UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
FORUM IQRA’ KE-7,
Assalamu ‘alaikum.
Bagi pihak Jawatankuasa Kerja, saya mengalu-alukan kedatangan saudara-saudari dari jauh dan dekat ke Mesyuarat Agung Tahunan kita yang ke-7.
Selama tujuh tahun kita wujud sebagai sebuah pertubuhan yan berdaftar, dari tahun 2002 (jangan lupa sebelum itu kita wujud di bawah nama Jemaah al-Quran Malaysia, JAM, sejak 1986 apabila buku Hadis – Satu Penilaian Semula terbit), kita telah mengadakan banyak perbincagan dan menghasilkan banyak tulisan tentang tajuk “Kembali kepada Quran”. Kebanyakan tulisan ini telah dimuatkan dalam beberapa laman web, khasnya, dua laman web kita sendiri, iaitu (i) http://www.stormloader.com/qsmjam (yang sudah tidakdikemaskini sejak empat
Ingatkan kembali ribut taufan yang melanda kita dari tahun 1986 apabila buku saya terbit. (Saya telah menceritakan kisah ini dalam memoir saya yang telah terbit dan akan dilancarkan pada 2 Mei (Jumaat) di Dewan Bahasa & Pustaka oleh Prof. Diraja Ungku Aziz.) Walaupun sejak 2002 kita mempunyai sebuah pertubuhan yang berdaftar, gerakan kita diganggu dan disabot bukan saja oleh pihak berkuasa agama, tetapi juga oleh sesetengah rakyat kita yang taksub kepada mereka dan menjadi alat mereka. Sabot yang terakhir ialah dialog yang dicadangkan antara Pusat Akademi Islam, Universiti Malaya, dengan kita.
Ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama takut kepada kita, kerana kita di pihak yang benar. Mereka tidak dapat melawan hujah-hujah kita secara rasional, lalu mereka gunakan kuasa mereka untuk menekan kita. Tetapi mereka harus ingat bahawa Islam Agama Allah (din’ul-lah) atau Agama Kebenaran (din’ul-haq), bukan agama nenek-moyang (yang kita sebut “Islam baka”). Pada akhirnya, Agama Kebenaran ini akan menang di seluruh dunia, mengatasi agama-agama lain yang palsu. Agama yang benar berasal dari Tuhan, dari zaman awal masyarakat manusia (kira-kira 5,000 tahun dulu), bermula dengan Nabi Allah Adam, membawa kepada Nabi Nuh, kepada Nabi Ibrahim (yang memulakan ibadah agama, seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan naik haji), melalui Nabi Musa dan Nabi Isa, hingga kepada nabi yang terakhir, Nabi Muahammad. Semua nabi-nabi ini mengajar ajaran yang satu dan sama, iaitu: “Sembahlah Tuhan Yang Esa dan buat baik.” Inilah intisari fahaman tauhid.
Oleh kerana tiap-tiap yang benar dan baik itu, mengikut sunatullah, mesti ditentang oleh yang palsu dan jahat, maka, pada waktu yang sama, timbullah fahaman syirik atau kafir. ( Rujuk Surah Al-Kafirun (109)), membuktikan kewujudan agama palsu di samping agama yan benar. Perlawanan antara agama yang benar dan baik ini dengan agama yang palsu dan jahat akan mendorong masyarakat dan tamadun manusia meningkat dari peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi.
Namun demikian, oleh kerana manusia berasal dari tanah, maka agama tauhid yang asal berkemungkinan diruntun ke bawah oleh sifat tanah ini. Jadi, inilah yang menyebabkan agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan diteruskan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa berpecah kepada agama Yahudi dan agama Kristian. Kemudian Tuhan mendatangkan Nabi Muhammad untuk membetulkan penyelewengan-penyelewengan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian dengan menurunkan kitab-Nya yang terakhir, yang dijamin terpelihari dari korupsi manusia, iaitu Quran. Walau bagaimanapun, umat Muhammad juga kemudiannya menyeleweng dari agama tauhid yang beliau bawa. Perhatikan ayat berikut:-
Sesungguhnya, mereka yang beriman, sama ada mereka Yahudi atau Kristian atau Sab’ian – sesiapa saja yang beriman kepada Tuhan dan Hari Kemudian dan berbuata baik – akan menerima ganjaran daripada Tuan mereka. Mereka tidak perlu takut atau bersedih. (2: 62)
Perkataan “sab’in’ merujuk kepada agama-agama lain di luar tradisi Ibrahim, seperti agama-agama Hindu, Budhis dan lain-lain. Ayat di atas menerangkan beberapa perkara. Pertama, di antara pelbagai agama, ada mereka yang terus beriman kepada Tuhan, yakni berpegang kepada faham tauhid, dan ada yang telah menyeleweng. Kedua, hal ini meliputi orang Muslim juga, yakni ada Muslim yang tetap berpegang kepada faham tauhid, dan ada pula yang telah menyeleweng dari fahaman ini.
Bandingkan ayat ini dengan sebuah ayat yang lain, yang berbunyi:-
Apa yang Kami wahyukan kepada kamu ialah kebenaran, mensah dan melengkapkan semua kitab dulu. Tuhan Maha Mengetahui, Maha Melihat akan hama-hamba-Nya. Kemudian Kami wariskan kitab itu kepada mereka yang telah kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Maka di antara mereka, ada yang menganiayai diri mereka sendiri, yang lain hanya mendukung sekejap saja, sedangkan yang lain pula betul-betul ingin berbuat baik, dengan izin Allah. (35: 31-32)
Idea yang sama terkandung dalam kedua-dua petikan di atas: bahawa agama tauhid yang diperturunkan kepada generasi-generasi mendatang menerima nasib yang sama: sekumpulan menolaknya, sekumpulan lagi menerimanya tidak sepenuh, dan hanya kumpulan ketiga menerimanya dengan sepenuh hati. Jika demikian keadaannya, bagaimanakah agama Allah, agama kebenaran, akan mengatasi agama-agama palsu yang lain? Kita jangka ini akan berlaku dengan perkembangan sains dan teknologi, yang akan melebarkan wilayah kebenaran dan juga dengan meningkatnya kesedaran rakyat tertindas untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran. Dua faktor inilah, sains dan teknologi, campur pandangan hidup berdasarkan kebenaran, yang akan memberi kemenangan kepada Agama Allah dan Agama Kebenaran, seperti yang diramalkan dalam Quran.
Di negara kita, kekalahan Barisan Nasional di
Di samping itu, gerakan pembaharuan “Kembali kepada Quran” ini sudah mereka ke seluruh dunia. Berita projek kajian semula Hadis oleh Kerajaan Turki, yang tidak dapat tidak merupakan suatu hasil dari perjuangan kumpulan ini, suatu pertanda bagi apa yang akan datang. Di samping itu lagi, kita lihat sistem liberal yang dipraktikkan di A.S dan Eropah Barat berada pada peringkat keruntuhan yang akhir. Tandanya ialah kejatuhan dolar A.S. Ini bermakna, orang-orang A.S. dan Eropah Barat sendiri sedang mencari suatu sistem hidup dan sistem pemerintahan yang baru yang boleh menjaminkan keselamatan bagi mereka. Oleh kerana masyarakat manusia telah bereksperimen dengan tiga sistem hidup, Teokrasi Agama, Kapitalisme dan Komunisme, dan gagal, maka berkemungkinan besar mereka akan pilih sistem pertengahan atau “Jalan Yang Lurus”, yakni Islam yang sebenar, seperti yang diajar dalam Quran dan diertikan secara saintifik,
Dengan itu, dengan melafaz “Bismillah”, saya, dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Forum Iqra’ yang ke-7. Mudah-mudahan kita mencapai kejayaan yan lebih besar. Selamat bersidang!
No comments:
Post a Comment