DI MANAKAH LETAKNYA KEKUATAN?
Oleh: Kassim Ahmad
11 Ogos, 2010
Kebanyakan orang menghubungkan kekuatan dengan bilangan yang banyak. Pepatah “Bersatu kita kukuh; bercerai kita runtuh” tidak benar dalam semua kes, dan bilangan yang banyak tidak semestinya kuat. Lihat orang Yahudi. Mereka tidak ramai, tetapi mereka kuat dan maju. Dari segi bilangan, China dan India mempunyai penduduk yang teramai dalam dunia, tetapi kedua-duanya tidak boleh mengatasi Amerika Syarikat sekarang. Dari segi bilangan anggota, UMNO, sebagai sebuah parti politik, mempunyai anggota yang teramai, tetapi, seperti yang kita tahu, ia kalah di banyak negeri dalam pilihanraya umum ke-12.
Jadi, di manakah duduknya kekuatan? Quran memberitahu kita bahawa bilangan yang kecil boleh mengalahkan bilangan yang besar dalam peperangan. Pada zaman dulu, kita tahu dari sejarah, seorang pemuda bani Israil bernama Daud mengalahkan seorang wira dan gergasi dari bangsa Filistin bernama Goliat dalam perlawan seorang sama seorang. Malah, Quran memberithau kita bahawa kebenaran kerapkali berada di pihak minoriti. (43: 78) Golongan minoriti yang dimaksudkan oleh Quran itu, termasuk Daud yang mengalahkan Goliat – mereka menang kerana Tuhan berada di pihak mereka. Di sinilahlah letaknya kekuatan, sepertu firman Tuhan: “Kekuatan milik Tuhan sepenuhnya.” ( Quran, 10: 65)
Dari segi realitinya, apakah makna ayat suci di atas? Maknanya, apabila sesuatu bangsa atau kumpulan berpegang kepada dan mengamalkan falsafah yang berpunca dari ajaran Tuhan dalam kitab-kitab sucinya, mereka memiliki kekuatan, walaupun bilangan mereka kecil dibanding dengan bangsa-bangsa atau kumpulan-kumpulan lain.
Mengapakah Amerika Syarikat yang mengistiharkan dirinya merdeka dan bebas dari kekuasaan Britain pada 4 Julai, 1774 (234 tahun dulu) berkembang menjadi kuasa terbesar hari ini? Adakah kerana kebetulan ia mempunyai pasukan bersenjata yang terkuat di dunia? Atau kerana ia mempraktikkan kebenaran Ilahi dalam kehidupan kolektifnya? Sudahkah ia mencapai kemuncaknya dan sekarang sedang menurun dan akan runtuh, seperti empayar-empayar sebelumnya, termasuk empayar-empayar Parsi, Romawi, Arab, dan Inggeris?
Naik-turunnya sesebuah empayar itu suatu cerita besar yang tersendiri. Quran memberitahu kita bahawa apabila sesuatu bangsa atau empayar itu bertindak zalim terhadap rakyatnya atau terhadap bangsa-bangsa lain di bawah kekuasaannya, maka ia akan musnah. Ini undang-undang alam, atau sunnatullah. Tiada siapa boleh mengelaknya. Tuhan berkuasa untuk menggantikan bangsa-bangsa yang zalim dengan bangsa-bangsa lain. Seperti kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti. Tamadun Yunani-Romawi telah digantikan oleh tamadun Arab-Islam, kemudian diambil-alih oleh tamadun Eropah (termasuk Amerika Syarikat), yang sekarang meliputi seluruh dunia. Tamadun ini juga sedang runtuh. Sesetengah penganalisis politik menjangka China akan mengmabil-alih tempat itu. Mengapa tidak umat Islam, yang didakwa oleh mereka sendiri berpegang kepada ajaran Tuhan?
Berbalik kepada Eropah dan Amerika Syarikat, banyak daripada ajaran yang terkandung dalam Quran, mereka yang mengamalkannya, walaupun kebanyakan rakyat mereka beragama Kristian. Contohnya, mereka mengutamakan ilmu pengetahun (sains dan teknologi). Mereka mengamalkan kebebasan berfikir. (Oleh sebab itu ramai sarjana Islam berhijrah ke Eropah atau Amerika.) Mereka mengamalkan pemerintahan yang berdasarkan perundingan, persis seperti yang diajar dalam Quran, sedangkan kebanykan umat Islam hidup di bawah kerajaan-kerajaan yang bersifat autokratik. Mereka mengutamakan kebersihan. Mereka bekerja dengan tekun dan rajin. Oleh sebab itu, negara-negara ini berjaya dan maju, berbeza dengan kebanyakan umat Islam, yang Islamnya lebih pada nama daripada praktik.
Saya telah menulis tentang pentingnya kepimpinan yang baik. Kita memiliki sebuah buku panduan yang terbaik di dunia, iaitu Quran, tetapi, malangnya, kitab itu tertutup bagi kebanyakan orang Islam. Bukan kerana bahasa Quran itu bahasa Arab (kita ada banyak terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang kita faham). Adat kita melagukan Quran. Maknanya kita tidak tahu, kerana kita tidak membaca dan cuba memahaminya dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Akibatnya, kita ikut kitab-kitab lain, selain daripada Quran! Ringkasnya, kita jatuh, kerana Tuhan tidak memilh kasih. Tuhan tidak peduli siapa nama kita, Ahmad, atau Chong, atau Munusamy atau John! Siapa yang praktik ajaran-ajaran-Nya, itulah orang atau bangsa yang Dia tolong.
Sesetengah pemimpin UMNO mendabik dada, kerana ahli-ahli UMNO melebihi tiga juta. Seperti yang telah saya katakan, bilangan ramai tidak penting. Yang penting ialah falsafah perjuangan mereka dan praktik politik mereka. Jika mereka bertindak sebagai golongan oligarki yang menindas rakyat, mereka akan digantikan. Amaran ini telah diberi oeh Tuhan Sendiri. Amaran ini berlaku kepada semua kumpulan dan bangsa. Tiada siapa yang boleh mengelaknya. Dengan itu, Pakatan Rakyat yang telah diberi kuasa di sesetengah negeri dalam Malaysia, jangan sombong. Jangan sekali-kali berlaku zalim. Hari ini kita naik; besok kita boleh jatuh!
11 comments:
Inilah sebenarnya penipuan musuh tuhan terhdp manusia setelah kewafatan nabi. Perhatikan ayat2 al quran kerana al quran tidak memperkatakan tentang agama Islam dan Muhammad. Di dlm al quran terdpt banyak firman tuhan menyuruh manusia mengikuti agama nabi Ibrahim. Apa maksudnya? Maksudnya nabi menganut agama nabi Ibrahim yg merupakan agama tertua di dunia dan segala perintah tuhan dan hukum2 di dlm al quran merujuk kpd agama nabi Ibrahim. Ini bermaksud nabi hanya meninggalkan al quran dan membetulkan kembali syariat agama nabi Ibrahim dan bukan mencipta agama baru. Inilah penipuan musuh2 tuhan apabila mereka meletakkan baris dan tanda pada al quran serta menukar nama tuhan dari Allaha ke Allah. Jadi, benarlah firman tuhan di dlm al quran bhw kebanyakan manusia itu fasik.
Pak Kassim,
Saya mahu lebih memahami pemikiran Pak Kassim...
Bolehkah Pak Kassim jelaskan dengan lebih terperinci tentang 60% daripada apa yang dikatakan hadis sahih yang bercanggah dan 40% pula lagi yang selaras dengan Quran ?
Mohon Respon...
Sdr Anonymous,
Perkara ini telah saya huraikan dengan terperinci dalam risalah saya "Dilema Umat Islam: Antara Hadis dan Quran". Risalah ini terdapat dalam laman web saya.
Juga lihat buku saya HSPS.
Lanjutan dari komen Mahadaya adalah bahwa islam atau tauhid merupakan satu satunya agama di dunia ini yg diredha Allah.kemunculan nabi muhammad adalah utk membawa manusia kembali ke jalan yg benar melalui quran setelah kesemua kitab sebelum quran telah dipinda atau ditokoktambah oleg manusia yg berpandukan iblis. hanya Quran yg dijamin Allah melalui satu sistem sekuriti yg tidal mungkin ditembusi sehingga akhirat. sistem ini juga menonjolkan yang mana kafir, munafiq & mukmin. pabila tina masanya, kebanyakan mereka yg bergelar "ulamak" akan kelihatan bagai "ular dlm semak" yg telah banyak menyimpang dari ajaran sebenar & menyesatkan manusia yg terlalu taklq kpd seseorang pemimpin, termasuk navi.
Sistem sekuriti yg menjamin Quran dari sebarang pemalsuan juga menonjolkan hampir kesemua hadis yg "katakan" kata kata nabi adalah palsu! Disamping mengukuhkan kepercayaan orang orang mukmin, sistem ini juga telah & bakal mengenalpasti mereka yg munafiq. Yg kafir mudah dikenali kerana mereka secara terbuka mengakuinya. Musuh yg paling bahaya adalah para munafiq, yg berkata "Kami beriman" atau "Kami bersamamu" di depan tetapi dsebalknya mereka beriman kepada iblis! Kita tahu bahwa agenda utama iblis adalah untuk menjauhkan manusia dari kebenaran (Quran). Ejen ejen iblis ini diberi kebebasan untuk menyesatkan manusia KECUALI mereka yg beriman kpd Tuhan melalui Quran. Ini adalah syarat Tuhan kpd iblis sebelum melepaskan iblis ke mukabumi. Pernahkah kita terfikir "mengapa aku dijadikan?Apakah matlamat hidup ini?" Jawapannya mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan - untuk membuktikan bahawa manusia boleh beriman kepada Tuhan yg satu dengan hanya berbekalkan kitab kitabNya tanpa perlu melihat Tuhan. Dan juga bahwa manusia mampu mentadbir suatu tamadun yg adil berlandaskan ajaanNya.
Salam pakcik kassim.Allah telah memberi jaminan bahawa al Quran tidak boleh diceroboh. Minta huraian pakcik kassim apakah sistem "security" yang terdapat didalam Al Quran. Terima kasih.
Sdr Anonymous,
Sistem keselamatan Quran dipanggil Kod 19. Saya telah menghuraikan Kod 19 dalam buku saya, "Hadis - Jawapan kepada Pengkritik". Sila rujuk buku itu.
Wassalam.
Salam,
Mari kita lihat konsep air. Ketika suhu menjadi rendah, molekul-molekul air mempunyai ikatan yang lebih kuat sehingga berupaya membentuk ketulan air. Ketika suhu meningkat, ikatan di antara molekul tersebut semakin melemah yang menyebabkan air menjadi wap. Tenaga haba telah melemahkan ikatan di antara molekul-molekul air yang menyebabkan setiap molekul itu mula menjauhi di antara satu sama lain.
Begitulah kekuatan di antara manusia akan hancur apabila ikatan persaudaraan/kasih sayang di antara manusia dilemahkan oleh tenaga haba yang dijana daripada penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati, berbangga diri dan lain-lain.
Bila ikatan kasih sayang sesama manusia mula luntur, manusia mula berkira kerana nak mengaut keuntungan diri sendiri. Keikhlasan semakin sukar dicari. Kerja semuanya nak dibayar dengan duit sahaja. Ketika itu akan runtuhlah kekuatan sesebuah masyarakat.
1. Saya bukan menentang penyatuan antara UMNO dan PAS. Dulu pun mereka berasal dari sebuah parti. PAS yang berpecah. (Kerja siapa kalau bukan penjajah?)
2. Lebih praktik kalau diwujudkan asas bekerjasama di antara pelbagai parti.
3. Yang penting itu sebuah falsafah politik nasional untuk membolehkan parti-parti bekerjasama.
4. Semua parti harus berusaha untuk mewujudkan asas kerjasama ini.
5. Mereka yang menentang ini hanyalah oporcunis atau munafik. Mereka perlu disingkirkan oleh rakyat degan tegas.
Salam Merdeka Pak Kassim,
Jika batu penghalang yang menyukarkan penyatuan UMNO-PAS tidak dialihkan, pastilah penyatuan itu tidak dapat direalisasikan.
Pada pandangan saya, selagi persepsi tentang Islam, negara Islam, Al Quran dan riwayat hadis tidak diperbetulkan dalam masyarakat Melayu, selagi itulah akan wujud jurang perbezaan kononnya satu parti itu sekular, satu parti lagi Islamik. Itulah modal yang biar kita dengar untuk mengapi-apikan permusuhan di antara UMNO-PAS.
Jika orang Melayu dapat dikembalikan kepada kefahaman Al Quran yang sebenar (yang tidak dicampur-adukkan dengan kepercayaan karut-marut tak masuk akal), secara automatik tembok pemisah itu akan runtuh.
Tetapi hendak komited dengan Al Quran dan petunjuk Allah itulah yang sukarnya selagi penyakit angkuh dan berbangga diri tidak diubati.
Islam yang sebenar mengajak manusia kembali beriman kepada Allah S.W.T. Kerana Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. KepadaNya kita meminta pertolongan dan kepadaNya kita mengabdi diri. Inilah sumber kekuatan Baginda Rasulullah S.A.W serta para sahabat. Hatta bilangan musuh melebihi jumlah para sahabat, atas iman yang jitu musuh dapat dikalahkan. Jika umat Islam masakini kembali beriman kepada Allah S.W.T nescaya Islam akan kembali gemilang.
Post a Comment