MENGAPA GERAKAN
KEGANASAN IS TIMBUL?
Oleh: Kassim Ahmad
19 November, 2015
Untuk memahami gerakan keganasan IS,
kita harus meletakanya dalam konteks. Iraq dan Syria, yang menjadi dua pusat gerakan
Is juga dua pusat tamadun tua dalam empayar Baizantium yang dibebaskan oleh
tentera Islam dalam abad ke-7 Masehi. Peperangan yang dilancarkan oleh A.S dan
33 sekutunya dari 2003 hingga 2011 suatu peperangan yang dilancarkan tanpa
provokasi dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa Ia dilancarkan,
kononnya, kerana Iraq mempunyai senjata nuklier, yang kemudiannya didapati
tidak benar. Tony Blair, perdana menteri Britain, pada waktu itu baru-baru ini telah
mengaku kesilapan itu.
Peperangan ini satu kesilapan besar
oleh kuasa hegemoni A.S. Kalau pun Iraq memiliki senjata nuklier, apa salahnya?
Semua kuasa besar Barat dan Timur memiliki senjata itu. Bukan itu saja. Negara
haram Israel, dan anak emas A.S. juga ada senjata nuklier. Mengapa negara-negara
Barat Yahudi-Kristian boleh ada senjata nuklier dan negara Islam Iraq tidak
boleh?
Sejarah
kolonial negara-negara Barat, termasuk Britain, Belanda, Perancis, Belgium dan Amerika,
menunjukkan berlakunya keganasan yang dahsyat terhadap warganegara Dunia Ketigai.
Siasat fenomena penjajahan Barat dan hetong berapa banyak jiwa dan harta-benda
yang hilang di tiap-tiap negara Dunia Islam dan Dunia Ketiga yang mereka jajah
dalam zaman penjajah Portugal dan Spain membawa kepada penjajahan Britain,
Belanda, Perancis, Belgium dan Amerika Syarikat.
Ini tidak bermakna kita menyokong dan
menggalakkan keganasa IS dan lain-lain gerakan pengganas. Kita hanya mahu
menarik perhatian dunia kepada sebab-musabab keganasan mereka.
Keganasan tidak boleh dilawan denga keganasan. Di mana
hujungnya jika manusia bertindak begitu? Tidak ada hujung. Kita senantaiasa
akan dihambat konflik.
Keganasan hanya boleh dilawan dengan kerahiman. Seperti kata
arif, cegah kejahatan dengan kebaikan. Negara-negara yang pernah melakukan
penjajahan terhadap Dunia Ketiga mesti memohn ma’af terhadap negara-negara yang
mereka jajah serta membayar pampasan, pampasan simbolik, kerana pampasan yang
sebenar tidak mungkin boleh dibayar.
Selepas ini, barulah kita boleh mewujudkan sebuah dunia yang
aman dan adil.
Kuasa-kuasa besar mestilah bersetuju
untuk hidup tanpa senjata nuklier. Hapuskan semua senjata nuklier. Wujudkan
sebuah dunia yang adil. Duian yang aman dan sejahtera akan lahir secara automatik.
Ini bukan impian kosong. Inilah yang
dimaksudkan oleh Pencipta kita apabila Dia menjawab bantahan para malaikat terhadap
penciptaan manusia, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.” (Lihat Quran, 2: 30)
KASSIM AHMAD
seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com