Friday, March 09, 2012

‘AURAT WANITA –
APAKAH TUDUNG DIPERINTAHKAN TUHAN?

(Versi yang dipinda dan diperpanjang sedikit.)

Oleh: Kassim Ahmad
darul_hikmah33@yahoo.com.my

9 Mac, 2012

Sejak revolusi Islam Iran pada 1979, 33 tahun dulu, nampaknya, kebanyakan wanita di Malaysia, malah di seluruh dunia, mulai memakai tudung, yakni menutup kepala mereka, atas alasan rambut wanita itu ‘aurat. Sebelum itu, adat wanita Melayu memakai selendang, yang dipakai di atas bahu tanpa menutup kepala, tetapi kadang-kadang selendang itu diletak di atas kepala, tanpa menutup semua kepala.
Perkataan ''aurat' itu berasal dari bahasa Arab. Satu daripada ertinya ‘kebogelan’, ‘kemaluan’. Berdasarkan erti ini, jika rambut wanita itu ‘aurat, ia mestilah ditutup.
Ada banyak bukti – yang bersifat langsung dan tidak langsung -- bahawa rambut wanita bukan ‘aurat.
Apabila kita mengambil wuduk, kita disuruh menyapu kepala, selain membasuh muka, membasuh dua tangan dari pergelangan tangan hingga ke siku, dan membasuh kedua-dua belah kaki. Ini menunjukkan bahawa kepala kita biasanya terdedah; maka kita disuruh menyapu debu yang terlekat di kepala. Ini bukti tidak langsung.
Bukti langsung dari ayat Quran. Perhatikan ayat ini: “Hai kamu yang beriman, apabila kamu mendirikan sembahyang, hendaklah kamu basuh muka kamu, basuh kedua belah tangan kamu hingga ke siku. Sapu kepala kamu dan basuh kedua belah kaki kamu hingga ke pergelangan kaki...” (5: 6)
Kedua-dua bukti ini menunjukkan tanpa ragu bahawa rambut wanita bukan ‘aurat.
Mari kita lihat perintah Tuhan tentang pakaian wanita. “Maklumkanlah kepada perempuan-perempuan mukmin supaya mereka menundukkan mata mereka dan memelihara kesopanan. Mereka hendaklah menutup anggota badan mereka, kecuali apa yang biasanya terbuka. Selendang mereka hendaklah dilabuhkan untuk menutup dada ...” (24: 31) (Perhatikan selendang atau tutup kepala itu adat yang wujud sebelum Islam dan diteruskan selepas Islam dalam zaman nabi Muhammad.)
Ayat di atas sangat jelas. Ia tidak menyatakan bahawa rambut wanita perlu ditutup. Rambut wanita bukan ‘aurat. Ia telah diisytiharkan sebagai ‘aurat setelah Revolusi Republik Islam Iran.
Harus diingat bahawa apa yang dipanggil Republik Islam Iran itu hanyalah sebuah teokrasi, yakni pemerintahan berdasarkan ulama, yang tidak dipilih oleh rakyat, tetapi yang sebaliknya dipaksakan ke atas rakyat. Dalam Islam tidak ada kasta ulama. Kasta ulama ini kita tiru dari penganut-penganut agama Hindu dan Kristian!
Namun demikian hasrat Iran untuk membangunkan tenaga nuklier, malah untuk membuat bom nuklier, jelas haknya yang sah (sehingga kuasa-kuasa nuklier Barat bersetuju untuk mengharamkan senjata nuklier).
Namun, masih tentang pakaian, perhatikan ayat ini: "Hai anak Adam, Kami telah mengadakan bagi kamu pakaian untuk menutup kebogelan kamu, dan untuk kecantikan, tetapi pakaian yang paling baik itu pakaian takwa..." (Quran, 7: 26). Jadi, ada tiga peringkat pakaian: menutup 'aurat (peringkat rendah); kecantikan (peringkat keuda); dan untuk memelihara dari kejahatan (peringtakat tertinggi). Peringkat tetinggi ketiga meliputi dua peringkat yang bawah. Sangat cantik susunannya, bukan?
Seperti yang telah saya nyatakan di atas, sebelum revolusi Iran, wanita-wanita Melayu tidak memakai tudung. Adakah cendekiawan-cendekian Islam sebelum ini jahil? Tentu tidak! Maka perlulah cendekiawan-cendekiawan Islam sekarang membetulkan kesilapan ini.
Harus dingat agama Islam itu agama kebenaran (Ar. din’ul-haq) dan agama Allah (Ar. din’ul-Lah). Seperti yang diisytiharkan dalam ayat 19, Surah Ali-‘Imran (3), “Agama di sisi Allah itu Islam.”
Agama Islam berdiri di atas konsep tauhid. Tauhid itu percaya, berpegang dan mengamalkan ajaran bahawa Tuhan itu Satu, tiada Tuhan melainkan Dia, dan kita tiada menyembah yang lain, kecuali Dia. Tanpa pegangan ini, semua kerja kita, termasuk amal ‘ibadah, seperti sembahyang dan lain-lain itu, batal dan tidak sah! Siapa yang tidak tahu ini tidak tahu Islam.
Bandingkan pegangan tauhid dengan amalan baru kaum wantia menutup kepala! Namun demikian, terdapat sesetengah kaum wanita kita yang membungkus kepala mereka yang merasa diri mereka begitu mulia dan suci! Ini bukan prasangka saya, tetapi realiti yang dinyatakan kepada saya oleh kaum wanita sendiri.
Menutup kepala kita seperti itu nyata tidak sihat, kerana udara bersih tidak boleh meniup ke kepala kita. Kepala kita juga akan berbau busuk kerana tidak mendapat udara bersih itu. Sebab itu kita dilarang berlebih-lebihan apabila melakukan sesuatu. Tuhan telah meletakkan satu sempadan (Ar. hudud’ul-Lah) dalam semua perbuatan kita. Hendaklah kita jangan melanggar sempadan ini untuk mengelak kemudaratan. Sila lihat risalah saya yang bertajuk Kontroversi Hukum Hudud (Pulau Pinang: 2002).

------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

52 comments:

Adil said...

Bertudung itu bukan haram. Janganlah menghina pula. Si pemakainya harus tahu bagaimana memastikan rambutnya tetap bersih, kemas dan sihat.

Sesetengah wanita yang mem'bogel'kan rambut mereka pula berasa lebih mulia dan suci kerana kononnya mereka lebih memahami ajaran Tuhan, dan mengamalkannya.

Juang said...

Salam,

1) Jika ada orang Melayu beranggapan memakai tudung bagi wanita itu suruhan Allah sedangkan dalam Al Quran tidak menyuruh wanita menutup rambut, maka orang itu sebenarnya telah menjadikan ulamak Iran sebagai sekutu Tuhan.

2) Keadaan tersebut sama macam perangai orang Nasrani terdahulu yang beranggapan suruhan menjadikan Nabi Isa sebagai anak Allah adalah suatu yang Tuhan suruh sedangkan itu disuruh oleh "ulamak" Nasrani (rahib-rahib).

Melayu murtad said...

Pertamanya tahniah atas buku terbaru Pak Kassim.
Saya cukup tertarik dengan idea retorik kebangkitan Islam yang bukan lagi benda baru. Cukup dengan percaya kepada janji Tuhan yang entah bila, seperti janji Tuhan kepada Bani Israel tentang kehadiran Messiahnya beribu-ribu tahun lamanya.

Dan hari ini, terbukti lagi bahawa janji Tuhan itu masih jauh. Orang Islam hanya mampu berdiskusi tentang hal2 remeh. Saya terkejut apabila Pak Kassim masih tidak malu membangkitkan isu tudung.

Mungkin saya prejudis, tetapi tulisan kali ini tidak lain hanya provokasi.

-----------------------------------------

Pak Kassim seperti setuju membantah sistem Teokrasi. Tetapi Islam itu adalah Teokrasi, jadi tak perlu berputar belit dengan bahasa.

Orang2 seperti Pak Kassim adalah bukti Islam hanyalah interpretasi, jadi subjektif. Sekalipun Islam versi Pak Kassim menjadi asas kepada negara, akan tetap wujud interpretasi lain. Permainan bahasa.

Anonymous said...

Biarlah wanita itu sendiri membuat pilihan sama ada suka bertudung atau tidak. Bagi saya majoriti muslim wanita itu bertudung. Bertudung itu juga kelihatan cantik dan kemas serta bersih. Bertudung kerana Allah apa salahnya. Tapi kalau bertudung tidak kerana Allah, lalu berniat untuk menutup uban atau botak, itulah yang kita khuatiri. Biarlah wanita membuat pilihan secara ikhlas dan kerana Allah.

Kassim Ahmad said...

1. Benar apa yangdikatakan oleh Juang. Tahniah.
2. Bertudung tidak salah? Bukankah telah saya katakan itu bukan perintah Tuhan. Rambut wanita bukan 'auratnya. Ini jelas dari ayat-ayat Quran yang telah saya petik.
3. Mahu langgar perintah Tuhan? Atas alasan wanita nampak cantik dengan tudung? Lelaki yang tiranikal mahu wanita memakai tudung.
3. Umat Kristian dulu memperkenalkan hidup cara hermit, yang dilarang oleh Tuhan. Mahu anda ikut mereka yang sesat?
4. Saya menulis esei itu untuk membetulkan amalan kita yang silap. Terserah anda mahu ikut atau bantah. Saya tidak untung kalau anda ikut; saya tidak rugi kalau anda bantah.

Anonymous said...

Tiada larangan nyata dalam Quran terhadap pemakaian tudung!

Jadi usahlah bergaduh pasal tudung lagi.

Tuhan tahu niat dan isi hati pemakai tudung, dan niat dan isi hati pendedah rambut.

Maka terserah pada Dia yang Maha Adil dan Pengasih.

Kassim Ahmad said...

1. Komen Anon satu lagi contoh pembacaan khayalan sendiri.
2. Tidakkah orang yang menyokong pemakaian tudung oleh wanita itu sedar ia satu fenomena baru dalam masyarakat Islam?
3. Lebih teruk mereka melanggar perintah Tuhan yang terang.
3. Inilah yang dikatakan Tuhan, kebanyakan manusia, walau apa pun kamu buat, tidak beriman.
4. Jadi, biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!

Fahmi Ismail said...

Salam..saya cadangkan agar Pak Kassim Ahmad yang saya hormati agar membaca artikel dari Us. Zaharuddin tentang aurat wanita..InsyaAllah xhttp://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288-aurat-wanita--apa-sudah-jadi-.html

Yazid Hadzrim said...

RAMBUT ADALAH AURAT

Rujukan Al-Quran dan Assunnah..
Syahadah kita bukan sekadar syahadah.. tetapi 2 kalimah syahadah.. Jangan dibuang Muhammad Rasulallah.. Nanti Murtad kafir jadinya. Aku x sangkal banyak hadith palsu naik.. Tapi jangan disangkal semua hadith yang ada.. Umpama guli jatuh dalam beras.. Perlukah dibuang segantang berasnya..

- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.

Anonymous said...

salam saya cadangkan en kassim bertanya dgn ulamak2 dan uztad2..takut sesat nanti kang susah..alquran dan hadis bukan bleh tafsir sebarangan je..kalau tak semua orang boleh kuar hukum fatwa kan?:)

Anonymous said...

bagi saya orang kebanyakan yg tidak tahu berbahasa-bahasa...tulisan ini boleh menjadi kekeliruan kepada kaum wanita..bagi mereka yang masih tidak mahu bertudung (belum samapai masa) akan mengambil jalan mudah utk terus tidak bertudung...agama Allah cukup mudah..islam cukup mudah..terpulang bagaimana kita menerimanya..rasanya tak perlulah dipertikaikn hukum Allah..tepuk dada tanya selera..bagi saya bertudung nampak lebih sopan dan boleh menghindarkan dari fitnah mata manusia...semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua...

Kassim Ahmad said...

1. Artikel saya tt 'aurat wanita amat jelas. Ia bukan pendapat sabjektif saya, tetapi ayat-ayat Quran yang terang.
2. Jangan suruh orang Islam ikut ulama, kerana tiada kasta paderi dalam Islam. Ulama itu kita tiru dari agama Hindu dan Kristian.
3. Tuhan memberikan kita mata,telinga dan akal. Gunakan! Jangan jadi haiwan yang tiada berakal.
4. Seperti yang selalu saya katakan, saya letak autoriti Quran di atas sekali. Saya takut kepada Tuhan. Malah saya cintakan Dia, kerana Tuhan itu Kesempurnaan.
5. Namun, saya tidak rugi kalau anda tidak bersetuju dengan apa yang saya kemukakan. Kalau anda ikut, saya tidak untung.

Kassim Ahmad said...

1. Kepda mereka yang membantah, jawab soalan-soalan ini:- (i) Mahu ikut perintah Tuhan, atau mahu ikut kasta paderi Iran? (ii) Sebelum muncul fenomena ini, yakni 33 tahun dulu, adakah kaum wanita kita yang tidak memakai tudung melanggar perintah Tuhan? (iii) Sekarang pun ada kaum wanita (isteri dan anak para pemimpin kita) tidak memakai tudung -- adakah mereka jahil tt perintah Tuhan?
2. Jadi, masyarakat ramai (termasuk lelaki yang zalim) telah menjadi pak turut ulama Iran.
3. Yang tidak bersetuju (walaupun dengan otoriti Quan) tidak berani menegur kesilapan ini.Ini bermakna kita takut kepada manusia daripada Tuhan!
4. Jangan jadi taksub! Fikir! Quran itu untuk "orang yang berfikir" (li-qaumin yatafakkarun).

Anonymous said...

suruh org guna telinga , mata dan akal...tap yg tak berakal nya KASSIM AHMAD sendiri... terangx2 dlm al-quran :

DAN KATAKANLAH KEPADA WANITA-WANITA BERIMAN SUPAYA MENAHAN PANDANGAN MEREKA DAN MEMELIHARA KEHORMATAN MEREKA DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA -- > KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA IAITU WAJAH DAN KEDUS-DUA TAPAK TANGAN < --

CUBALAH GUNA AKAL TU FIKER...

Kassim Ahmad said...

1. Saya dapati tt 'aurat wanita ini ramai yang bersikap tidak rasional.
2. Kebanyakan tidak membaca dengan teliti apa yang saya tulis. Mereka membaca prasangka dan ketaksuban mereka!
3. Ayat-ayat Quran tt perkara ini menyuruh kedua-dua lelaki dan perempuan menundukkan mata dan memelihara kesopanan mereka.
4. Bagi perempuan disuruh tutup dada dan labuhkan pakaian mereka, kerana dada, perut dan paha mereka itu kemaluan. Nyatalah rambut wanita bukan kemaluan mereka.
5. Fikirkan mengapa kita (lelaki dan wanita) disuruh sapu kepala ketika mengambil wuduk. Itu bukti bahawa kepala wanita tidak ditutup.
6. Fikir balik. Sebelum revolusi Islam Iran, 33 tahun dulu, wanita-wanita Melayu memakai selendang.
7. Sekarang pun,wanita-wanita yang tidak terpengaruh dengan ajaran silap ini, tidak memakai tudung.
8. Surah 10, ayat 100 berbunyi,"Tiada siapa boleh beriman kecuali dengan izin Tuhan, dan Dia menghalang mereka yang tidak menggunakan akal." Nyata ayat ini menjawab soal ketaksuban. Jadi, berwaspadalah!
9. Nampaknya, berfikiran rasional ini sesuatu yang amat susah!

Anonymous said...

as salam

perbincangan ini harus melibatkan alim ulamak dan tidak perlu bagi mereka yang ilmu agama hanya sekadar nama muslim sahaja ..jika penulis orang yang berani..sila buat statement ini di mana2 suratkhabar utama negara dan lihat apa respon ulamak malaysia..usah menyongsangkan perkara yang jelas hukumnya..ayuh perdebatkan di peringkat lebih tinggi..usah mengelirukan umat islam..

semoga penulis berani menyahut cabaran ini

terima kasih

Pinkypink said...

Penlis ni tak baca sirah agaknya. Menulis pakai otak utk memahami wahyu. Suatu kemustahilan yang janggal..!

Anonymous said...

bodoh btul la kamu nie....

Dzul Athiratain said...

Cukup la sesat sorang2. Jangan la ajak orang lain. Kalau taknak terima ajaran Islam, x perlu lah mengaku Islam. Banyak lg agama lain yg boleh terima pendapat kamu. Tapi Islam sudah cukup sempurna. Islam x memerlukan takwilan dan tafsiran kamu. Cukup2 lah. Berhenti sebelum azab Allah menimpa.

Unknown said...

Assalamualaikum tuan Kassim Ahmad..

1. Minta tuan ketengahkan asbabun nuzul / Sebab musabbab turunnya ayat 6 dalam surah al-Maaidah.

2. Minta tuan ketengahkan 5 hadith nabi berkaitan dengan aurat wanita.

3. Keluarkan satu ayat al-quran yang jelas menunjukkan rambut wanita itu bukan aurat. Surah al-Maaidah ayat 6 itu dalam bab solat bukan bab kehidupan seharian tuan. Sekiranya tuan benar2 amanah dalam ilmu, minta tuan penuhi permintaan saya.

Andai tidak mampu dijawab oleh tuan, maka tuan benar2lah seorang manusia yang berniat memalingkan ummat Islam dari jalan yang benar.

Soalan saya itu sekaligus mencabar tuan dengan cara terhormat.

Adakah tuan berani sambut cabaran saya dengan menjawab 3 permintaan di atas??

Jika ya sila penuhi, jika tidak bermakna jelas tuan seorang yang sedang berdusta..

Ya atau Tidak??

Kassim Ahmad said...

1. Kebanyakan komen yang telah saya siarkan menunjukkan penulisnya tidak membaca esei saya dengan teliti.
2. Sesetengah komen itu tuduhan yang melulus. Sesetengah menunjukkan kebodohan penulisnya, dan ketaksuban penulisnya kepada ajaran kasta paderi.
3. Esei saya cukup jelas. Soalan pertama: Adakah rambut wanita 'aurat? Jawabnyan: TIDAK. Soalan kedua: Adakah menutup rambut wanita perintah Tuhan?. Jawabnya: TIDAK.
4. Saya tidak akan layan komen tt perkara ini lagi. Saya sudah memberi ruang dan masa yang lebih dari cukup.

Anonymous said...

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)


renung renungkan encik kassim..
semoga mendapat hidayah allah..

Anonymous said...

pak kassim ..cepatlah jwb soalan si huzaifah basit tu...saya nk dgr hujah dr pak kassim..pak kassim kn tak percaya hadith..die bg dalil quran..cepat jwb..sy tak sabar ni

Kassim Ahmad said...

1. Saya sudah tutup perbincangan ini.
2. Semua soalan telah saya jawap dalam esei itu dengan petikan ayat-ayat Quran, dan Qurn mengatasi Hadis .
3. Kalau ada yang masih tidak faham, apa boleh saya buat? Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya!

Anonymous said...

alquran perlu ditafsirkan dengan hadis...tuan kasim ahmad..ana harap anta jangan buat tafsiran mengunakan akal anta kerana akal anta tidak mampu menanding hadis nabi s.a.w....jika anta nak pakai alquran semata2 jadi ana nak juga tanya dimana sumbernya dalam alquran yang mengatakan solat maghrib itu 3 rakaat dan isyak itu 4 rakaat?sila jelaskan..tak tahu la ana kalau anta bersolat maghrib 2 rakaat.....satu lagi jika anta tidak mahu menerima kebenaran hadis nabi muhammad saw kenapa anta menerima alquran sebagai panduan sedangkan alquran itu diturun keatas nabi muhammad s.a.w dahulu sebelum sampai kepada tuan?

umar said...

ayat ni nak letak mane
انما يخش الله من عباده العلماء
(sesunggunya yang takut kpd Allah itu ialah ulama')..ayat al-quran ni..

hadith ni nak letak mane

العلماء ورثت الأنبياء
(ulama' adalah pewaris nabi)

bezakan antara 'alim dengan 'ulama'..

'alim adalah org yg berpngetahuan pd bidang2 tertentu..manakala ulama' adalah org2 yg memahami pelbagai bidang...

persoalan -
1- hadith tidak boleh ditolak.buktinya, Allah sendiri iktiraf kata2 nabi iaitu
ان هو إلا وحي يوحى
(melainkan apa yg dikata olehnya (yakni muhammad) adalah wahyu)

2- Allah iktiraf ulama' dlm alquran, tp knp pak kassim x iktiraf ulama'?(ulama' yg betullah, bukan ala2 ulama')..dan nabi pula iktiraf ulama' dlm penyambungan kerja2 dakwah, bagaimana pak kassim boleh tolak ulama' sekali lagi..?


bagaimana pula dgn ayat ni
أطيع الله وأطيع الرسول
(taatlah kpd Allah dan taatlah kpd rasul) - taat yg dimaksudkan ialah taat yg total/mutlaj bukan bersyarat...

pak kassim mgkn faham syariat (dgn fahaman literal dgn sendiri) tetapi belum tentu pak kassim taat pd perintah...

org yg faham belum tentu taat tetapi org yg taat sudah tentu faham...buktinye, ramai je org faham agama, tetapi xjuge mengikut landasan agama.manakala org yg taat allah dan rasul, sudah pasti adalah org yg memahami dalil2 yg diturunkan...

cube pak kassim tafsirkan ayat ni...

ومكروا ومكرالله , والله خير الماكرين
dlm terjemahan - kita merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah sebaik baik perancang...

soalannya : adakah tepat tafsiran drpd terjemahannya?

jawapan : tidak tepat krn maksud asal ialah "mereka merancang tipu daya,Allah jua merancang tipu daya, dan Allah sebaik-baik perancang tipu daya" ..krn pkataan مكر ade tafsiran berdasarkan bahasa arab...

so, hujah yg dikemukan oleh pak kassim adalah tertolak krn hujah tak kuat dan kukuh dan semata-mata bergantung pd teks terjemahan, sdgkan rujukan pentafsiran ayat itu banyak..sbb itu ulama' berfatwa berdasarkan dalil2 yg kuat..

jgn biarkan akal melampaui wahyu..akal kita sendiri tidak tahu apa yg darah kite tgh lakukan skrg(tanpa alat moden)..jika apa yg ada dlm badan pun xtermampu dek akal nak menghukum, apatah lagi agama yg diturunkan melalui nabi s.a.w. jika tanpa ulama'2 yg mewarisi sejak sahabat, bersambung tabi'in, tabi' tabi'in dan generasi seterusnya hingga sekarang.

Kassim Ahmad said...

1. Nampaknya, masalah 'aurat wanita ini sensitif sekali. 90% daripada komen membantah.
2. Masalah 'aurat wanita memang penting, tetapi masalah tauhid dan masa depan umat Islam jauh, jauh lebih penting. Mengapa tiada atau kurang komen?
3. Seperti telah saya katakan dua minggu dulu, saya sudah tutup perbincangan tt 'aurat wanita. Tetapi ada dua tiga soalan baru ditanyakan, seperti kaedah Hadis mentafsir Quran, makna perkataan 'ulama' dalam Quran (ayat 28, Surah 35), makna ayat 4: 59.
4. Semua solana ini sudah saya jawan dalam dua buku saya, HSPS (1986) dan HJKP (2000).
5. Buat sementara waktu, saya tidak akan layan kritikan dan komen tt perkara ini lagi. Jadi, jangan buang masa untuk komen.
6. Insya Allah, saya akan tulis tt perkara ini lagi dalam sebuah esei mengenai tafsir dengan lebih panjang sebulan dua lagi.
7. Sementara itu, sila komen tt "Surat Terbuka" dan buku "Islamic Renaisaance" yang sedang saya siarkan bersiri. Siaran bersiri akan mengambil masa lama sedikit
(11 minggu atau lebih).

changkatlobak said...

Salam tuan,

terima kasih kerana menjelaskan.

pinjam artikel untuk rujukan saya sendiri.

rindu pada masa lalu di mana bini ustaz juga tidak bertudung dan tidak bertudung bukanlah bermakna seseorang itu jahat.

saya ada merujuk blog syedoutsidethebox dab bukunya yang jelas membuktikan hukum bertudung/ rambut adalah aurat dalam agama Kristian.

Zairihan Abdul Halim said...

Assalamualaikum.
Saya mohon kpd Allah smoga Dia berikan petunjuk kpd kita semua. benar bhw dlm mngerjakan ketaatan kita perlu mngerti, faham dan kaji. Tp asas kpd ilmu Islam yg kita perlu kaji itu tuan sdri pun tahu iaitu Quran, sunnah & ijma' ulama tabi' tabi'in. Tuan, sy Muslimah yg btudung. I feel safe with it. Rambut adalah daya tarikan jg.Mmg dituntut mjaga pndgn tp manusia slalu kalah dgn nafsu tak kira pak haji pak lebai or ustaz skalipun. So, to be save,tutuplah kpla kecuali muka

Bengkerk said...

Sebaik-baik pakaian ialah pakaian takwa itu sendiri. Persoalannya:

1. Adakah rambut itu termasuk aurat wanita.

2. Allah tidak pernah melarang bagaimana 'style' pakaian luar seseorang asalkan jangan melampaui batas.

3. Bagaimana kedudukan wanita sebelum tercetus Revolusi Islam Iran dulu yang hanya berselendang, termasuklah para ustazah yang mengajar agama dan juga para para pejuang Islam wanita ketika itu.

Anonymous said...

SETUJU 100% Pak Kassim said "1. Kebanyakan komen yang telah saya siarkan menunjukkan penulisnya tidak membaca esei saya dengan teliti.
2. Sesetengah komen itu tuduhan yang melulus. Sesetengah menunjukkan kebodohan penulisnya, dan ketaksuban penulisnya kepada ajaran kasta paderi.
3. Esei saya cukup jelas. Soalan pertama: Adakah rambut wanita 'aurat? Jawabnyan: TIDAK. Soalan kedua: Adakah menutup rambut wanita perintah Tuhan?. Jawabnya: TIDAK." dan "1. Nampaknya, masalah 'aurat wanita ini sensitif sekali. 90% daripada komen membantah.
2. Masalah 'aurat wanita memang penting, tetapi masalah tauhid dan masa depan umat Islam jauh, jauh lebih penting. Mengapa tiada atau kurang komen?"
Lagi2 Hadith yg mereka mahu kita kompromi yg ujud selepas 250 tahun selepas wafat Rasulullah!

Anonymous said...

Pak Kassim..

Dan mereka yg mengatakan rambut itu aurat, berani pula mengingkari perintah Allah di 24:31

".......kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka......"

apabila dgn senang hati menampakkan rambut mereka di hadapan kaum keluarga mereka yg lain spt sepupu, abg ipar, adik ipar dll.
Kebiasaannya mereka yg bertudung ini, tidak akan menutup rambut mereka di hadapan keluarga mereka di kategori ini, terutama apabila budaya balik kampung kita yg begitu kuat dipraktikkan dlm masyarakat kita.
Kenapa pula? Bukankah sudah jelas surah itu mengecualikan hanya org2 yg disebut di atas.

Oleh itu, bagi wanita yg percaya bahawa rambut itu bukan aurat, maka tidak sekali2 dia melanggar perintah tersebut kerana dia sememangnya sentiasa melabuhkan pakaiannya dan menutup dadanya disepanjang masa samada di jalanan, di tempat kerja atau semasa balik kampung.

Anonymous said...

Pak Kassim

Maaf Pak kassim kerana ingin menegur sikit.... Pada pendapat saya apa yg diketengahkan pak kassim mmg tidak salah ttpi perihal ini patut dikongsi dengan sahabat pak kassim dan bukan dengan umum kerana takut akan menjadi fitnah kpd pak kassim.
Tak semua boleh terima pandangan pak kassim.
Tak semua ilmu boleh dikongsi ada kalanyer patut dirahsiakan walaupun ianyer adalah satu kabaikan kerana taku salah tafsiran.
sekian wasallam

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hayat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Young Female Muslim Thinker said...
This comment has been removed by a blog administrator.
_frumos_ said...

semua nak serahkan wanita jer yg perlu jaga..mcm mana dengan perintah Allah supaya lelaki merendahkan pandangan..nampak sangat yang komen kat sini bukan berfikiran terbuka..terlalu taksub dengan hadis yang dibawa ulama walaupun bertentangan dengan Al quran...seolah2 meletakkan al quran itu di tempat kedua.nauzubillahiminzalik..ada juga manusia yang percayakan yang diriwayat manusia lebih daripada ayat2 Allah....Nabi menyampaikan wahyu Allah iaitu ayat Al quran! bukannya hadis!

Anonymous said...

agak realistic apa yang di katakan oleh Pak Kassim, dengan minda terbuka..apapon kita semua ada akal fikiran so masing2 boleh fikir..manusia di kurniakan otak untuk berfikir...kalau dah tak suka jgn follow..

Anonymous said...

Assalam semua yg dikasihi. Masalah utama umat Islam saat ini adalah bangkit dari keruntuhan dan penindasan yg berlleluasa. Ramai yg beragama tapi tidak mengenal diri sebenar diri. Tidak sempurna agama selagi tidak mengenal.

Anonymous said...

Syiah ni

Anonymous said...

Saya setuju dengan pak kassim. Memang betul dalam alquran tiada disebut tutup rambut. Dan tiada hadis sahih yang menyebut tentang kewajipan tutup kepala. Yang wajib (basic requirement) dalam alquran terang2 disebut 1) tutup dada 2) labuhkan baju 3) jaga kemaluan & hadis sahih hanya tentang orang yang "berpakaian tapi telanjang". Dimaksudkan tubuh, bukan kepala. Kepala ada istilah telanjang ke? Masalah kita ialah taksub mazhab. Istilah aurat diberi oleh ulama fekah. Ulama2 ni tak salah, mereka memang alim, sayangkan Allah, sayangkan rasulullah. Tapi pengikut yang taksub. Masalah aurat hanya pendapat mereka, terpulang kita nak ikut atau tak sebab mereka beri pendapat atas latar belakang hidup masing2. Sesuai dengan kehendak masyarakat mereka tapi pendapat mereka tak melanggar basic requirement dalam al quran. Mereka berpendapat perhiasan yang biasa terzahir tu termasuk rambut, etc. Ada yang berpendapat kuku pun termasuk aurat. Tapi ni hanya pendapat. Kita pun boleh beri pendapat asal sahaja tak langgar basic requirement dari Allah. Kita bagi pendapat menurut masyarakat kita asal sahaja tak melanggar perintah al quran. Contohnya kalau seorang perempuan memakai baju kurung besar & labuh, tak nampak bentuk badan dan dia seorang yang bermaruah bukan suka berpeleseran. Dia sudah dikira mengikut basic requirement dalam al quran. Tapi kalau dia berbaju kurung & memakai tudung labuh. Tak salah. Cuma dia melakukan perkara yang lebih dari basic requirement tersebut. Yang ni orang tak faham. Ramai ingat jadi wajib padahal tak wajib. Mengharamkan apa yang halal dan yang paling teruk ada yang melampaui batas sehingga menutup semua. Perempuan kena duduk rumah saje, tak boleh belajar, tak boleh memandu..itu memang penindasan. Janganla kita mengikut orang2 yang melampaui batas. Masyarakat barat pula melanggar basic requirement dengan berpakaian ketat, berbogel di depan umum. Itu pun golongan melampaui batas. Kita perlu bersedehana dan alquran dah tetapkan perkara yang sederhana itu. Apa pun ini pendapat, al quran untuk kita semua. Kita yang baca, kita kena faham. Tak faham tanya, tanya macam2 orang. Lain orang lain pendapat. Ikutla apa yang kita faham & setuju. Sebab di akhirat, kita yang ditanya..kita yang kena jawab. Bertanggungjawabla dengan apa yang kita nak ikut. Jangan ikut membuta tuli.

Anonymous said...

Damai Sejahtera....
Apa yg di sampaikan oleh Pak Kassim itu benar... Rambut bukan la aurat bg wanita..

وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (59)
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Ahzab:59)

ayat di atas ini sangat jelas..yg di PERINTAHKAN oleh Allah hanyalah menututupi tubuh badan (Jilbab)...
Apa itu Jilbab???

'Memang dalam pembicaraan sehari-hari umumnya masyarakat menganggap jilbab sama dengan kerudung. rancunya lagi malah ada yg mengatakan jilbab itu penutup kepala.Anggapan ini kurang tepat. Jilbab tak sama dengan kerudung. Jilbab adalah busana bagian bawah (al-libas al-adna) berupa jubah, yaitu baju longgar terusan yang dipakai di atas baju rumahan (semisal daster). Sedang kerudung merupakan busana bagian atas (al-libas al-a’la' - Perbezaan Jilbab dan Kerudung(tudung)

Tp syg... manusia hari ini sangat susah untuk menerima sesuatu yg benar dan yg haq.. mereka lebih pantas menikuti jejak langkah nenek moyang tanpa menjadi AlQuran dan Alkitab sbg panduan.. Mereka lebih percaya dan yakin dengan kata2 manusia sehingga meletakkan hadis itu di tangga yg pertama berbanding Kitab Tuhan..


لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأولِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ .111
(Sesungguhnya pada kisah mereka itu terdapat) yang dimaksud adalah kisah-kisah para rasul (pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal) orang-orang yang berakal (Ini bukanlah) Alquran ini bukanlah (cerita yang dibuat-buat) sengaja dibuat-buat (akan tetapi) tetapi (membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya) kitab-kitab yang diturunkan sebelum Alquran (dan menjelaskan) menerangkan (segala sesuatu) yang diperlukan dalam agama (dan sebagai petunjuk) dari kesesatan (dan rahmat bagi kaum yang beriman) mereka disebutkan secara khusus dalam ayat ini mengingat hanya mereka sajalah yang dapat mengambil manfaat Alquran bukan orang-orang selain mereka.(QS Yusuf:111)

Cuba perhatikan ayat di atas, cari perkataan HADISA (dlm bahasa arab), dan cari maknanya di terjemahan.. Tidak lain, hadis hanya bermaksud CERITA-CERITA.. Boleh KIta nak jadi kan hadis sbg panduan, tp pastikan hadisnya itu related dngat Firman Tuhan..

Sekian.. :)

Anonymous said...

Damai sejahtera...pencarian berakhir dgn keterangan anda...
Puji tuhan semesta alam..

Anonymous said...

Ramai melayu ni "confuse" pak kassim.. Tambah pulak kalau mereka guna hadis dari albukhari, imam malik dan beberapa alim ulama. Bagi mereka berdosa besar lah kita kalau tak percaya ayat alim ulama ini.. Mereka ingat alim ulama tu sahabat nabi atau kenai islam lebih awal kot.. WalhAl alim ulama sendiri pun tak pernah jumpa nabi.. Kalau riwayat hadis dari nabi2 lain yg termaktub dlm alquran itu, mmglAh kena percaya, dtgnya pun dari kitab suci allah alquran.. Masalahnya sekrg manusia yg cetek ilmu, emosi ja yg lebih ni nak menegakkan kononnya "keadilan" islam berasaskan otak lutut, mungkin pak kassim kena nasihatkan manusia yg bahal ni, ambik terjemAhan alquran dan baca 30juz.. Baru terbuka otak yg cetek tu. DAri kecik dah percaya, sampai jadi darah daging.. Mcm mana nak ubah pandangan mereka? Sgt susaah....Manusia yg memaki pak kassim saya rasa tak pernah baca alquran terjemAhan 30juz pun.. Yg mereka tahu.. Hadis dan sunnah...
Bila ditanya balik asal usul hadis sunnah, mesti tunggang terbalik jawapannya... Sebab tu islam terutama di malaysia ni makin mundur kebelakang...

Anonymous said...

ini consequence terlebih fikir logik akal hawa nafsu arab pun tak lepas lepas terang2 tolak hadis ini terjadi semasa peristiwa puak khawarij Rasulullah saw sabda ini golongan baca quran sampai anak tekak shj dan keluar tanduk-tanduk syaitan di tempat mereka, this people has return dan ISIS memang bawa doctrine sama seperti ni so CONGRATULATION DUDE

Anonymous said...

Lol. Allah perlukan para sahabat Nabi untuk bantu menyampaikan apa yg Allah hendak sampaikan?
Sama macam kes mazhab. Kecoh. Tapi nabi dulu tak ada mazhab pun.

Anonymous said...

Tepat sekali.

Anonymous said...

I will always support Kassim Ahmad regarding hadith....

Unknown said...

Al-Quran. Apa itu Al-Quran? Kegunaannya? Pakaiannya? Kelebihannya? Apa isinya? Bila keluarannya? dll.
Mentafsir surah dan hadis bukan melalui baca dan lorek sehabis itu nyatakan tanpa usul periksa. Wajib mentafsir, iaitu mengkaji. Seperti Al-Quran dua patah perkataan, banyak artinya banyak tafsirannya. Jangan kita nyatakan hadis dan surah bulat bulat tanpa mengaji. Itu sebab Orang Islam wajib mengaji.
Untuk aurah itu, Yang terbuka hanya wajah dan telapak tangan.

Hati hati mengawal hadis, sekarang banyak hadis-hadis palsu. Bahaya.

Allahu Akbar, Muhammad Rasulullah saw..

Unknown said...

Al-Quran. Apa itu Al-Quran? Kegunaannya? Pakaiannya? Kelebihannya? Apa isinya? Bila keluarannya? dll.
Mentafsir surah dan hadis bukan melalui baca dan lorek sehabis itu nyatakan tanpa usul periksa. Wajib mentafsir, iaitu mengkaji. Seperti Al-Quran dua patah perkataan, banyak artinya banyak tafsirannya. Jangan kita nyatakan hadis dan surah bulat bulat tanpa mengaji. Itu sebab Orang Islam wajib mengaji.
Untuk aurah itu, Yang terbuka hanya wajah dan telapak tangan.

Hati hati mengawal hadis, sekarang banyak hadis-hadis palsu. Bahaya.

Allahu Akbar, Muhammad Rasulullah saw..

Hamba Allah said...

Assalamualaikum,

Saya tertarik dengan pernyataan saudara iaitu wanita Melayu zaman lampau atau sebelum revolusi Iran, tidak mengenakan tudung dan kalaupun mereka memakainya, mereka hanya memakai selendang yang tidak menutup keseluruhan rambut atau kepala mereka.

Wahai saudara yang dikasihi kerana Allah SWT, Allah SWT itu Maha Sempurna dan begitu pulalah agama Islam dariNya ini, bagaimanapun, umat Islam itu tidaklah sempurna kerna mereka adalah manusia yang sentiasa digoda oleh musuh mereka yang terang nyata iaitu syaitan yang direjam dan juga hawa nafsu mereka sendiri.

Oleh kerana itu, jika saudara mahu melihat bagaimana ajaran Islam yang sebenarnya, lihatlah kepada apa yang diajarkan oleh agama bersumberkan Kitab Suci mereka dan bukannya melihat kepada amalan umatnya.

Tidaklah benar jika saudara nyatakan bahwa memakai tudung atau menutup rambut atau kepala bukan perintah Allah SWT kerna hakikatnya jelas di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 terkandung perintah agar wanita melabihkan pakaiannya untuk menutuk seluruh tubuhnya.

Firman Allah SWT:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzaab 33:59)

Apabila disebut seluruh tubuh, bermaksud dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maka apakah wanita harus menutup keseluruhan tubuhnya dari hujung rambut sampai hujung kaki???

Di sinilah perlunya kita merujuk kepada hadis atau sunnah Rasulullah SAW seperti diperintahkan oleh Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(An-Nisaa' 4:59)

HR Abu Daud daripada Saidatina Aisyah Radhiyallahu ‘anha bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya:

“Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).”

Jadi, sungguh jelas sekali di dalam hadis di atas bahwa aurat wanita adalah selurruh tubuh (termasuk rambut) kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Jadi, saya nasihatkan saudara memadamkan rencana saudara yang boleh menimbulkan fitnah dan kesesatan di kalangan umat Islam.

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah 2:208)

Wallahua'lam...