Lihat Patrick E. Tyler, “Iran Faulted , too, in the Case of Attack on Kurds”, International Herald Tribune, May 4, 1990 dan Stephen C. Pelletiere et all, Iraqi Power and U.S. Security in the Moddle East, Stategic Studies Institute, U.S. Army College, Carlisle Barracks, Pensylvania, 1990.

[4] Kenyataan Naib Perdana Menteri Iraq, Tariq Aziz, kepada penulis dalam suatu pertemuannya dengan beliau di Baghdad pada 1999.

[5] Quran, lebih 1,400 dulu, telah mengingatkan orang mukmin dan umat manusia tentang tipu muslihat kaum oligarki Yahudi-Kristen ini, demikian: “Orang-orang Yahudi dan Kristen tidak akan menerima kamu sehingga kamu mengikut agama mereka.” (2: 120). Siapa yang enggan menerima sistem Liberal mereka (riba, penipuan dan penindasan) akan dianggap sebagai musuh.

5 comments:

Anonymous said...

Saya gemar melayari blog tuan. Anda adalah salah seorang pemikir dan cendikiawan Islam yang berfikiran terbuka dan rasional!

Saya telah baca artikel ini di blog tuan dan ulangi bacaannya di Utusan pada 5hb yang lepas.

Kita melihat hukuman gantung keatas Saddam tidak menyelesaikan masaalah Iraq, malahan memburukkan lagi keadaan khususnya perang-saudara antara puah Sunnah dan Syiah. Kesian sungguh rakyat yang tidak berdosa menjadi korban kepada pemimpin mereka yang degil dan tidak berwawasan! 'Kesian' melihat pemimpin-pemimpin Muslim dunia tidak mampu membuat apa-apa untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku, yang akhirnya Islam itu sendiri akan hancur berantakan!

Kita rasa terpanggil untuk sama-sama memikirkan bagaimana? "kita semuanya bangkit dan meruntuhkan sistem yang batil ini dan mendirikan sebuah dunia yang baru berdasarkan keadilan dan kebenaran".

Bagaimana agar kita bisa keluar sebagai Pemenang? Jawapannya: Pangkal Kemenangan adalah beserta dengan MahaMenang iaitu ALLAH SWT!

InsyaAllah jumpa lagi, moga tuan dan famili senantiasa berada dalam keadaan sehat walafiat. Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum.

Kassim Ahmad said...

Sdr Yang Tidak Bernama,

Terima kasih kerana penghargaan Sdr itu. Penghargaan ini membuat saya lebih bersemangat.
Kalau kita mahu cari jalan perdamaian antara mazhab-mazhab dalam Islam mudah saja: Balik ke pangkal jalan. Sebagai orang Islam, kita bersaudara dan memutuskan semua masalah kita melalui perundingan berdasarkan ajaran Islam yang pokok kepada kita, iaitu Quran. Suatu jawatankuasa untuk mengadakan mesyuarat ini perlu ditubuhkan dan mesyuarat itu dipanggil segera. Jawatankuasa ini boleh terdiri dari: Malaysia, Indonesia, Pakistan, Iran, Mesir, Turki, Sudan dan Saudi Arabia. Tujuan: Mewujudkan perpaduan dan mengadakan pakatan strategik dalam semua hal di kalngan negara-negara Islam.
Apa fikiran Sdr? Boleh atau tidak?

Wassalam.
Kassim Ahmad

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Semangat tuan telah sedia kental walaupun dikelilingi 'lautan api'. Sesungguhnya "Allah itu bersama orang-orang yang taqwa".

Pada masa ini kita lihat hubungan diplomatik negara-negara Islam agak 'baik', tapi belum cukup kuat untuk keluar sebagai pembela. Ini amat malang!

OIC misalnya kelihatan tidak bertenaga. Selagi hati pemimpim-pemimpin tidak bebas dari prasangka buruk dan tiada sikap pemaaf antara satu sama lain, semua resolusi akan menjadi retorik semata-mata.

Oleh itu desakan diperingkat akar umbi dilihat lebih praktikal pada masa ini:-

* Pertubuhan-Pertubuhan Islam/ NGO bersatu mendesak Puak Sunnah dan Syiah di Iraq dan di kawasan-kawasan sekitar membuka meja rundingan atas semangat "BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFFUR" ~ manakan ujud perdamaian dan kesejahteraan tanpa ada sikap maaf bermaafan!

** Kumpulkan cendikiawan dan pemikir Tasauf Islam Dunia untuk rapatkan barisan menghasilkan Tenaga MahaAgung!

Dr Mohammad Natsir pernah berkata "Iqbal adalah jambatan yang menghubungkan antara falsafah Barat dan kerohanian Timur" dan Dr Hamka ada menulis "Rumi dan Ghazali berjumpa dalam jiwa Iqbal"

Maka kita harus bersyukur kepada bukti dan tanda-tanda yang akhirnya Exact Metaphysics akan bergabung dengan Falsafah Islam iaitu keharmonian Tasauf ajaran Al Ghazali dengan Tasauf Ibnu Thaimiyah dan Jalaluddin Rumi. Seterusnya keharmonian Tasauf Syech Ahmad Khatib dan Syech Mungka dan yang lain-lain.... sehingga Exact Metaphysics akan menyumbang kearah penyatuan Islam Yang Agung!

All Meridians will meet at the North and South Pole = All Believers (Orang yang Beriman)will unite Metaphysics with its Universal Principle 'Alle Meridianan Komen by Depolen Samen'

Selamat Menyambut 1428H

Anonymous said...

(bersambung)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Zikirlah kamu kepadaKU niscaya AKU zikir kepadamu(Apa tidak HEBATkah ini! Allah sendiri memberikan ZIKIRNYA kepada kita! berkat syafaat Rasulullah SAW dan para AuliaNYA),dan bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu mmengingkari nikmat-nikmatKU(Belum sedarkah lagi kita akan nikmat-nikmatNYA!)(Quran 2:152)

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan mereka sendiri" (Quran 13:11)
Allah tidak akan memberi Nur ZikirNYA (KurniaNYA) kepada seseorang, sebelum dia menzikirkan dirinya kepada Allah SAW = Allah tidak akan MENSUCIKAN ROH seseorang sebelum dia berusaha mensucikan rohnya sendiri dengan Zikirullah ~ kerana ucapan dari lidah yang zahir saja tidak akan dapat menembusi ke dalam RUH yang berlainan Substan dan Dimensinya!

Apa akan jadi jika kita yang tak pernah pandai berenang tiba-tiba tercampak ke lautan luas, atau sebaliknya lautan datang kepada kita(tsunami)?

Kita bersyukur kerana keprihatinan kita memberi penekanan kepada cara-cara menegakkan solat yang pastinya berlandas kepada Quran dan Hadis ~ takbir..ruku'..i'tidal..sujud.... Ini bolehlah kita umpamakan dengan cara bagaimana seorang Jurulatih mengajar Pelatihnya memasang kabel elekrik dengan betul ~ langkah demi langkah...............Tetapi langkah-langkah tersebut belum lagi berakhir selagi TENAGA ELEKTIK belum disalurkan. Oleh itu langkah selanjutnya ialah MEMOHAN KEBENARAN dari TNB! Apabila TENAGA telah disalurkan, dan LAMPU dapat menyala, barulah itu BERJAYA namanya.

"Kami tiada mengutus engkau (ya Muhammad), melainkan menjadi RAHMAT untuk semesta alam" (Quran 21:107)~ Tidak AKU turunkan engkau ya Rasul ke dunia, melainkan membawa RAHMATKU keselurah alam, langsung dariKU! Oleh itu tugasan kita di dunia ini harus begitu juga!

Tidak kumasukkan engkau ya kabel ke dalam rumahku, melainkan untuk menyalurkan rahmat Elektrik ke dalam seluruh rumahku (langsung dari TNB). Dan jika aku terus sambungkan kabel ke rumah-rumah jiranku, mereka juga akan mendapat rahmat Elektrik sapertiku.

Energi adalah hasil olahan Teknologi, dan setiap Teknologi itu menghendaki suatu Metodologi: ini WAJIB!!!!!!

***Sepanjang yang kita ketahui, seminar tentang bagaimana cara menegakkan SOLAT YANG KHUSUK belum pernah dianjurkan di seluruh dunia. Mungkin telah tiba masanya para cendikiawan dan para teknologi Islam memikirkan perkara ini!

Syaitan itu sangat dahsyat, sangat halus dan sangat tinggi dimensinya; Umurnya telah berabad-abad lama; Ia adalah mantan malaikat utama. Syaitan itulah yang selalu mencengkam dalam hati sanubari kita, hingga porak peranda dibuatnya! Mampukah kita mengusirnya dengan mengucap "A'udzubillaahi minasy syaithaanir rajiim" produksi kita sendiri? Oleh kita yang masih lemah, bergelimang dosa, serba kekurangan (mungkin setakat PhD dunia!). Kalimah yang diucapkan belum mampu mencapai gelombang pada sisi Allah SWT yang MahaKadim. Sedangkan Iblis itu bukan main hebat tipu muslihatnya! Adam dan Hawa sendiri diperdaya bukan di Istana Negara.. bukan di White House.. bukan di Masjidilharam.. bukan di pasar malam, tapi di SHURGA! Begitulah hebatnya lawan kita.

Kita harus benar-benar menguasai teknik mendirikan Solat Khusuk. Jika ianya telah mampu dilaksanakan, maka ini berarti SEMUA UNSUR, GELOMBANG, GETARAN dari ANGKARA MURKA dan HAWA NAFSU DUNIA SYAITAN habis lebur dan munah sama sekali!

Solat Khusuk adalah sebagai dasar kemenangan umat Islam "Sesungguhnya menanglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusuk dalam solatnya" (Al Mu'minun: 1-2).

Wassalam.

Anonymous said...

I couldn't believe you decided to elevate a tyrant into a popular hero. Saddam Hussein was a madman.

Saddam Hussein used an unprecedented amount of chemical weapons unseen since the 1914-1918 war.

The West feared Khomeini and the Arab states hated Khomeini to such an extent that they kept silent and tacitly consented to the use of chemical weapons by Saddam Hussein. Saddam's use of bissulphide, a blistering agent that damages human tissue is well documented. And then there was bacillus anthracis that produces anthrax, clostridium botulinum, histoplasma capsulatum, brucella melitensis, clostridium perfringens and e.coli. The US Congress knew about it since a report was submitted to them but such was their hatred towards Khomeini that they turned a blind eye towards what Saddam was doing.

When Iraqi captured the Fao peninsula in 1988 from Iran, they exacted revenge on the Kurdish town of Halabja for allegedly collaborating with Iran during the Val Fajr offensive. For the next 2 days, Iraqi Air force pounded the town with hydrogen cyanide compound killing 5000 civilians. In Washington, the CIA who was supporting Saddam sent out deceitful briefing note to US Embassies in the Middle East stating that the bombs were dropped by Iranians !

Mohammed Heikal, the former Egyptian Minister of Information under Anwar Sadat (btw, he once worked for Erwin Von Rommel as a spy !! So much for his moral integrity! ) once related a story about how after Saddam's takeover of power, he would regularly meet Iraq's Minister of Planning, but after several visits he couldn't find the Minister and all his questions on the whereabout of the Minister was unanswered. So he decided to ask Saddam Hussein.. and Saddam's response was "we scissored his neck" !! When Heikal asked what wrong he had committed, Saddam's response was "we killed him because we had SUSPICION".

Torture was rampant in Iraq under Saddam. You should read the testimony of the former chief scientific advisor to Saddam's Iraqi Atomic Energy Commission. Torture techniques varied in severity. Electric shocks, burning of genitals, putting hot iron on the stomach, dissolving limbs in sulphuric acid.

The problem in the Middle East lies with the Arab leaders. Most of them are corrupted and tyrannical. From the House of Saud, Hashemite Kingdom, Mubarak to Bashir Al Assad. In their bid to stay in power, they would betray any other Arab leader without second thought.

My heart goes with the plight of the Palestinians. They are like pawns being played out by the Arab leaders and their own palestinian leadership.

Arafat made a fool of himself when he secretly negotiated the Oslo accord and then backing Saddam Hussein's invasion of Kuwait. Lest we forget, Arafat refused to condemn Soviet invasion of Afganistan because he needed Soviet support back then. In desperation he became a tragic character much like the Grand Mufti of Jurusalem, Haji Mohamed Amin Al Husseini who in anger towards the British decided to go to Nazi Germany and supported Adolf Hitler.

In difficult times facing the Muslim Ummah, perhaps it is would be wise in future to carefully choose a personality to elevate to a status of hero bordering martyrdom.

Despite my criticism of the Arab world, I am not in any way saying that the West and Israel are angels.

But before we decide to blame others, perhaps we should look at ourselves and figure out what wrong have we committed.

It is indeed sad that someone of your stature entertain conspiracy theories about the angelic quality of Saddam Hussein.

You then blamed Iran for prolonging the Iran-Iraq war. Iraq invaded Iran on a 650 kilometre front on what Saddam called his "Whirlwind War". The war lasted for ages !

The UN Resolution 479 did call for a ceasefire but not the withdrawal of Iraqi forces inside Iranian territory !! The whole world was against Khomeini back then. Iran was a pariah state... imagine that.. a UN Resolution that called not for withdrawal but a mere ceasefire !!

General Adnan Khairallah's call for a ceasefire was absurd ! Iraq invaded Iran and expect the Iranians happily to accept the new occupier ?

Gila memikirkan yang Soviet Union hantar kereta kebal untuk Iraq, Amerika hantar stinger missile untuk Iraq dan French hantar Exocet missiles untuk Iraq.

The US, Soviet and the British were escorting oil tankers from Iraq and ensuring that Iraq has money to fund the war. The Gulf was filled with battleship that disaster was just waiting to happen. And disaster did happen. USS Vincennes shot down Iran Air and 289 people were killed. The US warship thought it was an Iranian air force jet !

Be careful when you decide to rewrite history. We live in desperate times, the Muslim Ummah feels threatened, feel it is under siege.

But in now way should we compromise our integrity and honesty in our vain search for Saladin.