UMNO 59 TAHUN
DAN MASA DEPAN BANGSA
Oleh: Kassim Ahmad
Kassim03@streamyx.com
[A translated English version follows]
Setelah bertahan selama 59 tahun, setelah melalui beberapa krisis besar, UMNO hari ini masih wujud dan relevan dan boleh dikatakan masih kuat. Dalam masa tiga tahun ini, UMNO telah memperbaharui dirinya dengan pengenalan dua kelompok organisasi muda, Puteri dan Putera UMNO. “Beri aku 10 Pemuda dan aku akan mengoncang dunia!” Kata-kata ransangan Sukarno ini satu metafora bagi idealisme pemuda. Namun demikian, masa akan mentua dan melesukan pemuda dan mungkin akan melupuskan idealismenya.
Tua tidak semestinya bermakna kehilangan idealisme, atau s
emangat perjuangan untuk mewujudkan sebuah dunia yang adil. Namun demikian, pimpinan UMNO sekarang mesti akui hal yang nyata kepada semua rakyat bahawa UMNO menghadapi bahaya kehilangan semangat dan matlamat perjuangannya. Berapa peratus anggota UMNO sekarang, termasuk pimpinannya, yang mahu mencari sesuatu yang tinggi dan mulia dalam perjuangan, seperti yang diungkapkan dalam puisi Presidennya, walaupun kita terpaksa menyatakan Imam Shafie dan Imam Ghazali bukanlah contoh-contoh intelek yang paling agung dalam dunia intelek Islam?
Presiden UMNO mahu UMNO terus diperkasakan, kerana UMNO-lah pejuang bangsa. Tetapi, bagaimana? Adakah semata-mata dengan memberi ucapan-ucaoan yang berapi-api, menggesa, memberi nasihat, merayu dan malah menangis dalam Perhimpunan Agung UMNO? Bagaimana hendak menghapuskan “politik wang” atau rasuah yang telah melanda UMNO dalam masa 20-30 yang lalu? Inilah ibu segala masalah dalam negara kita sekarang.
Tiga puluh tahun dulu, orang berkata: “Jangan ambil atau beri rasuah!” Sekarang nasihat yang baik itu telah bertukar menjadi: “Jangan jadi bodoh. Kalau kau tak ambil, orang lain akan ambil. Lebih baik, kau ambil!” Demikianlah falsafah rasuah telah berkembang dan subur dalam masyarakat kita hingga hari ini negara kita boleh hancur kerana rasuah.
Orang-orang di kampung dituduh malas dan tidak mahu berusaha, tetapi apabila ada seseorang belia yang hendak berusaha, kita bunuh semangatnya dengan menafikan dia peluang untuk berusaha. Dalam seratus kes, mungkin hanya sepuluh
berjaya (kerana mereka bernasib baik ada hubungan dengan orang-orang yang berpengaruh di kampung) dan lapan puluh lagi gagal (kerana mereka tidak ada hubungan itu).
Di manakah belia seperti itu akan mengadu? Pelajarannya kurang; ibu-bapanya orang kampung biasa. Mereka tidak ada tempat hendak mengadu. Kumpulkan belia-belia ini, ibu-bapa mereka dan adik-beradik mereka dalam masa tiga puluh tahun, ia menjadi suatu gerakan penentang yang kuat. Ini telah pun berlaku dan akan terus berlaku sehingga kita musnahkan bangsa kita sendiri. Kecuali kita melakukan sesuatu yang segera untuk mengubah keadaan ini.
Kita tidak boleh mengubah dengan ucapan-ucapan muluk-muluk saja, atau khutbah atau doa. Kita mesti buat suatu perancangan yang baik. Perancangan itu mesti berdasarkan suatu panduan atau contoh yang bagus dan kita mesti gubal satu dasar dan kaedah untuk melaksanakan perubuhan itu. Sudahkah kita buat perancangan untuk perubahan itu?
UMNO perlu dibersihkan dan diperbaharui, bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan-tindakan yang berterusan. Yang boleh beri petunjuk atau panduan kepada kita ialah kitab suci kita, iaitu Quran. Yang boleh kita tauladani ialah zaman-zaman kebangkitan Islam awal – zaman Nabi Muhammad dan beberapa generasi selepas beliau. Juga zaman-zaman kebangkitan Eropah, Jepun dan China, dan lain-lain. Dua ciri yang sama dapat kita lihat dalam contoh-contoh kebangkitan ini: falsafah yang optimis tentang kehidupan manusia dan sains atau ilmu.
Dalam kebangkitan Arab yang pertama, tiga perkataan melonjakkan mereka naik ke atas mengambil tempat pertama dalam dunia zaman itu. Tiga perkataan itu ialah: pegangan tauhid, ilmu yang terbit dari selogan “iqra’” dan perbuatan, yang terbit dari pegangan tauhid dan ilmu -- dengan lain perkatan: tauhid, ilmu dan kerja. Jika kita lihat kebangkitan bangsa-bangsa lain pun, demikianlah kejadiannya. Jadi, perlulah pemimpin-pemimpin UMNO dan tiga juta anggotanya, malah cerdik-pandai dan orang Melayu, beri perhatian berat kepada perkara ini.
Ambil contoh percubaan UMNO untuk mengubah orang Melayu dalam masa empat puluh tahun ini: gerakan-gerakan “revolusi mental”, “Melayu Baru”, “Islamisasi” dan “nilai-nilai murni”. Sudahkah kita membuat penilaian sejauh mana kita telah berjaya dengan gerakan-gerakan perubahan ini? Kalau kejayaan kita kurang dari 51 %, kita sudah gagal. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO atau pemimpin-pemimpin Melayu sanggup duduk selama dua hari dan memikirkan secara jujur kegagalan ini? Daripada mereka menghabiskan masa berucap kosong di sana-sini, mengadakan seminar demi seminar untuk mengulang perkara-perkara yang sama yang kemudian tidak dipedulikan, apa lagi dengan suatu puak menyalahkan puak lain, bukankah lebih baik kita meluangkan masa dua tiga hari, malah dua tiga bulan pun, untuk mencari penyelesaian secara jujur tentang mada depan bangsa kita?
Pemimin-pemimpin UMNO, malah semua pemimpin dan cerdik-pandai kita, harus sedar akan bahaya yang kita hadapi dan buat dan laksanakan rancangan untuk mengatasinya.
UMNO’s Fifty-Ninth Anniversary
And The Future of Our Nation
Kasim Ahmad
(Translated by M. Bakri Musa)
Fifty-nine years later, and having survived many critical crises, UMNO is still here, relevant and strong as ever. For the past three years, UMNO has undergone a renewal of sorts, with the introduction of two new wings – Puteri and Putera – targeting specifically the younger set.
“Give me ten youths,” roared Sukarno, “and I will shake the world!” His was the metaphor for the idealism of youth. Time and age however, have a way of tempering and weakening that youthful idealism.
This does not necessarily have to be. Neither time nor age should diminish one's struggle to create a just world. Nonetheless, UMNO's leaders must admit to what is obvious to all, that the organization risks losing its vigor and purpose. There are some, leaders as well as followers, who still aspire to the lofty and noble goals articulated through the poetry of their President, Abdullah Badawi. He exhorted them to emulate past intellectual giants of Islam, men like Imam Shafie and Imam Ghazali, although I must say that names like Shafi’e and Al-Ghazali are not exactly associated with my idea of progressive thought!
Abdullah wants UMNO to re-invigorate its struggle for the Malay race. The question is how. Merely delivering fiery speeches and endless exhortations would not do it. Nor would ceaseless counseling and endless appeals would do it! Neither would the sobbing pleas by its leaders during the General Assembly have an impact! Similar difficulties await the eradication of the twin scourges of “money politics” and corruption that have been plaguing UMNO and indeed the entire nation for the past two or three decades.
Thirty years ago the stern advice was simply, “Do not take or give bribes!” Now with corruption entrenched in our culture, it is, “Don’t be stupid! If you do not grab the loot yourself, others will! It might as well be you!” Today corruption threatens the very survival of our society and nation.
We deride our village folks for being lazy and lacking initiative, but when our youths try to better themselves, we destroy their spirit by denying them the opportunities. Of those who tried, only a few succeeded; the lucky few with the right connections. The rest will fail precisely for lack of this “special” relationship.
Our youths have nowhere to turn. They are poorly educated, and their parents being simple village folks do not know how to seek help. The number of these disenfranchised youths, their parents, and siblings continues has been growing for the past thirty years. They pose a formidable threat to social stability. They could destroy our society unless something is done urgently to change the situation.
The remedy lies less with endless speechifying, sermonizing or supplication, rather through effective planning. We must provide them with effective guidance and exemplary models in order to effect such changes. Have we even started that process?
We must cleanse and reform UMNO through deeds and actions, not words. We are not without a model or guidance. We can seek inspiration from the Holy Quran and through the exemplary successes of the early years of Islam, during the era of our prophet s.a.w. and the generations immediately following. We can also learn from the emancipation of the great civilizations of Europe, Japan and China. The commonality to all those successes is the citizens’ abiding faith in the human condition, and their reverence for knowledge and science. What propelled the Arabs to be the leading nation in their era was the trinity of faith, knowledge and effort. Those too are the secrets of other successful civilizations. UMNO’s leaders and its three million members, as well as our intellectuals and ordinary citizens, ought to heed this.
Let us review the efforts of UMNO to change the state of affairs of Malays for the past forty years. We have had “Mental Revolution,” “The New Malay,” Islamization, and the nurturing of “glorious values.” We have yet to assess their effectiveness. If we have been even marginally successful, that would be reward enough. Are Malay leaders, specifically UMNO leaders, willing to sit down for a few days to analyze thoroughly those failures? Instead of wasting their time in idle talk, organizing endless seminars or worse, resorting to the old familiar blame game, it would be far better for them to devote a few days or even months to seek diligently solutions to the pressing issues threatening the future of our race. Too often, the preoccupation at those endless seminars is merely to rake over the same old issues that are then quickly forgotten.
UMNO leaders – indeed all leaders – and our intellectuals must surely be aware of the dangers confronting us. They must plan and execute a strategy to overcome them.
No comments:
Post a Comment