Tuesday, April 04, 2006

RANCANGAN MALAYSIA KE-9
DARI PELBAGAI SUDUT


Kassim Ahmad
kasmad172@yahoo.com.my

Rancangan Malaysia Ke-9, yang mula dideraf setahun yang lalu, yang kita tahu mendapat perhatian berat oleh Perdana Menteri sendiri dan yang sedang ditunggu-tunggu oleh pelbagai kalangan rakyat Malaysia, telah pun dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Parlimen pada 31 Mac lalu. Dari satu segi, ia merupakan kesinambungan dari lapan rancangan Malaysia dulu; dari segi lain, ia berbeza kerana dihasilkan di bawah pimpinan Perdana Menteri baru.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan rancangan ini merupakan permulaan tahap kedua dalam perjalanan Malaysia menuju status negara maju dalam Pelan Wawasan 2020 pada tahun tersebut. Tiga rancangan 5-tahun telah berlalu. Mulai rancangan ini, pendekatan terhadap pembangunan holitik, menyeluruh dan seimbang, dengan lima teras, yang merangkumi perkembangan ekonomi, perkembangan intelek, pengukuhan keadilan sosial, peningkatan mutu kehidupan dan pengukuhan jentera pelaksanaan

Dua ratus billion RM telah diperuntukkan dengan pendidikan dan latihan mendapat peruntukan terbanyak (RM 50.6 bilion), diikuti dengan pengangkutan (RM 32.5 bilion), kemudahan awam dan tenaga (RM 21.8 bilion), kemudian pertahanan dan pentadbiran awam. Walau bagaimanapun, pertanian yang telah diwartakan sebagai bidang yang diutamakan dalam rancangan ini hanya mendapat RM 11.8 bilion atau 5.4 %, disbanding dengan RM 7.7 bilion atau 4.6 % dalam rancangan ke-8.

Tidak syak lagi, Misi Nasional untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 dengan lima teras yang menunjukkan pendekatan holistik, menyeluruh dan seimbang disambut baik oleh rakyat. Rancangan kali ini, nampaknya, menekankan perkembangan intelek untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, memupuk masyarakat berminda kelas pertama, memperkukuh keupayaan penyelidiakan dan pembangunan, sains dan kreativiti, melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa. Usaha pembasmian kemiskinan tidak diabaikan. Pemuliharaan alam semula jadi ditekankan. Memberi perhatian lebih berat kepada pengangkutan awam, keperluan perumahan, perkhidmatan kesihatan, penanganan banjir, keberkesanan perkhidmatan awam -- semua ini memang baik. Soalannya adakah semua yang dinyatakan di dalam rancangan ini boleh dan akan dicapai, seperti yang dikehendaki?

Konsep modal insan begitu ditekankan oleh Perdana Menteri. Ini memang betul, kerana manusia itu makhluk berakal dan kreatif. Akal dan kreativitinyalah yang boleh membangunkan tamadun. Akal dan kreativi rakyat Malaysialah yang boleh menukar Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik daripada dulu. Kita harus kaji apakah sistem pelajaran kita, dari bawah hingga ke peringkat tertinggi, menggalakan penggunaan dan perkembangan akal dan menggalakkan kreativiti. Dari manakah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dan minda kelas pertama akan datang kalau kita tidak memupuk akal dan kreativiti itu di sekolah dan di universiti? Di dalam dunia akademik, adakah kita menggalakkan penyelidikan dan penulisan buku-buku ilmiah yang original sebagai tanda kecemerlangan yang kita iktiraf, atau kita hanya iktiraf mereka yang mengangguk “Ya” kepada apa yang kita mahu? Bolehkah kita capai kecemerlangan akdemik dengan praktik seperti ini?

Jenis insan yang bagaimana yang akan melaksanakan rancangan ini dengan jujur dan beramanah? Tentu bukan yang rupanya saja seperti manusia, tetapi hati-perutnya tidak beza dari binatang. Bagaimana kita medidik rakyat kita menjadi humanis samalah pentingnya dengan kita merangka rancangan ini. Teori mesti dipraktikkan. Praktik yang baik memerlukan orang yang baik.

Banyak wang yang kita peruntukkan hilang di tenagh jalan dan tidak sampai kepada rakyat yang disasarkan. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan rasuah. Ini satu penyakit yang perlu dihapuskan – dalam Kerajaan, dalam parti dan dalam masyarakat, jika kita mahukan pulangan yang maksimum dari usaha-usaha kita.

Kemajuan, seperti yang diakui dalam gagasan Wawasan 2020, tidak semata-mata besifat material dan ekonomik. Ia juga merangkumi keadilan sosial bagi semua rakyat, termasuk mengadakan pekerjaan, perumahan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan awam yang baik, khasnya dalam Bandar, dan lain-lain. Ia juga merangkumi dimensi-dimensi intelektual, budaya, moral dan spiritual. Kita mengadakan sekolah dan universiti untuk memupuk dan membangunkan intelek bangsa kita. Kita menekankan pegangan agama dan mengajar moral sebagai satu mata-pelajaran di sekolah, tetapi mengapakah tahap moraliti bangsa kita merosot dalam masa 30-40 tahun yang lalu? Adakah kita membuat kajian atau memikirkan perkara ini hingga ke akar-umbinya? Bagaimana dengan aktiviti-aktiviti kreatif saintifik, intelektual, kesusasteraan dan seni. Adakah kita menggalakkan aktiviti-aktiviti ini, atau kita bunuh saja, atau membenarkan mereka ruang yang tidak cukup, “hidup segan mati tak mahu”? Memang betul kita telah menubuhkan Institusi Integriti Nasional. Mungkin penubuhan badan ini sendiri suatu tanda kita ketandusan integriti!

Ketua Meteri Pulau Pinang telah memeranjatkan semua pembaca akhbar bila beliau mendedahkan bahawa bilangan kereta persendirian di negeri itu melebihi bilangan penduduk! Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menjawab soalan tentang pengangkutan awam dengan beseloroh bahawa Kerajaan juga hendak menjual keretanya! Untuk mengelak terlalu banyak kereta di jalan, (dan dengan itu menyebabkan kesesakan lalulintas) mestilah kita ada dasar dan rancangan untuk meningkatkan pengangkutan awam, khasnya dalam kawasan-kawasan bandar dan menarik keluar separuh dari kereta persendirian dari jalan raya. Hal ini patut dijadikan satu daripada agenda utama negara kita.

Kita semua tahu Perdana Menteri kita anak seorang alim. Beliau pun belajar pengajian Islam di Universiti Malaya. Beliau juga terkenal dengan panggilan julukan “Mr. Clean”. Tetapi politik, lebih tepat geopolitik, sebuah hutan rimba yang penuh dengan binatang buas! Kita berharap dan berdoa beliau akan berjaya membawa Malaysia menjadi “negara yang makmur, progresif dan adil,” seperti yang beliau sebut dalam ucapan beliau bila membentangkan RMK 9 ini.

Politik yang baik, bukan hutan-rimba geopolitik, diimpikan oleh semua rakyat yang baik. Tetapi sekarang keadaan politik antarabangsa tidak menentu. Harga petrol boleh naik lagi. Kehidupan rakyat kita yang sedia susah akan menjadi lebih susah. A.S.-Britain boleh mencetuskan suatu peperangan besar dengan menyerang Iran. Dunia akan jadi lebih huru-hara, ekonomi Malaysia akan terjejas teruk dan kehidupan rakyat kita akan menjadi lebih buruk. Bolehkah kita mengelak kemungkinan ini?

Modal insan, yang ditekankan oleh Kerajaan dalam rancangan ini, memerlukan manusia Malaysia, individu dan kolektif, yang baik. Di akhir ucapan beliau, Perdana Menteri, berdoa meminta Tuhan melindungi kita dari bencana dan malapetaka dan memimpin kita melakukan kebaikan. Di sebalik kata-kata ini terselindung sebuah falsafah kemanusiaan yang perlu ahli-ahli fikir kita gariskan untuk dianut oleh parti, Kerajaan dan bangsa, bukan saja dalam doa, tetapi dalam semua bidang kehidupan kita – politik, ekonomi, kewangan, kemasyarakatan, sains, seni dan budaya. Bolehkah kita wujudkan dunia ini ditengah-tengah kerakusan sistem neoliberal Inggeris-Amerika dengan neo-imperialisme dan globalisasinya?

Bantahan terhadap sistem hegemoni ini meluas di seluruh dunia. Ia wujud dalam dasar negara di China, di Rusia dan di beberapa negara lain, dan bantahan dalam hati sanubari rakyat yang bencikan hegemoni A.S. ini wujud di mana-mana, termasuk di A.S. dan Britain, tempat lahirnya sistem empayar ini.. Kita harus memikirkan dua sistem yang bertentangan ini. Kita tidak boleh berdoa dengan satu sistem dan hidup dalam satu sistem lain. Oleh sebab itu, kita kerap mengalami kegagalan. Dalam keadaan dunia global sekarang yang berkembang dengan begitu pesat, kita bukan saja perlu mewujudkan sebuah Malaysia yang aman dan adil, tetapi juga sebuah dunia yang aman dan adil.

Ini tidak bermakna identiti nasional kita akan atau perlu hilang. Kita sebuah bangsa Malaysia yang khusus dalam sebuah dunia antarabangsa yang mempunyai hubungan kerjasama satu dengan lain untuk kebaikan semua bangsa dan semua manusia. Oleh sebab itu bahasa dan kebudayaan kebangsaan kita perlu dipupuk dan disuburkan supaya minda bangsa kita boleh berfungsi sepenuhnya untuk memberi sumbangan maksimum kepada tamadun Malaysia baru dan tamadun dunia baru yang sedang dibina.

3 comments:

Anonymous said...

Dear Kasim Ahmed. Salaam Alaikum.

I am an ardent supporter of your thoughts on Hadith. I have partly read your excellent works on 'Hadith Re-evaluation' (English translation) and InshAllah, hope to read all 5 chapters in due course of time.

The only thing that worries me is that I wish you didn't involve the name of Rashid Khalifa into your wonderful works. It maybe true that you find Khalifa's English Quraan translations comprehensive, the fact is that his overall ideology clashes with the Quraan. Whether discreetly or openly, Khalifa does not recognize the Prophet Muhammad (pbuh) as the final Messenger and seal of the prophets. Though I know that your works have paid a lot of respect to the Prophet Muhammad, with the name of Khalifa lurking around, people misunderstand the purity of your thoughts. And your work is so beautiful, I don't think it is worth being tarnished because of it's association with Khalifa's name as one of the reasons. I realize that this is just one of the reasons why the mainstream turn away from your writings. Generally, anything against the Hadith annoys them. However, to clarify yourself that your Hadith criticizm is not to attack the status of the Prophet, on the contrary to uphold his status, would create greater chances of attracting more people for analysing the guile of the Hadith institution.

I have interacted with many followers of the Khalifite group. To make a long story short, one doesn't require to be a genius to perceive that they deridingly reject every reference to the Prophet Muhammad in the Glorious Quraan .. and hence, inadvertently rejecting the Quraan. Certainly this amounts to rejecting the Quraan because they're accepting the Quraan partly and selectively, and not in its entirety. The Quraan in its entirety includes loving and respecting the Prophet .. and again, this does NOT mean accepting Hadith. The man-written Hadith is NOT the words of the Prophet.

I would like to clarify my position too. I have read enough of Hadith and am extremely disappointed by its contents. It contradicts and mocks the Glorious Quraan, and clearly contradicts and ridicules the exemplary character of the Prophet (pbuh). Thus, my purpose for rejecting the Hadith is to defend the Prophet, NOT ignoring his status. Of course, there are other reasons that go with it too. Primarily, as Muslims, we aren't supposed to put any collection of writings at par with the Glorious Quraan. That goes without saying.

I very recently started an online discussion board on 'Quraan alone and Sunnah within the Quraan.' Feel welcomed to visit it and give your feedback if you like. Personally, I find it very important to clarify that my motive to reject Hadith is not to ignore the Prophet but to protect him. After all, how can rejection of Hadith be taken as being anti-Prophet when I don't even consider Hadith to be the words of the Prophet? Sunnah is important and it's constituted within the Quraan itself.

I must say, myself, as a Quraan alone Muslim who upholds the Prophet and thus rejects the Hadith, I find myself at odds with both the traditionalists and the Hadith rejectors. Both seem to go to two opposite extremes of the boat and thus topple into the river. But I DO NOT say this about you. Like I mentioned, your works are great .. spiritually & practically compatible with the Noble Quraan, respectful toward the Prophet and rationally correct. It's only the mention of "Rashid Khalifa" periodically that distracts some genuine readers.

Thank you for enlightening many of us with your wonderful thoughts. May the Almighty Allah bless you for the sincerity of your intent and your endeavours, ameen.

My site: 'Muslim Villa'
htt://muslimvilla.smfforfree.com

Kassim Ahmad said...

Dear respected Zeynab,

Salam.
I do not know why you chose to make your appreciative comments on my book on the Hadith on this topic.
Anyway, that is a small matter.
I must express my thanks for you appreciative comments
As you can see, I differ from Rashd Khalifah and the "Quran alone" group, because their position neither logical, nor consistent with the Quran. There have been numerous prophets, Muhammad being only THE LAST of the series. God did say he is the greatest, nor did He say that he is the last messenger, their core teaching being the same: "There is only One God, and serve Him alone."
One must distinguish between a prophet and a messenger: a prophet receives Divine revelation (and do not have to spread it: Prophet Khidir is an example); a messenger is the one whose mission is to spread the message: Abraham, Moses, Jesus and Muhammad are examples of prophet-messengers).
Rashid claims to be "The Mesenger of the Covenant". Whether he is, or not is another question altogether.
If you reject the so-called Hadith TOTALLY, what about other sources, both within and without Muslim civilisation, like modern philosophy? You would have to reject that too. This is totally illogical.
Rashid was a scientist, with some leanings to sufism, handed down from his father. But I consider his call back to the Quran as most important call. His translation is also the best in the English language. I disagree with him in some parts. The Quran is also a book of wisdom, and Rashad is not a philosopher.
I aslo find him nowhere belittling the role of Prophet Muhammad.
As to the orthodox Muslims in Malaysia and elsewhere, what more can I do, as I written enough to enlighten them and to get them back on the right track.
Regards.
Kassim Ahmad

Kassim Ahmad said...

Dear Zeynab,
Further to what I said above, Rashad's reputation in most of the Muslim world crashed AFTER he wrote a book TOTALLY rejecting the so-called Hadith/Sunnah. Yet the true Hadith is the Quran, the Quran being described by God Himslef as "the word of an honourable messenger." (See Quran, 69:40 & 81: 19)
Regards,
Kassim