Sunday, August 28, 2016

SURAH AL-FATEHAH


 TAF1:060394


BAHAGIAN  I

SURAH 1: PEMBUKAAN (AL-FATIHAH)
 (Mekah, 7 Ayat; Wahyu ke-5)

MAKLUMAT PENTING

TEMPAT & TARIKH TURUN WAHYU:
Di Mekah pada zaman awal Mekah dalam  masa lima tahun pertama antara 12-8 B.H (610-615 T.M.) Wahyu ke-5. Tujuh  ayat.

TUJUAN:
Doa agung untuk orang mukmin.

NAMA LAIN:
Fatihat al-Kitab atau Pembukaan Buku, Umm`ul-Kitab atau Induk Buku, Surah al-Du`a atau Surah Doa, Al-Hamd atau  Pujian, Al-Kanz atau Khazanah, dan Al-Syifa atau Penawar.

AYAT PENTING:
“Engkau semata-mata kami sembah dan kepada Engkau semata-mata kami pohon pertolongan. Bimbingilah kami ke jalan yang lurus.” (5-6)

TAJUK

A. PUJIAN KEPADA ALLAH (2-4)
B.  IKRAR  MUKMIN (5)
C.  DOA (6-7)


-----------

1. Dengan nama Allah,[1]Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. [2]

2. Segala puji bagi Allah, [3]  Tuan Semesta Alam.

3. Maha Pemurah, Maha Pengasih.

4. Raja pada Hari Pembalasan.

5.  Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami pohon pertolongan.

6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus;

7.  Jalan  mereka yang Engkau restui, bukan  mereka  yang  Engkau murkai, dan bukan  mereka yang sesat.


*****






















































[1] Saya telah menggunakan perkataan Allah untuk perkataan Arab yang sama dan perkataan tuhan untuk perkataan Arab ilah, kerana perkataan Allah memang  telah masuk ke bahasa Melayu. Contohnya dalam frasa-frasa “ya Allah!”, “demi Allah”, “hamba Allah”, “insya Allah”, “kerana Allah” dsb. Tetapi pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Allah khusus untuk nama Allah itu dibantah oleh Quran sendiri dalam ayat 17:110 yang berbunyi: “Katakanlah, `Serulah Allah atau serulah Yang Maha Pemurah. Apa jua nama yang kaupakai, milik-Nya nama-nama yang paling  indah.’ ” 

[2] Ayat ini, yang dikenal sebagai Basmalah, menduduki suatu tempat yang istimewa dalam Quran. Ialah kenyataan pembukaan semua surah, kecuali Surah 9, dan ia merupakan asas mukjizat matematik angka 19 Quran. (Lihat lampiran I)
  
   Basmalah terdiri daripada 19 huruf Arab, dan tiap-tiap huruf itu (Bism, Allah, Al-Rahman, Ar-Rahim) terdapat dalam Quran dalam angka ganda 19: 19, 2698, 57 dan 114 kali masing-masing. Dengan demikian, pembaca telah pada awal-awal lagi diberikan tanda-tanda bahawa ini bukan buku karangan manusia.

    Banyak fenomina matematik dihubungkan dengan ayat ini. Umpamanya, ketiadaan Basmalah dari Surah 9 digantikan sembilan belas  surah kemudian dalam Surah 27 yang mengandungi dua Basmalah (Lihat Lampiran .... dan Nota ....) Dengan demikian, jumlah Basmalah genap 114, atau 19x6. Apabila kita campur nombor-nombor surah dari surah ketiadaan Basmalah (Surah 9) ke surah kelebihan Basmalah (Surah 27) [9+10+11+ ... +27], jumlahnya 342, atau 19x18. Jumlah ini pula bersamaan dengan bilangan perkataan di antara kedua-dua Basmalah Surah 27!

    Sepertimana yang diperincikan dalam Lampiran I, kod matematik Quran ini begitu luas dan begitu halus sehingga tidak ada kuasa di bumi ini yang boleh menirunya, apalagi membuatnya, seperti yang ditegaskan dalam ayat 17:88.

[3] Perkataan Arab rabb memang bermakna “tuan”, dalam bahasa  Inggeris diterjemahkan dengan perkataan  lord.  Makna ini kekal dalam bahasa  Melayu dalam perkataan-perkataan  “tuanku”, “tuan hamba”, “Yamtuan” dan “Yang Dipertuan Agung”.  

No comments: