Disiarkan semula kerana relevennya. -- K.A.
BETULKAH HADIS
KATA-KATA NABI MUHAMMAD?
Oleh: Kassim Ahmad
10 Mei, 2015
Telah saya nyatakan di tempat-tempat
lain bahawa dalam sejarahnya manusia melakukan banyak kesilapan, sesetengahnya
besar. Hudud sebagai hukum kesiksaan, seperti yang ditafsirkan oleh sesetengan
ahli hukum, satu daripanya. Itulah sebabnya wajar benar warisan yang kita
terima dari generasi dulu kita nilai semula sama ada betul atau tidak. Yang betul
kita teruskan; yang salah kita tinggalkan. Dengan demikian, kemajuan kita akan
senantiasa meningkat. Jadi, pemikiran kritis amat penting. Kita mesti baca
untuk mengetahui dan membuat, tetapi baca kita itu mesti selalu dengan kritis.
Sikap taksub kepada pemimpin atau sarjana itu satu kesalahan besar.
Sejak saya tulis buku Hadis: Satu Penilaian Semula dalam 1986,
Raja Fahd di Arabia, Jabatan Agama
Kerajaan Turki dan seorang penysarah Universiti Islam Antarabangsa telah mengiakan
seruan itu. Malah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri baru-baru ini
menyatakan kemahuan mereka untuk menyemak semula Hadis, kerana kemunculan
kumpulan IS. Ini menunjukkan anjuran
saya itu tepat pada masanya dan relevan.
Harus diingat bahawa Nabi Muhammad
tidak bertanggungjawab terhadap kemunculan Hadis. Misi beliau semata-mata
menyampaikan Quran, dan tidak lebih dari Quran.[1] Hadis muncul kemudia kerana beberapa sebab;
ada sebab yang ‘baik’ untuk memasukkan ajaran yang baik dari tamadaun-tamadun
lain, seperti Yunani.(Tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan ini menafikan
sempurna dan lengkapnya ajaran Quran?) Walaupun demikian, pada dasarnya, Hadis
telah menjadi saluran ajaran yang bertujuan untuk melemahkan orang Islam.
Banyak hadis mengandung ajaran-ajaran dari kitab Taurat, yang kita tahu sudah
dipinda. Umpamanya, hukuman bunuh bagi orang murtad, dan rejam hingga mati
untuk penzina, dan banyak lagi.[2]
Guru Agung yang memperkenalkan doktrin
baru dua sumber utama (Quran dan Hadis) tidak lain daripada pengasas ilmu perundangan
Islam, Iman Shafi’e (767-820), yang lahir 136 tahun setelah nabi wafat. Sebelum
ini sedikit hadis sudah wujud, direka oleh pereka-pereka Hadis dengan
sebab-sebab tertentu.[3]
Apabila Guru Agung ini memperkenalkan
doktrin baru dua sumber utama, barulah timbul pengumpul-pengumpul Hadis bagi
puak Sunni dan juga bagi puak Syi’ah kira-kira 200 hingga 250 tahun selepas
nabi wafat, yakni di antara 6.6 dan 8.3 generasi kemudian. Jarak yang amat jauh
ini menampakkan kelemahan Hadis dari kedua-dua
segi sanad dan matannya. Ada orang sudah membuat suatu ujian saintifik
meletakan beberapa orang di sekeliling sebuah meja bundar, dibisikan satu ayat
kepada orang pertama dan disuruh dia bisikan kepada orang kedua seterusnya
hingga orang yang terakhir: didapati ayat itu tidak sama lagi dan sudah berubah!
Jika kelemahan ini begitu ketara,
mengapakah Hadis dipegang oleh kebanyakan umat Islam selama 1,400 tahun lebih?
Ini menunjukkan kebanyakan umat Islam tidak membaca dengan kritis, seperti yang
diperintah oleh Tuhan dalam Quran. Mereka taksub kepada pemimpin, padahal
pendewaan kepada pemimpin ini satu punca syirik. Saya ingat waktu saya
berdialog dengan ABIM pada tahun 1986, salah seorang daripada jurucakap mereka
Uthman Muhammady berkata kepada saya (dalam bahasa Inggeris), “Kassim, you have
gargantuan courage!” (“Kassim, awak terlalu berani!”). Saya berfikir lama
selepas dialog itu mengapa beliau berkata demikian kepada saya. Akhirnya, saya
membuat kesimpulan kerana saya berani mengkritik idolanya, Imam Shafi’e!
Biar saya membuat satu pengkuan di
sini. Saya lahir di pedalaman di kalangan orang miskin. Maka itu saya
memberontak terhadap keadaan status quo.
Perhatikan sajak saya “Dialong” yang bait akhirnya berbunyi:-
/ada besok
maka pasti ada suria/aku akan pergi/dengan seribu Jebat si anak tani/kian lama kita mati dalam setia/ kali ini
kita hidup dalam durhaka/. (Tekanan
ditambah)
Jadi,
saya kritis terhadap apa yang saya warisi dari nenek moyang – apa yang saya
panggil “Islam baka”. Saya mencari Islam yang sebenar. Maka itu kaum Haman,
puak birokrasi agama di zaman kita sekarang, munuduh saya kufur (Majlis Fatwa
Terengganu) dan JAKIM menuduh saya “menghina Islam”. Birokrat agama juga mengharamkan buku saya Hadis: Satu Penilaian Semula. Sekarang
sampailah masanya mereka memohon ma’af kepada saya. Saya akan meminta Kerajaan
mengarahkan institusi-institusi mereka yang terbabit supaya menarik balik semua
tuduhan palsu mereka terhadap saya.
Maha Suci Allah! Segala puji bagi Dia!
[1]
Aduan Muhammad kepada Tuhan yang masyhur itu berbunyi, “Tuanku, kaumku telah
membelakangkan Quran ini.” (Quran, 25:
30) Ini menunjukkan bahawa kitab yang beliau bawa itu Quran, bukan Quran dan
Hadis. Banyak ayat Quran menyebut misi Nabi Muhammad hanya menyampaikan Quran,
umapanya 3: 20; 5: 92, 99, dll. Quran disebut sebagai ‘hadis’ (7: 185; 12: 111,
dll.). Mereka yang mengadakan sebuah
buku lain, selain Quran (68: 35- 38).
[2]
Lihat Kassim Ahmad, Dilema Umat Islam –
Antara Hadis dan Quran (Forum Iqra’ Pulau Pinang: 2002).
[3]
Lihat Kassim Ahmad, Lihat Kassim Ahmad, Hadis:
Satu Penilaian Semula (Media Intelek, Petaling Jaya: 1986).
4 comments:
Patut soalan itu berbunyi "BETULKAH HADIS BUKAN KATA-KATA NABI MUHAMMAD?"..
Salam..
Ini link< http://biblicalmullahs.blogspot.my/2015/10/chapter-8-falsehood-about-abraham.html > saya sekadar kongsikan. Mungkin para pembaca blog ini boleh fikir sendiri. Bukan tujuan saya untuk sesiapa percaya isi kandungnya terus membabi buta tapi berfikir dengan kritis.
Cuba bergantung dengan akal fikiran sendiri bukan sekadar bergantung dengan buah fikiran orang lain hanya mengiyakan sahaja ataupun menidakkan tanpa hujah berilmu.
Nabi Muhammad dtugaskan oleh Allah swt menyembapikan Quran, bukan lain daripada Quran. Apa yang dikataa yang dikatakan hadis itu rekaan.
Kemunculan hadis membuatkan ramai umat Islam keliru dan sangsi dengan Al-Quran.
Post a Comment