MASALAH PERKEMBALIAN CHING PENG KE MALAYSIA
Oleh: Kassim Ahmad
30 Mei, 2009
Dalam memoirnya, My Side of History, Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, berkata: “Memang wajarlah saya menyimpan hasrat untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya di Malaysia. Suatu tempelakan sejarah bahawa saya tiada tanahair yang kerananya saya lebih dari sanggup mengorbankan nyawa saya.” (hlm. 509) Peguam beliau, Darshan Singh Khaira, menyatakan bahawa, mengikut perjanjian damai yang ditandatangani di antara PKM dengan Kerajaan Malaysia di Haadyai, Thailand pada 2 Disember, 1989, beliau berhak pulang ke tanahairnya. Kata beliau lagi, selepas perjanjian ini dimeterai, semua bekas pemimpin PKM, termasuk Rashid Mydin, telah pulang ke kampung masing-masing di Malaysia. (Lihat Utusan Malaysia, 30 Mei, 2009; hal. 3)
Tugas pimpinan negara ialah mendidik rakyat berfikiran waras dan rasional, mengarah kepada kebaikan. Malangnya, dalam masyarakat kita, lebih banyak kali pemimpin menjadi “pengikut” serta membenarkan diri mereka hanyut dalam emosi negatif yang tiada kesudahannya. Demikianlah yang berlaku kepada isu Chin Peng hendak kembali ke kampung halaman di Setiawan, Perak.
Saya jangka Tun Dr. Mahathir akan membuat ulasan tentang perkara ini, kerana perjanjian damai ini tercapai dalam zaman pemerintahan beliau. Kerajaan Malaysia juga boleh menyiarkan bahagian-bahagian yang perlu dalam perjanjian ini.
Sejarah menunjukkan bahawa PKM ditubuhkan pada 1930 sebagai sebuah sayap gerakan Komunis Antarabangsa untuk menubuhkan “sebuah Republik Malaya” yang demokratik, berdaulat dan merdeka. Mula-mula orang-orang Cina di Malaysia digerakkan untuk membantu negara China dari serangan Jepun pada 1928 dan kemudian dari pendudukan Jepun di Malaysia pada Disember, 1941. Apabila Jepun menyerah kalah pada 1945 dan penjajah Inggeris kembali memerintah Malaya serta menindas gerakan kiri, termasuk nasionalis kiri, seperti Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu, PKM melancarkan perjuangan bersenjata. Perjuangan bersenjata ini bermula dari 1948 apabila Darurat diisytiharkan oleh rejim kolonial Inggeris sehingga 1960 apabila Kerjaan berdaulat dan merdeka Persekuatuan Tanah Melayu menarik balik Darurat ini. Malangnya, perjumpaan Tengku Abdul Rahman, mewakili Malaya dalam rundingan Baling dalam Disember, 1955 gagal membuahkan perdamaian antara Kerajaan Tengku Abdul Rahman dan PKM.
Rundingan perdamaian ini dibuka balik antara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad dengan PKM dalam 1989, seperti yang telah kita sebut di atas.
Adakah kebaikannya apabila sesetengah akhbar kita mengapi-apikan isu ini? Saya tidak fikir ada kebaikan apa-apa. Seperti yang kita tahu, ideologi komunisme sudah runtuh di negara-negara asalnya, Rusia dan China. Kedua-dua Rusia dan China sekarang sudah berpindah mengamalkan sistem pasaran bebas kapitalisme-liberal, walaupun di China Parti Komunis masih memerintah. Kita juga tahu bahawa, dari segi falsafah, teori komunis, mempunyai kelemahan pokok, yang telah menyebabkan ia gagal. Teori domino yang mengandaikan kejatuhan negara-negara Asia Tenggara kepada komunisme selepas Amerika kalah di Vietnam tidak berlaku. Oleh yang demikian, tidak ada sebab kita perlu takut faham komunis akan bertapak dan berkembang di Malaysia, dengan Chin Peng berada di Malaysia, atau tidak.
Apa yang perlu diutamakan oleh pimpinan kita ialah supaya kita membuat perubahan-perubahan yang sesuai supaya rakyat kita dididik berfikiran rasional dan supaya Kerajaan mengamalkan pemerintahan yang demokratik dan adil. Dalam peperangan, kedua-dua pihak membunuh dan mencederakan satu sama lain. Cuba kita bayangkan berapa banyak kejahatan dan kekejaman dalam beratus-ratus peperangan dalam Abad ke-20 saja. Cuba kita bayangkan beberapa banyak kejahatan dan kekejaman yang dilakukan oleh penjajah-penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun kepada rakyat kita selama 446 tahun mereka menjajah kita. Lepas perang kita berdamai dan lepas penjajahan kita merdeka dan meneruskan kehidupan kita. Kita sambung balik hubungan kita dengan negara-negara bekas penjajah. Kita berbaik-baik balik dengan bekas musuh-musuh kita apabila permusuhan ini sudah ditamatkan dengan perjanjian-perjanjian damai.
Ambil contoh perjuangan Nabi Besar kita. Apabila beliau menawan kota Mekah dan membebaskannya dari kaum Quraish penindas kejam itu pada 630 T.M. , adakah beliau membalas dendam dan membunuh semua mereka? Tidak. Sebaliknya, beliau memberi pengampunan. Inilah contoh yang patut kita ikut.
Fikiran kita tidak harus beku. Sebaliknya, ia patut berkembang. Tahap kejiwaan kita perlu meningkat dari tahap kehaiwanan yang rendah (nafsul-amarah) kepada tahap kemanusiaan yang lebih tinggi (nafsul-lawwamah). Kita tahu bahawa terdapat tiga garis perjuangan kebangsaan di kalangan orang Melayu pada tahun-tahun 40-an dan 50-an, iaitu perjuangan yang dipimpin oleh cerdik-pandai sekolah Melayu, yang diwakili oleh Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj. Mohamad; perjuangan yang dipimpin oleh golongan reformis Islam, yang diwakili oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy; dan golongan yang dipimpin oleh cerdik-pandai didikan Inggeris, yang diwakili oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Oleh kerana dua golongan yang pertama (Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu dan Hizbul-Muslimin) bersifat kiri yang kurang disenangi oleh kaum penjajah Inggeris, mereka ditekan dan ditindas. Ini memberi ruang kepada UMNO untuk merundingkan kemerdekaan dengan Inggeris serta mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.
Sepatutnya, UMNO telah meluaskan visinya untuk mengiktiraf sumbangan golongan-golongan kiri ini sebagai pejuang kemerdekaan bangsa. Dengan demikian, mereka akan lebih benar dan jujur kepada sejarah, dan, dengan demikian, akan layak untuk membawa perjuangan bangsa kita ke tahap yang lebih tinggi – demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan universal. Tahap ini sudah sampai sekarang. Mahu tidak mahu, UMNO harus membesarkan jiwanya untuk membawa dan melaksanakan visi ini. Jika tidak, UMNO akan dikesampingkan oleh sejarah, “akan rebah”, seperti kata Presidennya yang baru, Dato’ Seri Najib Abdul Razak.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim03@streamyx.com
25 comments:
Jangan jadikan sejarah itu menyebabkan kita berfikiran sempit. Memang benar kata Pak Kassim, fikiran kita tidak harus beku. Kita tidak perlu takut pada komunis semata-mata kerana kembalinya Chin Peng itu.
Pemimpin negara sejak dahulu sudah berjaya membuktikan mereka mampu memerdekaan negara tanpa perlu pertumpahan darah yang banyak. Nikmat kemerdekaan inilah yang perlu direbut oleh kita terutama orang Melayu Islam sekarang untuk menonjolkan keupayaan diri sebenar orang Islam.
Sepatutnya kita perlu takut pada Allah, jika kita bertindak tidak mengikut rasional. Sebab pasti hukuman Allah akan sampai kepada kaum yang zalim.
Tidak kira golongan kiri atau kanan, kita sekarang berada dalam visi Satu Malaysia. Kita kena buang yang keruh dan ambil yang jernih untuk meningkatkan kemampuan rakyat kita bersaing dalam cabaran globalisasi. Kita memerlukan lebih ramai insan-insan yang berfikir untuk mempertingkatkan potensi diri masing-masing agar melahirkan ramai tenaga pakar, bukannya kaki bakar yang memecah-belahkan kesatuan rakyat.
Pak Kassim,
Malangnya isu Chin Peng ini telah menjadikan beberapa tokoh popular dan champion orang-orang Melayu.
Mereka yg mengembar-gemburkan isu ini melalui media-media kawalan mereka.
Ambil contoh Zainudin Maidin, semasa beliau Ketua Pengarang Utusan beliau telah menulis Wira Tak DiDendang konon mereka-mereka yg mengusahakan usaha damai ini adalah wira.
Tetapi apabila beliau tidak lagi ada dalam kerajaan beliau telah mengembar-gemburkan isu ini dalam tulisan-tulisan beliau untuk menyekat kepulangan Chin Peng.
Wah! Kalau begitu mudah betul. Bunuh beribu-ribu orang melayu islam...selepas itu dudu berehat di pantai tioman sambil hisap curut 3 bintang.
Maklumlah menikmati sisa sisa hidup selepas pencen...
Bagus betul menjadi PENJENAYAH PERANG ya.
Bunuh tok-tok imam, tembak orang dikepala, siksa orang yang tak sehaluan dengannya, lalu cuba memadamkan sejarah hanya dengan kata2...
“Memang wajarlah saya menyimpan hasrat untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya di Malaysia. Suatu tempelakan sejarah bahawa saya tiada tanahair yang kerananya saya lebih dari sanggup mengorbankan nyawa saya.”
Ohh...lupa juga bayi juga dibunuh! Mak Cik Pak cik ditembak...Perempuan2 di rogol semahunya...atas nama MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN. Kemerdekaan apa??? KEmerdekaan Kepala Bapak Chin PEng kah?
Jadi aku hanya mempunyai perktaan2 yang paling baik untuk Komunis Laknatullah Seperti Chin Peng...
"FUCK OFF! AND DIE..." simple.
Wah! Kalau begitu mudah betul. Bunuh beribu-ribu orang melayu islam...selepas itu dudu berehat di pantai tioman sambil hisap curut 3 bintang.
Maklumlah menikmati sisa sisa hidup selepas pencen...
Bagus betul menjadi PENJENAYAH PERANG ya.
Bunuh tok-tok imam, tembak orang dikepala, siksa orang yang tak sehaluan dengannya, lalu cuba memadamkan sejarah hanya dengan kata2...
“Memang wajarlah saya menyimpan hasrat untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya di Malaysia. Suatu tempelakan sejarah bahawa saya tiada tanahair yang kerananya saya lebih dari sanggup mengorbankan nyawa saya.”
Ohh...lupa juga bayi juga dibunuh! Mak Cik Pak cik ditembak...Perempuan2 di rogol semahunya...atas nama MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN. Kemerdekaan apa??? KEmerdekaan Kepala Bapak Chin PEng kah?
Jadi aku hanya mempunyai perktaan2 yang paling baik untuk Komunis Laknatullah Seperti Chin Peng...
"SEMOGA KAMU DIBAKAR API NERAKA JAHANAM"simple.
Saudara Pak Kassim,
Jika perjuangan PKM untuk memerdekakan negara berjaya, adakah beliau akan berjaya mengamankan negara, memajukan negara, memberi ruang yang secukupnya kepada setiap warganegara mendapat manfaat hasil dari kemerdekaan negara? Perkara ini masih menjadi tanda tanya kepada saya. Ideologi komunis telah gagal dalam hal ini lalu menyebabkan negara pelopor ideologi ini mengguna pakai sistem kapitalis untuk memakmurkan negara.
Dalam hal ini UMNO agak berjaya dalam perjuangannya dalam mempertahankan kemerdekaan negara dan dalam pengisian kemerdekaan. Kalau Chin Peng ingin menjadi diktator dan mengamalkan dasar komunisme dalam pengisian kemerdekaan negara, saya percaya PKM mungkin gagal seperti yang terjadi di Russia.
Harus diingat, bangsa Melayu merupakan golongan majoriti, jika bangsa Melayu berasa terpinggir kesannya pasti amat buruk sekali.
Soal membawa Chin Peng pulang kembali ke Malaysia, adalah amat sukar sekali untuk saya mencurahkan pandangan saya. Ada logiknya dalam soal Chin Peng bukan lagi merupakan ancaman kepada negara, maka logiknya kita harus melupakan perkara yang lepas - lepas dengan membenarkan Chin Peng kembali ke tanah airnya.
Maka sebagai seorang yang kurang pengetahuan mengenai sejarah kemerdekaan negara dan juga kurang pengetahuan mengenai sejarah PKM, so "I'm reserve my comment"
Pak Kassim,
"Tugas pimpinan negara ialah mendidik rakyat berfikiran waras dan rasional, mengarah kepada kebaikan". Itu betul tetapi tidak di Malaysia: Semakin rakyat berfikiran waras semakin UMNO akan ditolak, jadi lebih baik pemikiran rakyat terus dikongkong terutama pemikiran org Melayu yg menjadi tulang belakang kuasa UMNO.
Jika Kerajaan Malaysia telah membuat perjanjian dng PKM yg memberikan hak kpd Chin Peng untuk pulang maka perjanjian ini harus dihormati.
Kerajaan Malaysia telah sekian lama memutarbelitkan fakta sejarah dan meracuni fikiran rakyat dlm usahanya memerangi kominis sehingga ia tidak dpt membenarkan Chin Peng pulang: Kerajaan Malaysia tidak dpt "reconcile" dng tindakan2 dan dasar2nya yg lepas. Drpd beberapa komen pembaca di atas jelas bgmna mereka telah dipengaruhi oleh propaganda Kerajaan selama ini.
Komunisma sekarang adalah sejarah tetapi itu bukan isunya disini. PKM adalah sebuah organisai pejuang kemerdekaan yg ditentang oleh British dan Kerajaan Malaysia yg mewarisi Malaya. Dlm tempoh Perang Dingin sudah tentu British dan kuncunya, UMNO tidak akan menerima parti komunis.
Sekarang kita tidak sepatutnya masih fobia terhadap komunisma dan PKM dan boleh meneliti semula semua fakta sejarah, hatta menerima Chin Peng kembali ke tanah airnya.
CUMA INI TIDAK COCOK DGN STRATEGI PERKAUMAN UMNO.
Memang benar, kita tidak sepatutnya fobia dengan komunis. Komunis sudah lemah. Namun jangan sekali-kali kita jadi lemah dek sikap lalai kita sendiri memperkasakan bangsa.
Sesuatu bangsa akan jadi kuat apabila tahap pemikiran meningkat dan matang. Orang Melayu kena sanggup belajar dengan semua bangsa dan menjauhi segala sifat-sifat dendam dan prejudis, kerana itu semua menyebabkan hati jadi kotor.
Bila hati kotor, macam mana ilmu nak masuk? Bila bangsa tak berilmu, macam mana nak jadi kuat? Kalau bangsa lemah, tidak mustahil dengan komunis yang dah lemah pun kita kalah.
Salam Pak Kassim,
isu ini agak rumit dari sudut-sudut yang berbeza,
dari sudut sejarah
komunisme dan peranan Chin Peng tentunya melukakan banyak pihak dalam tempoh yang telah lalu, khususnya 1948 hingga 1960;
dari sudut agama
komunisme condong kepada atheis (tidak mempercayai Tuhan), ini isu akidah;
dari sudut moral
Chin Peng dan anggota PKM (MPAJA, Bintang Tiga mahupun MRLA) telah banyak melakukan kebiadapan kepada rakyat Tanah Melayu;
dari sudut politik
sentimen ini ada "api perkauman" kerana lazimnya jika disebut komunisme (khasnya untuk Tanah Melayu, dan sekarang Malaysia) titik tersebut tertanam kepada kaum Cina, lantaran itu hati-hati kaum yang berbeza di negara ini juga perlu dijaga dalam setiap keputusan yang dibuat;
dari sudut kemanusiaan
Chin Peng "mungkin berhak" untuk menyatakan beliau ingin pulang ke Malaysia sebelum titik hidupnya berakhir.
apa pun setiap satu di atas adalah pandangan peribadi saya sahaja,
salam hormat Pak Kassim.
Salam,
Pertama sekali,saya ingin tahu apa significantnya untuk membenarkan Chin Peng pulang?Apakah kebaikannya?Faedahnya kepulangan Chin Peng hanya pada dirinya atau kepada negara(ataupun kepada yang memanipulasikan kepulangannya?
Kedua,kalaulah Chin Peng dibenarkan pulang,bolehkah dia ditangkap kerana melakukan kekejaman di Tanah Melayu?Kalau tidak boleh, ada baiknya jangan dibenarkan kerana rakyat akan beranggapan bahawa selepas melakukan jenayah boleh lari ke negara lain dan minta pulang apabila umur telah lanjut atas alasan mahu mati di tanahair dan terlepas segala undang2.
Cuma bertanya...
Dari satu sudut, kesanggupan Chin Peng kembali itu bermakna dia ingin menebus kesilapan dirinya untuk tunduk kepada kedaulatan undang-undang negara. Dengan kata lain, dia mengakui kejayaan perjuangan golongan kanan.
Lainlah jika dia kembali dengan meminta pingat dan disanjung ramai, mungkin pasti melukakan hati ramai pihak.
Setiap manusia tidak lepas dari kesalahan. Tetapi memaafkan kesalahan orang, lebih-lebih lagi yang telah lama berlalu, itu lagi mulia.
Banyak yang perlu dipandang untuk sinar di masa hadapan.
Juang said...
Dari satu sudut, kesanggupan Chin Peng kembali itu bermakna dia ingin menebus kesilapan dirinya untuk tunduk kepada kedaulatan undang-undang negara. Dengan kata lain, dia mengakui kejayaan perjuangan golongan kanan. => WAH! MUDAH SUNGGUH MENEBUS KESALAHAN DENGAN CARA BEGINI. MAKLUMLAH BUKAN ADIK BERADIK ATAU AYAH KAMU YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM.
Lainlah jika dia kembali dengan meminta pingat dan disanjung ramai, mungkin pasti melukakan hati ramai pihak.=>MULA-MULA MEMANGLAH BEGITU KONONNYA, ERR...KAMU BETUL2 PASTI KAH YANG SI KOMUNIS PEMBUNUH INI TIDAK MINTA DISANJUNG? BETUL2 PASTI?
Setiap manusia tidak lepas dari kesalahan. Tetapi memaafkan kesalahan orang, lebih-lebih lagi yang telah lama berlalu, itu lagi mulia.=> MEMANG BETUL SETIAP MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN, AKAN TETAPI ITU JUGA BUKAN BERMAKNA SETIAP KESALAHAN BOLEH TERLEPAS DARI HUKUMAN HANYA DENGAN MENGAKU SALAH MENGGUNAKAN AIR LIUR.
DALAM KAEDAH ISLAM HUKUM MATI TETAP DIBALAS HUKUM MATI. SAMADA DIMAAF OLEH KELUARGA MANGSA ITU TERPULANGLAH KEPADA MEREKA. DAN SECARA LOGIKNYA BERIBU-RIBU KELUARGA MANGSA KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK PERNAH SEKALIPUN MEMAAFKAN CHIN PENG.
KALAU TAK PERCAYA, MAKA SILALAH BERTANYA KEPADA KELUARGA PEJUANG2 SYAHID DIBUKIT KEPONG.
Jins Shamsuddin dah lama tahu...
Apakata HITLER minta maaf? Atau Mao Zedong mungkin. Atau mungkin juga MUSSOLINI yang menggantung ulama-ulama di LIBYA minta maaf. Siapakah yang harus memaafkan mereka? Kitakah yang berhak?
Ayuh kita menyanyi berami-ramai sambil bertepuk tangan lagu Allahyarham P. Ramlee yang berjudul "MAAFKAN KAMI".
Bunuh orang, lepas itu minta maaf dah kira selesai.
Teori falsafah kah ini???
saya bersetuju dengan Dr Kassim dalam hal ini. Peperangan selamanya membunuh dan dibunuh. Apa yang saya lihat dalam isu ini adalah merupakan sebuah drama yang sengaja dipersembahkan dengan beberapa pelakun pilihan dengan hasrat untuk menaikkan semangat rasis kerna BN khasnya umno memerlukannya untuk servival. Perkara ini dapat dibaca melalui gaya media terpasung menggembar-gemburkan isu ini.
Rasionalnya pada saya ini bukan lah isu besar. Kalau Chin Peng nak pulang, silakan.. Yang dulu adalah sejarah. Dan sejarah adalah rentetan perjalanan yang dilalui dengan kehendakNya. Sifat dendam tidak dituntut oleh Pencipta.
Yang kita lakukan ialah harus bergerak kehadapan bukan membincangkan hal remeh dan perasaan segelintir yang tidak keruan hala. Kalau ini diambil kira maka apajadinya kita?
Faziz ar...ini tiada kena mengena dengan PERASAAN DENDAM. INI ADALAH UNTUK MENGEAKKAN YANG HAK! BUKANKAH INI YANG DITUNTUT OLEH TUHAN???
Anda boleh bercakap bebas lepas sebab yang kena bunuh bukan anak bini anda. Kalau diri sendiri yang TERKENA baru lah boleh CAKAP BESAR tanpa memikirkan perasaan keluarga perajurit yang selama ini banyak BERKORBAN untuk diri anda dan menikmati KEHARMONIAN DIBUMI MALAYSIA.
Anda tahu apa erti bersyukur dan berterima kasih kepada askar2 yang terkorban ditembak komunis?
Cuba kena kat batang hidung sendiri. Maka disaat itu baru anda tahu MENGAPA PENJENAYAH PERANG TIDAK BOLEH DILEPASKAN BEGITU SAHAJA.
APA kata anda beritahu kepada keluarga mangsa pembunuhan di iRAQ dan PALESTINE supaya mereka MEMAAFKAN SAHAJA BUSH DAN ISRAEL? Dah tentu kasut yang sepatutnya kena ke kepala BUsh singgah melayang kepada....???
Lagi satu APA RASIONALNYA KEPULANGAN KOMUNIS PEMBUNUH tersebut??? Boleh bikin MALAYSIA bertambah maju kah?
Faziz ar...ini tiada kena mengena dengan PERASAAN DENDAM. INI ADALAH UNTUK MENEGAKKAN YANG HAK! BUKANKAH INI YANG DITUNTUT OLEH TUHAN???
Anda boleh bercakap bebas lepas sebab yang kena bunuh bukan anak bini anda. Kalau diri sendiri yang TERKENA baru lah boleh CAKAP BESAR tanpa memikirkan perasaan keluarga perajurit yang selama ini banyak BERKORBAN untuk diri anda dan menikmati KEHARMONIAN DIBUMI MALAYSIA.
Anda tahu apa erti bersyukur dan berterima kasih kepada askar2 yang terkorban ditembak komunis?
Cuba kena kat batang hidung sendiri. Maka disaat itu baru anda tahu MENGAPA PENJENAYAH PERANG TIDAK BOLEH DILEPASKAN BEGITU SAHAJA.
APA kata anda beritahu kepada keluarga mangsa pembunuhan di iRAQ dan PALESTINE supaya mereka MEMAAFKAN SAHAJA BUSH DAN ISRAEL? Dah tentu kasut yang sepatutnya kena ke kepala BUsh singgah melayang kepada....???
Lagi satu APA RASIONALNYA KEPULANGAN KOMUNIS PEMBUNUH tersebut??? Boleh bikin MALAYSIA bertambah maju kah?
Sarjan Bukit Kepong said;
WAH! MUDAH SUNGGUH MENEBUS KESALAHAN DENGAN CARA BEGINI. MAKLUMLAH BUKAN ADIK BERADIK ATAU AYAH KAMU YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM.==>Masalahnya, jika Chin Peng tak balik Malaysia pun, apakah sejarah orang dahulu boleh berubah?
Bukannya kita yang terhegeh-hegeh panggil dia balik pun, tapi dia yang nak balik.
Lagi pun, jika hidup dalam berdendam dan membenci, hati itu juga yang terasa baranya.
MULA-MULA MEMANGLAH BEGITU KONONNYA, ERR...KAMU BETUL2 PASTI KAH YANG SI KOMUNIS PEMBUNUH INI TIDAK MINTA DISANJUNG? BETUL2 PASTI?=> Urusan masa depan, Allah sahaja yang tahu. Sedangkan Nabi Muhammad pun tak tahu tarikh pasti berlakunya Kiamat. Namun janganlah berprasangka pada manusia. Kalau hidup asyik nak berprasangka, bila masa nak capai ketenangan jiwa?
MEMANG BETUL SETIAP MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN, AKAN TETAPI ITU JUGA BUKAN BERMAKNA SETIAP KESALAHAN BOLEH TERLEPAS DARI HUKUMAN HANYA DENGAN MENGAKU SALAH MENGGUNAKAN AIR LIUR.==>Tak cukup lagikah dia dihukum di luar sana sehingga tidak boleh menjalani kehidupan macam rakyat Malaysia lain? Nak hukum macam mana lagi nak bagi puas nafsu dendam di hati itu?
DALAM KAEDAH ISLAM HUKUM MATI TETAP DIBALAS HUKUM MATI. SAMADA DIMAAF OLEH KELUARGA MANGSA ITU TERPULANGLAH KEPADA MEREKA. DAN SECARA LOGIKNYA BERIBU-RIBU KELUARGA MANGSA KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK PERNAH SEKALIPUN MEMAAFKAN CHIN PENG.
KALAU TAK PERCAYA, MAKA SILALAH BERTANYA KEPADA KELUARGA PEJUANG2 SYAHID DIBUKIT KEPONG.-->So kalau yakin pejuang itu dapat syahid, kenapa anak-cucunya nak simpan dendam lagi? Sepatutnya bersyukurlah pejuang tersebut dapat syahid.
Bukahkah rugi pahala dalam diri itu, hanya dibakar oleh dendam yang sia-sia?
Alangkah ruginya, masa hidup kita disia-siakan oleh dendam yang tak bermakna. Banyak lagi kita kena fikirkan pasal nasib umat Islam, tapi pasal dendam juga nak dilayannya.
Macam mana umat nak maju? Biarlah Chin Peng nak balik ke tidak, asalkan dia tak ganggu kehidupan kita. Bukankah hidup ini terlalu luas untuk difikirkan, dari duk layan dendam terhadap Chin Peng.
Kalau Chin Peng balik, lepas tu kita pakat2 tutup cerita pasal dia. Banyak benda kat depan sana lebih baik difikir-fikirkan.
pelik nya pak kasim, mereka yang rasa chin peng tidak boleh balek sedangkan lain2 rakan nya yang melayu sudah lama berada di malaysia?
Salam Pak Kassim,
Melihat kepada tulisan2 yg menyokong kepada kepulangan Kepala Penganas Komunis ke Malaysia ini rasanya sungguh merbahaya sekali.
Mereka ini seolah-olah berjaya dimanupulasi oleh dua tiga kerat golongan yang cuba mengammbarkan Betapa Ksihan dan Berjasanya si Komunis ini.
Ada juga yg seolah-olah membuat percubaan reverse psychology bahawa anak cucu askar Melayu yg terkorban semasa melawan komunis cuba digambarkan seperti GOLONGAN PENDENDAM yang tidak berhati perut dan berfikiran sempit krn menentang kepulangan Chin Peng ke tanah air.
Manakala disatu sudut lain mereka ini cuba menimbulkan kpd kita bahawa Chin Peng adalah pihak yg patut dikasihani dan dibiarkan hidup dgn tenang dan aman tanpa menerima sedikit pun hukuman yg sepatutnya. Seolah2 selama ini Chin Peng telah melarat, lalu segala pembunuhan dan kekejaman manusia seperti Chin Peng ini cuba ditutup sebalah mata. Kononnya itu semua hanya sejaraha silam, dan perkara yg dah berlaku maka biarlah ia berlalu begitu sahaja. Ditiup angin sepoi2 bahasa lagaknya.
Sesungguhnya mereka ini buta sejarah. Hanya manusai bodoh sahaja yg tidak mahu belajar dari sejarah silam.
Kononnya Si Chin Peng ini hidup melarat, fakta yg mereka ini tidak tahu (mungkin disebabkan tidak mengaji sejarah dgn lebih mendalam) bahawa setelah Chin PEng berjaya diusir keluar drp tanah air kita, beliau telah disambut dan disanjung sebagai wira oleh Kerajaan Republik Komunis China. Dan diberikan layanan First Class! Sila rujuk buku memoir pejuang2 komunis.
Secara logiknya, Komunis kebanyakkannya berfahaman Atheis, maka manusia yg tidak percayakan kewujudan tuhan maka tidak layak menetap dibumi Tuhan. Bukan sahaja di Malaysia, malah diamana2 sekalipun.
Tulisan JUANG, cuba mengammbarkan bahawa kononnya tidak guna askar2 Melayu yg terkorban menyimpan dendam penuh kesumat adalah amat dikesalkan. SEKADAR PERTANYAAN, APAKAH BELIAU CUBA MENGGAMBARKAN BAHAWA AHLI KELUARGA ASKAR YG TERKORBAN INI SEBAGAI MANUSIA YG MEMPUNYAI HATI BUSUK YG PENUH DENGAN DENDAM KESUMAT, DAN KONONNYA JAHAT SANGATLAH MEREKA INI SECARA TAK LANGSUNG?
Bagaimana pula dgn askar yg masih hidup sehingga kini, yg tetap TIDAK MAHU MEMAAFKAN DAN MENERIMA kepulangan Chin PEng? Apakah mereka ini orang jahat yg berdendam? SEdangkan jasa mereka tidak ternilai harganya...
PAndangan seperti itu sangat lemah dan merbahaya kepada keharmonian Malaysia dimasa hadapan.
Hanya jauhari mengenal manikam.
Chin Peng tidak diterima balik ke Malaysia, adalah bentuk HUKUMAN YANG PALING RINGAN SEKALI, berbanding berhadapan dengan hukuman mati di TALI GANTUNG.
Orang yang patut kita bela; kita tak pedulikan (bekas askar melayu), Yang patut dihukum (Chin peng) kita suruh pulang. Inilah budaya baru kita. Kasihan bukan?
Salam,
Sebenarnya ini lebih kepada politik.Dari segi kemanusiaan tak ada salahnya kita membenarkan Chin Peng balik. Memang belaiu telah banyak membuat salah. Itu dulu sekarang dia sudah insaf.
Jepun banyak membunuh orang Melayu, merogol anak dara Melayu, tapi kita menyangjungnya, kita membuat hubungan dagang yang aktif, begitu juga dengan British, namun kita menjadikan negara-negara yang menghancurkan negara kita ini sebagai model yang harus dicontohi.
Apalah sangat dengan Chin Peng yang dah mati entak esok, entah lusa. Janganlah kerana politik , kita mengenepikan semangat kemanusiaan.
Benar. saya sokong Chin Peng kembali ke tanah air! Sejarah perjuangan kiri menentang inggeris telah dibungkam dari pengetahuan massa rakyat. Akhirnya, rakyat sendiri buta tentang sejarah negaranya. Puak2 neo-feudalisme UMNO yang menjadi barua BRITISH menjadi mengambil kesempatan besar. Subjek sejarah dicanting corak lalu pelajar2 ini menjadi buta sejarah.
Kebanyakkan yg menyokong usaha memebawa chin peng kembali ke Malaysia ini terdiri drp budak2 muda yang hingus masih lagi meleleh. Mereka ini jenis yg melepak di Star Buck coffe dan pakai kasut Nike.
Jadi bila mereka baca buku sejarah, mereka hanya baca drp satu pihak sahaja. Kalau kiri..kirilah mereka. Dan kalau kanan, maka kanan lah jadinya. Tidak pandai nak menimbang-nimbang dgn tertib. Kononnya liberal...
Senang cerita mereka ini berada dalam ZON SELESA. Belajar sejarah dgn menonton Astro.
Dan siapa pula kata Ketua Tentera Askar Jepun yg kejam tidak pernah dihukum???
Menerima teknologi Jepun dan Menghukum Kepala Tentera Jepun yg kejam adalah sesuatu yang sangat jelas berbeza. Satu Analogi Perbandingan YANG SALAH!
Apakah membenci kepala komunis seperti Mao Zedong mahupun Chin peng bererti harus menghukum dan terus bermusuh dgn seluruh Rakyat Republik China???
Sampai bila kita harus berfikir dgn cara yg salah ya?
Konsepnya mudah..."PENJENAYAH KEJAM TETAP HARUS MENERIMA HUKUMAN"
Sebab itu dalam AL QURAN ada KONSEP SYURGA DAN NERAKA.Jika tidak maka bergembiralah manusia tolol seperti Hitler & Mussolini...tak lupa juga BUSH!
Jelas bukan.
Salam Pak Kassim,
Komunisme masih wujud di negara kita, cuma sekarang ini mereka tidak berperang di hutan lagi. Mereka kini tinggal di bandar-bandar. Anak-anak mereka belajar di IPTA-IPTA dan masih mengamalkan nilai-nilai komunisme.
Tugu peringatan komunis ditegakkan di Memorial Parks mereka. Kalau mereka ikhlas dengan negara, apa perlunya tugu peringatan tersebut?
Jgn jadikan diri anda mangsa dlm pertelingkahan ideologi... tu jer la aku nak cakap...
Pak Kassim,
UMNO sendiri mengamalkan strategi2 komnunis spt penggunaan meluas slogan dan propaganda, penguasaan media massa, memperalatkan agensi2 kerajaan spt polis (terutama SB), spr, sprm, jabatan penerangan untuk kepentingan politik parti memerintah. Kerajaan UMNO juga membunuah rakyat spt insiden Memali dan ramai lagi yg mati dlm tahanan polis dan yg terakhir Teoh Beng Huat. Jadi apa nak marah sangat kpd PKM?
kalau nak tgk salah org,korang kire sendiri berape byk org2 umno..pas..pkr..dap..bebas yg patut kena hukum tp masih org dok sanjung mcm rambo..so kesimpulanye,memberi kemaafan amalan mulia yg disanjung tinggi dlm agama.
Post a Comment