Saturday, February 11, 2012

PENDEWAAN PEMIMPIN –
SUATU KELEMAHAN MANUSIA


Oleh: Kassim Ahmad
darul_hikmah33@yahoo.com.my

12 Februari, 2012

Kebanyakan orang, walau apa pun kamu buat, tidak akan beriman. – Quran, 12: 103.

Kebanyakan yang beriman, tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan.
– Quran, 10: 106.

Jangan menyembah dua tuhan; tuhan hanya satu. – Quran, 16: 51.

Pada 5 Februari yang lalu, saya mengadakan majlis pelancaran buku saya yang baru (Islamic Renaissance – A New Era Has Begun, Brainbow Press, U.S.A. 2012) di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Ucapan pelancaran diberikan oleh Sdr Nik Aziz Hassan, bekas Ketua Jabatan Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seorang anggota pimpinan Kumpulan Shah Waliullah di Kota Bharu, Kelantan. (Shah Waliullah seorang failasuf besar Islam India aba ke-18.)
Kebetulan hari itu terjatuh pada hari Maulidil-Rasul, lalu saya meminta hadirin mengingati perjuangan tokok humanis yang agung ini, yang telah memberikan kita kitab suci yang terakhir, Quran’ul-Karim. Saya tidak menyebut frasa Arab sallal’llahu ‘alaihi wasallam ketika menyebut nama tokoh besar ini, seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang Islam. Perkataan yang digunakan itu selawat, selawat kepada Nabi Muhammad.
Walaupun pada waktu soal-jawab, tidak siapa daripada hadirin menanya saya tentang perkara ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawabnya.
Ayat suci yang digunakan sebagai asas selawat ini datang dari Surah Al-Ahzab (33), ayat, 56. Bunyainya: “Tuhan dan malaikat-Nya merestui Nabi. Hai kamu yang beriman, hendaklah kamu restui beliau, dan hormati beliau dengan kehormatan yang sewajarnya.” (Restu, ertinya sokong, bantu.) Sekiranya kita mengambil ayat ini tanpa banyak usul periksa dan mengucap selawat apabila nama Nabi Muhammad disebut, bermaknalah kita telah membezakan antara rasul-rasul Allah. Membezakan antara rasul-rasul Allah itu dilarang oleh Tuhan. Rujuk Quran, 2: 136.
Apabila kita mengkaji dengan teliti ayat selawat tadi, kita akan dapati bahawa 13 ayat sebelum itu (ayat 43), terdapat ayat yang berbunyi: “Dialah yang merestui kamu (yakni orang mukmin), bersama-sama dengan malaikat-Nya untuk membimbing kamu keluar dari kegelapan kepada cahaya.” Ini bermakna, bukan Nabi Muhammad saja yang direstui oleh Tuhan dan para malaikat-Nya, tetapi juga orang mukmin. Malah orang mukmin disebut dulu!
Ini logik sekali. Nabi Muhammad itu pemimpin orang mukmin pada ketika itu. Orang mukmin itu memang tanggunjawab Tuhan (dan para maalaikat-Nya) sokong dan bantu. Demikian juga pemimpin orang mukmin.
Ada tiga perkara yang disebut dalam “ayat-ayat selawat” ini. Pertama, orang mukmin dan juga pemimpin mereka direstui Tuhan dan malaikat-Nya. Kedua, orang mukmin dikehendaki menghormati, membantu dan menyokong pemimpin mereka. Ketiga, Nabi disuruh merestui orang mukmin, kerana restu Nabi menggalakkan mereka untuk berjuang di alan Allah. (Ini disebut dalam ayat 103, Surah 9.)
Soalnya, mengapakah kebanyakan cendekian Islam (saya gugup hendak menyebut perkataan ‘ulama’, kerana kasta ulama tiada dalam Islam!) dari dulu hingga sekarang gagal menghuraikan perkara ini? Mereka membiarkan umat Islam melakukan dosa syirik, yakni menyengutukan Tuhan, sedangkan dosa syirik itu satu-satunya dosa yang tidak diampunkan Tuhan.
Saya telah memetik dan meletakkan tiga ayat suci di depan esei ini. Ayat pertama menerangkan bahawa kebanyakan manusia tidak beriman. Ayat kedua menerangkan bahawa kebanyakan orang yang beriman tidak beriman kecuali menyengutukan Tuhan. Ayat ketiga melarang kita daripada menyebah dua tuhan. (Siapa yang menyembah dua tuhan? Orang Hindu menyembah banyak tuhan; orang Kristian menyembah tiga tuhan. Yang menyembah dua tuhan, siapa? Fikirlah sendiri!)
Kita harus berwaspada terhadap kecenderungan manusia untuk mendewa-dewakan pemimpim. Pendewaan terhadap pemimpin membawa akibat kita menjadi hamba kepada pemimpin itu. Kita tidak bebas. Sedang kita dijadikan Tuhan khalifah untuk menentukan nasib kita sendiri. Kita dijadikan Tuhan raja untuk mentadbirkan Alam Semesta.

---------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

15 comments:

lelucon said...

tuan, saya sangka tuan dah bertaubat sepenuhnya. Nampaknya keimanan tuan terhadap kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W. harus diperbaiki. Jgn kita terikut-ikut pandangan dan logik akal kita semata-mata, kerana Al-Quran itu menerangkan hal yg besar2..hadis menjelaskan pohon dn rantingnya. Itu sebabnya Al-Quran dan hadis dijadikan panduan utama.

Selawat utk Nabi bukan mkna kita mengagungkan Nabi Muhammad S.A.W hingga menyamai tuhan (mcm Kristian pd nabi Isa). Sebaliknya kita memuliakan baginda dan mendoakan kesejahteraan baginda sbg tanda kasih dan cinta kita thdp baginda yg sanggup berkorban membawa wahyu Allah yg diamanahkan.

kalau tuan sandar ikut logik dan pemerhatian sendiri, tuan akan silap. akal tanpa ilmu tak cukup.
saya doakan tuan diberi hidayah. sbb saya suka orang yg berilmu ttp mestilah beriman dgn iman yg benar.

Anonymous said...

Semoga Tuhan melimpahkan kesejahteraan tehadap Sdr

Apabila Sdr membicarakan akan hal pendewaan manusia ke atas pemimpin maka akan muncul isu yang selalu terbit iaitu soal iman, tauwid, akidah, syirik dan 'jalan yang lurus' tanpa menghuraikan apa sebenarnya benda iman/tauwid/akidah dan contoh-contah nyata manusia atau pemimpin yang tidak beriman/akidah/bertauhid atau hidup bergelumang dengan berhipokrisi/munafik.Kita berada dalam satu sistem yang adanya segelintir yang menindas ke atas golongan majoriti serta penindas itu mengguna berbagai-bagai alat termasuk golongan ulama/mufti/profesor kang kankung/ ketua jabatan agama/institusi lainnya bagi menghalalkan pentadbiran penindasannya. Dalam sistem ini muncul golongan yang membantah sistem penindasan itu, apakha mereka yang menentang itu adalah golongan munafik, tiada aqidah/tidak beriman kerana mereka tak pandai kupas al-Quran akan pengertian iman/akidah dan tauwid atau jalan yang lurus lantas mereka hanya syok mendewakan pemimpin mereka aje?
Mungkin Sdr boleh huraikan dan beri contoh nyata/konkrit siapa kini yang bersikap mendewakan pemimpin tiada iman, korap, hipokrit dan jangan guna lagi contoh seperti Abu Jahal, Firauan pada zaman 1400 tahun lalu.Jika tidak mesaj posting Sdr nampak macam tergantung.

Anonymous said...

Salam,
Posting kali ini sangat terang. Kalau masih ada yang hendak menyatakan sebaliknya maka terbuktilah anda dari golongan mereka yang "dipalam" segala deria. Ada mata tak dapat lihat, ada telinga tak dapat dengar & ada mulut tak boleh cakap! Jadi "pak turut" lah jawabnya..

Anonymous said...

Salam Pak Kassim,

1.Kebanyakan cendekiawan Islam gagal untuk menghuraikan perkara selawat ini kerana mereka terikat dengan ajaran cendekiawan mereka sendiri. Sedangkan di dalam kitab Al Quran telah terang melarang kita dari membeza bezakan antara para nabi.

2. Pada pendapat mereka jika tidak disebut s.a.w maka kita tidak memberi penghormatan keatas nabi Muhammad dan tiada perasaan kasih dan sayang terhadapnya.

3. Mungkin ramai yang tidak sedar dengan mengikuti ajaran AlQuran kita sebenarnya memberi penghormatan yang tinggi kepada beliau kerana mengikuti dan menghormati ajaran yang disampaikan beliau.

4. Saya berpendapat dengan mengikuti ajaran AlQuran sebenarnya kita dengan tidak secara langsung menunjukan penghormatan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada beliau.

Rosman BB

Anonymous said...

Kebanyakan orang, walau apa pun kamu buat, tidak akan beriman. – Quran, 12: 103.

Kebanyakan yang beriman, tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan.
– Quran, 10: 106.

Jangan menyembah dua tuhan; tuhan hanya satu. – Quran, 16: 51.

1.Kita tidak boleh menyangkal/menafikan manusia cenderung menyembah atau kebendaan seperti harta/wang/orang berkuasa/gajet ICT/keseronokan pribadi daripada menyembah Tuhan. Manusia menyembah Tuhan kerana tuntutan budaya/psikologikal tanpa mengetahui sebenar apa tujuan mereka menyembah.Mereka membaca dan melakukan ritual dan melakukan ritual tiada kaitan dengan pemahaman atau penghayatan akan kebesaran Tuhan. Tuhan mahu sistem penindasan manusia dihapuskan agar terdapat keadilan dan kesejahteraan atau tiada lagi pendewaan terhadap pemimpin. Surah dalam al-Quran menyampaikan pesanan itu dan guna akaliah alias ilmu pengetahuan sekular bukannya membaca surah itu berulang kali bagi menyelesaikan masalah ketimpangan yang wujud dalam sesebuah sistem itu.
Sama ada memuji/memuja Nabi berlebihan atau berkurangan tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah kompleks yang sedang merundung masyarakat moden. Nabi/Malaikat tak boleh lagi turun ke bumi dan memberi peringatan akan pesanan Tuhan dalam mencari kesejahteraan hidup. Manusia kena menyelesaikan secara realiti bukan beretorik kita kembali kepada al-Quran dan berselisih faham dengan tafsiran perkara seperti cara bersalawat/bersolat/membaca al-Fatihah/beraqidah/beriman/bertauwid dengan absolut betul.

Radzi bin Osman said...

Saidina Habibi Mawlana Muhammad Raulullah SAW Rahmatun Lil Alamin.

maae said...

Salam Pak Kassim,

1.Kitab Taurat Yahudi(Agama Langit) dengan jelas menyatakan kelahiran Nabi Akhir Zaman! Malah di sebut dengan jelas bernama "Ahmad".

2.Sesungguh nya Nabi-Nabi Allah terdahulu dan pendeta agama mereka amat mengetahui kebenaran ayat taurat ini, tertunggu-tunggu sehingga meresahkan para pengikut nya. Maka Yahudi amat yakin bahawa insan mulia bernama "Ahmad" ini adalah dari keturunan mereka !

3.Tafsiran Al Baqarah 76, menjelas kan bahawa sebahagian bani Israil yang beriman telah menceritakan kebenaran ayat tetapi sebahagian yang lain mengutuk keras atas dedahan kedatangan terjadi nya peristiwa tersebut,menjadi munafik. (Rujuk tafsir untuk lebih lanjut)

4.Rujuk Ali Imran Ayat 81. Perjanjian Allah dan para Nabi-Nabi bahawa kedatangan seorang "Rasul" iaitu Nabi Muhammad SAW,para Nabi-Nabi ini mengakui mesti patuh dan beriman serta menolong baginda, di persaksikan Allah SWT.Mereka berjanji dan patuh kepada janji Allah. LIHAT "kedudukan" Nabi Muhammad itu dalam ayat ini !

5.Al Baqarah 104,di mana yahudi mencaci dan menghina Nabi Muhammad SAW dengan halus (di bunyikan seolah-olah tepat sebutan perkataan "raa 'ina" dalam sebutan hati mereka "ruu 'unnah - bahasa yahudi erti "kebodohan teramat sangat" mengejek Rasul Allah". Untuk ini Allah mengajar mukmin mengguna perkataan "unzhurna"

6.As Syura 14 menjelaskan kebenaran kedatangan Nabi-Nabi dan Kedatangan Nabi Muhammad,kaum mereka di zaman itu tetap tidak mempercayai (beriman) dengan kebenaran nyata Allah SWT sampaikan, sehingga golongan ini sentiasa berpecah belah.

7.Taurat,Injil dan Zabur semua nya ada menceritakan kedatangan Rasul Allah dan syariat-syariat di waktu itu.Majoriti mereka ingkar kepada kebenaran yang di bawa nabi masing-masing.

8.Al Maidah 41, keterangan kaum yahudi yang sangat suka dengan cerita pembohongan tentang kelahiran Nabi Muhammad dari pendeta-pendeta/pemimpin mereka dan di sebar luas pula kepada ke akar umbi.Mereka ubah perkataan dan ayat kitab Taurat. Allah lebih mengetahui lantas Nabi Muhammad berketurunan Arab (rujuk sasilah) dan bukan dari susur galor bangsa Yahudi seperti mereka impikan !

9.Demi itu sehingga kini Yahudi tetap memusuhi umat Muhammad SAW dan Agama Islam. Masih di gambarkan Rasul Allah itu amat rendah taraf nya, tidak setaraf dengan nya atau tidak perlu di sanjung dan beriman kepada nya atau apa-apa saja peri laku (seperti Pak Kassim sarankan) yang memungkinkan Umat Islam yang lemah dekat KEKUFURAN HAKIKI!!!!

10. Dan.. Allah menyatakan, selawat dan salam keatas baginda(Nabi Muhammad) sebagaimana AKU(Allah) dan Malikat AKU berselawat keatas nya(dinyatakan dengan terang ganjaran pahala berselawat)- rujuk ayat Al Quran - setiap Jumaat berkumandang....di setiap masjid!

11. Dan..Allah memerintahkan UMAT ISLAM mesti beriman kepada Nabi Muhammad KERANA PATUH KEPADA NABI MUHAMMAD DAN MENYANJUNG KEDUDUKAN BAGINDA BERERTI KITA JUGA PATUH KEPADA ALLAH SWT - Rujuk Ayat Al Quran. Dengan itu Umat Islam akan berpegang dengan TALI ALLAH dalam ruang lingkup 6 Rukun Iman (ghaib) dan paparan praktikal syariat dalam 5 Rukun Islam (Rohaniah dan Jasmaniah)melengkapkan kalam Allah dalam kejadian kita sebagai hamba NYA yang PATUH.

12. Jadi Pak Kassim, adakah Nabi-Nabi sebelum itu sama dengan Nabi Muhammad SAW? (masih ada ayat-ayat yang membezakan dalam Al Quran)

Ada kah Nabi Muhammad hanya setaraf Pak Kassim ?

Juang said...

Salam,

Apakah tanda-tanda kita memuliakan ibu kita? Adakah dengan cara kita memuja-mujinya, atau dengan kita mengikut nasihat-nasihatnya? Kalau kita puji ibu kita bagai nak rak sekali pun, tetapi segala nasihat-nasihat ke arah kebaikan yang ibu kita sampaikan kita buat tak dengar, tidaklah kita mencapai maksud memuliakan ibu kita itu.

Begitu juga kalau kita seorang ibu atau bapa, apakah kita suka anak-anak kita hanya memuja-muji kita bagai nak rak, tetapi dalam masa yang sama segala nasihat kita mereka buat tak peduli?

Begitulah perumpamaan kita dengan Nabi. Apakah setakat memuja-mujinya bagai nak rak, tetapi Al Quran yang beliau sampaikan yang mengandungi nasihat-nasihat berguna, kita tak mahu ambil peduli?

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

Kassim Ahmad said...

1. Mohon baca dengan teliti sebelum komen.
2. Muhammad seorang nabi lagi rasul, sama seperti yang lain. Malah Muhammad ikut agama (millat) Ibrahim, kerana Nabi Ibrahimlah yang memperkenalkan ibadah-ibadah agama Islam.
3. Tuhan bercakap dengan Nabi Musa, tetapi tidak dengan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad itu penyudah segala nabi dan dikirim kepada seluruh manusia, sedangkan nabi-nabi lain dikirim kepada masyarakat nasional masing-masing.
4. Nabi Muhammad itu, dengan izin Tuhan, rahmat kepada seluruh dunia, kerana beliau (perkataan 'baginda' itu dari zaman feudal) membawa kitab suci yang terakhir kepada amanusia.
5. Nabi Muhammad memulakan zaman republikan-demokratik dalam dunia, mendahului Eropah.
6. Tentang Hadith/Sunnah, baca buku saya, "Hadith -- Satu Penilaian Semula".

arya said...

Agama Islam dibina berdasarkan kepada laporan yg dibuat oleh Bukhari, Muslim, Nasai, Tirmizi dll.Hadis yg sampai kepada kita hari ini telah dikumpulkan oleh mereka di atas. Bukhari tidak pun berjumpa dengan Abu Hurairah apatah lagi Nabi Muhammad sendiri untuk mendapat kepastian, kerana mereka hidup dalam zaman yg berlainan.
Lainlah kalau Hadis2 itu di kumpulkan pada zaman Nabi dan Nabi sendiri mengesahkan kesahihannya kita boleh terima seperti kita menerima Al Quran.
Hadis2 palsu, daif dan yg disahihkan tetapi isinya meragukan sudah menjadi barah dalam Islam.

Anonymous said...

Salam
saya petik :
5. Nabi Muhammad memulakan zaman republikan-demokratik dalam dunia, mendahului Eropah. - Apakah pemahaman atau notion republikan-demokratik yang dibawa oleh Muhamad itu hanya mirip kepada ciri-ciri tertentu atau bersamaan dengan intipati notion republikan-demokraktik yang dipegang oleh Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu. Contohnyanya apakah dalam Islam ada tertera dengan jelas mekanisme dan penegertian demokrasi itu? Apakah selepas wafat Nabi Muhamad pemilihan telus dan cara demokratik dibuat bagi memilih penggantinya? Apakah rakyat ketika itu diberi kuasa untuk memilih?

Saya petik lagi :

Agama Islam dibina berdasarkan kepada laporan yg dibuat oleh Bukhari, Muslim, Nasai, Tirmizi dll.Hadis yg sampai kepada kita hari ini telah dikumpulkan oleh mereka di atas. Bukhari tidak pun berjumpa dengan Abu Hurairah apatah lagi Nabi Muhammad sendiri untuk mendapat kepastian, kerana mereka hidup dalam zaman yg berlainan. - Walaupun sejarah membuktikan namun sebahagian besar masyarakat Islam masih mempercayai Hadis mungkin sikap orang Islam rata-rata adalah tidak saintifik ataupun mereka suka menerima dengan bulat-bulat (tanpa daya kritis atau mengguna akaliah seperti yang dianjurkan oleh al-Quran) oleh penyebar dulu yang terdiri daripada tokoh agama/imam/ustaz/mufti/ulama. Sebab itu juga orang yang percaya agama sulit untuk menerima pandangan/pendapat yang berbeza daripada yang telah mereka mendarah daging itu. Percaya tanpa selidik.

Kassim Ahmad said...

1. Islam mengajar kita memerintah dengan adil, dan melalui perudingan.
2. Muhammad sebelum diangkat menjadi nabi, seorang pemuda Mekah yang prihatin kepada soal-soal kemasyarakatan dan menunjukkan bakat kepimpinan yang tinggi.
3. Abu Bakr, Omar, Othman dan Ali dipilih oleh orang ramai. Mereka juga bukan dari golongan feudal. Sebab itu saya sifatkan pemerintahan mereka republikan-demokratik.
3. Keluarga Muawiyah yang menghidupkan balik tradisi pemerintahan feudal.

Juang said...

Salam,

Punca menyebabkan manusia mendewakan manusia yang lain kerana sikap malas berfikir dan menyelidik terutama apa yang diwarisi turun-temurun.

Selalu golongan sebegini akan berkata, "tidak boleh menggunakan akal kerana akal manusia terbatas".

Namun, jika kita fikirkan, walaupun penglihatan manusia terbatas (disebabkan adanya objek di hadapan atau di dalam kegelapan malam), ia tidak bermakna kita tidak boleh menggunakan mata?

Jika keterbatasan penglihatan bukan alasan untuk kita tidak menggunakan mata, begitulah juga keterbatasan fikiran bukan alasan untuk kita tidak menggunakan akal.

Apabila seseorang manusia mula yakin untuk berfikir sendiri seperti mana dia yakin menggunakan matanya sendiri, maka penyekutuan terhadap Tuhan dapat dihapuskan.

daryl said...

An interesting read. It seems that we have fallen for the same fate as the Christians by putting Muhammad on an altar.He is portrayed as being divine and infallible when in actual fact he was as human as anyone of us.Yes he was blessed with prophet-hood but that does not warrant us to place him on a pedestal and sing praises of him. Praise be to only Allah and to no one else.
How about writing some articles in English.

Anonymous said...

Mereka menganggap para-para nabi mampu memberi pertolongan di akhirat kelak,, sedangkan mereka sendiri yang mendoakan nabi mereka seperti “Allah berilah keselamatan terhadap Muhamad dan keluarganya” dan ada pula yang menyatakan menuntut janji pada Ku seperti “letakkanlah Muhamad itu dimakam yang terpuji yang telah dikau janjikan”. …
…Di sini siapakah siapa memimpin siapa,, nabi memimpin umat ataukah umat memimpin nabi dengan doanya,, maka umatnyalah yang lebih mulia dari nabinya,, kerana umatnya yang mendoakan saban hari,, kiranya muhamad berada di jalan yang benar,, mengapa umatnya merasa ragu terhadap Ku, lalu mendoakan nya,, bukan telah Daku ketahui segala nya?...
…Mengapa berterusan insan mendewakannya sehingga dunia telah pun penuh dengan insan yang telah kafir tanpa disedari,, lalu Daku berpesan berulang-ulang agar insan sedar dan kembali beriman pada Ku dengan sebenar-benar keimanan,, tanpa menduakan imannya terhadap Ku,, bahawa Daku jua yang akan memberi pertolongan.