Monday, June 06, 2011

KEMBALI KEPADA AJARAN ASAL NABI MUHAMMAD
DALAM QURAN: ISLAM BOLEH DAN HARUS
MENJADI KUASA BESAR DUNIA


Oleh: Kassim Ahmad
Darul_hikmah33@yahoo.com.my

6 Jun, 2011

1. Dunia Melayu mempunyai penduduk Islam teramai di dunia

Dunia Melayu (Malayisa dan Indonesia) memiliki penduduk Islam yang terbanyak di dunia, iaitu 219 juta. Sebelum penjajahan Barat (bermula dengan penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 apabila Kerajaan Melayu Melaka dijajah), Dunia Melayu ini satu dengan rumpunan bangsa Melayo-Polenesia yang dalam abad-abad ke-13 hingga ke-15 memeluk agama Islam. Sebelumnya, ia di bawah Empayar Srivijaya yang beragama Hindu.
Dunia Melayu telah menghasilkan tokoh-tokoh yang besar dalam pelbagai bidang: pentadbiran, kesarjanaan, pemikiran, dan sastera dan seni, seperti Tun Seri Lanang, Sultan Alauddin Shah, Bendahara Tun Perak, Dato’ Onn Ja’afar,Tungku Abdul Rahman,Dr Ismail Abd Rahmad, Tun Ismail Mohd Ali, Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Ahmad Sukarno, Muhammad Hatta, Diponogoro, Dr Agoes Salim, Abdullah Munsyi, Tongkat Warrant, Keris Mas, Pramoedya Ananta Toer, Ungku Abdul Aziz, Hetty Koes Endang, Sayyed Naguib Al-Attas, Ibu Zain, Hamzah Fansuri, Dr Zeti Akhtar Aziz, P. Ramlee, Sudirman Arshad, Mokhtar Dahari dan banyak lagi nama yang tidak dapat saya sebutkandi sini.
Ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu, seperti bangsa-bangsa lain juga, tidak kalah kepada mana-mana bangsa pun, dan berkaliber besar. Jika kita gembelengkan tenaga kolektif kita serta memainkan peranan positif dan kreatif kita, kita boleh menjadi suatu kuasa besar untuk kebaikan dunia. Mengapakah kita tidak berfikir ke arah itu? Malah kita perlu menjadi kuasa besar untuk menyelamatkan dunia dan keruntuhan dahsyat yang menanti.

2. Dunia sekarang didominasi oleh kuasa-kuasa besar Yahudi Kristian dan Buddhist dan zalim terhadap Dunia Ketiga, khasnya Dunia Islam

Dunia pasca Perang Dunia II, yang didominasi oleh lima Kuasa Besar, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China, yang telah menjadikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebuah badan diktator yang tertinggi dalam dunia. Kediktaoran ini perlu dibepcahkan segera. Perhatikan bahawa kuasa-kuasa besar ini kuasa-kuasa Yahudi-Kristian dan Buddhist, yakni bukan-Islam dan yang telah melakukan kezaliman terhadap negara-negara Dunia Ketiga, khasnya Dunia Islam. Mengapakah kita membiarkan mereka berbuat demikian begitu lama? Bukankah Islam itu agama yang diredai Tuhan? Mengapa Islam harus duduk di bawah telunjuk mereka?

3. Dunia Islam perlu tingkatkan sains dan teknologi, tetapi lebih penting
ia harus tawarkan kepada dunia sistem Islam yang lebih baik daripada
sistem yang bobrok sekarang


Namun demikian, kita harus ingat bahawa bilangan besar tidak menjaminkan kekuatan. Kekuatan terletak pada kemajuan sains dan teknologi yang kita miliki. Di sini kita terkebelakang. Kita kena berbelanja lebih untuk memajukan sains dan teknologi kita. Juga sains dan teknologi semata-mata tidak boleh menjaminkan kekuatan itu. Kita kena tawarkan kepada masyarakat dunia sistem ekonomi-politik-sosial yang lebih baik daripada yang wujud sekarang.
Dakwaan Barat bahawa mereka menyokong cita-cita demokratik rakyat Arab dalam ombak kebangkitan Dunia Arab sekarang suatu pembohongan yang nyata. Kalau mereka jujur dengan kenyataan itu, mengapa mereka tidak buat perubahan dalam Majlis Keselamatan PBB?
Mereka yang mahir tahu bahawa sistem sosio-ekonomi dunia sekarang dilanda pelbagai krisis: krisis ekonomi, krisis kewangan, krisis sosial dan krisis intelektual. Ekonomi-ekonomi Amerika dan Eropah bangkrup; sementara ekonomi-ekonomi China dan India meningkat. Namun demikian, keadaan ini seperti papan conggang-conggit saja. Bila sebelah turun, sebelah lagi naik. Kita mesti wujudkan sebuah sistem sosio-ekonomi yang stabil pada keseluruhannya. Di sinilah sistem sosio-ekonomi Islam boleh memainkan peranan yang positif dan membina serta menstabilkan sistem dunia.
Tetapi apakah sistem sosio-ekonomi Islam? Adakah ia wujud di mana-mana negara Islam sekarang? Jawabnya, tidak. Semua negara Islam sekarang, dari Arab Saudi ke Indonesia dan Malaysia, sebagian dari sistem ekonomi "pasaran beabs" yang sedang runtuh!
Sebenarnya, sistem itu tidak susah hendak diwujudkan. Pertama sekali, sistem Islam memberikan kebebasan untuk individu berusaha dan menciptakan kekayaan. Dalam hal ini, ia bersifat kapitalis. Namun demikian, kebebasan individu ini dibataskan oleh kepentingan kolektif, termasuk anggota-anggota masyarakat yang cacat anggotanya dan yang lemah. Mereka ini harus disara oleh masyarakat daripada hasil-hasil anggotanya yang kuat melalui sistem zakat dan sedekah. Dengan demikian, tidak akan ada anggota-anggota masyarakat yang miskin atau yang terbiar dan dilupakan. Mereka yang berpendapatan tinggi digalakkan bersedekah di jalan Allah.

4. Umat Islam perlu kembali kepada pegangan tauhid

Sistem ini memerlukan pentadbiran yang beramanah dan adil. Bolehkan kita menciptakan sebuah pentadbiran yang beranamah dan adil? Harus diingat sistem Islam berteraskan tauhid. Tauhid itu bererti pengabdian diri kepada Tuhan Yang Esa semata-mata. Pegangan tauhid ini saja yang boleh membersihkan jiwa manusia untuk menjadi insan yang baik. Ini perkara utama. Tauhid itulah tiang agama, bukan sembahyang. Sembahyang yang tidak dilakukan secara jujur tidak diterima, malah dikutuk. oleh Tuhan.

5. Sistem dwi-parti rekaan Barat bukan sistem Islam

Barat telah mencipatakan doktrin dwi-parti untuk menghalang dan mengimbang (check and balance) antara kerajaan dan pembangkang. Adakah doktrin ini boleh dipakai dan selaras dengan ajaran Islam? Doktrin ini sebenarnya primitif dan membazir berdasarkan konsep masyarakat sebagai “medan perang satu lawan semua”, ajaran ahli falsafah Inggeris, Thomas Hobbes. Islam memerintahkan kita supaya bekerjasama untuk melakukukan kebaikan, bukan melawan satu sama lain untuk merampas kuasa, seperti yang baru-baru ini disarankan oleh pak-lawak pak-lawak bereserban besar dan berjubah panjang yang kononnya ulama (baca ‘ular dalam semak’)! Ketua Pembangkang yang mereka dukung itu bukan saja keji moralnya (main belakang dan depan sekaligus!) Dia patut segara diheret ke mahkamah dan didakwa sebagai pengkhianat bangsa dan negara dan dihukum bunuh!
Jadi sistem dwi-parti ini tidak selaras dengan ajaran Islam. Ia lahir dari sejarah masyarakat Eropah yang bersifat penjajah, sedangkan kita masyarakat yang kena jajah. Tuhan memberikan kita dua tangan: mengapa perlu digunakan satu untuk merosakkan kerja yang lain? Ini tidak logik. Jadi, kita harus susun sebuah pentabiran dari semua jalur ideologi, tetapi yang digabungkan dalam suatu permuafakatan besar berdasarkan patriotisme Malaysia. Kritikan dan koreksi boleh dilakukan dari dalam.
Inilah sistem yang harus kita tawarkan kepada dunia. Saya yakin ia akan diterima baik oleh kebayakan rakyat dunia.

6. Perang anti-keganansan muslihat Barat

Perang terhadap keganasan di antara krisis politik dunia sekarang. Amerika Syarikat dan Britain menakluk Iraq konon untuk menghapuskan keganasan! Mengapa tidak kedua-dua Bush, yang melakukan jenayah perang terhadap Iraq, didakwa di Mahkamah Antarabangsa di Hague? Demikian juga campur tangan Nato di Afghanistan.
Serangan 9/11 terhadap Amerika timbul dari kezaliman Amerika Syarikat terhadap dunia, khasnya umat slam, yang telah kita sebut di atas. Kezaliman ini perlu dihapuskan segera. Tetapi Amerika dan Britain bongkak tidak mahu mengiktiraf dan menghapuskan kezaliman itu. Mengapa tidak balik kepada Piagam PBB? Tiap bangsa berhak menentukan cara hidupnya sendiri. Di sinilah Amerika dan sekutunya bertindak sewengan-wenang untuk mentafsirkan Piagam PBB mengikut kehendak sabjektif mereka.
Saya pun tidak bersetuju dengan pemerintahan Taliban di Afghanistan. Tetapi saya tidak ada hak untuk memaksakan Taliban menerima konsep pemerintahan saya. Demikianlah seharusnya sikap A.S. dan sekutunya. Ini lebih sesuai dengan Piagam PBB yang mereka sendiri tubuhkan!
Oleh kerana ini semua, maka Malaysia dan Indonesia harus segera mengambil inisiatif untuk menawarkan sistem Islam kepada dunia.
____________________
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau: www.kassimahmad.blogspot.com

20 comments:

Anonymous said...

salam
nah, DS Najib...
sekarang sanggupkah menerima cabaran dan kembali mendukung Quran sebagai landasan dlm mentadbir negara sepenuhnya?
jika tidak semua, sedikit demi sedikit pun wajarlah, sesuai dgn penurunan wahyu selama 23 tahun.
jika bukan sekarang bila lagi?

Al Mahadaya said...

Hamba telah tulis dlm rumi kisah perang handak dan badar dari sumber Malayu. Ini juga merupakan gambaran sebenar nabi akhir zaman dan peperangan akhir zaman. mahadaya-asalama.blogspot.com

maae said...

Salam Pak Kassim,

1.Sesungguh nya Malaysia mampu menjana perubahan ideologi Islam berpandukan Al Quran yang di ajarkan oleh Nabi SAW kita. Ia boleh terkesan dan berkesan jika Pemimpin No. 1 dan Barisan nya lebih peka dan menjurus kepada ke "khalifahan" yang di galak anjur oleh Islam.

2.Pemimpin tidah perlu berserban dan berjubah menunjukkan identiti Islam tetapi mesti berketrampilan dari segi amalan dan nahu. Cuma kita agak terlewat mentarbiyah golongan pelapis Ulul Albab - Yang mahir dalam agama nya, yang pakar dalam bidang sains dan teknologi.

3.Kesalahan besar yang sudah di lakukan. Kita tidak peka dengan suruhan Allah dan tidak 100% akur dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

4.Sejarah Islam sudah terbukti. Artifak dan kesan ribuan tahun masih jelas kelihatan di mana Allah Subhanawataala pelihara untuk di ambil iktibar oleh umat-umat akan datang.

5.Negara Islam mana yang peduli? Malaysia kini terlalu longgar. Penganut Islam "TIDAK KERAS" dengan amalan nya, sehingga zina dan segala maksiat, kemungkaran di pandang ringan boleh berseronok, sudah tidak ada lagi "DENDA" nya mengikut hukum.

6.Sedih nya terang-terangan petualang negara berkeliaran bebas melakukan kemusnahan. Sinonim nya dajjal-dajjal kecil yang kian membesar bakal mewariskan malapetaka kepada Islam. Kita tidak melaksanakan lagi sistem cegah sebelum parah. Menghalang wabak merbahaya dari merebak. Sungguh patetik.

7.Ujian Allah yang pasti nya menjadi berat jika kita lalai dan leka lagi.

Aslam Abdullah said...

Individu-individu ibarat titisan hujan yang jatuh ke laut, di mana tiada pemisah di antara satu sama lain, dan yang tinggal hanyalah lautan maha luas tak berpantai, dalam tak berdasar.

Kassim Ahmad said...

1. Saya tujukan esei kepada Dunia Melayu, bukan Malaysia saja, tetapi Indonesia dan Malaysia.
2. Kita perlu optimis. Jangan pesimis. Tidak ada yang mustahil kita lakukan. Sebab-sebab untuk kita lakukan ini ketara sekali.
3. Jadi, kita mesti berusaha!

Juang said...

Salam,

1. Orang beriman kena menjadi jambatan penghubung di antara dunia Islam dan Barat.
2. Selagi orang Islam dididik dengan perasaan prejudis pada Barat, sampai bila-bila pun keadaan tidak akan berubah.
3. Sebenar-benar ajaran yang Muhammad pernah sampaikan ada dalam Al Quran. Kerana itu Nabi mengadu kepada Tuhan bila kaumnya tidak memperdulikan Al Quran (25:30).

Kassim Ahmad said...

1. Saya bersetuju orang beriman (kumpuan humanis, berbeza dengan kumpulan oligarki) perlu bekerja untuk melaksanakan misi ini. Tetapi jangan lupa di dunia bukan Islam, termasuk Barat, wujud kumpulan humanis. Sepertimana dalam masyarakat Islam juga wujud kumpulan kaum oligarki!(Quran, 2: 62)
2. Ayat 25:30 itu amaran keras. Kalau generasi-generasi Islam dulu tidak melakukan penyelewengan besar ini, kita sekarang akan selamat.
3. Jadi, sekarang terpulang kepada kita pula untuk membuat koreksi besar itu. Tidak bolehkah? Tentu boleh!

Anonymous said...

Salam Tuan Kassim,

Satu tulisan Tuan Kassim yang saya setuju dengan poin-poinnya.Poin-poin yang diberikan juga berada di skala gambaran yang besar dan umum.

Walaubagaimanapun saya berpendapat yang menjadi batu penghalang kepada misi orang Islam untuk pulih ke zaman kegemilangannya ialah nisbah pengkhianat2 Islam terutamanya dalam dunia melayu yang semakin bertambah dari zaman ke zaman.Lebih-lebih lagi jika pengkhianat2 tersebut daripada kalangan yang berketrampil untuk menjadi pemimpin.Kemunduran dan ketidakpercayaan pada pemerintahan di kebanyakan negara Islam juga, menyebabkan ramai orang Islam lari ke negara2 maju (ternyata negara bukan Islam).Di sini, kita boleh lihat 'survival' atau kelangsungan hidup telah mengatasi kesedaran untuk balik ke ajaran Islam sebenar.Ini sudah tentu memberi kelebihan kepakaran pada negara2 maju dalam pelbagai bidang.

Dalam suasana sekarang, sebenarnya saya tidak berapa pasti adakah orang Islam benar-benar dapat kembali ke ajaran Islam sebenar atau tidak.Ataupun hari kiamat adalah satu-satunya penawar untuk menghentikan segala kegilaan di atas muka bumi ini.Bunyinya memang pesimis.Apa-apa pun, itu sebahagian daripada pandangan saya(yang pesimis).Sebahagian lagi, saya juga percaya yang Islam sebenar akan bangkit semula satu hari nanti.

-Level 5-

Juang said...

Salam,

1. Tanah kebun yang telah lama gersang boleh disuburkan kembali dengan membajak, membaja dan mengairinya kembali.
2. Umat Islam yang telah lama gersang (ketandusan ilmu) boleh disuburkan kembali dengan membajak jiwa (meruntuhkan kekerasan/keangkuhan hati), membaja dengan kebaikan dan mengairinya dengan Al Quran.

Kassim Ahmad said...

Sdr Juang,
1. Betul sekali itu.
2. Manusia dijadikan Tuhan bebas untuk menentukan destininya.
3. Semuanya terpulang kepada dia. Pepatah "Hendak seribu daya; tak hendak seribu dalih" tepat sekali.
4. Saya sedang menulis sebuah esei baru tentang "Apa itu Kebenaran?". Saya harap esei ini akan menerangkan banyak perkara yang menjadi masalah bagi masyarakat kontemporer.

Anonymous said...

salam,

saya telahpun dituduh anti hadis di tempat kerja kerana mengajak rakan2 kembali menghayati ajaran Qur'an.
saya dilabelkan sedemikian kerana menyatakan bahawa hadis terdedah kepada unsur2 penyelewengan dan tidak terpelihara. malah ada hadis yang seolah2 nampak betul tetapi apabila sebenarnya diperincikan berasal daripada Injil.
dalam perbincangan tsb, kawan saya adalah jurusan bidang Al Quran dan Hadis drp USIM, dan saya sedih kerana sepatutnya ahli akademik dapat berlapang dada dan menerima perbezaan pendapat. mungkin kerana beliau merasakan hanya golongan yang berlatar belakangkan agama sahaja layak berbicara ttg agama.
mohon nasihat pak kassim dalam menghadapi golongan seperti ini.
cabaran menegakkan Al Quran ditentang sendiri oleh saudara seagama.
apakah tindakan saya perlu dan harus buat?
terima kasih.

Musa said...

Salam,

Benar tulisan pak Kassim,

Seharusnya umat Islam harus bersatu padu dalam menghadapi masalah yang melanda umat pada hari ini.

Seharusnya kita kembali kepada ajaran Al-Quran yang menyatu padukan umat manusia di muka bumi ini.

saya sangat setuju. very clear vision.

Sumawi said...

Salam,

Saya amat bersetuju dengan saranan Tuan.

Apa yang berlaku pada hari ini berpunca dari tindakan manusia yg enggan mengikut ajaran Al-Quran.

Kita seharusnya menegakkan kembali ajaran yg telah disampaikan oleh Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad.

Usaha murni ini InsyAllah akan membuahkan hasil sekiranya dilakukan dengan penuh komitmen dan konsisten.

Terima kasih.

Abdullah Ahmad Sarji said...

Salam,

Ide yang bernas ini seharusnya dikongsi bersama dengan kerajaan yang sedang memerintah.

Bukan sekadar menghiasi alam blogger sahaja.

Seharusnya ada pihak yang mengambil initiative utk menyampaikan perkara ini kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini.

Salam Hormat.

Abdullah

Kassim Ahmad said...

Sdr Anon,
1. Jangan putus asa. Terus beri nasihat, sepert Nabi Musa diarah beri nasihat kepada Raja Fir'auan.
2. Kembali kepada Quran bukan bermakna kita anti-Hadis. Labil "anti-hadis" suatu fitnah.
3. Adakah logik kita letakkan kata-kata Nabi sama dengan kalimah Allah? Inilah namanya pendewaan kepada Nabui Muhammad.
4. Terlalu banyak bukti dalam Quran menyuruh kita meletak Quran di atas sekali. Ayat 2-5 Surah 2 satu daripada berpuluh-puluh!
5. Ambil contoh orang Kristian yang percaya kepada doktrin Tritunggal. Satu hari pembohongan ini akan terdedah. Demikianlah akan terjadi kepada orang Islam yang syirik ini!

Juang said...

Salam,

1) Penentangan orang di sekeliling kita apabila kita kembali kepada Al Quran adalah ujian untuk melihat sejauh mana kita komited pada Yang Satu.
2) Jika Nabi yang menyampaikan Kitab Allah itu pun telah diuji dengan pelbagai bentuk penentangan, apatah lagi kita yang membenarkan Kitab tersebut.
3) Hanya kesabaranlah yang paling manis untuk menghadapi semua dugaan itu.

wan ahmadi jalil said...

Salam,Pak Kassim
Saya mohon penjelasan,misalnya apabila ada suatu kematian(jenazah)maka pengurusannya dilakukan seperti yang diketahui,di sini jika dapat dijelaskan secara lengkap apa yang sepatut dilakukan yang benar dengan al Quran dan apakah kesalahan-kesalahan jika dirujuk persoalan ini(apa yang dilakukan oleh orang agama dalam masyarakat Melayu/Islam di Malaysia)?Dalam amalannya,dilihat urusan ini 1.Ketika sakit @ hampir mati 2.Perkara-perkara yang bersabit dengan dari masa mati hingga dikebumikan dan ditalkinkan 3.Amalan yang biasa dilakukan oleh keluarga simati dan orang lain terhadap si mati seperti kenduri,tahlil dan doa pada hari atau malam tertentu dan kepercayaan bahawa ini adalah sebahagian daripada ajaran agama,adakah perkara-perkara ini boleh dirujuk sebagai ajaran daripada al Quran atau dinisbah kepada amalan yang ditunjukkan atau diwariskan daripada nabi Muhammad saw atau merupakan suatu perbuatan yang berdasarkan akal fikiran umat itu sendiri,jika Pak Kassim sudi memberikan pandangan atau apa yang menjadi pegangan yang boleh dijadikan hujjah hasil daripada fahaman yang jelas daripada al Quran ini?.Terimakasih.

Anonymous said...

salam,
saya merujuk kpd surat sdr jalil sebelum ini.
sdr musykil tentang beberapa perkara yg lebih kpd adat. segala bentuk adat berkenaan tatacara keugamaan adalah subjektif. bergantung kpd masyarakat setempat & selagi tidak terbatal oleh Al Furqan, maka boleh digunapakai.
kita di ajar & diajak untuk menggunakan akal di banyak surah dlm Al Quran. Allah Maha Pemurah & Pengampun. kalau kita jujur & berusaha, kita tidak akan dibelenggu masalah remeh yg tiada nilainya utk yg masih hidup KECUALI mereka yg mengaut untung dari setiap kematian.
kita dilarang SYIRIK sepenuhnya semasa hidup; baik dlm solat atau sebarang upacara keagaan sekalipun. selagi syarat ini diikuti, insyaAllah diberkati Tuhan.

Kassim Ahmad said...

Sdr Wan Ahmadi Jalil,
1. Apabila seorang insan mati, Tuhan menyuruh kita tanam mayat itu.
2. Perkara-perkara lain yang dilakukan itu adat, seperti kata Anon.
3. Berhubung dengan adat, adat yang yang tidak memudaratakan itu dibenarkan.

wan ahmadi jalil said...

Salam Pak Kassim,
1.Kisah Tuhan 'ilhamkan'_melalui seekor burung gagak mengajarkan manusia(anak Adam a.s) bagaimana cara 'menguburkan mayat saudaranya'.
-Dalam syariat Muhammad ajaran yang dibawanya telah membimbing banyak urusan kehidupan umat Islam dengan lebih baik,jelas dan sempurna.
Syariat,bentuk pengurusan 'jenazah/mayat daripada hampir meninggalnya,ditalkinkan iaitu diajarkan/dipimpin dengan kalimah syahadah_"La ilaha illa Allahu" ditelinganya.Ini adalah suatu perkara yang diamalkan secara warisan, sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi sehingga kini.
-Warisan ini jelas bersumberkan apa yang dikategorikan sebagai "al sunnah nabi" dan ini jelas dalam banyak kitab yang meriwayatkannya.
-Dikalangan umat Islam,ia bukan difahami sebagai "adat" biasa yang dianggap tidak penting tetapi amalan yang sebaik diamal melihat kepada sumber asalnya adalah tindakan yang pernah dilakukan dalam kehidupan rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.
2.Tuhan menyuruh kita tanam mayat,adakah tanpa perlu dimandikan,dikafankan,disolatkan ke atas jenazahnya sebelum dikebumikan!,tiada perintah Tuhan selain tanam sahaja.
Dalam perkara ini,sunnah nabi s.a.w telah diamal dan diwarisi zaman berzaman.
-Jika kita hanya merujuk dan menerima penyelesaian terhadap persoalan ini kepada al Quran semata-mata tanpa diterima sunnah di sini.Orang akan menyebutkan mereka beramal dengan "adat yang manusia telah lakukan_tentulah,memandikan_mengkafankan_mensolatkannya tidak perlu @ boleh diabaikan,sama saja melakukan atau meninggalkan amalan tersebut.
-Jika kita menerima amalan@adat ini_bukankah ini bererti mereka yang menerima 'sunnah nabi itu' sebagai suatu yang lebih wajar.
-Dan tidakkah "sunnah nabi" itu dan dalam urusan lain juga merupakan perkara yang lebih baik panduannya daripada segala jenis adat-adat, peninggalan yang pernah dilaksanakan oleh manusia selain daripada nabi s.a.w.
Mengambil contoh teladan nabi s.a.w dalam hal ehwal seperti ini,adakah dikira sebagai mendewakannya juga?.
Sekian,terimakasih.
Salam sejahtera.
Wassalam.