Wednesday, August 05, 2009

MENGENAI ISA

Kassim Ahmad

5hb Ogos, 2009

Kelmarin seorang pemberita Berita Harian telah menelefon saya dan meminta saya komen tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walaupun saya mengatakan saya akan tulis sebuah artikel mengenai perkara ini, beliau meminta juga saya memberi kenyataan itu.

Saya mengemukakan tiga perkara. Pertama, prinsip undang-undang ISA ialah kemudaratan kecil diharuskan untuk mencegah kemdaratan yang lebih besar. Perkara ini bukan saja diiktiraf dalam Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia; ia juga diiktiraf dalam Quran. Apa yang perlu dilakukan dalam kajian yang sedang dibuat oleh Kerajaan sekarang ialah mempastikan supaya undang-undang ini tidak boleh disalah-gunakan oleh pihak Eksekutif.

Perisytiharan Universal ada 30 artikel. Artikel 9 mengatakan: “Tiada seorang pun boleh ditangkap, ditahan atau dibuang negeri secara seweng-wenang.” Artikel inilah yang boleh dianggap sebagai bertentangan dengan ISA. Namun demikian, Artile 30 berkata: “Tiada suatu pun dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagai bermakna mana-mana Negara, kumpulan atau orang mempunyai apa-apa hak untuk mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau melakukan sesuatu perbuatan yang ditujukan untuk merosakkan mana-mana hak dan kebebasan yang dinyatakan di sini.” Artikel ini boleh ditafsirkan sebagai membataskan Artikel 9.

Berhubung dengan apa yang disebutkan dalam Quran ialah cerita Nabi Musa berguru dengan seorang hamba Allah yang diberi ilmu oleh Tuhan. (Lihat Quran, 18: 60-82). Dalam cerita ini, salah satu kejadian yang disaksikan oleh Nabi Musa ialah guru itu tidak semena-mena membunuh seorang pemuda yang tidak berdosa. Reaksi Nabi Musa ialah memarahi beliau. Akhirnya, guru itu menerangan kepada Musa bahawa ibu-bapa pemuda itu orang mukmin yang baik, tetapi pemuda ini akan menjadi suatu bebanan besar kepada mereka, kerana kejahatan dan kekafirannya. Guru itu menambah bahawa perbuatanya bukan dating dari dirinya sediri, tetapi dari Yang Maha Mengetahui.

Jadi, dari peristiwa ini, kita boleh menggubal suatu undang-undang, iaitu kemudaratan kecil (pembunuhan pemuda itu) diharuskan untuk mencegah kemudaratan yang besar (umpamanya seperti peranan Hitler dalam Perang Dunia Kedua).

Oleh kerana undang-undang ISA ini sangat luas kuasanya, ia perlu dipinda supaya ia lebih jelas, adil dan tidak boleh disalah-gunakan oleh Kerajaan.


Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim1234@gmail.com. Laman web beliau

12 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr.Kassim,
Saya setuju dengan pandangan sdr. dan saya ada mengulas berkenaan dengan ISA di astro awani baru-baru ini. Undang2 ini berbentul "preventive" dan tahanan sebenarnya juga disoal siasat terlebih dahulu oleh SB sebelum mereka dimasukan ke Kamunting jika didapati ada kaitan. Apa yang pentng bila di kamunting mereka akan terlibat pula dengan akta tahanan yang lain.
Dalam isu ini saya yakin bahawa maklumat yg lebih meluas perlu diketengahkan oleh kerajaan untuk pemahaman rakyat jelata agar tidak timbul salah faham.
Dan juga penyalahgunaan akta ini untuk kepentingan segelintir individu berpengaruh akan diperhalusi dalam proses penambahbaikan yg akan dibuat nanti.

hambalemah said...

salam rasanya menggunakan dalil alquran ni untuk menjustifikasikan rasional ISA tidak boleh digunapakai.

"Dalam cerita ini, salah satu kejadian yang disaksikan oleh Nabi Musa ialah guru itu tidak semena-mena membunuh seorang pemuda yang tidak berdosa. Reaksi Nabi Musa ialah memarahi beliau. Akhirnya, guru itu menerangan kepada Musa bahawa ibu-bapa pemuda itu orang mukmin yang baik, tetapi pemuda ini akan menjadi suatu bebanan besar kepada mereka, kerana kejahatan dan kekafirannya. Guru itu menambah bahawa perbuatanya bukan dating dari dirinya sediri, tetapi dari Yang Maha Mengetahui"

Sebab Guru itu sudah mengetahui kejahatan lelaki itu dari Tuhan. Punya bukti.

ISA digunakan pakai atas kebarangkalian. tiada semesti terbukti. Mungkin ISA mendapat makluman dari Tuhan? Wallahua'lam

tajdidmelayu said...

Dalam konteks perbicaraan artikel ini, rasional kisah antara Musa dan Khidir ialah, kemudaratan yang kecil itu harus dilakukan, jika ia dapat mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Dengan syarat, ada bukti.

Pada prinsipnya, ISA digunakan dengan kewujudan bukti. Jika kebarangkalian bahawa seseorang itu boleh mengancam keselamatan dalam negara adalah cukup tinggi, maka ia seharusnya ditahan. Dan kebarangkalian ini tentulah berasaskan bukti.

Ada 2 jenis bukti. Yang pertama, bukti fizikal. Yang kedua, bukti metafizikal, sepertimana wahyu/ilham yang diterima oleh Khidir daripada Tuhan. Implikasi daripada kewujudan kedua-dua jenis bukti ini ialah, Khidir akan tetap membunuh pemuda berkenaan jika dia memiliki bukti fizikal, sekalipun tanpa wahyu/ilham daripada Tuhan.

Sekian.

Kerikil

soul pilots said...

Syabas Pak Kassim.

Kalau Pak Kassim meningggalkan dunia ini untuk pergi ke alam yg lebih baik satu hari nanti; maka saya diantara ribuan manusia yang berasa sayu dan sedih.

Bukan kerana kehilanggan Pak Kassim semata-mata, tetapi kerana kehilangan TOKOH MELAYU ISLAM YANG BERPEMIKIRAN LOGIK & RASIONAL.


Walaupun saya tidak setuju 100% apa yg Pak Kassim utarakan selama ini; namun begitu hujah PAK KASSIM adalah lawan berfikir yg sangat BAIK UNTUK MINDA SAYA.

Kerana apa? Kerana saya begitu Pasti bahawa Nik Aziz, Anwar Ibrahim mahupun Mahathir tidak akan seberani Pak Kassim untuk menyuarakan sesuatu yang sangat BERTENTANGAN DGN PENDAPAT UMUM. (Walaupun bukan semua yg Pak Kassim suarakan itu belum tentu boleh diterima pakai). Sudah tentu pandangan Pak Kassim sangat jauh berbeza dgn NGO Manusia Jahil Agama seperti Sister in Islam.



Wassalam.

Pujangga said...

Salam Pak Kassim.

Saya setuju dengan pandangan Pak Kassim. Pada saya, masalah Akta ISA ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik sahaja. Masalah ini dapat diselesaikan dengan membaiki dan menutup lubang-lubang kelemahan akta ini sahaja.

Jika semua manusia di dalam dunia dapat hidup dengan aman dan berlandaskan jalan Allah nescaya bukan kata ISA, penjara pun kosong.

Mansuhkan kejahatan dalam diri terlebih dahulu barulah kejahatan di luar akan terhapus dengan sendirinya.

AMIR SHAFIQ ADHAM said...

pak kassim satu pnadangan yang baik dan rasional jelas membuktikan thap keilmuan yang tinggi.syabas!!

Kassim Ahmad said...

1. Kepada semua yang memberi penghargaan kepada esei ini, terima kasih.
2. Quran mengandungi ilmu yang mendalam. Ilmu ini logikal dan benar. Ia panduan untuk kehidupan manusia.
3. Salah satu daripada sifat Tuhan: al-Samad. Ertinya BEBAS, TIDAK MENGHENDAKI APA-APA. Ini bermakna, segala perintah dan ajaran-Nya itu untuk kebaikan manusia, bukan untuk Dia.
Wassalam.

Anonymous said...

Salam Pak Kassim, mohon artikel ini di salin ke laman ini

http://neutraldaily.blogspot.com/

Juang said...

1) Setuju dengan Pujangga. Jika semua manusia sedar untuk lawan kejahatan dalam diri masing-masing, ISA tidak memberi apa-apa kesan pun. Masalahnya, bila manusia tidak sedar penyakit-penyakit hati yang perlu dilawan, itulah yang menyebabkan dunia jadi huru-hara.

2) Setuju dengan Pak Kassim. Al Quran adalah ilmu yang mendalam dan tanpa sempadan. Setiap zaman ia sesuai digunakan asalkan kita tahu guna logik dan rasional.

penulis said...

Salam Pak Kasim,

Pedoman dan contoh yang diambil dalam Quran memang tepat sekali kenapa ISA wajib dipertahankan.

ISA tidak menghukum bunuh tahanannya sebab kita tak pasti sejauhmana kemudaratan yang bakal dibawa oleh tahanan tersebut. Oleh itu pesalah cuma ditahan untuk diberi nasihat, pelajaran dan sebagai lagi kebaikan supaya keamanan tercapai.

Quran itu penuh dengan dengan pengajaran, cuma kita sahaja yang tidak mengkajinya. Hanya setakat baca dalam bahasa Arab yang langsung tak difahami.

Anonymous said...

Pak Kassim,

Mengapa ramai yg menentang ISA ialah kerana ia telah terlalu kerap digunakan (disalahgunakan) untuk tujuan kepentingan politik parti yg memerintah. Kerajaan sering mendakwa ada bukti tetapi "bukti" ini tidak pernah ditunjukkan kpd umum atau diperiksa oleh mahkamah. Oleh itu ISA adalah satu bentuk kezaliman dan Islam melarang kezaliman.

Hizamri said...

Salam Pak Kassim

Sayang sekali, dikala senja umur pun, Pak Kassim masih lagi menyesatkan manusia dengan menyalahtafsirkan al-Quran..


ISA adalah ciptaan manusia kafir sejak zaman penjajah..
Digunakan untuk mengekang kebangkitan Islam..
Dan diteruskan sehingga kini.. Untuk menakut2kan rakyat agar tidak menentang kezaliman kerajaan..


Kalaulah ISA ini halal disisi Allah SWT, sudah tentulah RasulUllah SAW mengamalkannya pada Muawiyah ra kerana Nabi SAW telah tahu dari awal lagi Muawiyah akan memerangi Ali ra yang mengorbankan ribuan tentera Islam dari kedua-dua pihak..


Nasihat saya..

Eloklah Pak Kasim berubah.. Sebelum Malaikat Maut Menjemput..

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

http://surban.org/category/lidah/

Ketajaman lidah mengalahkan ketajaman pedang yang mampu membelah besi dan daya penghancur (rusak)nya sangat kuat mengalahkan cuka dalam merusak madu yang manis.

Diriwayatkan Ibnu Abi Dunya, Rasulullah saw bersabda:
”Tidak ada satupun jasad manusia, kecuali pasti kelak akan mengadukan lidah kepada Allah atas ketajamannya”.

Nabi saw bersabda pula :
”Sesungguhnya kebanyakan dosa anak Adam berada pada lidahnya”
(HR. Ath Thabarani Ibnu Abi Dunya dan Al Baihaqi)

Imam Al Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata:

“Ketahuilah bahwa lidah bahayanya sangat besar, sedikit orang yang selamat darinya, kecuali dengan banyak diam “. Oleh sebab itu, Pembuat syari’at memuji dan menganjurkan diam,

Nabi Muhammad SAW bersabda :

”Barang siapa yang diam, pasti dia selamat ”
(HR. At Tirmidzi)

Luqman Al Hakim berkata:

“Diam itu adalah kebijaksanaan, namun sedikit sekali orang yang melakukannya”.