Saturday, March 25, 2017

TUDUNG: PENEMUAN BARU

TUDUNG: PENEMUAN BARU

Oleh: Kassim Ahmad
(Article in berasal dari jawapan yang saya sediakan untuk menjawap pertuduhan terdap saya oleh JAWI/JAKIM pada tahun 2014)
(Disemak semula pada 25hb Mac, 2017)

     Tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu yang beragama Islam sekarang tidak berasal dari ajaran Quran. Dalam ajaran Quran, rambut wanita bukan ‘aurat. Buktinya terdapat dalam ayat-ayat berhubung dengan wuduk (Quran, 5: 6) dan dengan pakaian (Quran, 24: 30-31)
Perkataan a’urat berasal dari bahasa Arab, ertinya kebogelan. Kebogelan bermakna dada seseorang hingga ke bawah lutut. Kebogelam mesti ditutup.Jadi, bahagian dada hingga ke bawah lutut itulah a'urat seseorang, lelaki dan wanita. Jelas sekali ia tidak termasuk rambut wanita. Jadi, dari mana dan bila adat ini timbul?
Tudung ini  berasal dari kitab Taurat, Perjanjian Baru, Bab Korintus I, 11: 5-9 yang berbunyai, “Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa dan bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung menghina kepala-nya sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab lelaki tidak perlu menudungi kepalanya; ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki. Sebab lelaki tidak berasal daripada perempuan, tetapi perempuan berasal daripada lelaki. Dan lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana lelaki.”[1]    (Tekanan ditambah.)
Tidak banyak orang Islam mengetahui bahawa tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita mereka sekarang berasal dari kitab Taurat. Tiga puluh lima tahun dulu perempuan Melau memakai selendang ke majlis-majlis. Isteri sarjana besar agama Nusantara, Hamka, tidak memakai tudung. Dalam zaman sekarang, pemakaian tudung timbul balik selepas revolusi Islam Iran pada tahu 1979 yang dicetuskan oleh Khomeini.
Yang menghairankan kita adat ini berlaku di seluruh dunia Islam. Mengapakah cerdi-pandai Islam tidak menegur adat jahat ini? Kita patut tahu, sesuatu perkara yang tidak disuruh oleh Tuhan, jika dilakukan, boleh membawa mudarat. Kepada wanita yang ditudung akan berbau busuk dan membawa mudarat kepada rambut wanita.
Adakah kerana takut dikritik maka cerdik-pandai kita tidak menegur? Ke mana pergi peribahasa, "Bearani kerana benar; takut kerana salah"?  Bagaiman kita boleh maju kalau tidak ada di antara kita yang berani menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan? 

KASSIM AHMAD  seorang penulis bebas Malaysia. Blognya www.kassimahmad.blogspot.com 


[1] Dipetik dari Al-Kitab, Lembaga Alkitab Indonesia, Jakarta, 1984; hlm. 218.

No comments: