Wednesday, November 18, 2015

MENGAPA KEGANASAN IS?



MENGAPA GERAKAN KEGANASAN IS TIMBUL?
Oleh: Kassim Ahmad
19 November, 2015

          Untuk memahami gerakan keganasan IS, kita harus meletakanya dalam konteks.  Iraq dan Syria, yang menjadi dua pusat gerakan Is juga dua pusat tamadun tua dalam empayar Baizantium yang dibebaskan oleh tentera Islam dalam abad ke-7 Masehi. Peperangan yang dilancarkan oleh A.S dan 33 sekutunya dari 2003 hingga 2011 suatu peperangan yang dilancarkan tanpa provokasi dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa Ia dilancarkan, kononnya, kerana Iraq mempunyai senjata nuklier, yang kemudiannya didapati tidak benar. Tony Blair, perdana menteri Britain, pada waktu itu baru-baru ini telah mengaku kesilapan itu.
          Peperangan ini satu kesilapan besar oleh kuasa hegemoni A.S. Kalau pun Iraq memiliki senjata nuklier, apa salahnya? Semua kuasa besar Barat dan Timur memiliki senjata itu. Bukan itu saja. Negara haram Israel, dan anak emas A.S. juga ada senjata nuklier. Mengapa negara-negara Barat Yahudi-Kristian boleh ada senjata nuklier dan negara Islam Iraq tidak boleh? 
         Sejarah kolonial negara-negara Barat, termasuk Britain, Belanda, Perancis, Belgium dan Amerika, menunjukkan berlakunya keganasan yang dahsyat terhadap warganegara Dunia Ketigai. Siasat fenomena penjajahan Barat dan hetong berapa banyak jiwa dan harta-benda yang hilang di tiap-tiap negara Dunia Islam dan Dunia Ketiga yang mereka jajah dalam zaman penjajah Portugal dan Spain membawa kepada penjajahan Britain, Belanda, Perancis, Belgium dan Amerika Syarikat.
          Ini tidak bermakna kita menyokong dan menggalakkan keganasa IS dan lain-lain gerakan pengganas. Kita hanya mahu menarik perhatian dunia kepada sebab-musabab keganasan mereka.
Keganasan tidak boleh dilawan denga keganasan. Di mana hujungnya jika manusia bertindak begitu? Tidak ada hujung. Kita senantaiasa akan dihambat konflik.
Keganasan hanya boleh dilawan dengan kerahiman. Seperti kata arif, cegah kejahatan dengan kebaikan. Negara-negara yang pernah melakukan penjajahan terhadap Dunia Ketiga mesti memohn ma’af terhadap negara-negara yang mereka jajah serta membayar pampasan, pampasan simbolik, kerana pampasan yang sebenar tidak mungkin boleh dibayar.
Selepas ini, barulah kita boleh mewujudkan sebuah dunia yang aman dan adil.
Kuasa-kuasa besar mestilah bersetuju untuk hidup tanpa senjata nuklier. Hapuskan semua senjata nuklier. Wujudkan sebuah dunia yang adil. Duian yang aman dan sejahtera akan lahir secara automatik.
Ini bukan impian kosong. Inilah yang dimaksudkan oleh Pencipta kita apabila Dia menjawab bantahan para malaikat terhadap penciptaan manusia, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.” (Lihat Quran, 2: 30)

KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com  

          

No comments: