KONSEP NEGARA ISLAM
TIADA DALAM QURAN
Oleh: Kassim Ahmad
30 Disember, 2015
Konsep negara Islam tidak wujud dalam
Quran. Apa yang disebut dalam Quran, baldatun
taiyyibatun wa rabbun ghafur, frasa
yang bermaksud, ‘sebuah negara baik di bawah ri’ayat Tuhan Maha Pengampun’. (Quran, 34: 15) Dalam Piagam Madinah yang
digubal oleh Nabi Muhammad sendiri juga tidak disebut tentang konsep negara Islam.
Konsep ini baru, ditimbulkan oleh sarjana-sarjana Islam dalam abad ke-20,
mungkin sebagai satu penentangan terhadap kolonialisme Barat.
Bahawa kosep negara Islam tiada dal
Quran dan dalam Piagam Madinah amat wajar, kerana masyarakat Arab dalam zaman
Nabi sudak bersifat majmuk. Ada warga Islam, warga Yahudia dan warga musyrik. Jadi,
tidak adil jika sesuatu agama dijadikan agama negara.
Sesuatu sistem kenegaraan mestilah
melakukan keadailan kepada rakyatnya. Inilah yang dianjurkan dalam Quran. Ayat
itu berbunyai, “Apabila kamu menghukum di antara manusia, hendaklah kamu hukum dengan
adil.” (4: 58). Demikian juga dalam Piagam Madinah.
Nampaknya, penggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) tidak
mengetahui tentang perkara ini, kerana mereka telah mengisytiharkan agama
Persekutan Islam dengan agama-agama lain diberi kebebasan untuk diamalakan. (Perkara
3(1)). Suruhanjaya Perlembagaan Persekutaun terdiri dari 5 orang ahli hukum yang
terkenal dari Britain, Australia,India dan Pakistan dan dipengerusikan oleh
ahli hukum Lord William Reid dari Britain.
Menarik diperhatikan bahawa dalam Piagam
Madinah negara tidak masuk campur dalam urusan mana-mana agama. Agama
ditadbirkan secara autonomi oleh penganut-penganutnya. Kaedah ini akan
menghindarkan konflik agama, yang kerap berlaku dalam negara kita.
Mengapakah
pemimpin-pemimpin dan sarjna-sarjana Islam, termasuk ahli-ahli hukum Islam
dalam Suruhanjaya Reid tidak memberi perhatian kepada dokumen perlembagaan yang
penting ini? Ini sangat menghairankan kita.
Malah ulama kita dalam “Forum Perdama
Ehwal Islam” yang kerap memetik hadis tidak pernah memetik hadis yang paling
sahih ini, Piagam Madinah! Sungguh aneh!
KASSIM
AHMAD, seorang penulis bebas Malaysia. Laman web belaiu www.kassimahmad.blogspot.com
2 comments:
Salam pak kassim..
Dlm piagam madinah tu tiada istilah hukum utk kafir lain, utk islam lain ( hukum syariah)
Juga tiada hukuman keatas dosa peribadi.
..jadi piagam nabi tu tak memuaskan hati ulama dan ustaz. Dlm kata lain,dimata ulama.. piagam nabi muhammad tu tak ikut syariah.
Post a Comment