Thursday, March 01, 2012

KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN SEMULA ISLAM

Oleh: Kassim Ahmad
Darul_hikmah33@yahoo.com.my

2 Februari, 2012

Jika kamu berpaling, Dia akan menggantikan kamu dengan bangsa lain dan mereka tidak akan menjadi seperti kamu. – Quran, 47: 38
Dialah yang mengirim rasul-Nya dengan bimbingan dan agama kebenaran supaya ia mengatasi agama-agama lain. – Quran, 48: 28.

Tajuk ini telah saya tulis pada beberapa lokasi lain, khasnya dalam buku-buku saya, Hadis – Jawapan Kepada pengkritik (Kuala Lumpur: 1992) dan Islamic Renaissance – A New Era Has Started (U.S.A.: 2012). Oleh kerana tajuk ini amat penting sekarang, dalam keadaan krisis besar dunia, maka saya mengambil keputusan untuk menulis secara ringkas sebuah esei yang merumuskan perkara-perkara penting dalam tajuk ini.
Seperti diketahui, Islam menjulang naik dengan pantas setelah Nabi Muhammad wafat dari kedudukan tidak terkenal di dunia menjadi kuasa besar, mengalahkan Empayar Parsi dan Empayar Baizantium, dua kuasa besar pada waktu itu. Kedudukan ini berlanjutan selama 800 tahun sehingga kejatuhan Kota Baghdad di Timur pada 1258 dan kejatuhan Granada di Barat pada 1492.
Sebab kejatuhan ini dikuncikan dalam ayat suci yang pertama yang saya petik di atas. Tuhan menyerahkan misi tamadun kepada manusia, pada waktu itu, bangsa Arab, tetapi apabila bangsa Arab mengkhianati misi ini, bangsa Arab digantikan dengan bangsa Eropah. Ini undang-undang alamiah atau sunnatullah dan tiada siapa boleh mengelaknya. Tiada vakum dalam tamadun. Seperta kata pepatah Melayu, “Patah, tumbuh; hilang berganti.”
Ringakasnya, misi tamadun itu memerintah dengan adil dan dengan itu menyibarkan kebebasan dan kebahagian di kalangan manusia. Apabila misi ini dikesampingkan, menyebabkan kezaliman, ketiadaan kebebasan dan kesengsaraan, maka misi ini dicabut oleh Tuhan daripada bangsa itu, dan diberikan kepada bangs lain.
Sekarang Amerika Syarikat sendiri (lanjutan daripada benua Eropah), dulunya lampu dunia bagi kebebasan, sekarang telah bertukar menjadi penjajah terbesar dalam dunia dan telah menjadi bangkrap. Siapa yang akan menggantikan Amerika memegang obor tamadun? Dunia Islam yang korup masih tidak boleh keluar dari korapsinya. China? India? Bangsa mana yang akan mengganti?
Bolehkah China atau India mengambil-alih misi tamadun dari Amerika?
Kalau saya tidak silap, kita sedang hidup dalam sebuah tongkang besar yang sudah bocor. Lambat-laun kebocoran ini akan merebak ke seluruh kawasan tongkang besar yang sedang kita layari. Tongkang ini akan tenggelam, sekiranya kita tidak segera memalam kebocorannya.
Apakah masalah kita? Ringkasnya, kita kehilangan “Jalan Yang Lurus” yang Tuhan nasihatkan kita pilih. Kita telah pilih jalan-jalan yang menyeleweng: Liberalisme-Kapitalisme, Marxisme-Komunisme, dan Teologi. “Jalan Yang Lurus” itu Islam yang sebenar, seperti yang diajar dalam Quran dan dipraktikkan dalam zaman Nabi dan Khalifah Rashidun. Kebenaran ini ditegaskan dalam ayat suci kedua yang saya petik di atas.
Dalam bahasa politik moden, sistem ini bersifat Republikan-Demokratik. Republikan bermakna bukan feudal; Demokratik bermakna memerintah melalui perundingan.
Inilah yang mesti kita lakukan sekarang. “Kita” di sini bermakna orang mukmin yang sanggup berjuang untuk menegakkan keadilan, seperti yang disebutkan dalam Quran, Surah 9, ayat 111.
---------------------------

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau: www.kassimahmad.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...

Tajuk 'KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN SEMULA ISLAM' membawa maksud juga yang pegangan kepada aqidah dan kuasa Islam itu akan melalui zaman tengelam timbulnya. Islam pernah gemilang selama 800 tahun sehingga kejatuhan Kota Baghdad di Timur pada 1258 dan kejatuhan Granada di Barat pada 1492. Kini diambil alih oleh kuasa bukan Islam yang mempunyai aditentera dan sains dan teknologi dan golongan Islam masih mencari identitinya semula tanpa memiliki kuasa militer atau sains dan teknologi meskipun bilangan mereka besar dan sebahagian besar negara yang kononnya 'Islam' memiliki sumber alam strategik dalam jumlah yang besar tapi tidak upaya menjadi pengaruh bermakna ke arah pengembangan Islam keran pemimpinya mengamalkan upacara Islam lebih daripada Islam yang sebenar selain daripada bersikap bodoh, feudal dan korap. Maka kena tunggu lama untuk menjatuhkan mereka seperti yang sedang berlaku di Dunia Arab kini. Pemimpin Islam mukmin melalui laluan sulit dan getir untuk menjatuhkan kuasa imperial Anglo-Saxon kini selagi kuasa ketenteraan dan sains/teknologi berada di tangan mereka. Lihat pejuang Islam kita dalam negeri, apa isu yang mereka perjuangkan? Asyik-asyik aqidah/kritianisasi/ isu moral/konsert/poligami/aurat/halal/haram/babi/arak sampai naik jenuh melihat taraf keintelektual pemimpin Islam kita begitu rendah semata-mata nak mendapatkan sokongan orang Melayu di luar bandar termasuk makcik Felda. Media massa pun tidak berperanan menyiarkan pengertian Islam yang lebih tinggi dan bermartabat.Sampai bila kita nak melawan kuasa jahat imperial Amerika?

Kassim Ahmad said...

1. Selawat kepada Nabi Muhammad itu telah saya buktikan salah, kerana pemahaman selektif tt ayat Quran. Fahamilah baik-baik dan jangan ulang!
2. Kebenaran Islam wujud dalam semua masyarakat, bukan dalam masyarakat Islam formal saja. Jagi, dia akan bangkit dari gabungan tenaga-tenagan ini.
3. Seperti telah saya katakan, vakum itu tak boleh wujud dalam. Barat liberal-kapitalis sedang jatuh di depan mata. Timur komunis-marxis sudah lama jatuh. Sistem apa akan ganti, kalau bukan sistem "Jalan Yang Lurus". Inilah sistem Islam. Jadi, buka mata besar-besar dan lihat apa yang sedang berlaku.

Anonymous said...

Nabi Adam adalah nabi atau rasul pertama bagi orang mukmim dan diikuti 24 nabi lagi sehingga Nabi Muhammad. Apakah sepanjang 24 nabi/ rasul itu tiada era kegemilangan Islam? Apakah pengikut nabi/rasul itu tidak upaya membawa kegemilangan sedangkan pesanan agama adalah untuk membawa kesejahteraan hidup dan nampaknya kesejahteraan hidup dari senario primitif ke tahap moden bermula selepas berakhirnya zaman gelap dan munculnya zaman sains dan teknologi yang dipacu lebih oleh orang kafir bukan Islam.

eddeved said...

Assalamualaikum,
sebenarnya saya memang tidak sabar nak membaca buku terbaru encik tapi kena tunggu sebulan baru dapat...

saya setuju dengan encik...bukan BANGSA yang dijanjikan kemenangan sebaliknya orang BERIMAN yang dijanjikan kemenangan,

Anonymous said...

"Zaman sains Dan teknologi lebih dipacu orang bukan Islam".. Kenapa? Buka Quran & baca & faham! Bukan melagu macam kakatua,,
Wahtu ulung menyuruh kita baca..bukan baca majalah khayal atau komik! Baca untuk mendalami ilmu & membangunkan masyarakat..bukan untuk kepentingan individu!